Karangan Krisis Air Dan Menjaga Kebersihan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama Di Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Karangan Krisis Air dan Menjaga kebersihan alam sekitar tanggungjawab bersama di

Malaysia

Perkara Analisis
Tema/Isu Menjaga kebersihan alam sekitar tanggungjawab bersama.
Tugasan Bincangkan punca-punca terjadinya dan berlakunya krisis
kesannya air serta kesan-kesannya
Format Tiada (hanya perbincangan)
Di negara ini, isu atau persoalan mengenai menjaga kebersihan alam sekitar dan perihal air
bukanlah topik yang digemari untuk diperkatakan berbanding isu lain seperti hal ekonomi,
sosial dan lebih-lebih lagi politik. Air terdiri daripada molukel-molukel kimia iaitu hidgrogen
dan oksigen. Ia merupakan keperluan asasi manusia kerana di dalam tubuh badan manusia
lapan puluh peratus terdiri daripada molekul air dan tiga per empat permukaan bumi juga
adalah terdiri daripada air. Di dalam kehidupan manusia, haiwan atau tumbuhan
pergantunggan kepada air dikira penting. Air melancarkan kehidupan manusia kerana ia
adalah salah satu sumber bekalan tenaga untuk kehidupan, digunakan untuk memasak, mandi,
membasuh pakaian dan melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan yang lain. Namun, realitinya
keperluan rakyat akan air tidak akan dapat dipenuhi. Persoalannya, apakah punca-punca
berlaku dan terjadinya masalah air di negara ini?

Krisis air banyak berlaku disebabkan aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Salah satu
punca ialah pemusnahan kawasan perhutanan untuk pembangunan ataupun pertanian
pindah bagi memajukan sesuatu tempat. Contohnya, pada 24 April 1998, kegiatan
syarikat pembalakan giat dijalankan di empat kawasan utama tadahan hujan dan empangan di
negeri Selangor yang menjadi Beliau turut menekankan bahawa mengurus air permukaan yang
sebahagian besarnya sungai, amat penting memandangkan ia menyumbang kepada hampir 95
peratus sumber air mentah untuk kegunaan.

Selain itu usaha untuk melindungi sumber-sumber ini di Malaysia masih lagi tidak
mencukupi. Puncanya ialah semakin banyak kegiatan mencemari sungai oleh industri
termasuk di sungai-sungai yang berkongsi sempadan. Sebagai contoh Sungai Labu iaitu
kombinasi Sungai Batang Nilai dan Sungai Batang Labu yang terdedah kepada pencemaran
dari industri, kegiatan komersial dan tangki septik individu. Perihal masyarakat bahawa
sungai ini adalah sumber air mentah di Selangor untuk Loji Perawatan Air Salak Tinggi. Hak
manusia untuk mendapatkan air berkualiti baik adalah hak asasi sejagat dan tidak terbatas
oleh sempadan negeri atau negara. Kerajaan Negeri perlu menjamin kualiti air mentah bagi
memastikan kos perawatan yang setimpal. Jika kualiti air menurun akan menjadikan kos
perawatan lebih tinggi yang bermakna tarif air yang tinggi kepada pengguna. Punca bekalan
air kepada berjuta penduduk Lembah Klang. Antaranya ialah di Empangan Semenyih,
Empangan Batu, Empangan Sungai Langat , Empangan Klang Gate dan Loji Ampang Intake.
Padahal kawasan ini adalah hutan-hutan kekal di tanah-tanah yang diwartakan sebagai
kawasan tadahan air.

Sungai yang tercemar menyebabkan hanya sedikit air boleh dipam ke loji
rawatan air dan berdasarkan rekod, kira - kira 300,000 tan sampah, cukup untuk
mengisi 110 kolam renang saiz Olimpik, dibuang ke dalam sungai setiap tahun. Selain
daripada beg plastik sampah, pelbagai sisa buangan termasuk peti sejuk lama, tilam dan
peralatan dapur juga turut dibuang ke dalam sungai. Contoh Sungai yang paling kotor di
negara ini, dari segi jumlah sampah yang ditemui, adalah Sungai Klang. Dianggarkan kira -
kira 77,000 tan sampah dibuang ke dalam sungai itu setiap tahun. Selain daripada sampah,
sisa pembinaan, keladak daripada pembersihan tanah, minyak dan gris dari restoran dan
bahan buangan organik, sisa industri dari kilang dan bengkel turut di buang ke dalam sungai.
Ini menyebabkan pencemaran yang lebih serius. Lima sungai yang paling tercemar di
Malaysia adalah Sungai Segget dan Sungai Ayer Merah di Johor, Sungai Jelutong, Sungai
Juru serta Sungai Prai di Pulau Pinang. Sungai Prai adalah yang paling serius dan telah di
klasifikasikan sebagai sungai mati' kerana tidak lagi dapat menampung sebarang bentuk
kehidupan termasuk ikan dan tumbuh - tumbuhan.

Konklusinya, sungai memainkan peranan yang begitu penting dalam kehidupan


manusia.Manusia mestilah merancang setiap aktiviti yang hendak dilakukan dengan baik
supaya tidak mengundang kesan negatif kepada alam sekitar. Sesungguhnya, alam sekitar
merupakan anugerah Tuhan yang perlu dipelihara kebersihan dan keindahannya untuk
kebaikan semua hidupan di muka bumi ini.

You might also like