Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Lagu Kanak-kanak

1.0 Ciri-Ciri Sesebuah Lagu Kanak-Kanak

Menurut Nani Menon (2005) dalam bukunya ‘Permainan, Lagu dan Puisi
Kanak-Kanak’, lagu kanak-kanak biasanya dicipta bagi memenuhi tema-tema
tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya tema haiwan, tumbuhan,
konsep masa dan konsep nombor. Ia akan digunakan apabila hendak memulakan
sesuatu pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid untuk memahami
tajuk yang akan diajar oleh guru pada hari tersebut.

Seterusya adalah mengenai seni kata lagu. Seni kata lagu kanak-kanak
khususnya haruslah mudah difahami dan banyak pengulangan. Pemilihan lagu yang
mengandungi banyak ulangan lirik serta melodi amat sesuai oleh kerana ianya
mudah untuk dipelajari. Kaitkan lagu dengan pergerakan, drama atau mainan yang
sesuai kerana ia menambahkan minat kanak-kanak terhadap lagu itu.

Nyanyian untuk tahap prasekolah tidak memerlukan simbol not muzik. Kanak-
kanak belajar lagu dengan cara mengikuti nyanyian guru. Lagu itu sentiasa diulangi
supaya kanak-kanak dapat menghafal lagu itu dengan mudah. Ciri-ciri lagu yang
sesuai dengan kanak-kanak ialah seperti lirik yang sederhana iaitu tidak terlalu
pendek ataupun panjang dan mengandungi perkataan berulangan ataupun lirik
berulangan.

Lagu kanak-kanak yang baik mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat lagu
yang pendek serta mudah difahami, lagu yang berulang perkataan dan melodinya.
Guru-guru perlu bersedia dengan lagu dan lirik sebelum mengajarkan pada kanak-
kanak. Aktiviti nyanyian boleh disertakan dengan aktiviti lain seperti nyanyian
dengan berdrama, pergerakan badan dan sebagainya.

Tambahan pula, permainan jari juga sesuai digunakan untuk kanak-kanak


yang kecil kerana pergerakan ini tidak membebankan dan hanya tertumpu pada
paras matanya. Pergerakan ini amat disukai oleh kanak-kanak dan ia boleh diiringi
dengan nyanyian. Contoh-contoh lagu yang menggunakan pergerakan tangan ialah
seperti Seekor Labah-labah, mana ibu jari, dan sebagainya. Secara tidak langsung
pergerakan ini melatih tangan kanak-kanak.
Nyanyian dengan beraksi pula adalah aktiviti nyanyian yang diikuti dengan
pergerakan atau aksi mengikut lirik lagu yang dinyanyikan. Lagu dan pergerakan
kreatif juga penting dalam menyampaikan sesuatu maksud kepada perkataan atau
arahan yang diberikepada anak. Setiap arahan perlu tepat, jelas dan disertakan
dengan aksi yang menyerlahkanmaksud perkataan supaya mesejnya sampai.
Contohnya, permainan berlagu seperti Lompat Si Katak Lompat dapat mengajar
anak pergerakan yang dikaitkan dengan perkataan melompat. Aksi ini membantu
menyenangkan kanak-kanak mengingati lirik lagu.

2.0 Fungsi dan peranan lagu kanak-kanak

Terdapat pelbagai fungsi lagu kanak-kanak. Antaranya ialah untuk tujuan usik-
mengusik. Selain itu, tujuannya adalah untuk mendodoikan bayi di mana secara
kebiasaannya bagi masyarakat Melayu, mereka akan menyanyikan lagu kanak-
kanak untuk menyenangkan dan membuat bayi tersebut tidur lena di dalam buaian
atau di atas pangkuannya.

Tidak ketinggalan juga, lagu kanak-kanak turut berfungsi dalam Permainan


Pendidikan. Contohnya melalui lagu “Rajin adik Rajin” di mana melalui lagu tersebut,
kanak-kanak dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai pengajaran, peringatan
dan boleh dijadikan panduan hidup.

Seterusnya, adalah untuk memberi perkembangan yang sihat kepada kanak-


kanak di mana apabila kanak-kanak menyanyikan lagu kanak-kanak seperti “Lagu
lompat si katak lompat” sambil membuat pergerakan, perkara ini secara tidak
langsung bleh membantu dalam perkembangan motor kasar kanak-kanak tersebut
apabila dia membuat pergeraka dan melompat bagai seekor katak-katak. Di
samping itu, hal ini turut merangsang keyakinan diri kanak-kanak apabila bernyanyi.
Guru boleh menggunakan peluang ini untuk meningkatkan keyakinan diri kanak-
kanak terutama meminta kanak-kanak yang suka menyendiri dan sering bersikap
pasif dalam mana-mana aktiviti yang dijalankan untu menyanyi sambil membuat
pergerakan bebas di hadapan kelas. Mereka akan berasa gembir, bersemangat
dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik.
Selain itu, melalui lagu kanak-kanak juga, guru boleh meningkatkan
keupayaan intelektual kanak-kanak. Guru boleh menanyakan mereka semula
apakah nilai-nilai murni yang terdapat pada lagu kanak-kanak yang mereka
nyanyikan itu. Dengan itu, murid turut berupaya untuk memahami maklumat baru
dengan lebih baik yang disampaikan oleh guru. Akhir sekali adalah guru dapat
meningkatkan kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak terutama apabila
aktiviti nyanyian tersebut dijalankan secara berkumpulan. Di situ guru boleh melihat
bagaimana kanak-kanak dapat bekerjsama, bersabar dan menjalinkan hubungan
sosialnya dengan rakan sekumpulan.
Lagu Rakyat

1.0 Ciri-ciri Sesebuah Lagu Rakyat

Lagu – lagu tradisi rakyat adalah lagu-lagu yang telah terlalu tua usianya dan
tidaklah dapat dikesan dengan setepatnya bilakah ianya telah bermula. Lalu dalam
hal ini; lagu-lagu tradisi begini boleh kita klasifikasikan sebagai juga satu bentuk
sastera lama dalam genre puisi. Serupa juga dengan sastera rakyat ianya
berkembang dalam masyarakat Melayu lama kemudian titis-menitis dari satu
keturunan kepada satu keturunan secara lisan. Kebanyakan lagu yang berkaitan
dengan lagu tradisi ialah berkaitan dengan dialek.

2.0 Fungsi dan peranan lagu rakyat

Terdapat beberapa fungsi dan peranan lagu rakyat, dan antara ialah untuk
tujuan perubatan. Ada di antara lagu-lagu itu yang digunakan oleh bomoh dalam
jampi mentera bagi menyembuhkan pesakit yang diserang sakit sam ada sakit
ringan mahupun sakit yang berat. Selain itu, lagu-lagu ini digunakan bomoh untuk
memagar kampung halaman mengikut kepercayaan aninisme masing-masing.
Tambahan pula, lagu rakyat turut berfungsi untuk tujuan Berdah (berdikir rebana).

Selain itu, lagu rakyat berfungsi sebagai penyeri majlis perkahwinan. Berdikir
rebana juga menyerikan sesebuah majlis perkahwinan. Kadang-kala berdikir rebana
digunakan semasa majlis atau upacara pinang –meminang. Biasanya pada waktu ini
akan berlaku situasi berbalas pantun. Masyarakat zaman dahulu juga menggunakan
lagu rakyat untuk tujuan menghilangkan kebosanan ketika bekerja. Lagu rakyat juga
dinyanyikan ketika musim menuai atau waktu mengampin padi muda. Akhir sekali,
bagi kanak-kanak pula, lagu rakyat digunakan untuk tujuan permainan kanak-kanak
di mana Mereka menyanyikan lagu-lagu ketika bermain contohnya permainan
“nenek-nenek si bongkok tiga”.
Lagu Patriotik

Lagu Patriotik ialah lagu yang mempunyai lirik yang dapat membangkitkan
semangat dan memupuk perasaan cinta akan negara di kalangan rakyat. Biasanya
ia merupakan lagu kebangsaan. Lagu Patriotik merupakan lagu yang perlu diketahui
oleh semua rakyat. Biasanya, lagu patriotik dididik bermula sejak kecil dari sekolah
rendah kepada semua.

1.0 Ciri-ciri dan nilai lagu patriotik

1.1 Senikata / Lirik Lagu Patriotik

Lagu patriotik adalah mengenai cintakan negara dan tanah air, memuji tentang
keindahan tanah air, memberi motivasi kekuatan diri atau jati diri, memberi semangat
perjuangan atau kepahlawanan, memuja atau memuji pemimpin atau pejuang
negara, bermesejkan kempen-kempen yang dianjurkan oleh negara, serta
menyampaikan maklumat terhadap aspirasi atau cita-cita negara. Contoh bagi lagu
patriotic adalah seperti lagu di bawah ini iaitu lagu “Jalur Gemilang”.

Contoh Lagu ialah Lagu “Jalur Gemilang.

Merahmu bara semangat waja Jalur gemilang... di bawah naunganmu


Jalur gemilang... kami semua bersatu
Putihmu bersih budi pekerti Perpaduan ketaatan
Kuning berdaulat payung negara Amalan murni rakyat Malaysia
Biru perpaduan kami semua Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Puncak dunia telah kau tawan Jalur semangat kami semua
Lautan luas telah kau redah
Berkibarlah
Membawa semangat jiwa merdeka
Berkibarlah
Semarak jaya kami warganya Berkibarlah
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia Jalur gemilang

Satu suara satu semangat


Itu sumpah warga berdaulat
1.2 Rentak dan melodi

Rentak dan melodi bagi lagu patriotik pula kebanyakkannya adalah bersifat rancak
atau melankolik iramanya. Melodinya juga berulang-ulangan dan mempunyai tempo
yang cepat atau sederhana manakala elemen-elemen muzik dalam lagu patriotik
adalah seperti march (Pancaragam).

1.3 Nilai-Nilai Lagu Patriotik

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan
tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan.
Dalam lirik lagu patriotik, terdapatnya pelbagai unsur nilai-nilai murni yang boleh
dicontohi dan dipelajari oleh para pendengar. Antaranya adalah seperti:

1. Berbangga sebagai rakyat Malaysia


- Berakhlak dan berbudi pekerti mulia.
- Menghormati raja dan pemimpin negara.
- Menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan,
jata negara).
- Menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara.
- Menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa.

2. Bersemangat setia negara


- Cintakan bangsa dan negara.
- Taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara.
- Sedia berkorban untuk bangsa dan negara.
- Berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.

3. Bersemangat kekitaan
- Bersatu padu dan berharmoni.
- Bertolak ansur dan bertoleransi.
- Bekerjasama dan tolong - menolong.
- Hormat - menghormati.
- Bersefahaman dan bermuafakat.
4. Berdisiplin
- Mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara.
- Mematuhi peraturan dan undang - undang.
- Berkelakuan sopan dan bertatasusila.
- Bertanggungjawab.
- Bersifat amanah dan jujur.

2.0 Fungsi Lagu Patriotik

Terdapat pelbagai fungsi bagi lagu patriotik dan antaranya adalah :

1. Mengalirkan mesej kecintaan yang sarat terhadap tanah air.


2. Menyedarkan kita bahawa betapa bertuahnya lahir, membesar dan dewasa di
tanah air yang satu ini, buminya subur, manusianya baik dan alamnya damai.
3. Menimbulkan keinsafan dan kesyukuran terhadap nikmat yang diberikan.
4. Menyeru berkasih sayang kepada tanah air dan menyentuh jiwa terhadap
bait-bait perjuangan.
5. Membakar semangat juang rakyat untuk sama-sama menuntut kemerdekaan
pada zaman sebelum kemerdekaan.
6. Sebagai suntikan semangat juang kepada perajurit negara.
7. Menyemarakkan rasa kecintaan kepada agama, bangsa dan negara.
8. Mengekalkan kemerdekaan negara.
9. Sebagai identiti negara yang bebas daripada penjajahan.
10. Menjamin keharmonian negara.
11. Mengekalkan perpaduan nasional.

Sumber Rujukan
Kesusasteraan Kanak-Kanak . Dicapai pada 20 Mei 2015 daripada
http://www.scribd.com/doc/38164761/KESUSASTERAAN-KANAK#

Nani Menon. (2005). Permainan, Lagu dan Puisi. Kuala Lumpur: PTS Profesioal
Pubslishing Sdn Bhd.

You might also like