Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KAHOOT.

IT

1) Sila ke : https://getkahoot.com/
2) Daftar menggunakan akaun guru (free teacher account)
3) Klik ‘Quiz’ untuk membuat soalan yang baru

4) Skrin anda sepatutnya sama seperti skrin di bawah. Bagi setiap soalan, tuliskan
soalan anda, pilihkan had masa bagi anda beri kepada murid untuk menjawab. Pilih
aneka jawapan dan tandakan jawapan yang betul.

No Masa
soalan

Tandakan
jawapan yang
betul

Tambah soalan

5) Setelah selesaikan tuliskan soalan, klik soalan seterusnya ‘add question’ to soalan
seterusnya.
6) Anda boleh terus menambahkan soalan sehingga anda selesai masukkan soalan
yang terakhir.
7) Setelah selesai, klik butang seting seterusnya ‘Next settings’ di sebelah kanan
bawah.
8) Bahagian ini meminta anda untuk mengubah seting untuk kahoot dan memilih
audian utama. Seterusnya pilih sekolah.
9) Anda boleh memilih untuk meletakkan gambar. Jika tidak perlu boleh abaikan
sahaja. Pilih butang hijau ‘Done’ disebelah kanan setelah selesai.
Kahoot anda telah selesai….

Untuk memainkan kahoot anda.


1) Di sebelah atas kiri kahoot anda, pilih di mana ada ‘My Kahoot’.

2) Anda sepatutnya melihat di skrin, soalan kahoot yang telah anda buat. Pergi ke
Kahoot yang anda hendak mainkan dengan klik pada butang ungu iaitu butang
‘Play’.

3) Anda akan melihat skrin seperti di bawah. Klik butang ungu iatu butang ‘Launch’.

4) Anda akan diarahkan ke skrin seperti di bawah. Murid sepatutnya mengikut sahaja
arahan yang diberi dan terus ke Kahoot.it dan masukkan ‘game pin’. Mereka boleh
bermain melalui computer atau telefon pintar. Anda akan melihat nama murid yang
telah masuk dan jika telah cukup boleh klik butang ‘Start now’ dan berseronoklah.

5) Jika tiada soalan atau hendak soalan lain, boleh cari di ‘Find Kahoot’. Taip sahaja
tajuk yang dikehendaki dan ikut semula arahan 1 hingga 4.

Tugasan di rumah….

1) Pilih soalan yang dikehendaki dan klik butang


‘Challenge’ bersebelahan butang ‘play’.
2) Tetapkan masa sehingga bila tugasan ini perlu disiapkan. Kemudian klik butang
‘Next’.

3) Salin ‘challenge link’ dan ‘challenge PIN’ terus kepada


murid. Antara medium penyebaran adalah melalui whatsapp atau telegram kelas

4) Laporan hasil tugasan boleh dilihat melalui menu


‘My result’. Dimuatturun dan dicetak untuk dijadikan hasil pelaporan.

You might also like