Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

BAB 10 HALANGAN DALAM KAUNSELING

1. PENGENALAN

Dalam proses kaunseling terdapat halangan dan masalah.


Faktor yang menyebabkan berlakunya halangan dalam proses kaunseling ialah :
1. klien
2. komunikasi
3. kaunselor
4. Persekitaran

2. Ciri-ciri klien yang mendatangkan masalah semasa proses kaunseling dijalankan


FAKTOR KLIEN
 Klien Menentang
 Klien Enggan
 Pemindahan
 Pemindahan Balik

KLIEN MENENTANG (RESISTANT)

Klien yang tidak sudi atau menentang kepada perubahan.

Terdapat ciri-ciri halangan yang diwujudkan oleh klien yang boleh menyekat dan
menghalang proses kaunseling menurut Spora (2002), Brammer (2002), Gladding
(2003) dan ahli teori tingkah laku.

Halangan dalam proses kaunseling sekiranya mendapat klien menentang, menurut


Spora (2002):

Klien tidak percaya bahawa matlamat sangat penting dalam kaunseling.


Klien bersikap acuh tidak acuh dan sambil lewa ketika sesi kaunseling dijalankan.
Klien hairan melihat contoh matlamat yang dinyatakan.
Klien tidak faham tujuan matlamat.
Klien memerlukan masa untuk berfikir dalam sesi kaunseling.

Menurut Brammer (2002) :


Mengkritik kaunselor atau sesi kaunseling
Menggunakan jenaka berlebihan.
Menamatkan sesi kaunseling lebih awal daripada sepatutnya.
Berfalsafah ingin menunjuk pandai dalam sesi kaunseling.
Mendiamkan diri semasa sesi kaunseling dijalankan.

Menurut Gladding (2003) :


• Klien-klien jenis ini terlibat secara aktif untuk mencari kaunselor tetapi tidak berharap
untuk melalui kesakitan daripada perubahan selepas melakukan sesi kaunseling.
• Melayan masalah yang dihadapi dengan sambil lewa.
• Tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Menurut ahli teori tingkah laku :


 Menentang merujuk kepada tingkah laku yang tidak memberi perhatian.
 Menentang berpunca daripada perasaan takut sekiranya dia cuba mengubah tingkah
laku.
 Menentang berpunca daripada perasaan takut sekiranya dia cuba mengubah tingkah
laku.

Ahli teori mengemukakan lima jenis menentang :


 Klien tidak faham apa yang hendak dilakukannya.
 Klien mendapat pengukuhan apabila bertingkah laku yang menimbulkan masalah.
 Klien faham apa yang hendak dilakukan tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana
kurang mahir.
 Klien tidak rela dan tidak bermotivasi untuk menyelesaikan masalah.
 Klien tidak berupaya melakukan sesuatu kerana berasa takut dan bersalah.

Contoh tingkah laku menentang yang kerap ditunjukkan oleh klien (ahli teori tingkah
laku) :

o Enggan bercakap
o Tidak memberi kerjasama
o Tidak menepati janji
o Terlalu kerap menggunakan helah bela diri
o Memanipulasi kaunselor
o Mengubah atau tidak menepati matlamat
o Datang lambat ke sesi kaunseling

3. KLIEN ENGGAN (RELUCTANT)

• Klien enggan merupakan klien yang jika diberi pilihan akan berasa tidak rela untuk
berjumpa dengan kaunselor.
• Klien yang dirujuk oleh pihak ketiga dan tidak bermotivasi untuk ditolong berubah atau
menerima bantuan daripada kaunselor.
• Tidak berkeyakinan untuk berada dalam sesi kaunseling dan sering bercakap tentang
dirinya sendiri.
• Tyron (2002), kebanyakan klien enggan menamatkan sesi kaunselingnya pada masa
yang tidak sepatutnya dan memberitahu mereka tidak puas hati dengan proses-
proses yang dilakukan kaunselor.

o Keengganan dikenal pasti melalui gerak geri badan serta tingkah laku semasa
berhadapan dengan kaunselor (verbal dan non-verbal).
o Muhd. Mansur (1993), klien jenis ini dikendalikan apabila kaunselor menerangkan
kepada klien tentang kepentingan proses kaunseling dan membantunya menyedari
apa yang boleh di perolehi daripada sesi kaunseling.

4. PEMINDAHAN (TRANFERENS)

 James (1983) : keadaan di mana klien berasa jatuh cinta atau benci terhadap
kaunselor kerana memindahkan kenangan zaman kanak-kanak klien kepada
kaunselor.

 Freud (1975) : klien memandang kaunselor sebagai peranan ibu bapa atau orang
tua yang signifikan dan memindahkan emosi atau perasaannya kepada ibu bapa
atau orang tua berkenaan.

 Corey (2001) : klien membawa sifat pemindahan kepada kaunselor juga yang positif
dan negatif seperti perasaan cinta terhadap kaunselor, marah, kasihan, dan berat
sebelah terhadap kaunselor.

 Wilson (1996) : memindahkan perasaan yang lepas atau perasaan yang berlaku
pada masa lampau, konflik dan perlakuan ke dalam perhubungan semasa, situasi
dan keadaan.

 Capuzzi (1997) : satu pergerakan antara kaunselor dan terapis berdasarkan emosi
yang dialami oleh klien ketika kecil.

• Klien menggambarkan ketidakpuasan emosinya dan segala memorinya tentang


pengertian, pengalaman fantasi terhadap terapis, kemudian klien akan bertindak
mengubah realiti.

5. FAKTOR KOMUNIKASI

• Bersifat memerintah atau mengarah


• Mendengar secara memilih
• Kerap mencelah atau menyampuk
• Memberi amaran
• Mudah mengkritik
• Fikiran yang menerawang atau suka berangan-angan
• Menyindir atau memuji secara berlebihan
• Suka menyiasat dan membuat penghakiman awal
• Terlalu kerap menasihati
 Gangguan

6 FAKTOR KAUNSELOR
• Kaunselor yang terlalu emosi dan terlalu yakin
• Gangguan luar yang menguasai pemikiran
• Kaunselor yang terlalu simpati terhadap klien
• Kurang tumpuan dan kurang minat
• Perubahan emosi
• Kurang mahir dan tidak cukup persediaan
• Kaunselor yang mempunyai mimik muka dan nada suara yang tidak meyakinkan
• Kaunselor menyoal klien terlalu banyak.

7. PEMINDAHAN BALIK COREY (1999)


• Pemindahan balik adalah suatu perasaan yang mana ia adalah alat yang penting
kepada terapis, ia adalah sama dengan pemindahan tetapi secara terbalik.

• Pemindahan balik merujuk kepada fenomena psikodinamik yang dialami oleh terapis
berbanding dengan persekitaran sebenar.

KARTINI DAN DALI (2003)


• Pemindahan balik merujuk kepada apabila seseorang kaunselor itu telah mendalami
situasi klien sehingga terikut-ikut dengan masalah klien.

• Contohnya, seorang kaunselor akan terikut dengan masalah klien apabila kaunselor
itu tidak dapat bezakan atau menyesuaikan dirinya dengan masalah klien.

• Jika perkara ini berlaku, kaunselor telah melanggar etika kaunseling.

9. FAKTOR PERSEKITARAN

Persepsi Negatif
1. Persepsi pelajar terhadap guru displin apabila masuk ke bilik kaunseling mereka
akan dilabelkan sebagai pelajar yang bermasalah.

2. Pelajar turut menganggap kaunselor seperti guru-guru lain iaitu untuk mencari
kesalahan pelajar.

3. Hal ini memerlukan kaunselor menjelaskan kepada pelajar mengenai perkhidmatan


yang disediakan oleh kaunselor

Jantina
1. Sekiranya berlainan jantina antara klien dan kaunselor, proses kaunseling akan
menjadi kurang selesa.

2. Sebagai contoh, pelajar perempuan yang mempunyai masalah sulit akan berasa
kurang selesa untuk dikongsikan bersama kaunselor lelaki.

Kumpulan etnik
1. Kaunselor perlu memahami cara pergaulan etnik lain.

2. Boleh menimbulkan masalah ruang rujuk dan menjejaskan kefahaman serta


kurangnya rasa empati di kalangan kaunselor dan pelajar.

Peringkat Umur

1. Menurut Miza(1987) guru-guru muda dan cergas lebih sesuai untuk sekolah bandar.
Hal ini kerana jarak umur tidak jauh membolehkan kaunselor memahami pelajar
dengan lebih baik dan mengurangkan jurang antara generasi.

2. Bagi sekolah luar bandar pula, guru dewasa lagi sesuai untuk menjadi kaunselor. Ini
kerana kaunselor dapat mengganti tempat ibu atau bapa yang diperlukan oleh
pelajar. Namun begitu, ia akan memberi masalah sekiranya pelajar mempunyai
masalah dengan ibu atau bapa di rumah dan menganggap kaunselor yang sedang
mereka tatapkan adalah sama seperti ibu bapa mereka.

RUMUSAN

Halangan yang wujud dalam kaunseling adalah sesuatu yang perlu dihadapi.

Banyak cara yang boleh digunakan bagi mengatasi halangan-halangan tersebut.

Sebagai kaunselor yang profesional, peranan serta tanggungjawab perlu dipikul


sebaik mungkin bagi meningkatkan mutu dan kualiti profesion ini.

Kaunselor perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi masalah dan cabaran


walaupun ia sukar.

You might also like