Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

REFLEKSI KENDIRI DALAM PELAKSANAAN KAJIAN KES

Saya, Emily Teng Jie Ling, berasa amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah
dan kurniaNya akhirnya saya dan ahli-ahli kumpulan telah berjaya meyiapkan tugasan kajian
kes untuk kursus MPU 3081, Kokurikulum – Persatuan. Kumpulan saya telah menjalankan
kajian kes untuk Persatuan Taiwan Buddhist Tzu Chi Foundation Malaysia. Kajian kami
bertujuan untuk menganalisis sejarah penubuhan, kaedah dan proses penubuhan dan
strategi sumber kewangan Persatuan Taiwan Buddhist Tzu Chi Foundation Malaysia. Kami
telah menggunakan kaedah temu ramah dan kaedah soal selidik untuk mendapatkan hasil
kajian kes kami. Melalui kaedah-kaedah ini, kami bertujuan untuk menganalisis
keberkesanan sumbangan Persatuan Tzu Chi terhadap masyarakat di Malaysia. Dalam
refleksi tugasan ini, saya akan menggunakan SWOT analisis untuk menyatakan kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman yang saya alami semasa menjalankan tugasan kajian
kes ini.

Antara kekuatan (strength) yang saya perolehi semasa menjalankan tugasan ini ialah
pengetahuan asas tentang Persatuan Tzu Chi. Hal ini dikatakan demikian kerana kedua-dua
ahli kumpulan saya, iaitu Voon Suk Fong dan Emily Gan Hui Fang merupakan sukarelawan
muda yang aktif dalam aktiviti-aktiviti anjuran Persatuan Tzu Chi. Ahli kumpulan saya telah
memberitahu saya tentang pengalaman mereka di Persatuan ini. Tambahan pula, saya juga
pernah menyokong aktiviti Persatuan Tzu Chi seperti Program Makanan ‘Vege’. Melalui
pengalaman-pengalaman yang dikongsi oleh ahli kumpulan saya dan pengalaman saya
sendiri dalam aktiviti Persatuan Tzu Chi, saya berasa yakin untuk menjalankan tugasan ini
dengan baik. Kekuatan kedua yang saya punyai ialah pengetahuan yang saya perolehi
tentang pengurusan persatuan. Sebelum kumpulan saya menjalankan kajian kes ini, kami
telah mendapat ilmu tentang pengurusan persatuan seperti kepentingan dana, sejarah
penubuhan dan carta organisasi sesuatu persatuan daripada kuliah En.Khambali.
Pengetahuan sedia ada ini membolehkan kami menyelesaikan tugasasan kajian kes ini
dengan cepat dan sistematik. Sehubungan dengan itu, kami juga menyiapkan sesi soal
selidik dengan lancar kerana kami mengenali sukarelawan-sukarelawan muda Persatuan
Tzu Chi di IPGKRM. Responden yang sudi berkerjasama juga telah menjadi antara
kekuatan kumpulan kami.

Kelemahan (Weakness) yang saya alami semasa menjalankan tugasan ini ialah
bahasa yang digunakan semasa menjalankan sesi temu ramah. Hal ini dikatakan demikian
kerana kami telah menjalankan temu ramah dengan menggunakan Bahasa Cina dan kami
perlu menterjemahkan temu ramah tersebut. Selain itu, kegagalan kami untuk mengumpul
semua maklumat yang diperlukan juga adalah kerana kelemahan kami untuk memberitahu
Persatuan Tzu Chi tentang maklumat-makumat yang diperlukan seperti buku laporan 2017
dan aktiviti tahunan.

Peluang (Opprtunity) yang saya dapati melalui perlaksanaan tugasan ini ialah saya
telah mengenali Persatuan Tzu Chi dengan lebih mendalam lagi. Tugasan ini telah memberi
peluang kepada saya untuk membetulkan kesalahfahaman saya tentang persatuan ini. Hal
ini dikatakan demikian kerana saya mempunyai persepsi bahawa Persatuan Tzu Chi
merupakan persatuan untuk Buddhist sahaja. Melalui sesi temu ramah yang dijalankan
dengan En.Tan Poh Seng, saya telah mengetahui bahawa persatuan ini adalah dibuka
kepada semua bangsa kerana matlamat utamanya adalah membantu mangsa yang
mengalami kesusahan. Tambahan pula, tugasan ini juga telah memberi peluang kepada
saya untuk menimbah ilmu tentang penubuhan dan pengurusan sesebuah persatuan.
Melalui kajian kes ini, saya telah memahami kepentingan dana, pengurusan dan aktiviti
dalam sesuatu persatuan. Saya juga mendapati bahawa perancangan adalah amat penting
untuk menjelaskan matlamat organisasi, mengenalkan strategi dan menyediakan
perancangan untuk mengkoordinasikan semua aktiviti. Aktiviti yang dijalankan dalam
persatuan juga amat penting supaya setiap ahli dalam persatuan tersebut mendapat
manfaat dan pengalaman yang berguna. Pengurusan kewangan adalah signifikan dalam
sesuatu persatuan kerana kecukupan kewangan dapat melancarkan semua aktiviti yang
dijalankan di samping dapat membantu masyarakat yang memerlukan dengan banyak lagi.
Melalui tugasan ini, saya juga telah mengenali banyak kawan yang baharu di samping
mendengar perkongsian pengalaman mereka tentang menjadi sukarelawan di kejadian
tragedi.

Ancaman (Threat) yang saya temui semasa saya menjalankan tugasan ini ialah
kesusahan untuk mencari masa untuk menjalankan sesi temu ramah. Untuk kajian kes ini,
kami telah menggunakan seminggu untuk mengutip maklumat yang diperlukan melalui
kaedah temu bual dan kedah soal selidik. Kami mengalami masalah untuk bertemu denga
En.Tan Poh Seng disebabkan masa kami yang tidak serasi. Selain itu, kami juga
menghadapi masalah untuk mengumpul semua maklumat yang diperlukan untuk analisis
data seperti buku laporan 2017, laporan kewangan dan aktiviti tahunan. Hal ini demikian
kerana kami tidak menyatakan permintaan kami awal-awal dan kebanyakan dokumen
tersebut adalah sulit.

Kesimpulannya, kajian kes ini telah memberi banyak manfaat kepada saya. Saya
telah mempelajari banyak ilmu yang baharu melalui tugasan ini. Saya berharap ilmu-ilmu ini
dapat membantu saya dalam pengurusan kokurikulum-persatuan saya semasa saya
menjadi guru pada masa hadapan.

You might also like