Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT BOILER AND SAFETY ENGINEERING

CLUB KALI PERTAMA 2017


UiTM SHAH ALAM
MINIT MESYUARAT BOSEC BIL 1 TAHUN 2017

Kehadiran:
1. Muhamad Azeem Bin Suhaimi Chief Executive Officer
2. Hazeem Hakeemi Bin Baseri Secretary
3. Wan Shafiq Bin Wan Zaini Corporate Admin
4. Amir Haziq Bin Zainudin Head Of Operation
5. Fadhli Muiz Bin Talib Protocol And Safety 1
6. Muhd Azmirul Hafiz Bin Mohd Derawis Logistic
7. Muhd Faez Bin Abu Othman Protocol And Safety 2
8. Mohamad Ekmal Bin Anuar Project Manager
9. Nur Amal Hakim Bin Basharudin Finance
10. Mohd Alias Bin Yusri Entrepreneur
11. Muhd Shafiq Haikal Bin Mohd Sharif Media Corporate 1
12. Mohd Al-Hadi Bin Ali Procurement
13. Mirdza Ahmaddiah Bin Ahmad Sukaimi Media Corporate 2

14. Muhd Fadhil Bin Mohd Ruzaimi Human Resource


15. Nadirah Binti Anuar Secretarty 2
Tarikh:
Masa: 9.00 Malam
Tempat: Bilik Kecemerlangan Pelajar (BKP)
Pengerusi: Muhamad Azeem bin Suhaimi

Agenda Mesyuarat :

1. Perutusan Pengerusi

1.1. Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan selamat datang dan
berterima kasih atas kehadiran para penaja bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Boiler and
Safety Engineering Club (BOSEC) Kali Pertama bagi semester September-Januari tahun 2017.

Tindakan : Makluman
1.2. Penilaian dan rumusan pembentukan persatuan

1.2.1. Mengucapkan terima kasih atas usaha para penaja yang telah bertungkus lumus bagi
membentuk sebuah persatuan baharu. Menyatakan bahawa keputusan untuk
membentuk persatuan ini adalah satu usaha murni oleh para pelajar sendiri bagi mencari
inisiatif baharu bagi membentuk cabang kejuruteraan yang pelbagai. Mesin dandang dan
keselamatan telah dikenalpasti sebagai hala tuju untuk ditawarkan kepada fakulti dan
mana-mana pelajar yang berminat.
Tindakan : Makluman

1.2.2. Semua panitia diminta melihat keberkesanan program yang telah dilaksanakan pada
tahun sebelum ini oleh kelab atau persatuan yang lain sebelum membuat perancangan
sendiri bagi tahun 2018 . Perancangan perlu sesuai dengan halatuju dan objektif yang
dihadapi dibentangkan oleh presiden.
Tindakan : Semua Para Penaja

1.3. Persediaan penyediaan proposal penubuhan kelab.

1.3.1. Para penaja diminta membuat persediaan untuk penstrukturan proposal yang lengkap.
Pengerusi mahu segala perancangan mengikut jadual yang ditetapkan. Tiada kutipan
yuran pada hari tersebut.
1.3.2. Setiap penaja diminta memberi maklumat dan penerangan kepada penaja yang lain
berkaitan pelaksanaan mengikut jawatan masing-masing , halatuju dan sebagainya.
Tindakan : Semua penaja

1.4. Boiler and safety


1.4.1. Semua guru perlu mengetahui dan memahami boiler dan safety. Pengerusi meminta
maklum balas tentang pemahaman sepintas lalu tentang boiler terhadap beberapa orang
penaja.

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat

2.1. Hazeem Hakeemi bin Baseri mencadangkan minit mesyuarat diterima dan disahkan. Muhamad
Azeem bin Suhaimi menyokong.

3. Perkara Berbangkit

3.1. Pengerusi meminta Amir Haziq dan semua penaja segera bertindak membuat gerak kerja yang
masih belum selesai.
3.2. Pengerusi meminta maklum balas daripada Amir Haziq tentang langkah-langkah dan prosedur
yang tepat bagi menyiapkan proposal penubuhan kelab. Amir Haziq membentangkan beberapa
perkara yang perlu diambil kira semasa menyiapkan proposal.

Tindakan: Semua penaja

4. Penjelasan dasar-dasar dan program-program khas kelab

4.1. Pengerusi membentangkan dasar-dasar kelab seperti visi, misi dan moto kelab.

4.1.1. Semua penaja diminta mengetahui dan menghayati visi, misi dan moto kelab. Semua
penaja boleh merujuk carta khas yang dibuat sementara bagi mengetahui semua
maklumat berkaitan dengan kelab. Beliau amat berharap semua penaja mematuhi dan
melaksanakan semua dasar yang telah ditetapkan oleh kelab dalam usaha merealisasikan
visi kelab.
4.1.2. Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
2.1: Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga BOSEC.
2.2: Memantapkan pengurusan kelab.
2.3: Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pelajaran ,Fakulti
Kejuruteraan Mekanikal dan UiTM sendiri.

4.1.3. Program-program berbentuk akademik hendaklah sentiasa diutamakan dalam program-


program kelab.

Tindakan : Semua penaja

4.2. Mesyuarat
4.2.1. Mesyuarat Jawatankuasa Kelab hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 4 kali setiap
bulan dan setiap mesyuarat perlu ada minit yang akan diletakkan ke dalam Fail
Pengurusan dan satu salinan untuk simpanan setiausaha. Pengurusan setiap mesyuarat
perlu diuruskan dengan sempurna.,ada surat panggilan mesyuarat , agenda , maklum
balas dan menyediakan minit mesyuarat .

Tindakan : Setiausaha Kelab dan Semua Penaja

4.3. Kajian Tindakan

4.3.1. Pengerusi berharap budaya membuat kajian tindakan akan dilaksankan oleh setiap penaja
dan didokumentasikan. Ini menunjukkan para penaja bertanggungjawab dan berusaha
mencari jalan menyelesaikan masalah .

Tindakan : Penaja

5. Anggaran perbelanjaan 2012.

5.1. Semua penaja diminta membuat perancangan perbelanjaan tahunan berdasarkan peruntukan
2018 kerana pihak UiTM akan menerima peruntukan bagi tahun 2018 tidak lama lagi. Prosedur
kewangan perlu dipatuhi sepenuhnya.
5.2. Pengerusi berharap pada tahun 2018 tidak ada pembelian bahan menggunakan wang sendiri
secara ‘ad-hoc’ tanpa perancangan. Sebaik saja peruntukan diterima mesyuarat kewangan akan
diadakan.

Tindakan: Kewangan

6. Hal-hal lain

6.1. Pengerusi meminta semua penaja bersedia dengan segala data dan maklumat bagi
melengkapkan proposal.

Tindakan : Semua
Penaja

7. Penutup
7.1. Pesanan dan harapan

7.1.1. Semua penaja diminta bersedia dengan program yang bakal menyusul.
7.1.2. Penaja diharap dapat tugas dengan baik.
7.1.3. Penaja juga diingatkan untuk menjadi ahli yang berkesan dan cemerlang dengan
mengambil kira perkara-perkara berikut:
7.1.3.1. Kesungguhan menjalankan perkara-perkara yang dirancang.
7.1.3.2. Merancang program akademik dengan baik dan teratur.
7.1.3.3. Membaca, menghayati dan mencapai perkara-perkara yang telah disepakati
seperti visi,misi dan moto.
7.1.4. Pengerusi juga berharap agar tahun 2018 menjadi tahun yang gemilang bagi warga
BOSEC.

Tindakan: Semua

7.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam dan ditutup dengan bacaan surah Al-
Asr.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________ _________________________
( Hazeem Hakeemi Bin Baseri) ( Muhamad Azeem Bin Suhaimi )
Setiausaha BOSEC Pengerusi BOSEC

Tarikh:

You might also like