Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

Jurnal Psikologi Malaysia 29 (1) (2015): 39-52 ISSN 2289-8174 39 40

PERBEZAAN KECEMERLANGAN
Perbezaan PELAJAR
Kecemerlangan Pelajar daripadaDARI PERSPEKTIF
Perspektif PENGURUSAN
Pengurusan Masa,
MASA, KEPUTUSAN AKADEMIK
Keputusan Akademik TERDAHULU
Terdahulu DAN JANTINA
dan Jantina

Azura Hamdan
Rohany Nasir
Rozainee Khairudin
Wan Shahrazad Wan Sulaiman

Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRACT

The purpose of this study was to examine and identify whether factors such as previous
academic result (SPM), gender and time management could determine differences among
students, based on academic performance or grade point average (GPA). A total of 551
undergraduate students from four universities participated in the study. Students with a GPA
of 3.50 or greater significantly differed in their level of time management than those with a
GPA of less than 2.50. In terms of gender, female students were found to have higher GPA
than male students. However, students enrolled with excellent SPM result did not differ
significantly in term of their GPA from students enrolled with low SPM result. Results from
ANOVA and t-test showed that time management and gender, not previous academic result,
were the important factors to distinguish students with low or high academic performance.
The implication of this study showed that academic excellence among undergraduates did not
rely solely on previous academic result, but the role of time management and gender did play
significant factors in distinguishing high achievers vs low achievers.
Keywords: Student, time management, previous academic result, gender, academic
achievement.

PENGENALAN di universiti. Ini kerana, tidak semua pelajar


yang melanjutkan pengajian di universiti
Dalam senario pendidikan di Malaysia akan memperoleh ijazah atau menamatkan
masa kini, masyarakat sering pengajian dalam tempoh masa seperti mana
mengandaikan bahawa pelajar yang yang dijangkakan.
mempamerkan prestasi cemerlang di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Menurut Timbalan Menteri Pengajian
akan turut cemerlang dalam bidang Tinggi, Dr. Hou Kok Chung, semasa sesi
akademik di universiti. Hakikatnya, soal jawab di persidangan parlimen pada 17
andaian sedemikian tidak selalunya Mac 2009, secara puratanya, seramai 4800
realistik terutama kepada pelajar yang baru (1.5%) orang pelajar di institusi pengajian
memulakan pengajian di tahun pertama di tinggi awam Malaysia, gagal menamatkan
universiti. Di sebalik prestasi cemerlang pengajian atau diberhentikan pada setiap
dalam bidang akademik di peringkat SPM, tahun (Utusan Malaysia, 2009). Walaupun
terdapat segelintir pelajar yang tidak bilangan pelajar yang gagal menamatkan
mempamerkan kecemerlangan seperti yang pengajian atau diberhentikan tidak
diharapkan apabila menyambung pengajian membimbangkan, namun, ia merupakan
40 41

satu isu yang perlu diberi perhatian agar Gred (PNG) kurang daripada 2.00, dalam
kadar ini dapat diminimakan serendah yang pemerhatian (probation), mendapat PNG
mungkin. Tambahan lagi, kebanyakan kurang daripada apa yang ditetapkan oleh
institusi pengajian tinggi awam di Malaysia penaja atau ditamatkan pengajian oleh
sangat mementingkan jumlah pelajar yang universiti kerana kelemahan akademik.
mendaftar dan memperoleh ijazah setelah Menurut Aluja dan Blanch (2004),
tamat pengajian kerana lebih tinggi peratus pencapaian akademik yang rendah bukan
pelajar gagal menamatkan pengajian boleh bermaksud pelajar tidak bijak atau
memberi implikasi negatif kepada indeks mempunyai kebolehan akademik yang
pencapaian utama (key performance index) rendah. Sebaliknya, ia mungkin
dan imej universiti awam itu sendiri. disebabkan oleh pelbagai faktor seperti
tabiat pembelajaran, personaliti dan
Menurut Morisano et al. (2010), 25% sebagainya.
pelajar universiti yang mengikuti pengajian
untuk tempoh masa empat tahun tidak Kajian berhubung pencapaian akademik
menamatkan pengajian di peringkat ijazah dalam kalangan pelajar ijazah sarjana muda
pertama disebabkan faktor seperti di universiti menunjukkan terdapat
permasalahan akademik. Kajian oleh beberapa faktor seperti keputusan akademik
Belloc et al. (2010) mendapati, 15% pelajar terdahulu (Bridgeman et al., 2000),
universiti di Itali gagal menamatkan pengurusan masa (Britton & Tesser, 1991)
pengajian di peringkat ijazah pertama. dan jantina (Bridges & Casavant, 2002)
Manakala, pengkaji seperti Lassibille dan boleh meramal pencapaian akademik
Gómez (2008) menganggarkan seramai pelajar.
26% pelajar universiti tahun pertama di
Sepanyol ditamatkan pengajian apabila sesi Secara tradisionalnya, keputusan akademik
akademik berakhir kerana permasalahan terdahulu merupakan salah satu faktor
akademik berbanding dengan 10% pelajar peramal terbaik ke atas pencapaian
di tahun kedua, 6% pelajar di tahun ketiga akademik pelajar di universiti atau pada
dan 5% pelajar di tahun akhir. Kajian oleh masa hadapan (Ditchkoff et al. 2003; Kim
Kuh et al. (2006) pula mendapati, 15% et al. 2010). Menurut Dooris et al. (2007),
pelajar di universiti ditamatkan pengajian penggunaan Purata Nilai Gred sekolah
kerana kelemahan akademik, manakala menengah (PNG) didapati secara signifikan
pengkaji seperti Smith dan Naylor (2001) boleh menjelaskan keupayaan pelajar
menunjukkan 37% dan 18% pelajar menamatkan pengajian di universiti.
universiti di Amerika Syarikat dan United Pengkaji seperti Rush et al. (2005)
Kingdom gagal menamatkan pengajian mendapati, pelajar yang memperoleh gred
seperti mana yang dijangkakan. akademik melebihi median PNG adalah 3.6
kali lebih berjaya menamatkan pengajian
Kajian oleh Enns et al. (2001) berbanding pelajar yang mempunyai gred
menunjukkan, terdapat pelajar yang akademik di bawah median PNG.
dahulunya merupakan pelajar cemerlang
semasa di sekolah menengah dan dianggap Menurut Wolfe dan Johnson (1995),
sebagai “terbaik antara yang terbaik” gabungan keputusan peperiksaan sekolah
berdasarkan keputusan peperiksaan menengah dan Scholastic Aptitude Test
terdahulu, memperoleh gred akademik pada (SAT) adalah bertanggungjawab sebanyak
tahap sederhana atau mengalami kegagalan 25% varians ke atas Purata Nilai Gred
dalam pengajian di universiti. Setiap (PNG) pelajar di universiti. Manakala,
semester, ada di antara mereka mula kajian oleh Sue dan Abe (1988) pula
mempamerkan penurunan prestasi menunjukkan penggunaan alat ukuran
akademik seperti memperoleh Purata Nilai berbentuk kognitif seperti SAT, didapati
Jurnal Psikologi Malaysia 29 (1) (2015): 39-52 ISSN 2289-8174 42
41

boleh meramal pencapaian PNG di Pengkaji seperti Nonis dan Hudson (2006)
universiti terutama pada tahun pertama mengutarakan isu bahawa apabila
pengajian. Bagaimanapun, menurut Garton mempertimbangkan hubungan di antara
et al. (2002), penggunaan keputusan masa yang diperuntukkan untuk belajar dan
akademik terdahulu bukanlah peramal pencapaian akademik, ia bukan sahaja
terbaik untuk pencapaian akademik dan berkenaan berapa banyak masa yang
pengekalan pelajar terutama pelajar bidang diluangkan untuk belajar tetapi juga berapa
pertanian di universiti. efektif masa diluangkan yang
mempengaruhi pencapaian akademik.
Selain daripada keputusan akademik Manakala, kajian oleh Krohn dan
terdahulu, pengkaji seperti George et al. O’Connor (2005) mendapati, banyak kajian
(2008) dan Claessens et al. (2004) mengkaji hubungan di antara masa belajar
mendapati faktor pengurusan masa dan pencapaian akademik tetapi tidak
mempunyai hubungan yang positif dan mengawal keberkesanan bagaimana masa
signifikan dengan pencapaian akademik. digunakan. Saranan ini adalah selaras
Kajian oleh Hendry dan Farley (2004) dengan cadangan oleh Britton dan Tesser
menunjukkan pengurusan masa yang tidak (1991) yang mana mereka mendapati tidak
efisien boleh mencetuskan stres dan secara banyak kajian berhubung amalan
tidak langsung mempengaruhi pencapaian pengurusan masa dan pengaruhnya ke atas
akademik pelajar. Kajian oleh Garcia-Ros pencapaian akademik dilakukan. Menurut
et al. (2004) mendapati aduan yang kerap Macan et al. (1990), Britton dan Tesser
diluahkan dalam kalangan pelajar ialah (1991) dan Trueman dan Hartley (1995),
kekurangan masa untuk melaksanakan kajian dan amalan pengurusan masa adalah
kesemua tugasan yang diberikan kepada penting memandangkan kurang kajian
mereka. Menurut mereka, isu pengurusan berhubung pengurusan masa dengan
masa mungkin memainkan peranan penting pencapaian akademik serta impaknya
ke atas pencapaian akademik pelajar dan kepada kehidupan pelajar.
menekankan kepentingan melakukan
intervensi awal bagi menambahbaik Selain daripada faktor keputusan akademik
pengurusan masa pelajar. terdahulu dan pengurusan masa, pengkaji
terdahulu seperti Kim et al. (2010) dan
Pengkaji seperti Britton dan Tesser (1991) Fastre et al. (2008) mendapati, faktor
pula mendapati perbezaan individu dalam jantina juga mempunyai hubungan dengan
amalan pengurusan masa memainkan pencapaian akademik di universiti. Kajian
peranan penting bagi menjelaskan oleh Deary at al. (2007) menunjukkan
bagaimana pelajar mencapai kejayaan secara keseluruhan, pelajar wanita didapati
akademik di universiti. Ini kerana, lebih cemerlang dalam pencapaian
kehidupan sebagai pelajar di universiti akademik bagi semua matapelajaran
adalah sangat mencabar memandangkan daripada pelajar lelaki kecuali
mereka mempunyai lebih banyak matapelajaran Fizik. Manakala, pengkaji
kebebasan dalam menjalani kehidupan seperti Considine dan Zappala (2001)
seharian berbanding ketika di sekolah melaporkan pelajar wanita adalah 1.7 kali
menengah. Oleh yang demikian, memperoleh keputusan akademik lebih
pengurusan masa dilihat sebagai faktor baik daripada pelajar lelaki.
yang sangat penting apabila pelajar bebas
untuk melakukan pelbagai aktiviti dalam Menurut Ferguson et al. (2002), dari aspek
kehidupan seharian agar mereka dapat jantina, terdapat konsistensi dalam dapatan
mengimbangi tuntutan di antara tugasan kajian yang menunjukkan pelajar wanita
akademik, hiburan dan peribadi. cenderung memperoleh keputusan
akademik yang lebih baik dan ijazah
43
42

dengan kepujian daripada pelajar lelaki. menjelaskan bahawa pengurusan masa


Kajian oleh Tinklin (2003) dan Grabill et ialah set tingkah laku yang penting dalam
al. (2005) menunjukkan terdapat perbezaan pengurusan pembelajaran atau kursus dan
di antara jantina yang mana pelajar wanita pencapaian akademik yang cemerlang
adalah lebih berjaya dari segi akademik boleh dicapai dengan mengimbangi
berbanding pelajar lelaki kerana pelajar pengurusan masa serta teknik pembelajaran
wanita mempunyai tabiat dan sikap belajar secara efektif.
yang lebih baik. Menurut Lackey et al.
(2003), persediaan akademik di kalangan Keputusan Akademik Terdahulu
pelajar wanita adalah lebih kritikal untuk
kejayaan akademik mereka berbanding Menurut Evans dan Fancy (2012)
pelajar lelaki. Pelajar wanita mempunyai keputusan akademik terdahulu ialah
sikap lebih positif terhadap pembelajaran gabungan pelbagai indeks seperti keputusan
dan lebih bermotivasi untuk belajar. Dalam peperiksaan sekolah menengah, turutan
erti kata lain, secara umumnya pelajar keseluruhan mata pelajaran tertentu,
wanita lebih bertanggungjawab secara markah yang diperoleh daripada ujian
akademik berbanding pelajar lelaki. aptitud atau ujian pencapaian tertentu
seperti Scholastic Assessment Test (SAT).
Bagaimanapun, terdapat kajian yang Pengkaji seperti Ferguson et al. (2002)
menunjukkan dapatan yang berbeza merujuk keputusan akademik terdahulu
berhubung perbezaan jantina dengan kepada keputusan peperiksaan sekolah
pencapaian akademik. Kajian oleh Sue dan menengah atau Purata Nilai Gred (PNG)
Abe (1988), Keller et al. (1993) dan Al- bagi individu yang memasuki universiti.
Nasir dan Robertson (2001) mendapati
tiada perbezaan di antara pelajar lelaki dan Kajian ini dilakukan bagi meningkatkan
pelajar wanita berhubung pencapaian kefahaman sedia ada berhubung
akademik. Menurut mereka, faktor jantina kepelbagaian faktor seperti pengurusan
bukanlah peramal yang signifikan ke atas masa dan jantina yang mempengaruhi
pencapaian akademik. Pengkaji seperti pencapaian akademik pelajar selain
Rush et al. (2005) mendapati faktor jantina, daripada keputusan keputusan akademik
tempoh masa pengajian, bidang pengajian terdahulu yang seharusnya diambil kira
tidak mempengaruhi kesukaran akademik dalam proses pemilihan dan penawaran
yang dialami oleh pelajar. Menurut mereka biasiswa kepada pelajar cemerlang. Kajian
pelajar wanita tidak berisiko dengan ini juga bertujuan mengenalpasti faktor
permasalahan akademik kerana wujud yang signifikan bagi meramal dan
prejudis terhadap populasi mereka dalam mengekalkan kecemerlangan akademik di
bidang pengajian profesional seperti universiti agar satu profil psikologi pelajar
veterinar dan penekanan kepada aspek cemerlang, sederhana dan berisiko untuk
klinikal dalam kurikulum bidang veterinar gagal boleh dibentuk sebagai satu penanda
merupakan kekuatan kepada pelajar wanita. aras kepada pihak penaja atau universiti.

Pengurusan Masa
KAEDAH KAJIAN
Claessens et al. (2004) mendefinisikan
pengurusan masa sebagai tingkah laku yang Responden yang terlibat dalam kajian ini
menyasarkan ke arah penggunaan masa merupakan pelajar ijazah sarjana muda
secara efektif semasa melaksanakan aktiviti daripada empat buah institusi pengajian
yang bermatlamat seperti melaksanakan tinggi awam Malaysia. Rekabentuk kajian
tanggungjawab akademik. Manakala yang digunakan ialah kaedah tinjauan atau
pengkaji seperti Sansgiry et al. (2006) pula soal selidik dan menggunakan persampelan
Jurnal Psikologi Malaysia 29 (1) (2015): 39-52 ISSN 2289-8174 44
43

bertujuan (purposive sampling) yang terdiri pengurusan masa dan keputusan akademik
daripada pelajar yang memasuki universiti terdahulu di kalangan responden. ANOVA
bagi sesi akademik tahun 2010/2011 dan ke digunakan bagi membezakan tiga
atas. kumpulan pelajar berdasarkan faktor
pengurusan masa dan keputusan akademik
Kajian ini menggunakan Soal Selidik terdahulu, manakala ujian t digunakan bagi
Pengurusan Masa (Time Management menganalisis faktor jantina.
Questionnaire) yang mengandungi 27
soalan yang disesuaikan oleh Alay dan
Kocak (2002) daripada Britton dan Tesser KEPUTUSAN
(1991). Menurut Alay dan Kocak (2002),
walaupun versi asal Soal Selidik Profil Demografik Responden
Pengurusan Masa oleh Britton dan Tesser
(1991) mengandungi 35 item, namun kajian Dari aspek jantina, seramai 333 orang
mereka mendapati hanya 27 item daripada (60.4%) adalah lelaki dan 218 orang
versi asal sesuai digunakan bagi mengukur (39.6%) adalah perempuan. Keputusan
dimensi sikap terhadap masa dan akademik terdahulu (SPM) menunjukkan
perancangan masa (jangka pendek dan seramai 277 orang (50.3%) dikategorikan
jangka panjang). dalam Purata Nilai Gred (PNG) 3.50 dan ke
atas, 252 orang (45.7%) berada di antara
Soal selidik ini menggunakan skala 1 PNG 2.50 hingga 3.49 dan 22 orang (4.0%)
hingga 5 bagi menggambarkan tahap memperoleh PNG di bawah 2.50.
kekerapan yang mana “1” bermaksud Manakala, keputusan pencapaian akademik
“tidak” dan “5” bermaksud “selalu”. Lebih semasa menunjukkan seramai 186 orang
tinggi skor yang diperoleh dalam inventori (33.7%) memperoleh PNG 3.50 dan ke
ini, lebih baik amalan pengurusan masa atas, 271 orang (49.2%) memperoleh PNG
yang digunakan oleh responden. Masa 2.50 hingga 3.49 dan 94 orang (17.1%)
yang diperuntukkan untum menjawab memperoleh PNG kurang daripada 2.50
kesemua 27 item dalam inventori ini ialah
10 minit. Nilai kebolehpercayaan bagi Soal Dari segi taburan data, analisis statistik
Selidik Pengurusan Masa versi Bahasa deskriptif mempamerkan penyebaran data
Melayu ialah Perancangan Jangka Pendek adalah normal bagi pengurusan masa,
= .776; Perancangan Jangka Panjang = .761 pencapaian akademik terdahulu dan
dan Sikap Terhadap Masa = .571. semasa. Statisitik deskriptif menunjukkan
nilai minimum, maksimum, min dan
Data kajian yang diperoleh dianalisis sisihan piawai bagi kesemua pemboleh
meggunakan Statistical Package for Social ubah utama adalah seperti di dalam Jadual
Sciences (SPSS) versi 16. Statistik 1.
deskriptif iaitu Min dan Sisihan Piawai
digunakan bagi menentukan tahap

Jadual 1 Statistik Deskriptif bagi Semua Pembolehubah


Pembolehubah Minimum Maksimum Min Sisihan
Piawai
Perancangan Jangka Pendek 8 40 24.20 5.81
Perancangan Jangka Panjang 16 54 34.92 6.78
Sikap Terhadap Masa 12 41 23.90 4.50
Gred Akademik Terdahulu 1.89 4.00 3.38 0.447
Gred Akademik Semasa 1.79 4.00 3.15 0.520
45
44

Perbezaan Pengurusan Masa Berdasarkan perancangan jangka pendek yang signifikan


Kategori Pelajar [F(2, 548) = 7.815, k<0.001]; perancangan
jangka panjang yang signifikan [F(2, 548)
Bagi menilai perbezaan yang wujud dalam = 18.50, k<0.001] dan sikap terhadap masa
amalan pengurusan masa dalam kalangan [F(2, 548) = 4.605, k<0.01] bagi ketiga-tiga
pelajar, ketiga-tiga peringkat tahap kategori pelajar. Maklumat lengkap
kecemerlangan pelajar dianalisis ditunjukkan dalam Jadual 2.
menggunakan ANOVA. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat perbezaan skor

Jadual 2 Perbezaan Min Pengurusan Masa berdasarkan Tahap Kategori Pelajar


Pembolehubah JKD DK MKD F Sig.
Perancangan Antara 516.56 2 258.28 7.815 0.000
Jangka Pendek Kumpulan
Dalam 18111.27 548 33.05
Kumpulan
Jumlah 18627.83 550

Perancangan Antara 1603.32 2 801.66 18.50 0.000


Jangka Panjang Kumpulan
Dalam 23746.62 548 43.33
Kumpulan
Jumlah 25349.95 550

Sikap Terhadap Antara 184.82 2 92.41 4.605 .010


Masa Kumpulan
Dalam 10996.67 548 20.07
Kumpulan
Jumlah 11181.51 550
* k < 0.001

Keputusan ujian perbezaan Post Hoc Seterusnya, keputusan ujian perbezaan Post
Multiple Comparisons menunjukkan Hoc Multiple Comparisons turut
bahawa nilai min pengurusan masa bagi menunjukkan bahawa nilai min pengurusan
perancangan jangka pendek adalah berbeza masa bagi perancangan jangka panjang
bagi kategori pelajar cemerlang dan pelajar adalah berbeza bagi kategori pelajar
berisiko (perbezaan min = 2.352, k<0.005) cemerlang dan pelajar berisiko (perbezaan
serta pelajar cemerlang dan pelajar min = 4.54461, k<0.001) dan pelajar
sederhana (perbezaan min = 1.905, cemerlang dan pelajar sederhana
k<0.005). Hal ini bererti bahawa perbezaan (perbezaan min = 3.03488, k<0.001). Nilai
secara keseluruhan bagi perancangan min kategori pelajar cemerlang (min =
jangka pendek adalah disebabkan oleh 37.1935) yang lebih tinggi juga
perbezaan di antara ketiga-tiga kategori menunjukkan bahawa perancangan jangka
pelajar ini. Nilai min kategori pelajar panjang kumpulan responden kajian
cemerlang (min = 25.5430) yang lebih tersebut lebih baik berbanding dengan
tinggi menunjukkan bahawa perancangan kategori pelajar sederhana (min = 34.1587)
jangka pendek kumpulan responden kajian dan pelajar berisiko (min = 32.6489).
tersebut lebih baik berbanding dengan
kategori pelajar sederhana (min = 23.6384) Bagaimanapun, analisis ujian perbezaan
dan pelajar berisiko (min = 23.1915). Post Hoc Multiple Comparisons
Jurnal Psikologi Malaysia 29 (1) (2015): 39-52 ISSN 2289-8174 46
45

menunjukkan hanya nilai min pengurusan pelajar cemerlang (min = 23.7527) dan
masa bagi sikap terhadap masa adalah pelajar berisiko (min = 22.7872).
berbeza bagi kategori pelajar sederhana dan
pelajar berisiko (perbezaan min = .60022, Perbezaan Keputusan Akademik Terdahulu
k<0.05) adalah signifikan. Manakala nilai Berdasarkan Kategori Pelajar
min sikap terhadap masa bagi kategori
pelajar sederhana dan cemerlang Analisis di antara kategori pelajar dan
(perbezaan min = .634771, k>0.05) adalah keputusan akademik terdahulu
tidak signifikan. Nilai min kategori pelajar menunjukkan tidak terdapat perbezaan
sederhana (min = 24.3875) yang lebih yang signifikan [F(2, 548) = 2.783,
tinggi menunjukkan bahawa pengurusan k>0.063]. Maklumat lengkap ditunjukkan
masa kumpulan responden kajian tersebut dalam Jadual 3.
lebih baik berbanding dengan kategori

Jadual 3 Perbezaan Min Purata Nilai Gred (PNG) Berdasarkan Tahap Kategori Pelajar
Pembolehubah JKD DK MK F Sig.
Antara 1.498 2 .749 2.783 .063
PNG
Kumpulan
Dalam 147.512 548 .269
Kumpulan
Jumlah 149.010 550
* k < 0.05
perbezaan yang signifikan dalam
Perbezaan Pencapaian Akademik pencapaian akademik [t(549) = -10.085,
Berdasarkan Jantina Pelajar k<0.001] berdasarkan jantina. Magnitud
perbezaan min juga adalah besar.
Ujian t dijalankan bagi melihat perbezaan Maklumat lengkap ditunjukkan dalam
min pencapaian akademik berdasarkan Jadual 4.
jantina. Dapatan menunjukkan terdapat

Jadual 4 Perbezaan Min Pencapaian Akademik dengan Jantina


Pembolehubah Kumpulan N Min S.P. d.k t Sig.
Pencapaian Lelaki 333 2.98 0.50
Akademik 549 -10.085 .000
Wanita 218 3.40 0.44
* k < 0.001
sebagai pelajar cemerlang mempunyai
Bagi melihat magnitud perbezaan min pengurusan masa yang lebih baik dari
pencapaian akademik di antara jantina, saiz aspek perancangan jangka pendek dan
kesan (effect size) diukur menggunakan eta jangka panjang berbanding pelajar yang
squared (eta2). Pengiraan menggunakan berada dalam kategori pelajar sederhana
2
formula eta menunjukkan magnitud dan berisiko. Bagaimanapun, dari aspek
perbezaan min pencapaian akademik adalah sikap terhadap masa, pelajar yang
besar atau dalam nilai peratusan iaitu dikategori sebagai pelajar sederhana
15.63%. Oleh yang demikian, 15.63 didapati mempunyai sikap yang lebih
peratus varians dalam pencapaian akademik positif berbanding pelajar yang berada
boleh diterangkan oleh faktor jantina. dalam kategori pelajar cemerlang dan
berisiko.
Berdasarkan kepada keputusan di atas,
secara umumnya, pelajar yang dikategori
46 47

Menurut Britton dan Tesser (1991), pelajar Namun, menurut mereka, kebolehan
yang memperoleh skor tinggi untuk keputusan akademik terdahulu untuk
pengurusan masa cenderung merancang meramal pencapaian akademik pelajar di
aktiviti mereka sama ada bagi tempoh universiti adalah terhad.
jangka pendek (secara harian atau
mingguan) atau jangka panjang (satu Memandangkan pelajar dalam kajian ini
tempoh di masa hadapan). Dari aspek merupakan pelajar cemerlang ketika di
perancangan jangka pendek, pelajar dalam sekolah menengah, mereka mungkin
kategori cemerlang mempunyai idea mempunyai persamaan dari aspek
terhadap apa yang ingin mereka lakukan kecerdasan atau kebolehan kognitif.
pada setiap hari atau secara mingguan, Menurut Stankov (2010), tumpuan yang
menyediakan senarai perkara yang perlu keterlaluan ke atas pencapaian akademik
dilakukan dan melaksanakannya mengikut yang cemerlang boleh menjurus kepada
keutamaan. Dari aspek perancangan jangka keputusan negatif seperti kebimbangan dan
panjang, mereka memantau tarikh penting kurang keyakinan diri. Walaupun kajian
pada setiap bulan dan tidak menunggu saat ini menggabungkan faktor lain seperti
akhir untuk membuat persediaan pengurusan masa dalam meramal
peperiksaan atau menghantar tugasan. pencapaian akademik, namun, keputusan
Pelajar yang memperoleh skor tinggi untuk kajian tidak menunjukkan gabungan
sikap terhadap masa menunjukkan mereka tersebut mempengaruhi pencapaian
menggunakan masa secara konstruktif, akademik pelajar di universiti. Apa yang
meluangkan lebih banyak masa melakukan membezakan mereka ialah faktor jantina.
tugasan akademik dan bersedia menolak Oleh yang demikian, seandainya responden
permintaan orang lain yang boleh kajian ini turut melibatkan pelajar yang
mengganggu sesi pembelajaran mereka memperoleh keputusan akademik terdahulu
seperti menonton wayang atau televisyen. yang sederhana atau kurang cemerlang,
maka, dapatan kajian ini mungkin akan
Dari perspektif keputusan akademik memperlihatkan keputusan pencapaian
terdahulu, keputusan kajian ini tidak akademik yang berbeza.
menyokong dapatan kajian yang diperoleh
Wolfe dan Johnson (1995) dan Al-Nasir Dari perspektif jantina, keputusan kajian ini
dan Robertson (2001) yang menunjukkan mendapati min pencapaian akademik di
keputusan akademik terdahulu mempunyai antara pelajar lelaki dan wanita adalah
kesan yang signifikan ke atas pencapaian berbeza. Dapatan ini menunjukkan secara
akademik semasa (PNG) pelajar di keseluruhannya, faktor jantina
universiti. Sebaliknya, keputusan kajian ini mempengaruhi pencapaian akademik
adalah selaras dengan dapatan kajian oleh pelajar di universiti. Keputusan kajian ini
Kim et al. (2010), De Silva et al. (2004) disokong oleh dapatan Haist et al. (2000),
dan Stefano et al. (2004). Mereka Considine dan Zappala (2001) dan Bridges
mendapati keputusan akademik terdahulu dan Casavant (2002). Perbezaan dari segi
kurang berperanan dan berpengaruh dalam pencapaian akademik di antara wanita dan
meningkatkan pencapaian akademik pelajar lelaki boleh dikaitkan dengan pelajar
apabila berada di universiti. Manakala, wanita didapati lebih menyerlah dari segi
pengkaji seperti McKenzie dan Schweitzer akademik berbanding pelajar lelaki.
(2001) mendapati, penggunaan keputusan Perbezaan dari segi pencapaian akademik
akademik terdahulu sebagai faktor penentu di antara pelajar wanita dan lelaki dikaitkan
utama bagi kemasukan ke universiti adalah dengan usaha berganda dan masa yang
perkara biasa di Australia dan Amerika diluangkan oleh pelajar wanita dalam
Syarikat memandangkan persaingan adalah pembelajaran berbanding pelajar lelaki
tinggi untuk kemasukan ke universiti. (Launius, 1997). Dalam erti kata lain,
Jurnal Psikologi Malaysia 29 (1) (2015): 39-52 ISSN 2289-8174 48
47

pelajar wanita dikatakan lebih berusaha dan kali tingkah laku pelajar lelaki dilihat
meluangkan lebih banyak masa dalam kurang memberi perhatian atau terganggu
pembelajaran daripada pelajar lelaki. semasa pembelajaran. Implikasinya,
Pelajar wanita juga didapati lebih pelajar lelaki yang berada dalam situasi
cemerlang dalam bidang pengajian seperti sedemikian berisiko menjejaskan
bahasa, manakala, pelajar lelaki lebih pencapaian akademik mereka baik semasa
cemerlang dalam matematik dan sains di sekolah menengah mahupun ketika di
(Anderson et al. 1994, Kleinfeld, 1998). universiti. Sekiranya isu tingkah laku,
sikap dan nilai pelajar lelaki yang
Menurut Tsai (2002), perbezaan dari segi menjejaskan pencapaian akademik mereka
pencapaian akademik mungkin dikaitkan baik di sekolah atau di univeristi, maka
dengan kedua-dua jantina mempunyai cara adalah penting bagi ibubapa dan tenaga
yang berbeza dari segi pembelajaran yang pengajar untuk mengubah serta
mana wanita lebih selesa belajar dalam menyediakan program yang boleh
konteks pembelajaran strategik dan lelaki membantu pelajar lelaki untuk lebih
lebih suka kepada pembelajaran dalam berjaya dalam akademik.
konteks secara kerjasama. Pengkaji seperti
Gibb et al. (2008) pula menjelaskan Kesimpulannya, kajian ini telah
perbezaan pencapaian akademik di antara membentuk satu pemahaman baharu
jantina berdasarkan teori gender yang mana berhubung pencapaian akademik dalam
pelajar lelaki dan wanita dikatakan kalangan pelajar yang dikategorikan
mempunyai set tingkah laku, sikap dan sebagai cemerlang, sederhana dan berisiko.
nilai yang berbeza apabila melanjutkan Keputusan kajian ini juga menunjukkan
pelajaran. Perbezaan dari segi tingkah bahawa kepentingan amalan pengurusan
laku, sikap dan nilai pula dibentuk bermula masa dan peranan jantina yang merentasi
dari zaman kanak-kanak melalui proses pelbagai tahap kecemerlangan akademik di
sosialisasi serta dipengaruhi oleh budaya kalangan pelajar. Amalan pengurusan
persekitaran atau norma masyarakat masa yang efektif boleh membantu pelajar
setempat. merancang tugasan akademik dan
menjalani kehidupan seharian dengan
Menurut Goldin et al. (2006), antara faktor sebaik mungkin. Manakala, menjadi
yang menyaksikan kecemerlangan pelajar seorang wanita atau lelaki pula
wanita berbanding pelajar lelaki ialah memperlihatkan setiap individu
kerana pelajar wanita memperoleh mempunyai peranan dan jangkaan yang
keputusan peperiksaan sekolah menengah berbeza berdasarkan jantina mereka.
atau kolej persediaan yang lebih baik
daripada lelaki. Selain itu, perubahan sikap Menjalani kehidupan sebagai pelajar di
masyarakat terhadap peranan wanita dalam universiti tidak selalunya berada di garisan
persekitaran masa kini sama ada di rumah, yang positif sepanjang masa terutamanya
sekolah, universiti atau tempat kerja dan kepada pelajar yang dahulunya cemerlang
sumbangan mereka terhadap ekonomi di sekolah menengah. Menurut Rush et al.
keluarga dan negara mula berubah ke arah (2005), pelajar cemerlang yang tidak
kesamarataan. bersedia berhadapan dengan desakan dan
tuntutan akademik di universiti mungkin
Menurut Gibb et al. (2008), suasana tidak akan berjaya dalam akademik.
pembelajaran di sekolah atau universiti Kesukaran menyesuaikan diri mengikut
mungkin menggunakan prosedur situasi sedia ada boleh mencetuskan kesan
pembelajaran dan penilaian yang lebih negatif dalam kehidupan seharian mahupun
memenuhi serta bersesuaian dengan pelajar akademik. Oleh yang demikian, usaha
wanita berbanding pelajar lelaki. Sering yang berterusan dalam memahami faktor
49
48

yang membezakan pencapaian akademik di high school economics and other


kalangan pelajar (cemerlang, sederhana dan factors on the learning of
berisiko untuk gagal) boleh membantu economics? NACTA Journal,
mereka meningkat atau mengekalkan September: 10-15.
kecemerlangan akademik di masa hadapan. Britton, B. K. & Tesser, A. (1991). Effects
of time management practices on
Penghargaan college grades. Journal of
Pengkaji merakamkan setinggi terima kasih Educational Psychology, 83(3):
kepada responden yang mengambil 405-410.
bahagian dalam kajian ini dan mereka yang Claessens, B.J.C., Van Eerde, W., Rutte,
membantu dalam kutipan data. C.G., & Roe, R. A. (2004). A
review of time management
literature. Personnel Review, 36(2):
RUJUKAN 255-276.
Considine, G. & Zappala, G. (2001).
Alay, S., & Kocak, S. (2002). Validity and Factors influencing the educational
reliability of time management performance of students from
questionnaire. Hacettepe disadvantaged backgrounds. In:
Üniversitesi Eğitim Fakültesi Proceedings of the national social
Dergisi 22: 9-13. policy conference, Sydney, 91-107.
Al-Nasir, F. A. L & Robertson, A. S. Deary, I. J., Strand, S., Smith, P., &
(2001). Can selection assessments Fernandes, C. (2007). Intelligence
predict students’ achievements in and educational achievement.
the premedical year?: A Study at Intelligence, 35: 13-21.
Arabian Gulf University. Education De Silva, N.R., Pathmeswaran, A. & De
for Health, 14(2): 277-286. Silva, H.J. (2004). Selection of
Aluja, A. & Blanch, A. (2004). Socialized students for admission to a medical
personality, scholastic aptitudes, school in Sri Lanka. Ceylon Medical
study habits, and academic Journal, 49(3): September 2004.
achievements: Exploring the link. Ditchkoff, S.S., Laband, D. N. & Hanby, K.
European Journal of Psychological (2003). Academic performance of
Assessment, 20(X): 1-9. transfer versus "native" students in a
Anderson, G., Benjamin, D. & Fuss, M. A. wildlife Bachelor of Science
(1994). The determinants of success program. Wildlife Society Bulletin,
in university introductory 31(4): 1021-1026.
economics courses. Journal of Dooris, M. J., Guidos, M. & Stine, M.
Economic Education, 99-119. (2007). Looking beyond access:
Belloc, F., Maruotti, A., & Petrella, L. Academic ability, ability to pay and
(2010). University drop-out: An degree completion. Association of
Italian experience. Higher Institutional Research Annual
Education, 60: 127-138. Forum, Kansas City, Missouri.
Bridgeman, B., McCamley-Jenkins, L., & Enns, M.W., Cox, B.J., Sareen, J., &
Ervin, N. (2000). Predictions of Freeman, P. (2001). Adaptive and
Freshman Grade-Point Average maladaptive perfectionism in
from the Revised and Recentered medical students: A longitudinal
SAT I: Reasoning Test. New York: investigation. Medical Education,
College Entrance Examination 35: 1034-1042.
Board. Evans, M. & Fancy, A. Institutional
Bridges, D. E. & Casavant, K. L. (2002). characteristics and the relationship
What is the influence of gender, between students’ first year
Jurnal Psikologi Malaysia 29 (1) (2015): 39-52 ISSN 2289-8174
4950

university and final year secondary (NBER Working Paper 12139).


school academic performance. Cambridge, MA: National Bureau
http://www.aair.org.au/pdf. [11 Mac of Economic Research.
2012]. Grabill, K. M., Lasane, T. P., Povitsky, W.
Fastre, G., Gijselaers, W.H. & Segers, M. T., Saxe, P., Munro, G. D., Phelps.
(2008). Selection to ensure study L. M. & Straub, J. (2005). Gender
success: Looking for multiple and study behavior: How social
criteria in the case of European perception, social norm adherence,
Master of Science Program in and structured academic behavior
Business. Journal of Education for are predicted by gender. North
Business, September/ October: 47- American Journal of Psychology,
54. 7(1): 7-24.
Ferguson, E., James, D. & Madeley, L. Haist, S. A., Wilson, J.F., Elam, C. L.,
(2002). Factors associated with Blue, A.V., & Fosson, S.E. (2000).
success in medical school: The effect of gender and age on
Systematic review of the literature. medical school performance: An
British Medical Journal, 324: 952- important interaction. Advances in
957. Health Sciences Education, 5(3):
Garcia-Ros, R., Perez-Gonzalez, F., & 197-205.
Hinojosa, E. (2004). Assessing time Hendry, C. & Farley, A. (2004). Making
management skills as an important the most of time. Nurse Researcher,
aspect of student learning: The 12(2): 81-88.
construction and evaluation of a Keller, D., Crouse, J. & Dale, T. (1993).
time management scale with Relationships among gender
Spanish high school students. differences in freshman course
School Psychology International, grades and course characteristics.
25: 167–183. Journal of Educational Psychology,
Garton, B. L., Ball, A. L., & Dyer, J. E. 85(4): 702-709.
(2002). The academic performance Kim, E., Newton, F.B., Downey, R. G. &
and retention of college of Benton, S. L. (2010). Personal
agriculture students. Journal of factors impacting college student
Agricultural Education, 43(1): 46- success: Constructing college
56. learning effective inventory (CLEI).
George, D., Dixon, S., Stansal, E., Gelb, S. College Student Journal, 44(1):
L., & Pheri, T. (2008). Time diary 112-125.
and questionnaire assessment of Kleinfeld, J. (1998). Why smart people
factors associatied with academics believe that schools short change
and personal success among girls: What you see when you live
university undergraduates. Journal in a tail. Gender Issues, 16(1–2):47–
of American College Health, 56(6): 63.
706-715. Krohn, G. A., & O'Connor, C. M. (2005).
Gibb, S. J., Fergusson, D. M. & Horwood, Student effort and performance over
L. J. (2008). Gender differences in the semester. The Journal of
educational achievement to age 25. Economic Education, 36(1): 3-28.
Australian Journal of Education, Kuh, G. D., Kinzie, J., Buckley, J. A.,
52(1): 63-80. Bridges, B. K. & Hayek, J. C.
Goldin, C., Katz, L. F. & Kuziemko, I. (2006). What matters to student
(2006). The homecoming of success: A review of the literature.
American college women: The National Postsecondary Education
reversal of the college gender gap Cooperative.
50 51

Lackey, L. W., Lackey, W. J., Grady, H. Sansgiry, S. S., Bhosle, M. & Sail, K.
M. & Davis, M. T. (2003). Efficacy (2006). Factors that affect academic
of using a single, non-technical performance among pharmacy
variable to predict the academic students. American Journal of
success of freshmen engineering Pharmaceutical Education, 70(5):
students. Journal of Engineering Article 104.
Education, January: 41-48. Smith, J. P. & Naylor, R. A. (2001).
Lassibille, G. & Gómez, L.N. (2008). Dropping out of university: A
Why do higher education students statistical analysis of the probability
drop out? Evidence from Spain. of withdrawal for UK university
Education Economics, 16(1): 89- students. J. R. Statist. Soc. A.
105. 164(2): 389-405.
Launius, M. H. (1997). College student Stefano, M.D., Pieper, S., Bell, M. &
attendance: Attitudes and academic Phadke, L. (2004). Promoting
performance. College Student student success: Development and
Journal, 31(1), 86–92. assessment of an early identification
Macan, T. H., Shahani, C., Dipboye, R. L., model. Scholarship of Assessment
& Phillips, A. P. (1990). College Grant. Truman State University.
students’ time management: http://assessment.truman.edu/grants/
Correlations with academic 2004/distefanopieperbell.pdf. [20
performance and stress. Journal of September 2012].
Educational Psychology, 82: 760- Stankov, L. (2010). Unforgiving Confucian
768. culture: A breeding ground for high
McKenzie K & Schweitzer R. (2001). Who academic achievement, test anxiety
succeeds at university? Factors and self-doubt?. Learning and
predicting academic performance in Individual Differences, 20(6): 555-
first year Australian university 563.
students. Higher Education Sue, S. & Abe, J. (1988). Predictors of
Research and Development, 20(1): academic achievement among Asian
21-33. American and white students.
Morisano, D., Hirsh, J. B., Peterson, J. B., College Board Report, 88(11): 1-13.
Pihl, R, O. & Shore, B. M. (2010). Tinklin, T. (2003). Gender differences and
Setting, elaborating and reflecting high attainment. British Educational
on personal goals improves Research Journal, 29(3): 307-325.
academic performance. Journal of Tsai, M. J. (2002). Do male students often
Applied Psychology, 95(2): 255- perform better than female students
264. when learning computers?: A study
Nonis, S. A. & Hudson, G. I. (2006). of taiwanese eighth graders'
Academic performance of college computer education through
students: influence of time spent strategic and cooperative learning.
studying and working. Journal of Journal of Educational Computing
Education for Business January/ Research, 26(1): 67-85.
February: 151-159. Trueman, M. & Hartley, J. (1995).
Rush, B.R, Sanderson. M. W. & Elmore, Measuring time management skills:
R.G. (2005). Re-matriculation Cross cultural observation on
indicators of academic difficulty Britton and Tesser’s Time
during veterinary school. Journal of Management Scale. ERIC.
Veterinary Medicine Education, Utusan Malaysia. 17 Mac 2009. 4,800
32(4): 517-522. Pelajar universiti gagal setiap tahun.
Jurnal Psikologi Malaysia 29 (1) (2015): 39-52 ISSN 2289-8174 5152

http://www.utusan.com.my/utusan/i
nfo.asp. [11 Mac 2012].
Wolfe, R.N. & Johnson, S.D. (1995).
Personality as a predictor of college
performance. Educational and
Psychological Measurement, 55(2):
177-185.

You might also like