Kerja Kursus Kumpulan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Analisis Sumbangan Tokoh Jepun Dalam Perkembangan Peradaban Manusia

5.0 Pengenalan

Sesebuah tamadun itu berkembang kerana adanya pengaruh-pengaruh besar yang


membawa perubahan kepada sesebuah tamadun ke arah yang lebih baik. Terdapat banyak
tokoh-tokoh yang telah menyumbangkan kepada pembangunan peradaban manusia ini.
Antaranya ialah, tokoh-tokoh melayu, cina, india dan jepun. Perubahan yang berlaku telah
membawa banyak impak sehinggalah ke hari ini. Di dalam kerja kursus ini saya telah
memilih Tokoh dari jepun iaitu Maharaja Mutsuhito sebagai tokoh yang membawa kepada
perubahan ketika zaman Meiji dan sumbangan-sumbangan beliau. Selepas kegagalan era
kesyogunan maka muncul la pemerintah baru untuk mengendalikan hal-hal sesebuah
pentadbiran, iaitu Maharaja meiji atau lebih dikenali sebagai Maharaja Mutsuhito. Beliau
merupakan seorang maharaja Jepun yang ke-122 dan telah menakluk pemerintahan sejak
tahun 1868 sehinggalah kematian beliau bahkan pemerintahan beliau pada ketika itu ialah
zaman meiji, yang bermaksud zaman kesedaran. Menurut Eisenstadt (1995) Maharaja
Mutsuhito merupakan antara tokoh yang telah menyumbangkan pelbagai perkara dari
aspek-aspek yang berbeza demi perkembangan peradaban manusia. Didalam tugasan ini,
saya akan membincangkan mengenai sumbangan tokoh Maharaja Mutsuhito ketika zaman
Meiji.

6.0 Sumbangan tokoh Maharaja Mutsuhito

6.1 Pentadbiran

Pertama sekali ialah dari segi pentadbiran. Sebagai seorang maharaja beliau telah
melakukan banyak perubahan sehinggalah ke hari ini. Menurut Siti Shuhada (2015),
perubahan yang diambil oleh maharaja Mutsuhito dalam memastikan pentadbiranya berjaya,
pelbagai cara dan perubahan telah dilakukan antaranya dengan menjadikan Tokyo sebagai
ibu Negara sehinggalah ke hari ini, pada awalnya perubahan yang berlaku tidaklah dilihat
sebagai satu kejayaan yang besar namun maharaja Mutsuhito telah mengambil pelbagai
inisiatif bagi memastikan pentadbiran dapat digubal dengan jayanya.

6.1.1 Penghapusan sistem Feudal

Pada tahun 29 ogos 1871 satu perubahan pentadbiran yang mengejutkan telah
berlaku dimana penghapusan sistem feudal atau lebih dikenali sebagai sesebuah organisasi
yang hanya dikuasai oleh orang-orang yang layak seperti bangsawan telah pun dihapuskan.
Setelah Penghapusan sistem feudal ini berlaku maka, kuasa politik dikuatkuasakan secara
tempatan oleh individu persendirian dan bukan kerajaan pusat. Dengan tamatnya sistem

11
politik feudalism, berakhirlah sistem clans dan uji dimana tidak lagi dibenarkan untuk
golongan samurai menggunakan padang sesuka hati dan dimana sahaja. Beliau juga telah
menjadikan sistem pemerintahan yang lebih mesra dan terbuka tanpa memandang rendah
terhadap kaum atau individu itu sendiri, sehingga perkara ini telah mengubah corak
kehidupan mereka. Contohnya golongan samurai kini bebas untuk menjalankan kehidupan
seperti yang lain iaitu, berniaga, menternak dan banyak lagi.

6.2 Pendidikan

Selain itu, Dari segi pendidikan pula, pendidikan merupakan perkara yang cukup
penting ketika zaman pemerintahan maharaja Mutsuhito. Pada zaman meiji ini ialah
pendidikan. Menurut Muhammad Kamal Hasan (2011) dalam Zulkiflee Haron (2012)
pendidikan merupakan aspek yang terutama dalam memajukan ekonomi negara, Malahan
pendidikan telah menjadi perkara asas yang penting di negara jepun itu sendiri. Ketika
pemerintahan Maharaja Meiji, sebuah jabatan pendidikan telah ditubuhkan iaitu sekitar 1871
bagi menguatkuasakan aspek pendidikan awal dan menengah. Dengan adanya asas
pendiddikan ini, negara masyarakat negara jepun menjadi semakin arif dan bijak dalam
segala aspek terutama sekali dalam bidang teknikal. Beliau juga telah menghantar banyak
pelajar-pelajar jepun ke luar negara untuk mempelajari dengan lebih dalam lagi mengenai
bidang sains, pentadbiran, dan juga teknik pentadbiran yang cekap dari barat. Malahan
pengambilan orang-orang bijak telah diberikan amanat untuk mengajar pelbagai kemahiran
kepada rakyat jepun dengan bayaran yang telah dipersetejui.

6.2.1 Pelajaran sekolah rendah, menengah dan universiti.

Selain itu, pada zaman pemerintahanya, pelbagai perubahan keatas pendidikan telah
diperkenalkan, antranya ialah, interaksi antara tamadun luar berlaku contohnya, tamadun
barat dan jepun. Dengan interaksi yang berlaku ini, penggubalan dasar dan cara hidup
berlaku perubahan, jepun pada masa itu dikenali sebagai jepun moden, maka perubahan-
perubahan seperti system persekolahan yang mewajibkan Sekolah rendah selama 8 tahun
dan sekolah menengah pula ditawarkan kursus selama 4 tahun. Malahan, universtiti juga
telah menjadi pusat tertinggi ketika itu contohnya seperti universiti Di raja ditubuhkan di
Kyoto. Kita dapat melihat kesan dimana tercetusnya pemikiran terhadap sains dan teknologi
malahan, ianya kekal sehinggalah ke hari ini dimana negara jepun merupakan negara maju
di dunia ini. Seterusnya ialah, penetapan dan kesetiaan rakyat kepada maharaja perlu
diaplikasikan di dalam kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi jepun. Maharaja
Mutsuhito mementingkan masa depan bagi negara jepun kerana beliau menyedari betapa
besarnya kuasa dalam pendidikan itu. Beliau telah memberikan kebebasan kepada
rakyatnya agar menimba ilmu terutama sekali dari barat.

11
6.3 Industri

Sehubungan dengan itu, perkembangan pesat kepada pendidikan telah membawa


impak yang positif kepada perkembangan dan pembangunan perindustrian di negara jepun
itu sendiri. Malahan perkembangan dari segi perindustrian juga sedikit sebanyak
dipengaruhi dari negara barat. Pembaharuan yang dilakukan contohnya ialah bandar
Yokohama dan kobe dibangunkan dengan reka bentuk dari negara barat. Perkembangan
pengangkutan juga semakin meningkat, pembinaan kereta api yang mula menjadi bahan
bualan orang ketika itu, kereta api ini dibina pada tahun 1872 dan mempunyai kepanjangan
18 batu pada awalnya, kelancaran dalam pengangkutan, menjadikan masa semakin pendek
untuk sampai ke suatu destinasi, bahkan ianya semakin meningkat sehingga mencapai
3000 batu pada tahun 1897. Ini merupakan sumbangan yang amat besar ketika zaman
Meiji, kerana melibatkan tahap ekonomi, kebijaksanaan, kesabaran, kerjasama yang amat
tinggi.

6.4 Ekonomi

Seterusnya ialah perkembangan ekonomi oleh maharaja Mutshuhito. Pada era Meiji
berlaku masalah yang sukar untuk dihadapi iaitu sektor pertanian tidak dapat mengatasi
masalah yang dialami semua orang terutama bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.
Menurut Muhammad Kamal Hasan (2011) dalam Zulkiflee Haron (2012) perkembangan
ekonomi adalah disebabkan kekuataan ekonomi sedia ada dalam masyarakat tersebut.
Maka satu proses iaitu proses pemodenan ekonomi pun bermula. Pembangunan didalam
sektor pertanian, malahan sektor pemodenan ekonomi ini merupakan faktor peningkatan
hasil jumlah pendapatan jepun dalam tahun 1879-1880. Selain itu, berlaku juga perubahan
dari segi pembayaran cukai, Sistem pembayaran cukai yang lama amat tidak mengalakkan
tertutama sekali dalam bidang ekonomi negara, maka pembayaran cukai telah pun
diubahsuai menjadi pembayaran cukai hasil tanaman mereka iaitu sebanyak 3 peratus.
Dengan adanya penyapaian ini, kemudahan dari sistem ekonomi itu sendiri semakin
meningkat dan berjaya dibawah pemerintahan maharaja Mutsuhito.

6.5 Undang-undang

Sehubungan dengan itu, perubahan kepada undang-undang juga telah berlaku iaitu
dengan mengkaji semula perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani pada tahun 80an
antara jepun dengan kuasa barat bagi memastikan negara jepun berada dalam keadan
yang selamat. Sejurus dengan perubahan ini, penggubalan kepada undang-undang

11
perdagangan dan civil telah pun dipersetujui pada tahun 1888-1889. Dengan adanya
undang-undang ini maka pelbagai larangan dan peraturan baru perlu dipatuhi oleh rakyat
jepun.

6.6 Politik

Pemerintahan Meiji juga telah membawa banyak perubahan kepada sistem politik
yang digunakan. Maharaja Mutsuhito telah berjanji akan membawa perubahan kepada
negara jepun, antara ikhrar-ikhrar yang dilafazkan ialah, memperkenalkan demokrasi
berparlimen, meningkatkan bidang pelajaran ke arah yang lebih jauh, menjadikan negara
jepun moden dengan menghapuskan adat yang tidak membawa kepada kemajuan.
Malahan beliau juga telah menghapuskan rampasan harta secara paksaan. Beliau telah
menjadi tokoh yang memberi pengaruh begtu besar ketika zaman meiji.

7.0 Rumusan sumbangan tokoh Maharaja Mutsuhito

Secara keseluruhanya, dapat dilihat bahawa Maharaja Mutsuhito telah memberi


banyak sumbangan terutama sekali dalam bidang pentadbiran dimana dengan penguasaan
bidang pentadbiran bidang-bidang lain juga turut bertambah baik. Dengan ekonomi yang
semakin baik, perubahan dari segi undang-undang dengan mengubah dasar-dasar yang
perlu diubah. Selain itu, beliau juga telah menunjukkan kejayaan dengan memastikan
pengangkutan bukan lagi masalah untuk berjalan jauh, sumbangan tokoh ini telah
membawa banyak perubahan kepada Negara jepun sehinggalah ke hari ini.

8.0 Kesimpulan

Kesimpulanya, tokoh yang amat disanjungi iaitu Maharaja Mutsuhito ketika zaman
pemerintahan maharaja ini, banyak sumbangan-sumbangan yang telah beliau berikan
sehingga menjadikan Negara jepun maju hinggalah ke hari ini. Sumbangan samada dalam
negara atau pun luar Negara, Mahraja Mutsuhito ini telah memberi banyak sumbangan
dalam memastikan masyarakat jepun menikmati pelbagai kemudahan dalam meneruskan
kehidupan. Sehubungan dengan itu, kejayaan seorang pemimpin menjadikanya orang yang
disanjungi, kejayaan dalam memajukan ekonomi Negara hingga ke persada dunia. Oleh itu,
beliau telah memberikan yang terbaik untuk Negara jepun dalam memastikan Negara jepun
sentiasa dalam tangan yang baik.

11
11

You might also like