Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 20

BAHAGIAN A

1.0 Pengenalan
Dialek merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian.
Dialek juga merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau
oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard. Menurut Edward
Sapir pula, dialek dikenali sebagai bentuk percakapan tempatan yang berbeza dengan
bentuk bahasa kesusasteraan. Maka, bolehlah dirumuskan bahawa dialek merupakan
satu bentuk percakapan yang berupa tempatan yang terhad kepada kawasan-kawasan
tertentu sahaja. Setiap kumpulan masyarakat mempunyai dialek yang berbeza yang
digunakan sebagai alat perhubungan utama untuk berkomunikasi. Perkara seperti ini
adalah suatu elemen yang sangat penting dan melambangkan identiti bangsa dan
masyarakat berkenaan.

2.0 Analisis Tujuan Kajian


Kajian yang dijalankan adalah untuk meneliti dan menilai inventori vokal yang
digunakan dalam dialek Kelantan. Ini adalah disebabkan oleh ciri-ciri dialek Kelantan
ang dilihat banyak perselisihan khususnya dari aspek segmen vokal seperti fonem dan
bukan fonem, vokal oral dan sengau, serta penggunaan simbol vokal International
Phonetic Alphabet (IPA). Ini kerana, cara sebutan vokal dalam dialek Kelantan dilihat
berbeza dengan Bahasa Melayu baku. Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri
daripada faktor-faktor geografis, politik, penjajahan, perdagangan, masa, dan
seumpamanya. Dialek daerah atau dialek kawasan adalah variasi dari sesuatu bahasa
yang wujud akibat perbezaan pengucapan dan penggunaan yang dipengaruhi oleh alam
persekitaran.Selalunya yang menyebabkan timbulnya dialek daerah ialah faktor-faktor
geografidan politik.

3.0 Analisis Dapatan Kajian


Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan oleh Adi Yasran, terdapat
beberapa dapatan kajian yang telah dijelaskan oleh beliau. Antaranya adalah seperti
mana yang berikut:-

1
a) Analisis Struktural
Berdasarkan kepada dapatan kajian yang telah diperolehi, dapat dilihat bahawa
carta inventori fonem vokal bagi dialek Kelantan mempunyai persamaan
dengan dialek vokal Bahasa Melayu. Antaranya adalah seperti mana yang
ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah:-

Rajah 1 : Inventori Fonem Vokal Delak Kelantan

Rajah 2 : Inventori Fonem Vokal Bahasa Melayu

Berdasarkan kepada maklumat yang ditunjukkan dalam dua rajah di atas, dapat
dilihat bahawa kedua-dua inventori fonem vokal bagi dialek Kelantan dan
Bahasa Melayu mempunyai vokal sempir, vokal separuh sempit, vokal separuh
luas dan juga vokal luas.

b) Penentuan Representasi Fonemik


Berdasarkan kepada dapatan kajian yang telah diperolehi, terdapat lima ciri
utama yang digunakan dalam menentukan representasi fonemik bagi dialek
Kelantan. Antaranya ialah:-
 Kebolehramalan (predictability)
 Kemunasabahan (plausibility)

2
 Kealamiahan (naturalness) kesejagatan (universality)
 Kesederhanaan (simplicity) atau keitlakan (generality)
 Keselarasan pola (pattern congruity), dan lingkungan penyebaran

Berdasarkan kelima-lima kriteria umum dalam menentukan bentuk representasi


fonemik di atas, bolehlah disimpulkan bahawa vokal sengau tidak boleh
dianggap sebagai fonem atau berstatus fonemik.

c) Fitur Distingtif Bagi Fonem Vokal


Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa keseluruhan fitur-fitur
vokal yang dinyatakan di atas direpresentasikan dalam jadual matriks fitur
seperti berikut:-

Rajah 3 : Fitur Distingtif Bagi Fonem Vokal Bagi Dielak Kelantan

Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan, tiga perkara yang dihuraikan


di atas adalah antara dapatan kajian yang telah diperolehi oleh Adi Yasran dalam
kajian beliau. Berdasakan kepada keputusan kajian yang telah diperolehi juga,
berikut adalah rumusan yang boleh dibuat terhadap hasil kajian yang diperolehi
beliau:-
a) Sebutan : Contohnya, perkataan `air’ disebut dalam pelbagai
dialek seperti ayaq, ayo.

3
b) Tatabahasa : Struktur ayat pasif dalam dialek Kelantan misalnya
boleh menyebabkan berlaku silap faham, contohnya ayat ‘Saya ke hospital
untuk disuntik oleh doktor’ akan menjadi ‘Saya gi spital cocok doktor’ (Kasihan
doktor di hospital yang disuntik oleh pesakitnya, bukannya dia yang menyuntik
pesakit!)
c) Kosa kata : Contohnya, berlari dalam dialek Kelantan disebut
hungga, manakala mendungdisebut sebagai jo’ong. Bekwoh (dialek Kelantan)
sama maksudnya dengan makan gulai di Terengganu yang membawa maksud
kenduri. Rakan saya dari Melaka tertanya-tanya apabila saya memujinya
dengan perkataan ‘jangok’ (cantik/ suka berhias)
d) Kata ganti nama diri : Contohnya seperti ambo dan kawe (dialek
Kelantan bermaksud saya), hang(dialek utara bermaksud kamu)

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa dapatan kajian yang diperolehi
oleh Adi Yasran ini mendapati bahawa terdapat beberapa persamaan dengan vokal
dialek Kelantan dengan vokal Bahasa Melayu seperti mana yang telah dijelaskan.

4.0 Kesan Dapatan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu


Berdasarkan kepada dapatan kajian yang dinyatakan dalam artikal, dapat dilihat
bahawa terdapat beberapa kesan dapatan kajian terhadap aktiviti pengajaran Bahasa
Melayu di dalam kelas. Antaranya ialah:-
a) Guru perlu peka terhadap penggunaan dialek dalam kalangan pelajar
khususnya pelajar yang menggunakan dialek Kelantan dalam aktiviti
komunikasi harian mereka. Ini adalah untuk memastikan agar pelajar tidak
menggunakan dialek Kelantan dalam aktiviti penulisan Bahasa Melayu yang
juga boleh menjejaskan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu.
b) Guru juga boleh membuat analisis terhadap aspek fonetik dialek Kelantan
dengan aspek fonetik Bahasa Melayu sama ada mempunyai perbezaan yang
jelas atau sebaliknya. Ini adalah untuk membantu guru untuk mengenal pasti
kesilapan yang mungkin dilakukan oleh pelajar semasa bertutur dan
berkomunikasi di dalam kelas khususnya semasa guru melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

4
c) Guru juga dapat melihat beberapa perbezaan antara aspek segmen vokal
dalam dialek Kelantan yang dilihat mempunyai perbezaan yang sangat jelas
dengan segmen vokal Bahasa Melayu. Dengan mengenal pasti perbezaan ini,
maka guru akan lebih mudah menerangkan kepada pelajar ciri-ciri vokal yang
terdapat dalam dialek Kelantan dan menyatakan perbezaannya dengan segmen
vokal Bahasa Melayu.

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa kesan


dapatan kajian dalam artikal yang dianalisis terhadap aktiviti pengajaran Bahasa
Melayu seperti mana yang telah dijelaskan di atas.

5.0 Kesimpulan
Budaya merupakan aspek penting yang mempengaruhi individu dalam
kebanyakan aspek kehidupan termasuklah dalam hubungan interpersonal. Setiap
individu mempunyai budaya tertentu yang membezakannya di antara satu sama lain.
Antara perbezaan yang ketara ialah perbezaan dari segi dialek yang akan
mempengaruhi gaya pertuturan seseorang. Perbezaan ini adakalanya boleh
menimbulkan kesukaran dalam perhubungan sekiranya kedua-dua pihak mengambil
sikap tidak cakna serta tidak berusaha untuk memahami perbezaan tersebut. Justeru itu,
setiap individu yang berada di dalam kelompok masyarakat yang mempunyai
kepelbagaian identiti dan budaya perlulah berusaha memahami perbezaan tersebut dan
cuba menyesuaikan diri dengan mengambil sikap saling menghormati antara satu sama
lain, berusaha untuk mempelajari budaya lain, mengurangkan ketidakpastian dengan
bertanya serta menerima perbezaan yang wujud yang menjadikan sesebuah masyarakat
itu penuh warna-warni.

5
BAHAGIAN B

1.0 Pengenalan
Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan Rodman
(1983) fonetik adalah ‘kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalam
semua bahasa manusia’. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa
dapat dihuraikan melalui tiga perspektif yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik
auditori dan fonetik akustik. Artikulatori menerangkan bagaimana terusan ujaran (vocal
tract) menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana
pendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik meneliti
ciri-ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri.

2.0 Transkripsi Lagu


Transkripsi adalah salah satu aspek kajian dalam bidang fonetik. Berdasarkan
kepada lagu ‘Warisan’, maka berikut adalah analisis transkripsi ke atas lagu tersebut:-

Di sini lahirnya sebuah cinta Di sini lahirnya sebuwah cinta


Yang murni abadi sejati Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima Andai ku terbuwang tak diterima
Andai aku disingkirkan Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini Ke mana harusku semaikan cinta ini
Betapa Betapa
Di bumi ini ku melangkah Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki Ku jejaki
Aku Aku
Bukanlah seorang perwira Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata Gagah menghunus senjata

6
Namun hati rela berjuang Namun hati rəla berjuwang
Walau dengan cara sendiri Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini Sepanjang kedəwasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan Aku lah penyambung warisan

3.0 Kepentingan Transkripsi Fonetik Kepada Masyarakat


Transkripsi fonetik adalah satu bidang kajian bahasa yang akan membantu
masyarakat untuk mengenal pasti cara setiap vokal dan konsonan dibunyikan dan juga
organ artikulasi yang terlibat semasa membunyikan suatu perkataan. Pada hari ini,
masyarakat hanya tahu berkomunikasi atau tahu berbahasa. Walau bagaimanapun, tidak
semua penutur setiap bahasa mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang alat
artikulasi yang digunakan semasa bertutur atau berbahasa. Ini kerana, perkara ini
bukanlah suatu perkara penting yang ingin difahami dan dipelajari. Namun begitu,
ianya penting kepada setiap masyarakat agar mereka tahu tentang kepentingan alat
artikulasi dalam membunyikan huruf-huruf vokal dan konsonan sehingga
menghasilkan bunyi-bunyi bermakna. Contohnya seperti perkataan API yang akan
terhasi daripada tiga alat artikulasi yang utama seperti mana yang berikut:-

a) Penghasilan Vokal A
Bagi vokal ini, bahagian depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit
lembut terangkat rapat ke balakang tekak menutup rongga hidung. Udara yang
dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil
menggetarkan pita suara. Bibir berada dalam keadaan hampar.

b) Penghasilan Konsonan P
Konsonan [P] terhasil menerusi letupan dua bibir. Cara menghasilkan konsonan
letupan dua bibir adalah dengan merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan udara
dari peparu tertahan dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang

7
rongga tekak. Arus udara keluar dari paru-paru melaui rongga mulut dan
tersekat di belakang pertemuan dua bibir. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan
dengan serta-merta.Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan,
pita suara tidak bergetar, dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua
bibir tidak bersuara, iaitu [p].

c) Penghasilan Vokal I
Bagi vokal ini, bahagian depan lidah diangkat setinggi-tingginya. Lelangit
lembut terangkat rapat ke belakang tekak menutup rongga hidung. Udara yang
dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil
menggetarkan pita suara. Bibir dalam keadaan hampar.

Oleh yang demikian, tiga perkara di atas adalah proses yang akan digunakan
dalam menghasilkan perkataan API. Menurut Arbak Othman (Fonetik dan Fonologi
Bahasa Melayu) fonetik mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui
mulut manusia, baik bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi
marjinal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Cabang-cabang
fonetik adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara mekanisma badan
menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi. Fonetik Penerima
(auditori), mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi. Fonetik
Akustik pula mempelajari hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas
hakikatnya bunyi ini.

Dalam pada itu, transkripsi fonetik juga akan turut membantu meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman masyarakat tentang proses transkripsi dalam Bahasa
Melayu. Transkripsi fonetik adalah satu aktiviti membentuk segala bunyi bahasa yang
dipertuturkan ke dalam bentuk tulisan sama ada dalam bentuk vokal, konsonan
mahupun diftong. Fonemik pula ialah kajian yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu
bahasa, iaitu pengkajian tentang struktur atau fungsi sesuatu bunyi. Ia lebih
menitikberatkan analisis bunyi sesuatu bahasa. Sementara itu, ortografi adalah satu
bentuk sistem tulisan yang sering kali digunakan dalam menukarkan bentuk bunyi
bahasa kepada bentuk tulisan bunyi bahasa tersebut dengan menggunakan IPA.
Ortografi fonetik dan fonemik ialah sistem tulisan di mana grafem bertulis selaras
dengan fonem, bunyi suara bahasa. Dalam hal kedalaman ortografi, ini disebut

8
ortografi dangkal, berlawanan dengan ortografi dalam. Ini kadang-kadang disebut
abjad yang benar, namun sistem tulisan bukan-abjad seperti ejaan sukuan boleh juga
menjadi fonemis. Transkripsi fonetik dan fonemik merujuk kepada satu aktiviti yang
mentakrifkan bunyi yang didengar kepada bentuk tulisan. Ini bermakna bahawa sesuatu
bunyi bahasa yang diungkapkan atau dibunyikan oleh penutur akan ditranskripsikan
dalam bentuk bentuk bagi kedua-dua bentuk vokal dan juga konsonan. Penghasilan
transkripsi yang dibentuk adalah berdasarkan kepada carta fonetik antarabangsa yang
dipanggil sebagai Abjad Fonetik Antarabangsa.

Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan di atas, dapat dirumuskan


bahawa terdapat

4.0 Kesimpulan
Transkripsi adalah satu aktiviti menukar atau membentuk bunyi bahasa yang
didengar ke dalam bentuk tulisan. Pada kebiasaannya, aktiviti traskripsi ini dilihat
sebagai satu elemen yang akan menukarkan bunyi bahasa kepada huruf vokal,
konsonan, dogtong dan juga pelbagai bentuk bunyi bahasa yang dipertuturkan.

9
BAHAGIAN C

1.0 Latar Belakang Sekolah


Bagi meneliti pengajaran kemahiran lisan yang meliputi kemahiran mendengar
dan kemahiran bertutur, maka pemerhatian telah dilaksanakan ke atas aktiviti
komunikasi lisan di Sekolah Kebangsaan Inanam Laut. Sekolah Kebangsaan Inanam
Laut adalah salah satu sekolah rendah kebaangsaan yang terletak dalam daerah Kota
Kinabalu, Sabah. Pemerhatian telah dilakukan untuk mengenal pasti keutamaan
pengajaran kemahiran lisan khususnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.

2.0 Peruntukan Masa Pengajaran Kemahiran Lisan


Proses pengajarna kemahiran lisan di Sekolah Kebangsaan Inanam Laut secara
khusus dilihat masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Pada masa kini,
setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan menekankan kepada
kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Ini kerana, setiap aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas menggunakan kedua-dua
kemahiran ini. Contohnya, guru menyampaikan kandungan pengajaran kepada pelajar
yang memerlukan pelajar mendengar syarahan guru. Dalam pada itu, guru yang
menyoal pelajar pula memerlukan tindak balas bertutur daripada pelajar untuk
menjawab soalan guru tersebut. Ini menjelaskan bahawa setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah yang bermula dari awal persekolahan
sehinggalah ke akhir persekolahan sangat menekankan kedua-dua kemahiran lisan iaitu
kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar.

Perlu diingat bahawa proses perkembangan kemahiran mendengar dan bertutur


dalam kalangan murid tidak hanya tertumpuh kepada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu semata-mata. Ini kerana, kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur adalah dua kemahiran bahasa yang ditekankan dalam setiap mata
pelajaran sama ada mata pelajaran bahasa Inggeris, matematik, sains, pendidikan
kesihatan dan sebagainya. Dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan di dalam kelas, penekanan kepada kemahiran mendengar murid dapat
dilihat menerusi kesungguhan murid mendengar kandungan pengajaran yang

10
disampaikan oleh guru. Dalam pada itu, penekanan kepada kemahiran bertutur pula
dapat dilihat menerusi aktiviti soal jawab yang wujud antara guru dengan murid.
Kedua-dua situasi ini berlaku dalam setiap sesi pengajaran yang mana melibatkan
kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur dalam kalangan murid. Secara tidak
langsung, peruntukan masa pengajaran yang melibatkan kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur bukanlah perkara yang sangat penting. Sebaliknya, aplikasi
kemahiran mendengar dan bertutur di dalam kelas adalah perkara yang sangat penting
yang perlu menjadi keutamaan setiap guru. Ini penting agar murid dapat dididik dan
dirangsang untuk meningkatkan kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur mereka.

3.0 Kaedah Pengajaran Kemahiran Lisan


Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
khususnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Inanam
Laut, terdapat banyak kaedah pengajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk
meningkatkan kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar.
Antaranya adalah seperti mana yang dinyatakan di bawah:-

1) Kaedah Perbincangan
Salah satu kaedah pengajaran kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur
yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah kaedah perbincangan. Kaedah ini
didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang
sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid meluahkan
perasaan dan pendapat dengan bernas. Teknik ini adalah satu aktiviti pengajaran
dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-murid
dengan penyeliaan dan kawalan seorang guru. Terdapat beberapa langkah
dalam menjalankan teknik ini:-
 Guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan
yang akan dijalankan.
 Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan
melantik seorang ketua.
 Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan. Mereka perlu
berbincang sesama mereka dan semasa perbincangan berjalan, guru
sentiasa memantau perbincangan tersebut supaya terarah.

11
 Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.

2) Kaedah Latih Tubi


Kaedah latih tubi juga boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran
bertutur dan kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar. Kaedah latih tubi
ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan teknik ini adalah
untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya.
Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti
kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat
dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
menggunakan perkataan itu. Teknik ini memberi penekanan kepada lima aspek
kebolehan menggunakan bahasa iaitu:-

Bil Aspek Kebolehan Huraian


Menggunakan Bahasa
1 Sebutan (accent) Menyebut perkataan atau suku kata
dengan betul termasuk intonasi yang
membawa makna dalam sesuatu situasi
2 Tatabahasa (grammar) Penggunaan bahasa yang tepat
berdasarkan hukum-hukum bahasa
daripada semua aspek
3 Perbendaharaan kata Meluaskannnya dengan penggunaan
(vocabulary) imbuhan yang sesuai berdasarkan
konteksnya dalam situasi tertentu
4 Kefasihan (fluency) Menggunakan perkataan dan lain-lain
dengan cara spontan tanpa
menitikberatkan maksudnya
5 Kefahaman Latihan memahami soalan dan
(comprehension) mengemukakan jawapan yang wajar

3) Kaedah Penyelesaian Masalah

12
Kaedah lain yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar ialah pelaksanaan
aktiviti penyelesaian masalah. Kaedah adalah aktiviti yang melibatkan masalah
berbentuk perkataan, teka teki, silang kata dan kuiz. Teknik ini memerlukan
murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka
pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Teknik ini melibatkan
beberapa aktiviti seperti membimbing murid-murid memahami dan mengenal
pasti ciri-ciri masalah, mengingat semula pengalaman lalu, memilih strategi
yang sesuai, dan menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti
penyelesaian. Terdapat beberapa prinsip dalam menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran melalui teknik ini:-
 Sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid-murid
memperolehi ilmu pengetahuanatau menguasai kemahiran yang
berkaitan.
 Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan
pengetahuan lepas murid-murid serta sesuai dengan pengalaman
mereka.
 Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru perlu
membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti masalah itu.
 Guru perlu berbincang dengan murid tentang pelbagai cara untuk
menyelesaikan masalah.
 Guru perlu mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk
menyelesaikan masalah. Guru hanya boleh memberi sedikit bimbingan
kepada murid yang berfikir agak lambat secara individu.

Oleh yang demikian, tiga kaedah pengajaran di atas adalah antara kaedah
pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur yang
boleh dilaksanakan oleh guru.

4.0 Dapatan Temubual Guru

13
Di peringkat sekolah, pengajaran kemahiran lisan sama ada kemahiran bertutur
dan juga kemahiran mendengar adalah antara kemahiran yang sangat ditekankan
seperti mana yang telah dinyatakan oleh Puan Kamaria dan juga Puan Rohani. Perkara
ini dapat dilihat menerusi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh guru sama ada
secara formal ataupun secara tidak formal. Dalam pada itu, pengajaran kemahiran lisan
juga tidak hanya dikhususkan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu sahaja. Sebaliknya, penekanan kepada kemahiran mendengar dan bertutur ini
juga turut ditekankan dalam mata pelajaran lain. Contohnya, dalam mata pelajaran
Sains misalnya. Semasa guru mengajar, murid dikehendaki untuk memahami
kandungan pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan tumpuan dan fokus murid
untuk mendengar setiap pengajaran guru. Ini juga memperlihatkan bahawa aktiviti
pengajaran berkenaan sangat menekankan kemahiran mendengar.

Dalam pada itu, tindakan guru yang mewujudkan interaksi dua hala di dalam
kelas seperti aktiviti soal jawab adalah antara cara dan kaedah yang kerap digunakan
oleh guru untuk meningkatkan kemahiran bertutur dalam kalangan murid. Contohnya
seperti kemahiran murid mengulas suatu perkara, kemahiran murid memberikan idea
dan pandangan dan sebagainya. Secara tidak langsung, perkara seperti ini menunjukkan
bahawa kedua-dua kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur
sangat ditekankan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di
dalam kelas dan ianya tidak hanya dikhususkan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu
semata-mata. Sebaliknya, mencakupi semua mata pelajaran sama ada di peringkat
sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah.

Menurut Puan Rohani, penekanan kepada kemahiran lisan dalam aktiviti


pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah atas beberapa tujuan. Kemahiran
bertutur dan mendengar diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan
mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbbagai
keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam
aktiviti perbahasan dan syarahan. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah
memastikan murid boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul dari segi sebutan,
intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat. Pengajaran dan
pembelajaran bertutur dan mendengar haruslah membolehkan murid:-
a) Menyebut dengan jelas.

14
b) Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi.
c) Menunjukkan arah.
d) Bertemu ramah.
e) Memberi penerangan dan memberi alasan.
f) Membina soalan untuk mencari maklumat.
g) Bertukar-tukar pendapat dan maklumat.
h) Melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian
dengan tepat.
i) Bertutur secara bertatasusila.
j) Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan
sesuai dengan pendengar dan situasi.

Dalam pada itu, terdapat juga beberapa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas seperti mana yang dinyatakan oleh Puan
Rohani yang juga merupakan salah seorang guru Bahasa Melayu. Ini adalah untuk
memastikan agar kemahiran lisan dalam kalangan murid dapat diperbaiki dan
ditingkatkan ke tahap yang lebih baik. Antara aktiviti yang dilaksanakan agar dapat
meningkatkan kemahiran lisan dalam kalangan murid adalah seperti mana yang
berikut:-

a) Aktiviti Peringkat Awal


Melafazkan pengucapan bertatasusila.
Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.
Menyoal untuk mendapatkan maklumat.
Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi.
Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi tertentu.
Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
Memberi arahan.
Membuat ayatr-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan
sebagainya.
Membuat ayat-auyat daripada gambar.

b) Aktiviti Peringkat Pertengahan


Membuat deskripsi tentang objek atau gambar.

15
Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri
Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.
Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.
Membaca iklan dan peraturan.
Memberi ucapan pendek dan mudah.
Memberi komen secara mudah.
Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi
seseorang, masa bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya.
Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.
Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

c) Aktiviti Peringkat Maju


Mendeskripsikan sesuatu peristiwa, objek, permainan, proses dan
sebagainya.
Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa
menggunakannya
Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog.
Bertanya untuk mendapatkan maklumat.
Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.
Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.
Memberikan ceramah atau syarahan.
Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum,
perbincangan, seminar dan lain-lain.
Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan.
Mendeklamasi puisi.
Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.
Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

Menerusi kesemua aktiviti pengajaran yang dinyatakan di atas yang menjadi


fokus dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, maka dapat dilihat
bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas sangat
menekankan kepada perkembangan kemahiran lisan dalam kalangan murid khususnya
yang melibatkan kemahiran mendengar dan juga kemahiran bertutur.

16
Dalam pada itu, terdapat dua aspek utama yang ditekankan oleh guru dalam
melaksanakan aktiviti pengajaran kemahiran lisan di sekolah. Antaranya adalah seperti
mana yang dinyatakan di bawah:-

a) Penekanan Aspek Sebutan


Menurut Puah Kamaria yang juga merupakan salah seorang guru Bahasa
Melayu di Sekolah Kebangsaan Inanam Laut, sejak peringkat rendah lagi,
pelajar telah diajar mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata,
perkataan, rangkai kata, dan kalimat. Mereka kemudian dilatih menyebut aspek
tersebut. Semua ini bertujuan untuk melatih pelajar supaya dapat menyebut
sesuatu dengan tepat seperti yang sepatutnya. Mereka harus boleh menyebut
sesuatu dengan betul mengikut bunyi, ejaan dan makna. Biasanya, kesalahan
menyebut sering berlaku dalam kalangan para pelajar bahasa kedua. Gangguan
bahasa ibunda sering menghalang pembelajaran mereka.

Sebutan ialah cara kita menyebut atau membunyikan sesuatu perkataan dalam
sesuatu bahasa. Dalam mana-mana bahasa di dunia ini terdapat dua cara
penuturnya menyebut sesuatu perkataan dalam bahasa itu, iaitu sebutan secara
standard dan sebutan secara dialek. Biasanya, dalam negara yang besar saiznya
dan ramai bilangan penduduknya (seperti China, Rusia dan India), sesuatu
perkataan disebut menurut daerah dialek-dialek tersebut.

Sungguhpun saiz negara kita ini tidak begitu besar dibandingkan dengan negara
yang tersebut di atas, namun terdapat banyak dialek di Malaysia. Selain dialek
atau bahasa daerah, bahasa ibunda murid yang bukan berketurunan melayu juga
boleh mempengaruhi sebutan mereka apabila mereka bertutur dalam bahasa
Melayu. Misalnya: ikan dalam bahasa Melayu baku disebut ike (dialek
Kelantan), ikang (dialek Terengganu).

Puan Kamarian juga menyatakan bahawa terdapat beberapa kaedah yang boleh
dilaksanakan oleh guru untuk mengatasi masalah kemahiran lisan dalam
kalangan pelajar yang juga kerap digunakan oleh beliau. Antaranya ialah:-
 Mengadakan latih tubi untuk menyebut perkataan yang bermasalah
bagi murid-murid.

17
 Menperdengarkan kepada murid model sebutan bahasa Melayu baku
daripada radio, televisyen dan sumber-sumber lain dengan kerap.
 Menggalakkan dan memperbanyakkan latihan murid bercakap
menggunakan sebutan baku dalam situasi formal dan tidak formal,
misalnya, di luar bilik darjah seperti di kantin dan di padang permainan,
dan semasa kegiatan kokurikulum di sekolah.

b) Aspek Laras Bahasa


Elemen kedua yang juga ditekankan oleh guru dalam meningkatkan kemahiran
bertutur dan kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar ialah aspek laras
bahasa. Laras bahasa dalam konteks ini beerti kemampuan menggunakan
bahasa itu dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai.
Tujuan utama melatih pelajar menggunakan bahasa mengikut laras-larasnya
yang betul adalah untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa itu untuk
tujuan berkomunikasi secara tepat dan dapat digunakan dalam konteks yang
sesuai. Puan Kamaria menjelaskan bahawa seseorang penutur dalam situasi
bahasa yang berbeza-beza akan menggunakan laras mengikut situasi sosial
yang berlainan. Dalam erti kata yang lain, penutur itu akan menggunakan laras
yang distingtif. Reid telah menggunakan konsep ini sebagai istilah teknik untuk
menyatakan perbezaan perlakuan bahasa seseorang individu.

Laras lisan lebih bersifat sederhana serta kurang mematuhi peraturan-peraturan


nahu seperti yang dimestikan dalam gaya bahasa tulisan. Ayat-ayat adalah
pendek, ringkas dan penggunaanya amat bergantung kepada intonasi, jeda,
tekanan, nada dan sebagainya. Ciri- ciri paralinguistik yang melibatkan gerak-
geri badan juga adalah penting untuk menyampaikan maksud atau makna
tertentu.

Oleh yang demikian, dua perkara yang dinyatakan di atas sentiasa ditekankan
oleh guru Bahasa Melayu dalam usaha untuk meningkatkan kemahiarn mendengar dan
kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar di Sekolah Kebangsaan Inanam Laut.

18
5.0 Kesimpulan
Interaksi lisan ialah proses yang melibatkan penyaluran dan pertukaran
maklumat melalui pertuturan antara penutur dan pendengar. Maklumat yang disalurkan
itu terdiri daripada gagasan, perasaan, berita, dan amanat, disampaikan melalui satu
sistem simbol yang dikenali sebagai bahasa. Sebagai satu perkara yang melibatkan
bahasa, interaksi tidak terbentuk daripada sepatah perkataan atau satu siri perkataan
semata-mata, tetapi juga melibatkan beberapa unsur seperti kelancaran pertuturan,
kejelasan makna, situasi perbualan, nada suara, dan jarak sosial peserta perbualan.
Dalam kata lain, aspek interaksi lisan mementingkan bukan sekadar aspek linguistik
bahasa, malahan juga aspek-aspek yang melibatkan pragmatik bahasa. Oleh itu, proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan perlu sentiasa menjadi keutamaan
guru agar dapat meningkatkan kemahiran lisan dalam kalangan pelajar.

19
Rujukan
Abd Rahim Abd. Rashid (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti Sdn. Bhd

Abdullah Hassan. (1987). Isu-Isu Pembelajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

A. Aziz Deraman dan Rohani Zainal Abidin, (2003). Kumpulan Kertas Kerja: Globalisasi
dan Peradaban di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Beshir, E and Beshir, M. R. (2000) (3rd. ed.) Meeting the Challenge of Parenting in the
West: An Islamic Perspective.

Hassan Langgulung (1990). Kreativiti dan Pendidikan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa `
dan Pustaka

Mohd Azhar Abd Hamid (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia

Noriati A.Rashid (Dr) (2011), PSV 3103 Kreaviti dan Seni Pelajar, Kuala Lumpur :
Kementerian Pelajaran Malaysia

Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

20

You might also like