Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 111

APPENDIX A

TAHAP KEFAHAMAN PELAKSANAAN IBADAH ZAKAT


DALAM KALANGAN PELATIH KONSTABEL POLIS,
PUSAT LATIHAN POLIS (PULAPOL)KUCHING, SARAWAK

HARRYANTO BIN BUJANG

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA


2018

1
APPENDIX B

TAHAP KEFAHAMAN PELAKSANAAN IBADAH ZAKAT


DALAM KALANGAN PELATIH KONSTABEL POLIS,
PUSAT LATIHAN POLIS (PULAPOL) KUCHING, SARAWAK

HARRYANTO BIN BUJANG

Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian


daripada syarat Sarjana Pengajian Islam

Open University Malaysia

Faculty Applied Social Sciences

Open University Malaysia

2018

2
APPENDIX C

PENGISYTIHARAN

Name : Harryanto Bin Bujang

Matrict Number : CGS 000870125

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa Kertas Projek ini adalah hasil
daripada karya saya sendiri, kecuali untuk pembahagian dan ringkasan
yang telah diakui dengan sewajarnya.

Signature: Date:

3
APPENDIX D

TAHAP KEFAHAMAN PELAKSANAAN IBADAH ZAKAT DALAM KALANGAN


PELATIH KONSTABEL POLIS, PUSAT LATIHAN POLIS
(PULAPOL)KUCHING, SARAWAK

Harryanto Bin Bujang

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan adalah untuk mengetahui Tahap Pemahaman Ibadah Zakat
Dalam Kalangan Pelatih PLAK Konstabel Bil.4 Siri 4/2017, Pusat Latihan Polis
(PULAPOL) Kuching, Sarawak. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti persepsi
para PLAK Konstabel Bil.4 Siri 4/2017 berkenaan ibadah zakat, mengenalpasti
pengetahuan responden tentang zakat dan mengenalpasti cara pelaksanaan ibadat zakat
pelatih polis. Kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan ialah tinjauan dan
instrumen yang digunakan adalah borang soalselidik yang diedarkan kepada seramai
30 orang responden. . Data yang dikumpul dianalisa secara diskriptif. Dapatan kajian
menunjukkan Pelatih PLAK mempunyai persepsi yang tinggi dalam ibadah zakat
yang merangkumi 80 % atau 24 orang. Pengetahuan responden dalam zakat juga
adalah tinggi dengan 90 % atau 27 orang. Responden memahami tentang
Pelaksanaan ibadah zakat adalah sebanyak 60% atau 18 orang responden. Seramai 12
orang iaitu 40% responden disimpulkan bahawa responden agak keliru dan tidak
mengetahui tentang kemudahan untuk menbayar zakat terutamanya melaluinya
kemudahan perbankan dan internet. Justeru, beberapa langkah yang perlu diambil
seperti mempertingkatkan sesi penerangan, penyampaian maklumat yang lebih tepat
dan efektif, menambahkan lagi maklumat zakat secara keseluruhan. Peranan Pusat
Pengajian Tugas Am/ Latihan Asas, Bahagian Penyelidik Latihan PULAPOL Kuching
dan Bahagian Kaunseling dan Agama (BAKA) melaksanakan berkaitan rukun islam
dan pengajian islam secara keseluruhan merupakan salah satu elemen untuk
dimasukkan ke dalam jadual tutorial / syarahan / module, yang berkaitan dengan
peningkatan pemahaman, prosedur pembayaran zakat dan pengurusan zakat.

4
APPENDIX E

LEVELS OF UNDERSTANDING OF ZAKAT AMONG POLICE CONSTABLE


RECRUIT, PUSAT LATIHAN POLIS (PULAPOL) KUCHING, SARAWAK

Harryanto Bin Bujang

ABSTRAK

The study was conducted to determine the level of understanding of Zakat among
Police Constable Recruit, No.4 Series 4/2017, Police Training Centre
(PULAPOL) Kuching, Sarawak. The objectives of the study are to identify the
perceptions of Police Constable Recruit, about Zakat, the
respondents’ knowledge on Zakat as well as how it is implemented among police
trainers. A survey was conducted where 30 sets of questionnaires were distributed to
30 respondents. The data collected were descriptively analysed. Findings showed
that this recruit have high perceptions in Zakat and this includes 80% of them or
24 out of 30 respondents. A percentage of 90% or a total of 27 out of 30
respondents have high knowledge in Zakat. Meanwhile, 60% or a number of 18
respondents understand about the implementation of Zakat and 40% or 12
respondents concluded that they are confused and are not aware about the convenient
methods for Zakat payment especially through internet banking. Hence, a few
initiatives are needed, such as enhancing explanation sessions, more effective and
efficient information delivery and increasing information on Zakat as a whole. The
role of the Centre of General Duty Studies/ Basic Training, PULAPOL Kuching
Training Research Department and Counseling & Religion Department (BAKA) is to
implement things related to the pillars of Islam, and Islamic studies as a whole is one
of the elements to incorporate into the tutorial/ lecture/ module table in which are
related to the improvement of its understanding, Zakat payment procedures and Zakat
management

5
APPENDIX F

KANDUNGAN

KANDUNGAN HALAMAN

APPENDIX A..............................................................................................................................1

APPENDIX B..............................................................................................................................2

APPENDIX C..............................................................................................................................3

APPENDIX D..............................................................................................................................4

APPENDIX E..............................................................................................................................5

APPENDIX F...............................................................................................................................6

PENGHARGAAN..................................................................................................................7 - 8

6
PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihi dan Mengasihani.Segala puji-pujian


kepada Allah SWT selawat dan salam kepada Junjungan besar Nabi Muhammad
SAW. Kesyukuran yang tidak terhingga kerana berjaya menyiapkan tugasan ini .

Penulis juga ingin mengambil kesempatan untuk melafaskan jutaan terima


kasih kepada ayahanda, Bujang bin Abot dan ibunda, Rosnah Abdullah @ Anna Lim,
abang serta adik-adik, Sandi, Kartini, dan Siti Khatijah serta kaum keluarga yang
tercinta atas segala sokongan dan dorongan metarial dan juga spiritual melalui saat-
saat manis dan pahit dalam meneruskan pengajian di OUM, Kuala Lumpur. Tidak
lupa kepada Datin Fauziah Abu Bakar serta keluarga, Alfatihah untuk arwah Dato
Jamaluddin Hj. Khalid. Jambangan perhargaan juga tidak dilupakan buat semua
pensyarah yang telah mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada penulis selama ini.
Kepada OUM Kuching yang banyak membantu dalam pelbagai masalah. Begitu juga
buat sahabat-sahabat Frederick Jamali, Abdul Razak Abd Kader, Wandy Juandyee dan
sahabat-sahabat yang tidaklah dapat dinyatakan nama mereka satu persatu dalam
lembaran kecil ini. Sesungguhnya, dorongan dan motivasi sahabat-sahabat juga amat
membantu penulisan dan meneruskan pengajian ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga saya rakamkan khusus untuk
penyelia kertas projek saya iaitu Dr.Norhisham Bin Muhamad di atas kesabaran dan
tunjuk ajar sepanjang tempoh saya menyiapkan kertas projek ini. Jasa, bakti,
perhatian, pengorbanan dan bimbingan serta tunjuk ajar yang beliau curahkan
sepanjang penulisan berada dibawah penyeliaannya, terimalah ucapan terima kasih
seikhlas budi setulus hati daripada penulis yang serba kekurangan ini. Sesungguhnya
beliau merupakan seorang pensyarah yang dedikasi, mesra dan bertanggungjawab.

7
Tidak lupa juga untuk rakan seperjuangan yang bersama – sama memberikan
pandangan dan nasihat yang berguna khususnya untuk rakan sepengajian, pandangan
dan nasihat kalian amat dihargai dan semoga kalian juga berjaya menyudahkan
pengajian dengan jayanya . Ucapan tidak terhingga juga ditujukan kepada Bahagian
Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, PJP Sarawak (Jabatan Pengurusan),
Komandan PULAPOL Kuching Senior Assistant Commisioner Police, Azman Bin
Salim kerana memberikan kebenaran untuk saya mengedarkan kertas soal selidik.
Seterusnya sokongan serta galakan yang tidak terhingga daripada Dato Law Hong
Soon, Supt Munsang anak Sabai, Timbalan Komandan (Latihan), DSP Yahya Amin
Khan, Timbalan Komandan (Urus Takbir Kepolisan Am), DSP Mohd Azmi, DSP
Rujiman Ogus, DSP Othman Sulaiman (KPD Sri Aman), Insp Mohd Halil Husairy
(Bn 15, Briged Sabah), S.I Ruzani Ayob, Sarjan Suriawati bte Awan, Koperal
Clement ak Saging, Koperal Mastura Jalil, Koperal Iswandi Ahmad, L/Kpl Haikal
Azuel dan yang terakhir sekali adalah Pusat Pengajian Tugas Am/Latihan Asas
Pulapol Kuching dan Bahagian Penyelidik Latihan PULAPOL Kuching. Tidak lupa
juga kepada Pegawai, Anggota serta pegawai awam Briged Sarawak PGA, IPK
Sarawak, IPD Sri Aman dan PULAPOL Kuching. Kepada para responden, kerjasama
anda dalam menjayakan kertas projek ini amatlah dihargai. Hanya Allah jua yang
mampu membalasnya .

Semoga usaha saya yang tidak seberapa ini akan meninggalkan sedikit kesan
dalam usaha untuk membenihkan rasa cinta bagi menegakkan syariat Allah SWT
.Insha Allah.

Insp Harryanto Bin Bujang


Ketua Unit Penyelenggaran / Bangunan
Kem Komandan
Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching
KM 24, Jalan Borneo Heights
93250, Kuching
Sarawak.

8
ISI KANDUNGAN

BAB 1 PENGENALAN...............................................................................................11
1.1. Pendahuluan.......................................................................12 - 15
1.2 Latar Belakang Kajian.......................................................15 - 18
1.3 Pernyataan Masalah...................................................................18
1.3.1. Faktor Dalaman.............................................................19
1.3.2. Faktor Luaran.........................................................20 - 22
1.4. Soalan Kajian............................................................................22
1.5. Objektif Kajian..........................................................................22
1.6 Sumbangan Kajian....................................................................22
1.7. Had Kajian.................................................................................23
1.8. Penutup......................................................................................23

BAB 2 KAJIAN LITERATUR.......................................................................24


2.1 Pendahuluan..............................................................................25
2.2 Ibadat Zakat........................................................................25 - 40
2.3. Aspek Pengurusan Zakat...................................................41 – 50
2.4. Aspek Pengagihan Zakat Oleh Institusi Zakat..................51 – 53
2.5. Zakat Sebagai Pemankin Pembangunan
Ekonomi Umat Islam.........................................................54 – 60
2.6. Syarat-Syarat Zakat...................................................................60
2.7. Tabung Baitulmal Sarawak................................................61 - 64
2.8. Penutup......................................................................................64

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN..................................................................65


3.1. Pengenalan.................................................................................66
3.1.1. Sejarah PULAPOL Kuching..................................66 - 69
3.2 Rekabentuk Kajian.............................................................69 - 70
3.3. Instrumen Kajian.......................................................................70
3.4. Kaedah Kajian...................................................................70 - 71

9
3.5. Prosedur Menjalankan Soal Selidik...................................71 - 73
3.6. Pengumpulan Data.............................................................73 - 74
3.7. Analisis Data.............................................................................74
3.8. Penutup......................................................................................75

BAB 4 HASIL DAPATAN KAJIAN..............................................................76


4.1. Pengenalan.................................................................................77
4.2. Latarbelakang Sampel Kajian...........................................77 – 78
Jadual 1- 4
4.3. Analisis Deskriptif.....................................................................79
4.3.1. Mengenalpasti Persepsi Pelatih Polis Berkaitan Ibadah
Zakat
Jadual 5…………………………………………..80 – 81
4.3.2. Mengenalpasti Pengetahuan Responden Tentang Zakat
Jadual 6………………………………………..…82 – 83
4.3.2. Mengenalpasti Cara Pelaksanaan Ibadah Zakat
Jadual 7…………………………………………..84 – 85

BAB 5 DAPATAN KAJIAN...........................................................................86

5.1. Dapatan Kajian..........................................................................87

5.2. Ringkasan Kajian......................................................................87

5.3. Perbincangan Dapatan Kajian...........................................88 – 92

5.4. Implikasi Dan Cadangan...................................................92 – 94

5.5. Kesimpulan........................................................................95 – 96

RUJUKAN.........................................................................................................97 – 104

LAMPIRAN.....................................................................................................105 – 111

10
BAB 1

11
BAB 1

PENGENALAN

1.1. PENDAHULUAN

Zakat adalah Rukun Islam yang Ketiga. Ia diwajibkan ke atas setiap orang Islam yang
mempunyai cukup syarat-syarat untuk berzakat. (Tabung Baitulmal Majlis Islam
Sarawak, 2015) Ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh
Muslim dalam sabdanya yang bermaksud:

“Ditegakkan Islam atas lima perkara, Mengaku bahawa tiada


tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Allah dan
sesungguhnya Muhammad itu Utusan Allah dan sesungguhnya
Muhammad itu Utusan Allah, Mendirikan Solat, Mengeluarkan
Zakat, Berpuasa di Bulan Ramdan dan menunaikan Haji ke
Baitullah.”
(HR. Bukhari no. 8 dan Muslim no. 16)

“Zakat dalam bahasa Arab bererti “Bersih, Suci, Subur dan Kembang”.
Menurut istilah syarak “Zakat” ialah “mengeluarkan sebahagian daripada harta benda
yang tertentu atas perintah Allah sebagai sedekah wajib kepada mereka yang tertentu
yang telah ditetapkan menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak”. (Tabung
Baitulmal Majlis Islam Sarawak, 2015)

Perintah yang mewajibkan zakat telah termaktub dalam Al-Quran dengan


terdapatnya beberapa ayat yang menyuruh seseorang yang mengaku dirinya muslim
menjalankan kewajipannya itu. (Tabung Baitulmal Majlis Islam Sarawak, 2015).

12
Antaranya dengan firman Allah dalam Surah Al Baqarah, ayat 43:

ِ ‫َوأَﻗِﯿ ُﻤﻮااﻟﺼ َﱠﻼةَ َوآﺗُﻮااﻟ ﱠﺰ َﻛﺎةَ َوارْ َﻛﻌُﻮا َﻣ َﻌﺎﻟﺮﱠا‬


َ◌‫ﻛ ِﻌﯿﻦ‬

Bermaksud :-

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah


zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama
orang-orang yang rukuk”
(Abdullah Basmeik, 2001)

Ayat yang lain adalah daripada Surah An-Nuur, ayat 56 :

ُ ‫َوأَﻗِﯿ ُﻤﻮااﻟﺼ َﱠﻼةَ َوآﺗُﻮااﻟ ﱠﺰ َﻛﺎةَ َوأَ ِطﯿﻌُﻮااﻟ ﱠﺮﺳُﻮﻟَﻠَ َﻌﻠﱠ ُﻜ ْﻤﺘُﺮْ َﺣ‬
َ◌‫ﻤﻮن‬

Bermaksud :-
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat
dan taatlah kamu kepada rasul Allah; supaya kamu beroleh
rahmat”
(Abdullah Basmeik, 2001)
Menunaikan zakat menjadi sebab turunnya rahmat Allah. Allah berfirman dalam Surah
At-Taubah, ayat 103

َ ‫ﺻﻠﱢ َﻌﻠَ ْﯿ ِﮭ ۖ ْﻤﺈِﻧﱠ‬


‫ﺼ‬ َ َ‫ﺼ َﺪﻗَﺔًﺗُﻄَﮭﱢ ُﺮھُ ْﻤ َﻮﺗُ َﺰ ﱢﻛﯿ ِﮭ ْﻤﺒِﮭ‬
َ ‫ﺎو‬ َ ‫ُﺧ ْﺬ ِﻣ ْﻨﺄ َ ْﻣ َﻮاﻟِ ِﮭ ْﻤ‬
‫َﻻﺗَ َﻜ َﺴ َﻜﻨٌﻠَﮭُ ۗ ْﻤ َﻮاﻟﻠﱠﮭُ َﺴ ِﻤﯿ ٌﻌ َﻌﻠِﯿ ٌﻢ‬
Bermaksud :-
“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah
(zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka
(dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang
buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya
doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan
(ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”

(Abdullah Basmeik, 2001)

13
Menurut MD Hairi MD Hussain (2009), Kemudian selepas kewafatan Rasulullah
S.A.W, amalan kutipan zakat diteruskan di bawah pemerintahan khalifah Islam yang
pertama, Saidina Abu Bakar, di mana penguatkuasaan undang-undang zakat
diperketatkan sehingga membawa kepada tindakan tegas iaitu memerangi golongan
yang tidak membayar zakat seperti firman Allah dalam Surah At-Taubah, ayat 103 (
Tafsir Ibnu Kathier Jilid 4, 2007)

Ini selari dengan hadis nabi yang bermaksud:


“Aku diperintahkan memerangi manusia hingga mereka
bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah
utusan Allah, mendirikan solat serta menunaikan zakat.
Apabila mereka melakukannya maka terpeliharalah darah
mereka daripadaku melainkan dengan hak Islam”

(Hadis riwayat Bukhari dalam nukilan Mohammad Nidzam, 2006)

Md Hairi Md Hussain, (2009) ketegasan ini dilihat perlu memandangkan dana


zakat sangat penting dalam pembangunan ekonomi umat Islam. Peranan zakat dalam
membangunkan masyarakat Islam amat besar. Zakat digunakan sebagai satu
mekanisma untuk membantu masyarakat Islam yang memerlukan dan melalui hasil
zakat inilah nasib golongan asnaf akan terbela. Sebahagian dari harta orang tertentu
yakni orang yang layak mengeluarkan zakat akan diambil dan diagihkan kepada orang
yang berhak menerimanya.

Di sini zakat berperanan menyuburkan perasaan kasih terhadap saudara


seagama dan membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup. Ini secara tidak
langsung mengurangkan perasaan hasad dengki dan iri hati golongan asnaf terhadap
saudara seagama mereka yang kaya. Begitu indahnya Islam yang menutup ruang agar
perasaan dengki dan irihati terhadap sesama insan dapat dikikis, manakala kedamaian
dan kententeraman masyarakat dapat dipelihara.

14
Zakat dalam bahasa Arab bermaksud pertambahan, penyucian dan keberkatan.
Menurut Sayyid Sabiq, (1985) mengikut istilah, zakat bermakna mengeluarkan kadar
tertentu daripada harta yang tertentu kepada orang yang berhak menerimanya. Abdul
Karim Zaidan, (1999) Zakat juga bermakna suatu hak yang wajib dikeluarkan
daripada harta yang telah ditetapkan oleh syari’at.

Akbar Muhammad, (1980: 70) telah menyatakan lebih daripada itu, zakat
bermaksud penyerahan wajib sebahagian harta kekayaan kepada segolongan orang
yang berhak menerimanya melalui amil yang bertauliah bagi mencari keredhaan Allah,
penyucian diri dan harta untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syarat-syarat
yang ditentukan oleh syarak.

Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa zakat mempunyai tiga konotasi.


Pertama, zakat dari segi bahasa bermakna pembersihan atau penyucian daripada
kekotoran. Kedua, zakat dari segi agama bermaksud penyucian kerohanian. Ketiga,
zakat dari segi perundangan bermakna pemindahan hak milik harta tertentu kepada
individu tertentu.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kewajipan menunaikan zakat telah dilaksanakan dengan tegas di awal


pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidinlagi. Buktinya, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
telah membuat keputusan untuk memerangi golongan yang enggan membayar
zakat pada zaman itu. Zakat bukan sahaja disyariatkan untuk membantu
golongan kurang berkemampuan tetapi sangat penting untuk pembangunan
ummah. Sistem zakat pada amnya mempunyai banyak persamaan dengan
sistem cukai pendapatan.

Kedua-dua sistem ini melibatkan pungutan wang oleh wakil-wakil kutipan


yang dilantik oleh pihak berkuasa daripada individu atau syarikat tertentu untuk
kegunaan tertentu. Tetapi dari segi falsafah dan konsepnya, sistem zakat dan cukai
pendapatan adalah berbeza.

15
Pungutan wang zakat bertujuan untuk diagihkan kepada lapan (8) golongan
asnaf seperti yang telah dinyatakan di dalam al-Quran,6 iaitu fakir, miskin,
‘amil, muallaf, riqab, gharimin, fisabilillah dan ibnu al-sabil. Manakala kutipan
wang cukai digunakan oleh pemerintah untuk membiayai pelbagai projek dan
pentadbiran kerajaan.

Undang-undang yang diguna pakai dalam sistem cukai pendapatan ialah


undang-undang khusus iaitu Akta Cukai Pendapatan 1967 dan serta undang-undang
tambahan lain yang telah dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen. Sistem zakat pula
dinaungi di bawah enakmen negeri masing-masing di bawah pentadbiran Hal Ehwal
Agama Islam Negeri.

Pengkategorian ini sebenarnya adalah sebagai asas utama kepada pihak amil
mendefinisikan dan mengagihkan kepada setiap asnaf yang telah dinyatakan.
Persoalan yang penting di sini ialah adakah pengagihan zakat perlu diagihkan secara
sama rata kepada semua asnaf iaitu satu per lapan bahagian?

Mohamad Uda (2005) dan Mahmood Zuhdi (2003) telah menjelaskan,


perbahasan berkenaan persoalan ini terbahagi kepada dua pendapat. Pertamanya
pendapat daripada Mazhab Syafie mengatakan bahawa zakat wajib dikeluarkan kepada
lapanlapan golongan manusia seperti yang dinyatakan dalam surah al-Taubah ayat 60,
sama ada zakat fitrah mahupun zakat harta.

Ia dirujuk kepada pemakaian huruf lam yang bererti pemilikan dan masing-
masing mempunyai hak yang sama kerana dihubungkan dengan huruf waw iaitu salah
satu huruf ataf yang bererti “dan”. Rumusannya kumpulan mazhab ini berpendapat
semua bentuk zakat merupakan milik semua golongan dengan hak yang sama. Namun
begitu sekiranya pihak amil gagal mengenal pasti kesemua asnaf yang lapan, maka
sekurang-kurangnya perlu diagihkan sekurang-kurangnya tiga asnaf termasuklah amil
itu sendiri. Menurut beliau lagi, terdapat empat golongan yang patut diberi keutamaan
selain amil ialah asnaf fakir, miskin, orang yang berhutang dan orang dalam
perjalanan.

16
Pendapat kedua pula adalah pendapat jumhur (Hanafi, Maliki dan Hanbali)
mengatakan zakat boleh dibahagikan hanya kepada satu kelompok sahaja berdasarkan
ayat yang sama tetapi berpendapat kelompok-kelompok asnaf disebut dengan huruf
alif dan lam (lam al-tak’rif) contohnya al-fuqara’ yang mengandungi satu kiasan
(majaz).

Selain itu, masyarakat Islam perlu mempelajari tentang hukum hakam


mengenai zakat supaya mereka tidak tergolong dalam golongan murtad.
Mereka perlu tahu bahawa zakat bukan perkara yang boleh dipandang remeh
kerana ianya melibatkan tentang keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Ianya seiring
dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan bahawa mereka yang
membayar dan mengagihkan zakat tanpa melalui institusi zakat yang dilantik adalah
sah tetapi berdosa kerana tidak mengikut arahan pemerintah.

Ahmad Shahir & Adibah (2010) dalam kajian yang telah dijalankan mendapati
bahawa persepsi masyarakat yang baik terhadap pusat zakat akan meningkatkan
pembayaranzakat kepada pusat zakat dan sebaliknya. Keyakinan dan kepercayaan
masyarakat perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh institusi zakat agar usaha
memartabatkan rukun Islam yang ketiga serta dapat menambah baik egara
keberkesanan kutipan dan agihan zakat secara efektif dan efsien.

Kamil, Chek Derashid dan Engku Ismail (1997) pula menunjukkan bahawa
sikap dan persepsi mempengaruhi kepatuhan. Persepsi yang positif terhadap zakat
akan turut memberi kesan positif terhadap kepatuhan membayar. Walaupun kajian ini
tidak melihat secara langsung keimanan namun persepsi individu terhadap zakat
sebenarnya mempunyai hubungan dengan keimanan. Pada umumnya keimanan adalah
berkait rapat dengan persepsi, oleh itu persepsi yang positif juga menggambarkan
keimanan yang tinggi. Dengan itu persepsi dan keimanan sama-sama mempunyai
kesan positif terhadap ketaatan dan membawa natijah yang selari dengan kajian yang
lain.

Kamil (2003) menyatakan bahawa undang-undang dan penguatkuasaan zakat


amat perlu untuk menentukan kepatuhan. Di samping kemudahan prasarana untuk
membayar zakat, akta zakat perlu diadakan bagi menguatkusakan peraturan zakat

17
kerana dengan adanya penguatkuasaan tersebut individuakan bertambah komited
untuk membayar zakat. Selain daripada itu kefahaman dan kesedaran tentang zakat
melalui pendidikan juga dijangka mempengaruhi ketaatan membayar zakat.

Sanep dan Hairunnizam (2003) mendapati bahawa sebahagian besar individu


kini bersedia membayar zakat sekalipun pada harta yang diikhtilaf wajib zakat.
Kesedaran individu tentang kewajipan agama dan tanggungjawab berzakat dijangka
berpunca dari wujudnya kefahaman agama yang sedia ada dalam semua aliran
pendidikan negara. Keadaan ini dapat dibuktikan apabila individu berpendidikan aliran
agama dan bukan agama didapati telah sama-sama memahami kewajipan zakat
pendapatan. Zakat telah dianggap sebagai ibadat dalam agama dan bukan lagi satu
bebanan .

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Membayar zakat adalah kewajipan setiap Muslim yang mempunyai harta yang
sudah cukup nisab dan haul. Walaubagaimana pun, masih terdapat individu dalam
kalangan masyarakat Islam yang tidak melaksanakan kewajipan tersebut.Ini
dibuktikan dengan jumlah kutipan dari tahun 2001-2010 sejumlah RM219,000,000.

Dalam hal ini terdapat beberapa faktor yang menyebabkan individu masih
tidak atau belum menunaikan ibadat zakat. Menurut Hairunnizamet al. (2005), faktor
jantina, umur, taraf perkahwinan, pendapatan dan perbelanjaan merupakan faktor yang
mempengaruhi kepatuhan seseorang untuk membayar zakat. Faktor-faktor tersebut
secara signifikan mempengaruhi tingkat kesedaran seseorang untuk membayarkan
zakat. Namun, antara semua faktor tersebut, faktor pendapatan ialah faktor yang paling
mempengaruhi seseorang untuk membayarkan zakat.

Hal ini disokong oleh Zyadi dan Mariani (1999) yang menyatakan bahawa
tahap pendapatan serta perbelanjaan individu dan isi rumah secara signifikan
mempengaruhi kesedaran untuk membayar zakat.

Pengkaji membahagikan faktor tersebut kepada dua bahagian iaitu faktor


dalaman dan faktor luaran iaitu, ada beberapa faktor yang membuat masyarakat tidak

18
membayar zakat. Faktor tersebut terbahagi kepada dua iaitu faktor dalaman dan luaran.
Faktor dalaman maksudnya ialah faktor yang berpunca daripada pembayar zakat itu
sendiri. Sedangkan faktor luaran ialah faktor yang berasal daripada iaitu institusi atau
tempat untuk membayarkan zakat itu sendiri.

Menurut Hairunnizamet al. (2005), faktor jantina, umur, taraf perkahwinan,


pendapatan dan perbelanjaan merupakan faktor yang mempengaruhi kepatuhan
seseorang untuk membayar zakat. Faktor-faktor tersebut secara signifikan
mempengaruhi tingkat kesedaran seseorang untuk membayarkan zakat. Namun, antara
semua faktor tersebut, factor pendapatan ialah faktor yang paling mempengaruhi
seseorang untuk membayarkan zakat. Hal ini disokong oleh Zyadi dan Mariani (1999)
yang menyatakan bahawa tahap pendapatan serta perbelanjaan individu dan isi rumah
secara signifikan mempengaruhi kesedaran untuk membayar zakat..

1.3.1. Faktor Dalaman.

Sidiqqi (1981) telah menerangkan dalam kajiannya bahawa kesedaran


pembayar zakat dalam kepatuhan dalam melaksanankan ibadat zakat adalah sangat
penting dalam perlaksanaan tersebut. Keadaan sosial akan menjadi lebih runcing
lagi sekiranya golongan miskin ini melakukan pelbagai jenayah ocial seperti
pencurian, pecah rumah dan lain-lain kesan daripada himpitan kemiskinan. Lantaran
itulah menurut Imam Abu Hanifa, mengagihan zakat kepada semua lapan asnaf yang
dinyatakan dalam Al-Quran adalah bukan satu kemestian. Kutipan zakat boleh
dibahagikan kepada satu asnaf sahaja walaupun terdapat asnaf-asnaf yang lain. Ayat
At-Taubah (9:60) pula menjelaskan kepada kita asnaf yang patut mendapat keutamaan
adalah asnaf fakir dan miskin. Monzer (1989) telah menegaskan bahawa walaupun
kesemua asnaf mendapat pembahagian yang sama rata (satu perlapan setiap asnaf),
sekiranya mana-mana asnaf tidak dapat menghabiskan peruntukan tersebut, ianya
mesti diserahkan kepada asnaf yang lain dengan ocial keutamaan kepada asnaf fakir
dan miskin.

Harus dinyatakan bahawa bantuan zakat merupakan salah satu medium yang
dapat membantu individu muslim yang menghadapi masalah dalam kekurangan
sumber keperluan hidup. Institusi zakat amat penting dalam social zakat. Ia

19
merupakan perantara di antara pembayar dan penerima (asnaf). Tanggungjawabnya
adalah amat besar iaitu memastikan kutipan zakat dapat dilakukan dengan efisien dan
mengagihkan zakat kepada asnaf dengan efisien dan berkesan.

Sekiranya institusi ini gagal berfungsi dengan baik, maka sosial zakat tidak
akan sosial dilaksanakan. Institusi zakat perlu menunjukkan nilai-nilai Islam yang
tinggi seperti amanah dan adil dalam pengurusan zakat. Pengurusan zakat pada masa
kini juga memerlukan pengurus yang mempunyai ilmu-ilmu lain seperti pengurusan,
keusahawanan, teknologi dan sebagainya. Ini akhirnya akan meningkatkan tahap
profesionalisme pengurusan zakat, meningkatkan keyakinan pembayar zakat dan
akhirnya akan meningkatkan lagi dana zakat dalam social kewangan Islam yang
akhirnya dapat meningkatkan lagi pengagihan kepada asnaf. Ini diharapkan akan
membasmi kemiskinan masyarakat Islam amnya dan menguatkan lagi jaminan sosial
dalam masyarakat Islam.

Faktor pendidikan sama ada di peringkat sekolah terutamanya di peringkat


university dan sekolah menengah mahupun di rumah. Taraf pendidikan rendah atau
kurang pendidikan dalam aliran agama itu sendiri adalah salah satu factor penting
dalam menyumbang kepada faktor dalaman. Perkahwinan merupakan syariat dalam
islam bagi menyambung zuriat dan memenuhi syahwat serta dapat mengelak dari
berlakunya gejala maksiat.

1.3.2. Faktor luaran.

Pendapatan yang kurang merupakan antara faktor luaran yang agak logik.
(Zakat pendapatan) Penetapan gaji minimum untuk pekerja swasta sedikit sebanyak
dapat meningkatkan pendapatan namun kita sedia maklum bahawa syarat wajib zakat.

Menurut Sanep & Hairunnizam 2004; Muhammad Syukri 2002; Mohamed


Dahan (1998) ia adalah satu perintah yang wajib dilaksanakan bagi mereka yang
memenuhi syaratnya seperti rukun-rukun Islam yang lain walaupun sekiranya negara
sudah berada dalam keadaan kemewahan di mana semua rakyatnya berpendapatan
tinggi. Terdapat juga situasi di mana kemungkinan pembayar zakat tidak berminat
membayar zakat kepada institusi formal kerana ketidak keyakinan mereka terhadap
institusi zakat.

20
Kedudukan tempat tinggal dan keadaan geografi mukabumi yang agak jauh dari pusat
pungutan zakat dan amil-amil zakat memainkan peranan penting dalam penentuan ini.
Sebagai contohnya, seorang anggota polis yang hendak membayar zakat harta dan
pendapatan, tetapi bertugas di luar kawasan, iaitu IPD Belaga yang mana ekses laluan
hanya melalui jalan balak dan agak merbahaya. Tidak mempunyai ekses internet dan
talian yang tidak mengizinkan. Ini akan menyebabkan mereka tidak membayar zakat
tersebut. Sistem gaji pun dijalankan secara manual sahaja.

Semakin tinggi pendapatan seseorang, maka akan meningkatkan kesedaran


untuk membayarkan zakat. Faktor luaran yang dapat mempengaruhi tingkat kesedaran
individu untuk membayar zakat ialah institusi zakat yang akan membantu individu
untuk mengagihkan zakat kepada golongan asnaf.

Sanep dan Hairunnizan (2005) dalam kajian tentang persepsi agihan zakat dan
kesannya terhadap pembayaran zakat melalui institusi formal menyatakan bahawa
pembayaran zakat kepada institusi formal dipengaruhi secara positif oleh perasaan
puas hati pengurusan pusat zakat. Ini bermakna bahawa perasaan puas hati oleh
pembayar zakat berkaitan positif terhadap pembayaran zakat. Apabila pembayar zakat
merasa tidak puas hati, maka akan memberikan impak kepada pembayaran zakat.
Pembayar zakat akan membayar zakat kepada asnaf secara langsung.

Pendapat ini diperkukuh oleh Hairunnizamet al. (2009) yang menyatakan


bahawa perasaan tidak puas hati akan memberi kesan yang tidak baik kerana
kemungkinan masyarakat akan membayar zakat langsung kepada asnaf. Namun, bagi
mereka yang tidak membayar zakat ditambah lagi tidak puas hati terhadap pengagihan
zakat, oleh institusi zakat, maka akan menyebabkan mereka secara berterusan tidak
akan membayar zakat kepada siapa pun. Ini akan membuat kesedaran untuk membayar
zakat semakin buruk.

21
1.4. SOALAN KAJIAN

Persoalan kajian yang dikemukan adalah bertujuan untuk menjawab persoalan kajian
seperti berikut:-

a) Apakah persepsi pelatih PLAK Konstabel Bil.4 Siri 4/2017 berkenaan ibadah
zakat

b) Sejauh mana pengetahuan para pelatih polis tentang kepentingan ibadah zakat

c) Adakah pelatih mengetahui cara pelaksanaan ibadat zakat

1.5. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dapat disimpulkan sebagaimana berikut :-

a) Mengenalpasti persepsi pelatih PLAK Konstabel Bil.4 Siri 4/2017 berkenaan


ibadah zakat

b) Mengenalpasti pengetahuan responden tentang zakat

c) Mengenalpasti cara pelaksanaan ibadat zakat pelatih polis.

1.6 SUMBANGAN KAJIAN

Penyelidikan ini dijangka menjadi sumbangan pemikiran dan konsistensi


kepada Pusat Pengajian Tugas Am/ Latihan Asas, Bahagian Penyelidik Latihan
PULAPOL Kuching dan Bahagian Kaunseling dan Agama (BAKA) sebagai salah satu
elemen untuk dimasukkan ke dalam jadual tutorial / syarahan / module, yang berkaitan
dengan peningkatan pemahaman, prosedur pembayaran zakat dan pengurusan zakat.
Kajian ini juga dijangka akan dijadikan rujukan serta panduan Pusat Pengajian Tugas
Am/ Latihan Asas Bahagian Penyelidik Latihan PULAPOL Kuching dan Bahagian
Agama dan Kaunseling (BAKA) bagi merangka latihan yang lebih khusus
terutamanya berkaitan rukun islam dan pengajian islam secara keseluruhan.

Kajian ini juga akhirnya dapat membantu penyelidik-penyelidik lain yang


berminat untuk membuat kajian tentang kefahaman pelaksanaan ibadah zakat.

22
1.7. HAD KAJIAN

Kajian ini hanya terbatas dan melibatkan Pelatih PLAK Konstabel Bil.4 Siri 4/2017.
Ia tidak melibatkan staff PULAPOL Kuching. Kajian ini hanya akan melibatkan 30
orang (24 orang lelaki dan 6 orang perempuan) respondan yang berugama Islam dan
daripada pelbagai latar belakang pendidikan.

1.8. PENUTUP

Adalah disimpulkan dan menjadi harapan yang tinggi bahawa kajian ini akan menjadi
kayu pengukur tahap pemahaman tentang syariat Islam dan menjadi rujukan penting
dalam menjalani ibadah zakat dalam kalangan pelatih-pelatih polis dan memahami
permasalahan yang dihadapi mereka.

Tahap pendidikan, persekitaran, pendapatan, tempat membayar zakat merupakan


datang penting dalam eleman ini. Justeru pengkaji akan mengetahui dengan lebih
mendalam bagaimana untuk meningkatkan tahap pemahaman selepas kajian ini
dimasa akan datang.

23
BAB 2

24
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman Pelatih PLAK
Konstabel Bil.4 Siri 4/2017 PULAPOL Kuching untuk mengetahui adalah responden
tahu bahawa zakat merupakan rukun Islam, pengetahuan rsponden terdapat perbezaan
diantara zakat fitrah dan zakat harta (jenis-jens zakat) dan tempat atau lokasi untuk
membayar zakat.

2.2 IBADAT ZAKAT

Perintah ketaatan untuk membayar zakat adalah jelas sehingga terdapat


perintah dalam Al-Quran untuk kerajaan Islam atau institusi zakat mengambilnya
secara paksa bagi mereka yang enggan melaksanaknnya. Allah swt berfirman dalam
Al-Quran (AT-Taubah 9:103) yang bermaksud “Ambillah daripada harta mereka
sadaqah (zakat) untuk membersihkan dan menyucikan mereka dengannya”. Sebarang
harta yang dinyatakan secara jelas tentang wajib zakat melalui hadis nabi saw adalah
wajib ditaati tanpa sebarang alasan. Mengingkari kewajipan zakat adalah kafir (Al-
Syaukani 1973:170).

Pemerintah dibolehkan memaksa dan memerangi golongan yang ingkar


membayar zakat sebagaimana berlaku di zaman khalifah Abu Bakar r.a. Perintah
sedemikian adalah jelas kepada jenis harta yang telah disepakati (ik’tifaq) seperti
zakat kepada hasil tanaman iaitu gandum, barli dan kurma, zakat ternakan iaitu
unta, lembu dan kambing serta zakat galian emas dan perak.

Perintah zakat kepada harta yang tidak disepakati walaubagaimanapun


Terdapat sedikit perbezaan. Harta daripada kategori ini dikenali sebagai harta

25
ikhtilaf kerana terdapat sebahagian ulama’ yang mewajibkannya manakala
sebahagian yang lain tidak.

Oleh itu perintah ketaatan untuk membayar zakat bagi harta jenis ini berbeza
mengikut keadaan semasa, kefahaman individu dan persekitarannya (fatwa). Harta
dalam kategori ini adalah seperti pendapatan hasil gaji, hasil tanaman bukan ruji
seperti kapas, halia dan kunyit atau pun hasil galian seperti berlian, mutiara dan petrol.
Perbezaan pendapat ulama tentang kewajipan zakat bagi harta di atas menimbulkan
kewujudan perbezaan ketaatan di kalangan masyarakat Islam.

Sidiqqi, (1981) zakat bermaksud penyucian diri, harta dan masyarakat. Ia


menyucikan diri si miskin daripada perbuatan meminta-minta dan hasad dengki
kepada golongan yang berada. Keadaan faktor akan menjadi lebih runcing lagi
sekiranya golongan miskin ini melakukan pelbagai jenayah faktor seperti pencurian,
pecah rumah dan lain-lain kesan daripada himpitan kemiskinan. Lantaran itulah
menurut Imam Abu Hanifa, mengagihan zakat kepada semua lapan asnaf yang
dinyatakan dalam Al-Quran adalah bukan satu kemestian. Kutipan zakat boleh
dibahagikan kepada satu asnaf sahaja walaupun terdapat asnaf-asnaf yang lain. Ayat
At-Taubah (9:60) pula menjelaskan kepada kita asnaf yang patut mendapat keutamaan
adalah asnaf fakir dan miskin. Monzer, (1989) walaupun kesemua asnaf mendapat
pembahagian yang sama rata (satu perlapan setiap asnaf), sekiranya mana-mana asnaf
tidak dapat menghabiskan peruntukan tersebut, ianya mesti diserahkan kepada asnaf
yang lain dengan faktor keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin.

Mohd Ali, Hairunnizam dan Nor Ghani (2003) pula cuba membuktikan tingkat
kesedaran membayar zakat pendapatan di kalangan golongan professional. Kajian
mendapati peratusan individu professional yang membayar zakat pendapatan didapati
agak kecil dan keimanan serta pengetahuan tentang zakat didapati merupakan faktor
penting mempengaruhi kesedaran membayar zakat pendapatan. Hasil kajian juga
mendapati terdapat kecenderungan individu untuk membayar zakat bukan kepada
pusat zakat tetapi terus kepada asnaf, malahan terdapat juga kecenderungan individu
untuk membayar zakat di luar daripada negeri tempat mereka bermastautin.
Perlaksanaan sesuatu peraturan lazimnya perlu kepada penguatkuasaan kerana tanpa
penguatkuasaan peraturan tidak akan dipatuhi.

26
Ketidaksempurnaan untuk melaksanakan seluruh rukun Islam membawa kepada punca
iman seseorang individu yang masih dianggap kurang sempurna. Namun keadaan ini
dimaafkan sekiranya ada mashaqah tertentu yang dibolehkan syarak seperti keuzuran
ataupun kekangan kewangan. Pembahagian zakat harta dapat dibahagikan kepada
beberapa jenis iaitu; zakat perniagaan, zakat saham, zakat emas, zakat perak, zakat
KWSP, zakat padi, zakat wang simpanan dan zakat pendapatan (Lembaga Zakat
Selangor, 2016). Menurut Mohd Ali (2007), zakat perniagaan hanya dikenakan kepada
individu yang memperoleh keuntungan melalui kegiatan perniagaan dan perdagangan
yang berjaya.

Kajian oleh Adibah dan Joni Tamkin (2014) mendapati jumlah kutipan zakat di
Malaysia terdiri daripada pungutan zakat perniagaan yang berjaya memonopoli hampir
seluruh kutipan zakat yang telah dibuat. Kewajipan membayar zakat adalah sama
dengan solat. Zakat juga merupakan salah satu dari lima Rukun Islam yang
menjadi kewajipan ke atas orang Islam. Di dalam Al-Quran zakat disebut irri
30 kali, malah selalu disebut sekali dengan solat. Jadi zakat adalah sama penting
dengan solat dalam hidup kita.

Syarat umum wajib zakat, Zakat difardhukan ke atas pemilik harta yang
beragama Islam sahaja. Orang kafir tidak difardhukan menunai zakat, bahkan zakat
mereka tidak sah jika ditunaikan kerana zakat mempunyai ciri-ciri ibadat. Pemilikan
Sempurna. Milik sempurna bermaksud “Pemilikan seseorang terhadap harta secara
ْ ) untuk mengurus ( ‫َﺣ ﱡﻖ‬
sah sepanjang haul dan mempunyai kuasa secara bebas ( ُ‫إﺧﺘِﯿَﺎر‬
‫ﺮﱡف‬
ِ ‫َﺼ‬َ ‫ ) اﻟﺘ‬dan memperolehi manfaat dari harta tersebut tanpa sekatan / kawalan undang-
undang dan peraturan.”

Cukup Nisab. Nisab ialah kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang
mewajibkan zakat ke atas harta itu. Dalil syarat nisab emas, buah-buahan dan unta
seperti yang dijelaskan Hadith berikut: Daripada Abu Sa’id R.A:

27
‫ﻗﺎل رﺳﻮل ﷲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﯿﮫ وﺳﻠﻢ‬: ‫ﻖ‬ ٍ ‫ْﺲ ﻓِﯿ َﻤﺎ ُدونَ َﺧ ْﻤﺴ ِﺔ أَوْ ُﺳ‬
َ ‫ﻟَﯿ‬
َ ‫ َوﻟَﯿ‬،ٌ‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬
َ‫ْﺲ ﻓِﯿ َﻤﺎ ُدون‬ ٍ ‫ﺲ أَ َوا‬
َ ‫ق ِﻣﻦَ ِﻣﻦَ اﻟﺘﱠ ْﻤ ِﺮ‬ ِ ‫ َﺧ ْﻤ‬، ٌ‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬َ ‫ق‬ ِ ‫ْاﻟ َﻮ ِر‬
َ ‫ﺻ َﺪﻗَﺔ َوﻟَﯿ‬
َ‫ْﺲ ﻓِﯿ َﻤﺎ ُدون‬ ِ َ‫ﺲ َذوْ ٍد ِﻣﻦ‬
َ ‫اﻹﺑِ ِﻞ‬ ِ ‫َﺧ ْﻤ‬
Rasulullah SAW bersabda: “Tamar yang kurang dari 5 awsuq tidak
diwajibkan zakat, perak yang kurang dari 5 auqiyah tidak
diwajibkan zakat, dan unta yang kurang dari 5 ekor tidak
diwajibkan zakat.”

(HR Bukhari & Muslim)

Nisab menjadi prasyarat kewajipan zakat supaya dapat dipastikan bahawa kefardhuan
zakat hanya diwajibkan ke atas orang Islam yang memiliki kekayaan.

Sabda Nabi SAW :

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas ra, bahwa Nabi Saw mengutus
Mu'adz ra ke Yaman. Pesan beliau kepada Mu'adz: "Serulah mereka
untuk bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan aku adalah
utusan Allah. Jika mereka mematuhi hal itu maka beritahukan kepada
mereka bahwa Allah mewajibkan kepada mereka solat lima waktu
setiap sehari semalam. Jika mereka mematuhi hal itu maka
beritahukan kepada mereka bahwa Allah mewajibkan zakat kepada
mereka yang dipungut dari mereka yang kaya untuk dibagikan kepada
mereka yang miskin".

702[Bukhari 1395]

Nisab sesuatu harta adalah berbeza-beza berdasarkan jenis-jenis harta zakat. Nilai
jumlah minimum nisab zakat telah ditetapkan dengan hadith. Penerangan ayat.
Segala jenis harta yang mempunyai ‘illah yang sama dengan emas akan dicampurkan
kesemuanya bagi tujuan kiraan zakat, seperti jumlah simpanan Tabung Haji, wang

28
simpanan di bank-bank, jongkong/dinar emas dan lain-lain lagi digabungkan untuk
mencukupkan nisab 20 mithqal.

Haul ialah peredaran harta satu nisab dalam 12 bulan Kamariah (bulan Hijrah).
Akan tetapi jika terdapat kesusahan untuk menghitungnya dengan bulan Hijrah
disebabkan terikat dengan kiraan tahun Masihi, maka boleh dikira mengikut tahun
Masihi dengan penambahan kadar yang wajib dikeluarkan iaitu dari 2.5 % kepada
2.577 kerana bilangan hari tahun Masihi lebih dari tahun Hijrah.
Tidak disyaratkan haul kepada zakat tanam-tanaman dan buah-buahan, kerana
firman Allah s.w.t dalam Surah Al-An'am, Ayat:141 yang bermaksud:

‫ت َواﻟﻨﱠ ْﺨ َﻞ َواﻟ ﱠﺰرْ َع‬ ٍ ‫ت َو َﻏ ْﯿ َﺮ َﻣ ْﻌﺮُو َﺷﺎ‬ ٍ ‫ت َﻣ ْﻌﺮُو َﺷﺎ‬ٍ ‫َوھُ َﻮ اﻟﱠ ِﺬي أَ ْﻧ َﺸﺄ َ َﺟﻨﱠﺎ‬
‫ُﻣ ْﺨﺘَﻠِﻔًﺎ أ ُ ُﻛﻠُﮫُ َواﻟ ﱠﺰ ْﯾﺘُﻮنَ َواﻟﺮﱡ ﱠﻣﺎنَ ُﻣﺘَ َﺸﺎﺑِﮭًﺎ َو َﻏ ْﯿ َﺮ ُﻣﺘَ َﺸﺎﺑِ ٍﮫ ۚ ُﻛﻠُﻮا ِﻣ ْﻦ ﺛَ َﻤ ِﺮ ِه‬
ِ ‫ْﺮﻓُﻮا ۚ إِﻧﱠﮫُ َﻻ ﯾُ ِﺤﺐﱡ ْاﻟ ُﻤﺴ‬
َ‫ْﺮﻓِﯿﻦ‬ َ ‫إِ َذا أَ ْﺛ َﻤ َﺮ َوآﺗُﻮا َﺣﻘﱠﮫُ ﯾَﻮْ َم َﺣ‬
ِ ‫ﺼﺎ ِد ِه ۖ َو َﻻ ﺗُﺴ‬
Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang
tidak berjunjung, pohon korma, tanam-tanaman yang bermacam-
macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan
warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang
bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di
hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin);
dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang yang berlebih-lebihan.
(Abdullah Basmeik, 2001)

Samalah juga terhadap zakat galian dan harta yang ditanam di dalam tanah di mana
tidak disyaratkan haul.
Harta Yang Berkembang. Harta yang berkembang adalah harta pemilikan yang boleh
َ atau boleh diusahakan ( ‫) ﺗَ ْﻘ ِﺪﯾ ِْﺮي‬. Bentuk harta zakat
berkembang secara hakiki (‫)ﺣﻘِ ْﯿﻘِﻲ‬
yang berkembang secara hakiki (‫)ﺣﻘِ ْﯿﻘِﻲ‬
َ adalah:
i. Binatang ternakan berkaki empat seperti unta, lembu, kerbau, kambing.

ii. Hasil tanaman yang menjadi makanan asasi seperti padi, jagung dan
seumpamanya.

29
iii. Barang perniagaan yang berkembang dengan sebab berlaku transaksi urusniaga
di pasaran.

Harta zakat yang berkembang dengan sebab boleh diusahakan ( ‫ ) ﺗَ ْﻘ ِﺪﯾ ِْﺮي‬adalah :

i. Emas, perak, mata wang dan hasil galian seperti minyak, bijih timah, gas asli
dan harta karun yang bernilai dan seumpamanya.
ii. Tanaman, ternakan dan lain-lain harta yang diusahakan secara komersil.

Zakat diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud suci dan subur.
Sementara dari segi syaraknya pula bererti suatu kadar harta tertentu yang diwajibkan
oleh Allah S.W.T. kepada pemiliknya untuk dikeluarkan kepada golongan yang
berhak. Pada umumnya para fuqaha memberikan takrif zakat seperti berikut:

Penyerahan wajib sebahagian harta kekayaan kepada segolongan orang yang


berhak menerimanya melalui amil yang bertauliah bagi mencari keredhaan Allah,
penyucian diri dan harta kekayaan untuk membangunkan masyarakat berdasarkan
syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.

Takrif di atas memberikan ciri-ciri asas kewajipan zakat, antaranya ialah:

Pelepasan milik harta bukan berdasarkan konsep hadiah, hibah (pemberian),


anugerah, murah hati atau belas ihsan. Penyerahan itu adalah berdasarkan kewajipan
(fardu), penyerahan sebahagian kekayaan telah ditentukan kadarnya daripada
pendapatan bersih sebagaimana yang diputuskan oleh syarak dari satu masa ke satu
masa yang tertentu, perbezaan syarat digunakan untuk menentukan jenis-jenis harta
kekayaan dan cara memperolehi pendapatan tersebut, penentuan kadar minimum nisab
yang berbeza-beza berdasarkan perbezaan jenis harta kekayaan dan cara
pengusahaannya, sistem pengagihan yang terkawal dan berkesan kepada setiap asnaf
yang berhak menerimanya dan sistem zakat bertujuan membangunkan akidah, akhlak,
ekonomi dan politik setiap individu dan masyarakat supaya mendapat keredaan Allah
S.W.T.

Menurut Zafri Ab. Halim (2015) zakat merupakan salah satu tiang terpenting
dalam Islam di mana termaktub sebagai rukun Islam yang wajib dipatuhi. Ini dapat

30
dibuktikan dengan penentangan Saidina Abu Bakar terhadap orang yang enggan
membayar zakat. Mengapakah Saidina Abu Bakar memerangi golongan yang enggan
membayar zakat?Kesombongan golongan ini yang telah mempermainkan ajaran Islam
dengan mentafsirkan ayat berkenaan zakat sesuka hati menyebabkan mereka ditentang
habis-habisan oleh Saidina Abu Bakar r.a. Para ahli tafsir seperti Imam Al-Qurthubi
dan Ibnu Kathir telah menerangkan dalam kitab tafsir mereka bahawa golongan ini
telah mentafsir secara membuta tuli ayat 103 dalam surah At-Taubah yang bermaksud
“Ambillah (wahai Muhammad) sebahagian daripada harta mereka”.

Golongan ini mengatakan bahawa ayat tersebut menunjukkan setelah Nabi


Muhammad S.A.W wafat, maka zakat tidak perlu dibayar lagi! Sedangkan,
kewajipan membayar zakat berterusan sama dengan kewajipan menunaikan solat
walaupun setelah kewafatan Rasulullah S.A.W. Maka, apabila telah cukup
syaratsyaratnya, seseorang muslim itu hendaklah mengeluarkan zakat. Jika tidak, dia
berdosa kerana tidak memenuhi hak asnaf yang berhak menerima zakat.

Harta yang apabila cukup nisab dan haulnya, perlu dikeluarkan zakat.
Sebaliknya, jika harta itu dijadikan modal, sebahagian keuntungan kasar yang
terhasil boleh digunakan untuk membayar zakat tanpa mengurangkan modal asal.
Zakat yang diterima oleh fakir miskin pula dapat membantu mereka untuk memenuhi
keperluan harian mereka seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kita tidak
mahu keluarga muslim ini mendapatkan bantuan makanan dan kewangan daripada
tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti mana yang pernah terjadi sebelum ini.

Secara kesimpulan, zakat diwajibkan bertujuan untuk melindung, melatih dan


menjamin pembangunan ummah. Dengan itu, sistem zakat menjadi satu mekanisma
yang menggarapi keseluruhan sistem kehidupan sebuah masyarakat supaya dapat
menikmati kehidupan yang cemerlang. Sebab itu, Allah S.W.T. mengingatkan umat
Islam supaya bersegera menunaikan kewajipan berzakat sebelum saat kematian.

Masyarakat Islam perlu mempelajari tentang okum hakam


mengenai zakat supaya mereka tidak tergolong dalam golongan murtad.
Mereka perlu tahu bahawa zakat bukan perkara yang boleh dipandang remeh
kerana ianya melibatkan tentang keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Ianya

31
seiring dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan bahawa
mereka yang membayar dan mengagihkan zakat tanpa melalui institusi
zakat yang dilantik adalah sah tetapi berdosa kerana tidak mengikut arahan
pemerintah. Rentetan itu, adalah penting untuk kajian ini dilakukan bagi
mengenalpasti kepatuhan pembayaran zakat ftrah di kalangan masyarakat Islam
di Selangor berikutan okum membayar zakat tanpa melalui institusi formal
adalah berdosa. Di samping itu, kajian ini juga dapat mengenalpasti jumlah
ketirisan pembayaran zakat ftrah. Oleh itu, pemantauan yang berterusan dan
gerak kerja yang cekap perlu ditekankan pada masa kini supaya masyarakat
Islam sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim
yang wajib menunaikan ibadah zakat.

Dalam kajian Kamil berkaitan kepentingan undang-undang dalam


pelaksanaan zakat, kebanyakan reponden berpandangan undang-undang zakat
di Malaysia berada pada tahap lemah. Dengan menggunakan teori pembelajaran
sosial (social learning theory), manusia akan melaksanakan tanggungjawab
jika merasakan dirinya terancam. Walaupun kajian yang dilaksana tidak dapat
menunjukkan hubung kait yang signfkan antara pembayaran dan undang-undang,
beliau berpandangan bahawa undang-undang yang positif akan meningkatkan jumlah
bayaran. Oleh sebab itu, penguatkuasaan adalah penting bagi memastikan tiada
anggota masyarakat yang terlepas dari melaksanakan tanggungjawab ini.

Siti Mashitoh (2007) menghuraikan dengan lanjut konsep sistem perundangan


zakat di Malaysia. Faktor yang menyebabkan undang-undang zakat di Malaysia
tampak lemah adalah disebabkan sistem perundangan yang begitu terhad.
Keadaan ini telah memberi ruang kepada fenomena kegagalan membayar
zakat dan tentangan terhadap perundangan zakat sedia ada. Oleh itu, Ram,
Zainol, Kamil dan Md. Hairi (2009) mencadangkan agar institusi zakat perlu
membina penerimaan positif masyarakat dengan meningkatkan ketelusan dan
pendedahan secara menyeluruh mengenai segala urusan berkaitan zakat yang
sedang atau telah atau akan dilaksanakan. Ini seterusnya mampu mengurangkan
rasa bimbang dan was-was terhadap institusi zakat.

32
Dalam kajian Ahmad Hidayat (2006) berkaitan dilema perundangan ini, ia
mendapati statistik gagal membayar zakat ftrah di Perak telah menunjukkan
peningkatan bagi tahun 1953 dan 1954 iaitu dari 69,000 orang kepada 84,000
orang. Abdul Rahim juga mendapati hanya 10 peratus daripada 5000 ribu
peniaga yang layak membayar zakat menunaikan tanggungjawab mereka di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Di samping itu, Mohd Helmi (2002)
turut mendedahkan hampir 80 peratus syarikat Islam tidak membayar zakat.

Nik Mustapha (2001) dalam kajiannya menyatakan bahawa zakat dibayar oleh
golongan yang kaya dan akan diagihkan kepada golongan miskin dan proses
pengagihan zakat diharapkan mencapai tahap optimum kepada asnaf zakat. Justeru
proses yang optimum ini akan memberikan impak yang berkesan dan besar bukan
sahaja kepada asnaf zakat khususnya malah kepada ekonomi sesebuah negara secara
amnya. Ini adalah kerana kesan daripada pengagihan zakat ini akan memberikan kesan
kepada asnaf bukan sahaja berjaya keluar daripada golongan yang menerima zakat
malah akan menjadi penyumbang zakat kepada negara. Akhirnya asnaf menjadi
sebahagian daripada guna tenaga yang produktif dan menyumbang kepada ekonomi
Negara.

Dalam banyak ayat al-Quran yang disebutkan, pembayaran zakat dinyatakan


bersama-sama dengan mendirikan sembahyang. Ini menunjukkan betapa pentingnya
tanggung jawab ini dalam islam. Ia diberi penekanan yang sama beratnya dengan
ibadat sembahyang dan rukun islam yang lain sehingga tidak menunaikannya
dianggap tidak beriman kepada kitab suci al-Quran. Kepentingan inilah yang telah
meletakkan zakat sebagai antara perintah agama yang tertinggi dan menjadikan orang-
orang islam insaf bahawa bayaran ini adalah mudah, murah, dan bukan paksaan
terhadap mereka. Semakin tinggi keimanan orang-orang islam, semakin kuranglah
peluang bagi mereka mengingkari zakat. Zakat merupakan sejenis bayaran wajib yang
mesti dibayar oleh setiap anggota masyarakat islam yang memenuhi syarat-syarat yang
tertentu walau dalam keadaan apa sekalipun. Tabung zakat ini digunakan untuk
membantu ahli masyarakat yang kurang berupaya.

33
Zakat membentuk sebuah masyarakat yang saling bekerjasama, bertindak sebagai
syarikat insurans dan tabung simpanan masyarakat Islam. Setiap ahli masyarakat yang
memerlukan bantuan akan dibantu dari tabung ini. Oleh itu, ia bertindak sebagai
modal tambahan yang dibiayai oleh masyarakat untuk membantu orang-orang yang
menganggur, orang-orang miskin yang memerlukan, anak-anak yatim, balu-balu,
orang-orang cacat, orang-orang sakit, dan lain-lain. Ia merupakan insurans sosial yang
penting bagi setiap anggota masyarakat islam yang menjamin masa hadapan yang
cerah bagi mereka.

Ia merupakan satu tabung insurans yang sumbangannya hanya social


daripada orang-orang kaya. Jika pada hari ini kita kaya, kita mestilah ocial
sumbangan kepada tabung ini. Orang-orang miskin dan memerlukan akan mendapat
manfaat dari tabung ini pada hari ini, tetapi jika kita atau anak-anak kita menghadapi
kesusahan pada hari esok disebabkan oleh perubahan dunia ini, kita atau anak-anak
kita juga yang akan mendapat manfaat darinya. Jelaslah bahawa zakat memenuhi
kedua-dua tujuan iaitu untuk pembersihan jiwa yang merupakan tanggung jawab
terhadap agama dan sebagai insurans Social bagi semua risiko, hasil dari sumbangan
secara kolektif.

Menurut Sanep & Hairunnizam (2005) Zakat sebagai salah satu daripada rukun
Islam memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan umat Islam sepanjang
sejarah kewujudannya. Ia merupakan satu mekanisme ibadat kewangan dan
perekonomian yang antara matlamatnya membersihkan jiwa manusia serta hartanya
kerana kemungkinan terdapat hak orang lain dalam proses memperoleh harta tersebut.
Ini adalah kerana dalam kebanyakan kegiatan perekonomian, terdapat kesan
eksternaliti terhadap pihak ketiga dalam proses menghasilkan output atau pendapatan.
Ini akan menyebabkan kesan akhir transaksi tersebut adalah tidak optimum kerana
tidak mengambil kira kesan eksternaliti tersebut terhadap pihak ketiga. Keseimbangan
yang optimum boleh dicapai melalui campur tangan kerajaan sama melalui pengenaan
cukai, pemberian subsidi dan sebagainya. Justeru dalam sistem ekonomi Islam,
pengenaan zakat memungkinkan segala aktiviti ekonomi yang berlaku dalam
sistemnya menuju ke arah pengoptimuman .

34
Terdapat kajian lepas yang telah dijalankan mengenai kefahaman tentang pembayaran
zakat. Sultan Syahrir (2017) Pemahaman Masyarakat Terhadap Kewajiban Zakat Di
Kecamatan Maritengngae Kabupaten Sidenreng Rappang. Dalam kajian ini beliau
mengupas mengenai kepentingan dan kepatuhan serta kefahaman masyarakat tentang
kepentingan ibadah zakat tersebut sebagai satu ibadah dalam rukun Islam.

Seterusnya Dr. Yusuf Al-Qaradhawy (1997) Sari Penting Kitab Fiqih Zakat
dalam kajiannya dengan mengulas mengenai pembudayaan ibadah zakat secara
kolektif agar pelaksanaan ibadah harta ini menjadi lebih efektif dan efisien.

Abu Yusuf (1979) pula mengkaji persoalan dan sandaran bagi kewajipan zakat
dan percukaian. Menurut Hasbullah Ali (2001: 244 - 245), Abu Yusuf telah
merumuskan bahawa kewajipan zakat, cukai perlindungan dan rampasan perang
(ghanimat) dibentuk berdasarkan al-Qur’an dan Hadith Rasulullah s.a.w. Sementara
kewajipan cukai tanah, cukai pendapatan laut dan cukai tarif pula dibentuk
berdasarkan ijma’, qiyas, pendapat sahabat dan al-maslahah al-mursalah.

Zahri Hamat (2007) dalam kajian nya bertajuk Perakaunan Zakat Perniagaan
Di Malaysia : Satu Kajian Rintis Pendapat Cendekiawan Zakat. Beliau mengupas
mengenai terdapatnya tiga kaedah perakaunan zakat perniagaan yang diamalkan di
Malaysia, iaitu kaedah aset semasa, kaedah modal kerja dan kaedah modal kerja yang
diselaraskan. Justeru penulis tidak hanya menulis mengenai kefahaman ibadah zakat
tetapi lebih dari itu dalam keraka kerja system harta atau asset itu sendiri.

Terdapat lapan golongan yang layak menerima zakat sepertimana yang telah
diputuskan oleh agama Islam iaitu golongan fakir, miskin, amil, muallaf, untuk
memerdekakan hamba, orang yang berhutang, untuk jalan Allah (ibnu sabil) dan
orang-orang yang sedang dalam perjalanan (musafir).

Ini selari dengan firman Allah dalam Surah At-Taubah, ayat 60 :

ُ‫ﺎو ْاﻟ ُﻤ َﺆﻟﱠﻔَ ِﺔﻗُﻠُﻮﺑ‬


َ َ‫ﺼ َﺪﻗَﺎﺗُﻠِ ْﻠﻔُﻘَ َﺮا ِء َو ْاﻟ َﻤ َﺴﺎ ِﻛﯿﻨِ َﻮ ْاﻟ َﻌﺎ ِﻣﻠِﯿﻨَ َﻌﻠَ ْﯿﮭ‬
‫إِﻧﱠ َﻤﺎاﻟ ﱠ‬
‫ﯾﻀﺔً ِﻣﻨَﺎﻟﻠﱠ ۗ ِﮭ َﻮاﻟﻠﱠﮭُ َﻌﻠِﯿ ٌﻤ َﺤ ِﻜﯿ ٌﻢ‬َ ‫ﯿﻼﻟﻠﱠ ِﮭ َﻮا ْﺑﻨِﺎﻟ ﱠﺴﺒِﯿ ۖﻠِﻔَ ِﺮ‬ ِ ِ‫ﺎر ِﻣﯿﻨَ َﻮﻓِﯿ َﺴﺒ‬ ِ ‫ھُ ْﻤ َﻮﻓِﯿﺎﻟﺮﱢ ﻗَﺎﺑِ َﻮ ْاﻟ َﻐ‬

35
Bermaksud :-

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk


orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil
yang mengurusnya dan orang-orang muallaf yang
dijinakkan hatinya hatinya dan untuk hamba-hamba yang
hendak memerdekakan dirinya dan orang-orang yang
berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan
orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan.
(Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu
ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”

(Abdullah Basmeik, 2001)

Aidit (1998) menyatakan bahawa untuk mengatasi masalah ketidaktaatan


khususnya tidak mahu membayar zakat bukanlah satu perkara mudah kerana ia
berkait dengan tahap keimanan dan sikap. Secara praktikalnya ia sukar diukur tetapi
membawa kesan kepada keimanan. Kesan keimanan kepada amalan ini juga
ditegaskan oleh Qardawi (1998) yang menyebut bahawa amalan ekonomi berkait
dengan faktor keimanan. Tanpa faktor iman amalanekonomi tidak akan diselaraskan
dengan kehendak agama tetapi dilakukan mengikut kehendak sendiri.

Abdul Hamid (1998) mendapati bahawa terdapat segolongan individu yang


menganggap bayaran cukai menyamai zakat dan beranggapan bahawa sekiranya ia
telah membayar cukai maka telah terlepaslah tanggungjawab zakat. Memandangkan
cukai dan zakat sememangnya wujud dan kedua-duanya merupakan alat yang pernah
digunakan oleh kerajaan Islam maka kedua-dua perkara tersebut perlu dibezakan dan
mungkin memerlukan penjelasan lanjut dari segi perlaksanaannya.

36
Allah telah mensyariatkan dan mewajibkan umat Islam untuk mengeluarkan
sebahagian harta mereka iaitu zakat, bertujuan untuk membersihkan diri dan
menyuburkan harta pembayar zakat berdasarkan firman Allah dalam Surah at –Taubah
9:103 yang bermaksud;

‫ﺻ َﺪﻗَﺔً أَ ْﻣ َﻮاﻟِ ِﮭ ْﻢ ِﻣ ْﻦ ُﺧ ْﺬ‬


َ ُ‫ﻄﮭﱢ ُﺮھ‬ َ ُ‫ﺻﻞﱢ ﺑِﮭَﺎ َوﺗُ َﺰ ﱢﻛﯿ ِﮭ ْﻢ ْﻢﺗ‬َ ‫ۖ◌ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮭ ْﻢ َو‬
َ ‫ﷲُ ۗ◌ ﻟَﮭُ ْﻢ َﺳ َﻜ ٌﻦ‬
‫ﺻ َﻼﺗَﻚَ إِ ﱠن‬ ‫َﻋﻠِﯿ ٌﻢ َﺳ ِﻤﯿ ٌﻊ َو ﱠ‬

Bermaksud :-

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah


(zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka
(dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang
buruk)”
(Abdullah Basmeik, 2001)

Selain itu juga, zakat dapat mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang
diberikan oleh Allah. Dalam kalangan orang berada khususnya, zakat mampu
mengelakkan golongan ini daripada sifat kedekut, bakhil serta tamak. Segala bentuk
kekayaan yang dikurniakan Allah di muka bumi tidak boleh dinikmati hanya oleh satu
golongan tertentu iaitu golongan berada sahaja, sebaliknya kekayaan itu perlu beredar
dalam kalangan semua ahli masyarakat.4 Zakat adalah sumber pendapatan kerajaan
yang berbeza daripada sumber pendapatan yang lain kerana tanggungjawab membayar
zakat merupakan sebahagian daripada ibadah dalam kehidupan umat Islam.

Zakat terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya zakat fitrah, zakat pertanian,
zakat pendapatan, zakat wang simpanan dan zakat dalam harta yang lain. Zakat
merupakan salah satu daripada rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh orang Islam
yang berkemampuan berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Baqarah 2:267 yang
bermaksud;

‫ت ِﻣ ْﻦ أَ ْﻧﻔِﻘُﻮا آ َﻣﻨُﻮا اﻟﱠ ِﺬﯾﻦَ أَﯾﱡﮭَﺎ ﯾَﺎ‬ِ ‫ﻟَ ُﻜ ْﻢ أَ ْﺧ َﺮﺟْ ﻨَﺎ َو ِﻣ ﱠﻤﺎ َﻛ َﺴ ْﺒﺘُ ْﻢ َﻣﺎ طَ ﱢﯿﺒَﺎ‬
َ‫ض ِﻣﻦ‬ِ ْ‫ﯿﺚ ﺗَ َﯿ ﱠﻤ ُﻤﻮا َو َﻻ ۖ◌ ْاﻷَر‬ َ ِ‫إِ ﱠﻻ ﺑِﺂ ِﺧ ِﺬﯾ ِﮫ َوﻟَ ْﺴﺘُ ْﻢ ﺗُ ْﻨﻔِﻘُﻮنَ ِﻣ ْﻨﮫُ ْاﻟ َﺨﺒ‬
‫ﷲَ أَ ﱠن َوا ْﻋﻠَ ُﻤﻮا ۚ◌ ﻓِﯿ ِﮫ ﺗُ ْﻐ ِﻤﻀُﻮا أَ ْن‬
‫ﯿ ٌﺪ َﺣ ِﻤ َﻏﻨِ ﱞﻲ ﱠ‬

37
Bermaksud :-

"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat


sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan
sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk
kamu"

(Abdullah Basmeik, 2001)

Kewajipan menunaikan zakat telah dilaksanakan dengan tegas di awal pemerintahan


Khulafa’ al-Rasyidin lagi. Buktinya, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah membuat
keputusan untuk memerangi golongan yang enggan membayar zakat pada zaman itu.
Zakat bukan sahaja disyariatkan untuk membantu golongan kurang berkemampuan
tetapi sangat penting untuk pembangunan ummah. Sistem zakat pada amnya
mempunyai banyak persamaan dengan sistem cukai pendapatan. Kedua-dua sistem ini
melibatkan pungutan wang oleh wakil-wakil kutipan yang dilantik oleh pihak berkuasa
daripada individu atau syarikat tertentu untuk kegunaan tertentu. Tetapi dari segi
falsafah dan konsepnya, sistem zakat dan cukai pendapatan adalah berbeza.

Pungutan wang zakat bertujuan untuk diagihkan kepada lapan (8) golongan
asnaf seperti yang telah dinyatakan di dalam al-Quran, iaitu fakir, miskin, ‘amil,
muallaf, riqab, gharimin, fisabilillah dan ibnu al-sabil. Manakala kutipan wang cukai
digunakan oleh pemerintah untuk membiayai pelbagai projek dan pentadbiran
kerajaan. Undang-undang yang diguna pakai dalam sistem cukai pendapatan ialah
undang-undang khusus iaitu Akta Cukai Pendapatan 1967 dan serta undang-undang
tambahan lain yang telah dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen.

Zakat menurut bahasa adalah “nama” kesuburan tambahan besar, taharah”


(kesucian) “barakah” (keberkahan) dan “tazkiyah”(penyucian). Sedangkan zakat
dalam istilah syara‟ ialah: pemberian sesuatu yang wajib diberikan dari sejumlah
harta tertentu menurut sifat dan ukuran tertentu kepada golongan tertentu yang berhak
menerimanya. Zakat merupakan ajaran pokok dalam Islam, yaitu salah satu rukun
Islam yang ke lima yang urutannya berada pada urutan ketiga setelah syahdah dan
solat. Zakat memiliki kedudukan yang penting dalam Islam, baik dilihat dari sudut
pandang ubudiyah ( hablumminallah) maupun sudut pandang sosial hablumminan-

38
nash). Secara garis besar zakat dibagi kepada dua yaitu zakat mal (harta) dan zakat
fitrah (jiwa).

Zakat merupakan ibadah yang memiliki dua sisi. Pada satu sisi zakat
merupakan ibadah yang berfungsi sebagai penyucian terhadap harta dan diri
pemiliknya, pada sisi lain zakat mengandung makna sosial yang tinggi. Zakat adalah
satu nama yang diberikan untuk harta yang dikeluarkan oleh seorang manusia sebagai
hak Allah ta‟alah yang diserahkan kepada orang-orang fakir. Dinamakan zakat kerana
didalamnya terdapat harapan akan adanya keberkahan, kesucian jiwa, dan
perkembangan dalam kebaikan. Dari pengertian-pengertian diatas dapat disimpulkan
bahwa zakat adalah harta yang wajib dikeluarkan oleh seorang muslim untuk diberikan
kepada orangorang yang berhak menerimanya dengan ketentuan yang berlaku, sebagai
penyucian diri dan harta maupun membangun rasa sosial terhadap sesama manusia.

Mohd Ali, Hairunnizam dan Nor Ghani (2004) pula mendapati faktor iman dan
pengetahuan agama amat mempengaruhi pembayaran zakat pendapatan secara
signifikan. Skop kajian ini meliputi golongan profesional Islam yang kurang sedar
akan tanggungjawab untuk melaksanakan zakat khususnya zakat pendapatan. Antara
faktor yang menurunkan kebarangkalian pembayaran zakat ialah sikap malas untuk
membayar, tiada keyakinan dengan institusi zakat dan fahaman politik yang berbeza.
Kajian ini disokong oleh Mohd Rahim Khamis, Rohani Mohd, Arifin Md Salleh dan
Abdol Samad Nawi (2014) yang berusaha menonjolkan peranan nilai agama dalam
gelagat usahawan kecil dan sederhana di Selangor.

Menurut Zafri Ab. Halim (2015) Berdasarkan laporan MAIWP, telah


mengagihkan sebanyak RM1.39 juta bantuan deposit sewa beli teksi kepada 287
pemandu teksi dan RM4.3 juta bantuan alatan kepada 881 peniaga asnaf. Pemberian
modal ini juga sedikit sebanyak boleh mengelakkan golongan asnaf ini dibebani
hutang bank, lebih-lebih lagi jika hutang itu daripada institusi kewangan yang
berunsurkan riba. Apabila golongan asnaf yang mampu bekerja ini diberi bantuan
modal, mereka diharap akan dapat menyara hidup diri sendiri dan keluarga, sekali gus
menjadi pembayar zakat pula di masa depan.

39
Di samping bantuan sara hidup untuk memenuhi keperluan harian asnaf, aspek
pendidikan juga adalah satu keperluan. Dengan zakat, pendidikan sempurna dapat
diberikan kepada anak-anak asnaf ini dan seterusnya mampu membentuk generasi
celik ilmu dan berdaya saing dalam kalangan mereka. Di samping itu juga, MAIWP
telah mengagihkan hampir RM40 juta untuk bantuan persekolahan dan universiti
untuk anak-anak asnaf ini yang berada di dalam dan luar Negara.
Sehubungan dengan itu, institusi zakat negeri-negeri perlu terus efisien dalam tugas
pengagihan zakat supaya proses pembangunan asnaf ini berlangsung dengan
jayanya. Masyarakat juga perlu sedar bahawa zakat hanya boleh diberikan kepada
golongan asnaf. Asnaf pula bertanggungjawab untuk menggunakan zakat
sebagaimana yang telah diperuntukkan dan dipertanggungjawabkan tanpa sebarang
penyelewengan atau tersasar daripada objektif asal.

Penyalahgunaan zakat boleh dikategorikan sebagai pengambilan hak orang lain


secara zalim dan batil. Ini boleh dirujuk secara jelas dari sabda Nabi Muhammad
S.A.W dalam sebuah hadis sahih terhadap golongan seperti ini: “Aku ini hanyalah
manusia, dan kamu selalu membawa kes pertikaian untuk aku selesaikan. Mungkin
sesetengah daripada kamu lebih cekap berhujah daripada sebahagian yang lain,
dan aku putuskan hukuman berdasarkan apa yang aku dengar sahaja. Oleh itu,
apabila aku (tersalah) menjatuhkan keputusan yang sebenarnya mengambil hak
orang lain, maka janganlah seseorang (yang tiada hak) itu mengambilnya, kerana
hak yang diambil itu adalah satu bahagian dari api neraka”.
Akhir sekali, diharapkan sistem pelaksanaan zakat di negara ini terutamanya dan
negara Islam yang lain secara umumnya sentiasa bertambah baik dari masa ke
semasa dalam memastikan proses kutipan dan pengagihan dilaksanakan secara
efisien. Semoga dengan pelaksanaan rukun Islam ini dapat terus menyucikan harta
pembayar zakat dan membantu golongan asnaf supaya sama-sama membentuk ke
arah masyarakat yang diredai oleh Allah SWT.

40
2.3. ASPEK PENGURUSAN ZAKAT

Ibadah zakat bukanlah sekadar ibadah kepada Allah SWT semata-mata sebaliknya
disyariatkan ibadah zakat kerana ia mengandungi banyak kepentingan dan kelebihan
yang merangkumi pelbagai aspek seperti aspek agama, politik, ekonomi dan sosial
bukan sahaja kepada masyarakat Islam bahkan kepada manusia sejagat.

2.3.1. Aspek Agama Menunaikan zakat merupakan rukun ketiga daripada lima rukun
Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu muslim. Malah disebutkan dalam
sebuah hadis bahawa Allah SWT tidak menerima solat seseorang yang tidak
menunaikan zakat. Berdasarkan pendapat yang termasyhur, Allah SWT telah
memerintahkan agar didirikan solat dan diikuti dengan perintah menunaikan zakat
sebanyak lapan puluh dua kali dalam al-Quran.

Namun begitu, terdapat juga dalam ayat Al-Quran di mana Allah SWT
menekankan perintah menunaikan zakat sahaja. Jumhur ulama bersepakat bahawa
seseorang yang mengingkari atau menolak walaupun salah satu daripadanya adalah
kafir. Ini kerana kedua-duanya merupakan rukun Islam yang menjadi asas agama
Islam dan merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan. Sebagaimana hadis yang
diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“Islam dibina di atas lima perkara iaitu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah
dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah Rasulullah SAW, mendirikan solat,
menunaikan zakat, mengerjakan haji di Baitullah bagi orang yang berkemampuan dan
berpuasa pada bulan Ramadan.

Menunaikan zakat merupakan lambang kesyukuran kepada Allah SWT atas


lebihan nikmat harta yang dikurniakan oleh-Nya. Nikmat yang dikurniakan seperti
nikmat kehidupan, kasih sayang, persaudaraan, rezeki, ilmu pengetahuan dan yang
paling besar iaitu ialah nikmat Islam dan iman merupakan tanda kasih sayang Allah
SWT kepada hamba-hamba-Nya. Oleh itu, bagi menunjukkan rasa syukur terhadap
nikmat kurniaan-Nya, maka kita wajiblah melaksanakan apa jua suruhan-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya.

Ibadah zakat adalah salah satu jalan bagi manusia untuk mendekatkan diri
kepada Allah SWT sekaligus dapat meningkatkan keimanan. Hal ini kerana zakat

41
merupakan satu ibadah dan hanya mereka yang benar-benar beriman sahaja rela
menunaikannya dalam erti kata dan semangat yang sebenarnya. Bahkan telah
dinyatakan dalam Al-Quran bahawa menunaikan zakat merupakan antara acto-ciri
orang-orang mukmin yang berhak mewarisi Syurga Firdaus.

Selain itu, pengurusan zakat berlandaskan syariat mampu membantu


perkembangan agama Islam di mana hasil zakat berkenaan diagih-agihkan kepada
golongan muallaf atau mereka yang baru memeluk Islam dengan tujuan pemberian
tersebut mampu ‘menjinakkan’ hati mereka terhadap agama Islam.

Malah secara tidak langsung, keindahan prinsip-prinsip Islam yang


menggalakkan sikap saling bantu-membantu antara golongan kaya dengan golongan
yang memerlukan juga mampu menarik minat penganut-penganut agama lain agar
memeluk agama Islam dan mendalaminya. Agama Islam menjadi semakin dihormati
kerana umatnya tidak dihimpit kemiskinan dan kemelaratan manakala kehidupan umat
Islam sendiri semakin terbela. Ekonomi umat Islam pula semakin berkembang
sehingga disegani dan dihormati oleh penganut agama lain. Bukan itu sahaja, malah
apabila pengurusan zakat berlandaskan syariat dilaksanakan, seseorang akan lebih
bersemangat untuk menegakkan agama Allah SWT kerana mereka yang berjuang
fisabilillah tergolong antara asnaf yang berhak menerima zakat.

Secara tidak langsung, pergerakan dakwah dapat ditingkatkan kerana disokong


oleh faktor ekonomi atau kewangan yang kukuh dan agama Islam semakin
berkembang. Justeru, Islam akan lebih dihormati dan pengikutnya pula semakin
bertambah. Di sinilah zakat memainkan peranannya yang amat besar dalam
membentuk sebuah masyarakat Islam yang benar-benar menghayati segala ajaran dan
tuntutan agama Islam.

2.3.2. Aspek Politik Sistem pengurusan zakat masa kini telah mengalami perubahan
yang sangat besar. Contohnya, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang telah
membuat anjakan paradigma dengan mengkorporatkan sistem zakat mereka melalui
Baitulmal Wilayah Persekutuan demi pengurusan kutipan dan pengagihan hasil zakat
yang lebih cekap dan sistematik. Hasil amalan kerja professional ini telah

42
menyumbang kepada peningkatan kutipan zakat dan bilangan pembayar zakat dan ini
didedahkan oleh institusi-institusi zakat seluruh Malaysia.

Pengurusan zakat berlandaskan syariat Islam yang sebenar turut memberi


kesan dan impak yang positif pada aspek politik. Melalui pengurusan zakat tersebut,
aktiviti penyalahgunaan kewangan rakyat di kalangan pemimpin kerajaan juga dapat
dicegah. Ini kerana pengurusan zakat dan pengagihannya diuruskan oleh amil yang
profesional dan sanggup memikul tanggungjawab negara, amanah masyarakat Islam
dan perintah Allah SWT.

Tambahan pula, hasil zakat hanya diagihkan kepada mereka yang tergolong
dalam lapan asnaf seperti ditetapkan syara’ sahaja. Dengan pengurusan zakat yang
menepati hukum syara’, maka rakyat di bawah pemerintahan negara Islam akan
berpeluang menikmati kehidupan yang sejahtera sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
“Setiap pemerintah yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal orang-orang Islam tetapi
tidak berusaha dengan jujur untuk menjaga kesejahteraan mereka, tidak akan
memasuki syurga bersama-sama mereka” (H.R Imam Muslim).

Manakala Khalifah Umar Al-Khattab semasa pemerintahannya pula pernah


menulis kepada Abu Musa, gabenor di sebuah daerah: “Orang yang terbaik dalam
kewibawaan ialah seseorang yang di bawah pemerintahannya terdapat ramai pengikut
yang menikmati kesejahteraan manakala pemerintah yang buruk pula ialah seseorang
yang di bawah pemerintahannya terdapat ramai yang menderita kesusahan”. (Khursid
Ahmad, 1976). Justeru, jika zakat yang menjadi sumber atau dana utama bagi
Baitulmal sesebuah negeri sudah berupaya menyumbang dan menampung pelbagai
program kebajikan dan pendidikan khusus untuk menolong masyarakat Islam serta
mendirikan pusat-pusat sosial, maka hasil pendapatan negara pula boleh digunakan
dan dimanfaatkan kepada hal-hal lain mengikut keperluan dan kehendak negara.

Politik sesebuah negara umumnya merangkumi aspek ekonomi dan sosial.


Justeru, keseimbangan antara kedua-duanya adalah sangat penting dalam memastikan
politik negara tidak terjejas dan melancarkan lagi pentadbiran dan pembangunan
negara. Di sinilah pengurusan zakat memainkan peranan untuk turut membantu
menyeimbangkan kedua-dua aspek tersebut dengan menyumbang kepada sumber

43
kewangan negara. Negara yang tidak mempunyai pengurusan zakat yang teratur dan
sistematik boleh dianggap rugi kerana mereka kekurangan salah satu sumber
kewangan bagi menyeimbangkan pentadbiran negara sedangkan Allah SWT telah
memberi jalan dan mempermudahkan manusia asalkan mereka mengikut peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan-Nya seperti yang termaktub dalam Al-Quran dan As-
Sunnah.

Justeru, pengurusan zakat masa kini juga dilihat mampu menyumbang kepada
peningkatan tahap kecekapan dalam mengurus sumber negara secara optimum dan
melancarkan lagi pentadbiran negara. Melalui pengurusan zakat yang berlandaskan
syariat, dapat memberi panduan masyarakat khususnya mereka yang memimpin
tentang cara-cara menguruskan kewangan atau bidang ekonomi umumnya mengikut
tatacara yang diredhai Allah SWT. Contohnya, pengurusan yang cekap dan sistematik
memerlukan susunan organisasi yang teratur dan dipegang oleh mereka yang
beramanah, dipercayai, bertanggungjawab serta memiliki kriteria-kriteria tertentu.

Hal ini bertentangan dengan pengurusan kewangan berlandaskan akal manusia


semata-mata seperti yang diamalkan di bank-bank konvensional umpamanya dimana
banyak melibatkan unsur-unsur riba dan syubhah. Pengurusan zakat mengikut syariat
dilihat mampu mengelakkan penyalahgunaan harta dan wang ringgit seperti riba
kerana penindasan dapat dielakkan bahkan mereka yang layak dan tergolong dalam
lapan asnaf yang ditetapkan syara’ berhak memperoleh hasil zakat yang didermakan.

Terdapat kata sepakat yang umum di kalangan para ulama bahawa kutipan dan
pembayaran zakat pada asasnya adalah tanggungjawab negara Islam. Inilah yang
ditunjukkan pada zaman Rasulullah SAW dan diteruskan oleh Khalifah Abu Bakar
dan Khalifah Umar bin al-Khatab dalam pemerintahan mereka setelah kewafatan
baginda SAW (Khursid Ahmad, 1976). Abu Bakar Al-Jassas iaitu seorang pengulas
terkemuka tentang keputusan hukum Al-Quran pula menegaskan bahawa pemerintah
negara bertangungjawab untuk menginstitusikan sistem pungutan zakat.

Dari aspek politik yang lebih luas pula, pengurusan zakat dilihat perlu
memainkan peranan untuk membantu memerangi segala bentuk belenggu atau
cengkaman yang masih wujud pada masa kini iaitu seperti kejahilan dan penajajahan

44
meskipun belenggu sistem pengabdian telah lama terhapus. Pejuang-pejuang Islam
yang berjuang untuk membebaskan negara dan rakyat mereka daripada penjajahan
merupakan mujahidin pada jalan Allah SWT dan pastinya mereka tergolong dalam
asnaf ‘fisabilillah’. Tidak kiralah sama ada mereka berjuang di negeri sendiri atau
terpaksa meninggalkan negara sebagai ‘pelarian politik’ atau berjuang dari luar.

Selain itu, zakat dari aspek politik juga boleh dilihat peranannya
dalam‘memperjinakkan hati’ mereka yang baru memeluk Islam. Menurut Muhammad
Syukri Salleh (1990), peranan zakat bukanlah terhad kepada golongan tersebut semata-
mata tetapi turut merangkumi beberapa golongan lain yang sama seperti mereka
antaranya orang-orang kafir yang diharap akan memeluk Islam jika diberi bantuan
kepadanya, orang-orang kafir yang dihormati kaumnya dan jika diberikan kepadanya
akan menjinakkannya dan kaumnya untuk memeluk Islam, orang-orang kafir yang
diharap boleh membantu Islam melawan musuh dan orang-orang kafir yang ditakuti
bahaya mereka. Namun begitu, pemberian tersebut hanya boleh dilakukan ketika
darurat atau terpaksa sahaja ketika kelemahan orang-orang Islam. Pemberian ini
bertujuan menjinak dan menguatkan iman, menarik kebaikan daripada orang-orang
kafir dan menolak kejahatan mereka.

2.3.3. Aspek Ekonomi Zakat memainkan peranan besar dalam bidang ekonomi
masyarakat Islam terutamanya dalam membantu membasmi masalah kemiskinan. Ini
kerana kemiskinan merupakan salah satu daripada tiga serangkai penghancur iaitu
kejahilan, kemiskinan dan penyakit.

Manakala dalam sebuah hadis pula, Rasulullah SAW bersabda:“Kemudian


beritahulah mereka bahawa Allah SWT telah memfardhukan ke atas mereka sedekah
(zakat) yang diambil (dengan undang-undang yang dikuatkuasakan) daripada orang-
orang kaya dan diberikan kepada fakir miskin. Mereka ini menunjukkan bahawa
masalah kemiskinan merupakan tujuan utama diwajibkan zakat dalam Islam.

Zakat merupakan salah satu sumber kewangan dalam usaha mengatasi masalah
kemiskinan iaitu dengan cara memperuntukkan sebahagian besar dana yang diperolehi
kepada golongan fakir miskin terutamanya yang cacat anggota bagi membantu mereka
menyara hidup selain dapat dimanfaatkan sebagai modal untuk mereka menjalankan

45
pekerjaan. Saraan hidup yang diberi dengan kadar mencukupi sesuai mengikut
keadaan ekonomi, masa, tempat dan keperluan mereka agar dapat dibelanjakan bagi
mencukupkan keperluan makan minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan
kesihatan.

Manakala modal pula diberi mencukupi berdasarkan kadar projek yang hendak
dilaksanakan sesuai dengan keadaan ekonomi, masa dan tempat. Perlu diingat, bantuan
bagi menyara hidup dan modal yang disumbangkan bukanlah bertujuan menggalakkan
kemalasan, pengangguran sehingga mengancam ketenangan dan keselamatan negara
sebaliknya dapat meringankan beban yang ditanggung serta menjadi sumber dan
penggalak bekerja untuk golongan fakir dan miskin.

Muhammad Syukri Salleh (1990) berpendapat, pengurusan zakat yang efektif


mampu menggalakkan pelaburan dan seterusnya mencegah pembekuan harta. Secara
tidak langsung, ini dapat menggalakkan peredaran harta, wang atau kekayaan di
kalangan anggota masyarakat sekaligus mengelakkan berlaku terkumpulnya harta,
wang atau kekayaan di tangan pihak-pihak tertentu sahaja. Malah Rasulullah SAW
dalam sebuah hadis pernah menyarankan agar diperniagakan harta-harta anak yatim
agar nanti tidak berkurangan setelah ditunaikan zakat.

Dalam aspek ekonomi juga, peranan zakat dilihat amat penting bagi
mendekatkan jurang yang jauh antara anggota sesebuah masyarakat dan mengagihkan
semula pendapatan mengikut hak-hak yang ditetapkan. Ini jelas daripada kutipan
sebahagian harta orang-orang kaya untuk dibahagi-bahagikan kepada mereka yang
kurang berkemampuan dan memerlukan. Dengan itu, masalah sosio-ekonomi umat
Islam dapat diatasi dan seterusnya dipertingkatkan. Ini kerana zakat merupakan
sumber kekuatan umat Islam. Dalam mengagih dana zakat, pihak berwajib seharusnya
merancang dengan teliti dan sistematik agar kesan positif yang optima mampu
dihasilkan. Golongan penerima zakat hendaklah diselesaikan keperluan asasinya agar
akhirnya mereka mampu keluar daripada golongan penerima zakat dan seterusnya
berupaya menjadi penyumbang atau pemberi pada masa akan datang dan keadilan
sosial dapat diwujudkan dalam masyarakat sejagat.

46
Selain itu, pelan tindakan bersepadu juga boleh dirangka bagi memastikan
keberkesanan agihan zakat dalam meningkatkan tahap ekonomi ummah. Walau
bagaimanapun, pelan tindakan ini perlu melibatkan kerjasama dan tindakan bersepadu
dari tiga pihak yang utama iaitu pihak agensi zakat, penerima agihan zakat dan pihak
kerajaan. Manakala masyarakat Islam yang lain pula perlu bersama-sama
mengembeling tenaga dalam apa jua bentuk bagi memastikan matlamat tersebut
tercapai. Justeru, mereka yang kaya tidaklah menjadi semakin kaya sehingga timbul
perasaan tamak haloba dan alpa manakala mereka yang miskin pula tidaklah terus
menerus dihimpit kesempitan hidup dan serba kekurangan. Sesungguhnya Allah SWT
telah menjanjikan ganjaran yang amat besar sekali kepada mereka yang melakukannya
dan azab yang amat dahsyat kepada yang mengingkarinya.

2.3.4. Aspek Sosial Dari aspek sosial, pengurusan zakat jelas membantu dalam
memenuhi keperluan hidup fakir miskin yang merupakan kelompok majoriti
sebahagian besar negara di dunia. Zakat juga memainkan peranan penting dalam
meningkatkan kebajikan masyarakat yang terdapat jurang perbezaan di antara
golongan kaya dan golongan miskin. Di antara hikmat disyariatkan zakat ialah,
pengurusannya mampu memperbaiki kedudukan masyarakat dari sudut moral dan
material di mana ia dapat menyatukan anggota masyarakat sehingga menjadi seolah-
olah sebatang tubuh. Selain dari itu, ia juga dapat membersihkan jiwa dari sifat
kedekut dan bakhil. Ia juga merupakan benteng keamanan didalam sistem ekonomi
Islam dan penjamin ke arah kestabilan dan kesinambungannya.

Menurut Muhammad Syukri Salleh (1990), pengurusan zakat turut berperanan


membantu golongan ‘Al-Riqab’ dari aspek sosial. Namun begitu, ‘Al-Riqab’ pada
masa kini bukanlah berbentuk ‘belenggu pengabdian’ seperti satu masa dahulu tetapi
sebaliknya ia kini wujud dalam bentuk yang lain iaitu ‘belenggu kejahilan’. Oleh itu,
zakat berperanan untuk turut memerangi masalah kejahilan kerana belenggu kejahilan
dikira sama dengan belenggu pengabdian yang telah terhapus pada masa kini.

Masalah perkahwinan turut diberi perhatian dalam pengurusan zakat dimana


para fakir miskin yang berhajat untuk berkahwin diberi hak mereka daripada hasil
zakat. Tidak kiralah sama ada bantuan tersebut dalam bentuk sumbangan ‘hangus’
atau pinjaman tanpa riba. Malah tercatat dalam sejarah, baik pada zaman Rasulullah

47
SAW mahupun selepas kewafatan baginda SAW bahawa mereka yang mempunyai
masalah untuk berkahwin di kalangan para fakir miskin mendapat hak peruntukan
daripada sebahagian hasil zakat. Begitu juga pada zaman Khalifah Umar bin Abdul
Aziz, mereka yang berhutang dan berhajat untuk berkahwin turut diberi peruntukan
apabila tiba masa pembahagian zakat diumumkan kepada segenap golongan yang
berhak memperolehi hasil zakat. Para fuqaha’ menyatakan bahawa kadar mencukupi
yang diambil kira semasa pembahagian zakat kepada mereka yang berhajat untuk
berkahwin adalah mengikut keperluan fakir miskin tersebut dengan syarat ia tidak
mempunyai isteri dan berhajat untuk berkahwin.

Dari sudut sosial juga, zakat dapat memberikan dorongan kekuatan bagi kaum
muslimin dan mengangkat kehadiran mereka. Hal ini dapat dilihat dalam golongan
penerima zakat, salah satunya adalah perjuangan di jalan Tuhan. Zakat boleh
mengurangkan dendam dan rasa dengki yang ada dalam dada fakir miskin. Hal ini
kerana masyarakat bawahan biasanya berasa benci apabila melihat mereka yang
berkedudukan tinggi melaburkan harta untuk sesuatu yang tidak bermanfaaat. Jika
harta tersebut melimpah itu dimanfaatkan untuk mengurangkan kemiskinan, tentu
akan terjalin keharmonian dan kasih saying antara si kaya dan si miskin.

Selain itu, zakat sangat berperanan dalam mewujudkan keadilan sosial. Zakat
juga merupakan pelaburan sosial, selain pahalanya disebutkan secara tegas di dalam
al-Qur’an bahawa setiap harta yang kita keluarkan akan mendapat balasan berkali-kali
ganda. Zakat akan memacu pertumbuhan ekonomi pelakunya dan yang jelas
berkahnya akan melimpah. Dengan berzakat kita telah berperanan secara aktif dalam
memerangi kemiskinan. Terdapat agihan harta di kalangan masyarakat di mana
golongan miskin akan mendapat manfaat dengan kewujudan golongan kaya dan
golongan kaya pula akan mendapat sumbangan kerjasama serta doa dari orang-orang
yang miskin. Inilah yang menunjukkan kepada kita tentang pentingnya sikap tolong
menolong di antara satu sama lain di dalam peraturan Islam.

Di samping itu, zakat juga sebenarnya mempunyai unsur mengembangkan


sikap gotongroyong dan tolong-menolong. Zakat dapat membantu orang-orang yang
memerlukan dan membantu menyelesaikan hutang bagi golongan ‘al-gharimin’ iaitu
orang yang menanggung hutang dalam perkara-perkara yang diharuskan syarak seperti

48
berhutang demi memenuhi keperluan asas diri atau tanggungannya atau berhutang
untuk menyelesaikan masalah masyarakat tetapi tidak mampu untuk menyelesaikan
hutang tersebut apabila telah sampai tempoh yang ditetapkan walaupun melibatkan
pemiutang bukan Islam tetapi di kalangan kafir zimmi iaitu orang kafir yang patuh
kepada pemerintahan Islam.

Selain itu, pengurusan zakat turut membantu golongan ‘ibnu sabil’ iaitu dengan
mencegah masalah pengangguran di samping tujuan asalnya untuk membantu
pengembara terputus perbelanjaan atau bekalannya semasa diperantauan untuk
meneruskan perjalanan yang bertujuan baik dan dibenarkan oleh syarak. Bantuan turut
diberikan kepada peminta-peminta sedekah di jalan- jalan, anak-anak buangan yang
tidak beribu bapa kerana mereka sebenarnya turut tergolong dalam asnaf ‘ibnu sabil’.

Manakala bagi asnaf ‘fi sabilillah’, zakat telah diperuntukkan bagi membantu
mereka berjihad pada jalan Allah SWT dalam apa jua bentuk sekalipun. Apatah lagi,
jihad pada masa kini dilihat lebih tertumpu dengan menggunakan pena dan lisan
sahaja. Peruntukan yang diberikan kepada pejuang-pejuang sukarela pada jalan Allah
SWT adalah penting kerana kebiasaannya mereka tidak mendapat sumber kewangan
tetap daripada mana-mana pihak secara rasmi. Oleh itu, dengan adanya peruntukan
tersebut, zakat mampu membantu menyiarkan dakwah Islamiah dan ilmu pengetahuan
sebagai salah satu medium jihad fi sabilillah.

Dengan zakat juga, dakwah Islam dapat diperluas cakupannya, termasuk untuk
menjinakkan hati para muallaf. Misi sosial zakat yang begitu idealis tersebut tidak
dapat dipenuhi dengan baik tanpa adanya lembaga pengelolaan zakat yang dijalankan
secara profesional. Menurut Dr. M. Yusuf Qardhawi, zakat merupakan salah satu dari
aturan jaminan sosial dalam Islam yang dapat memperbaiki corak penggunaan,
pengeluaran dan pengagihan wang dalam masyarakat Islam. Kepentingan zakat yang
kelima ialah zakat juga merupakan perlindungan sosial kepada manusia. Proffessor F.
Benham dalam bukunya, Economics, menjelaskan adalah menjadi tanggungjawab
kerajaan untuk menyediakan perlindungan ekonomi yang minimum kepada setiap
warganegaranya. Bagi menangani masalah pengangguran masyarakat Islam, hasil
zakat sebahagiannya diambil untuk disediakan keperluaan yang diperlukan dalam
bekerja, menyediakan peluang pekerjaan, menjana pendidikan dan tempat latihan para

49
pekerja. Ungkapan yang biasa digunakan untuk perlindungan ekonomi yang minimum
ini ialah perlindungan sosial. Biasanya tidak wujud perbezaan yang jelas antara
langkah-langkah perlindungan sosial dan lain-lainlangkah yang mengurangkan
ketidakadilan seperti perkhidmatan hospital, nasihat perubatan dan ubat percuma,
pendidikan percuma dan subsidi ke atas makanan dan rumah kediaman golongan
pekerja.

Begitu juga dengan bantuan wang kepada golongan yang mengalami


penderitaan dari segi ekonomi dan sebagainya. Hal ini adalah sama dengan sistem
asnaf di dalam perlasanaan zakat kepada umat Islam. Ia dapat mewujudkan perasaan
persamaan dan persaudaraan di kalangan golongan yang kaya dan golongan yang
miskin iaitu dengan meletakkan rasa tanggungjawab ke atas golongan kaya dan
berharta untuk memelihara golongan fakir dan miskin.

Begitulah peranan dan kepentingan yang dimainkan oleh ibadah zakat jika
dilihat dalam aspek agama, politik, ekonomi dan sosial. Ia merupakan ibadah yang
telah disyariatkan dengan tujuan-tujuan dan matlamat tertentu tetapi berkait antara satu
sama lain secara cukup lengkap dan sempurna serta jelas memainkan peranan yang
amat besar terhadap pembangunan masyarakat Islam yang dikehendaki dan diredhai
Allah SWT. Sejarah Islam jelas membuktikan bahawa pengurusan zakat yang
menepati kehendak syara’ mampu memainkan peranan aktif dalam mengupayakan dan
membangun kesejahteraan ummah sekurang-kurang dari tiga aspek iaitu agama dan
moral, sosial dan ekonomi. Pertama, dari aspek moral contohnya, zakat dapat mengikis
habis ketamakan dan keserakahan sikaya yang memiliki kecenderungan cinta harta.
Kedua iaitu dari aspek sosial, zakat dapat bertindak sebagai alat khas yang diberikan
Islam untuk menghapustaraf kemiskinan masyarakat dan sekaligus menyadarkan
orang-orang kaya akan tanggungjawab sosial yang yang dibebankan agama kepada
mereka. Manakala yang ketiga iaitu dari aspek ekonomi, zakat memainkan peranan
untuk mencegah terkumpulnya harta pada pihak-pihak tertentu semata-mata dan dapat
mendekatkan jurang perbezaan ekonomi dalam masyarakat.

50
2.4. PENGAGIHAN ZAKAT OLEH INSTITUSI ZAKAT

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang memainkan peranan penting dalam
kehidupan umat Islam sepanjang sejarah kewujudannya. Ia merupakan satu
mekanisme ibadat kewangan dan perekonomian yang antara matlamatnya
membersihkan jiwa manusia serta hartanya (pembayar zakat) dan membantu golongan
yang kurang berkemampuan (asnaf) kerana kemungkinan terdapat hak orang lain
dalam proses memperoleh harta tersebut. Secara teorinya, zakat dibayar oleh golongan
yang kaya dan akan diagihkan kepada golongan miskin dan proses pengagihan zakat
diharapkan mencapai tahap optimum kepada asnaf zakat. Justeru proses yang optimum
ini akan memberikan impak yang berkesan dan besar bukan sahaja kepada asnaf zakat
khususnya malah kepada ekonomi sesebuah negara secara amnya. Ini adalah kerana
kesan daripada pengagihan zakat ini, asnaf bukan sahaja mungkin berjaya keluar
daripada golongan yang menerima zakat malah mungkin akan menjadi penyumbang
zakat.
Lapan golongan tersebut ialah al-fuqara’ (orang fakir), al-masakin (orang yang
miskin), amil, muallaf yang perlu dijinakkan hatinya, al-riqab (hamba), al-gharimin
(orang yang memiliki hutang), fisabilillah (orang yang berjuang di jalan Allah) dan
akhirnya ibn sabil (musa yang sedang dalam perjalanan).
Mahmood Zuhdi (2003) berpendapat ayat tersebut memberi penerangan yang
jelas tentang pengagihan zakat berbanding dengan masalah menentukan sumber zakat
berdasarkan ayat tersebut yang memperincikan arahan. Ini disebabkan kemungkinan
berlaku penyelewengan dan penggunaan hawa nafsu dalam mengagihkan zakat lebih
besar berbanding menentukan sumber dan memungut zakat. Pendapat ini jelas
menunjukkan pengagihan zakat merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang
besar dipikul oleh institusi zakat.
Penubuhan institusi zakat sebagai satu badan yang menguruskan zakat
bukanlah sesuatu kemestian menurut kebanyakan aliran pemikiran perundangan Islam.
Contohnya kumpulan pemikiran mazhab Hana berpendapat pembayar zakat sendiri
dibenarkan mengagihkan zakat harta yang tidak nyata (seperti emas dan perak) secara
langsung kepada penerima tanpa melalui pihak kerajaan sebagai perantaraan. Ini
kerana kumpulan ini berpegang dengan amalan pada zaman pemerintahan khalifah
Uthman Affan r.a yang membenarkan tindakan pembayar zakat tersebut kerana

51
kemungkinan ditakuti kutipan zakat tersebut jatuh ke tangan amil yang korup dan
menyeleweng zakat tersebut.
Walau bagaimanapun zakat boleh dibayar kepada kerajaan dalam bentuk harta
yang nyata (seperti binatang ternakan) kerana harta tersebut lebih sukar untuk
diselewengkan. Pendapat ini juga disokong oleh kumpulan pemikiran mazhab Syafie
yang secara jelas menyatakan pembayar zakat dibolehkan menunaikan zakat semua
jenis harta (harta nyata atau tidak nyata) tanpa melalui pihak kerajaan. Namun begitu,
pemikiran kumpulan mazhab Maliki adalah sebaliknya iaitu berpendapat pembayaran
zakat kesemua jenis harta perlu ditunaikan kepada pihak kerajaan tetapi dengan syarat
kerajaan tersebut adalah kerajaan yang adil, mampu menjalankan tanggungjawab
tersebut secara beramanah dan pengurusan yang efsien. Pendapat ini sebenarnya
adalah selaras dengan amalan ketika zaman Rasulullah s.a.w, khalifah Abu Bakar as-
Siddiq r.a dan khalifah Umar al- Khattab r.a yang menunjukkan institusi zakat adalah
penting sebagai perantara dan agen dalam mengutip dan mengagihkan zakat.
Qaradawi (2000) juga bersetuju kerajaan berperanan mengutip dan
mengagihkan zakat sama ada harta yang nyata atau tidak nyata kerana beberapa
alasan. Pertamanya wujud individu yang tidak mengendahkan pembayaran zakat. Jika
tiada campur tangan oleh kerajaan, maka kemungkinan hak zakat kepada asnaf fakir
dan miskin tidak dapat dipenuhi. Keduanya pengagihan zakat oleh kerajaan akan
menjaga dan memelihara maruah golongan fakir dan miskin berbanding menerimanya
secara terus daripada golongan kaya. Ketiganya jika individu mengagihkan zakat
tersebut, ia akan dipengaruhi oleh sikap tertentu yang akan membelakangi konsep
pengagihan. Keempat, asnaf-asnaf tertentu seperti muallaf, fisabilillah dan sebagainya
yang berkaitan. dengan kepentingan awam hanya diketahui oleh pihak kerajaan.
Kelima, perlu diketahui zakat merupakan sumber kewangan negara Islam. Oleh itu ia
perlu dilaksanakan kepada kerajaan sesebuah negara. Walau bagaimanapun, beliau
juga berpendapat hak mengutip dan mengagihkan zakat perlu dilakukan oleh kerajaan
dengan syarat kerajaan tersebut tidak menolak Islam sebagai satu asas ideologi,
melaksanakan perundangan Islam dan struktur sosial adalah berasaskan Islam

52
Ringkasnya, peranan institusi zakat terbahagi kepada dua iaitu mengutip zakat dan
mengagihkan zakat dan peranan ini akan dilakukan di peringkat kerajaan melalui
pegawai zakat yang diberi kuasa dan perlu memenuhi ciri-ciri yang telah dinyatakan di
atas. Perlu dijelaskan bahawa peranan menguruskan zakat adalah perlu dan tidak wajib
diserahkan kepada pihak kerajaan sebagai perantara. Ini bertujuan untuk membezakan
peranan kerajaan dalam kutipan cukai kerana peranan mengutip cukai oleh kerajaan
adalah suatu keperluan dan kemestian. Ini kerana kutipan cukai akan dibayar terus
kepada kerajaan dan kerajaan wajib melaksanakan tanggungjawabnya daripada hasil
kutipan cukai kepada rakyat secara keseluruhan. Berbeza dengan zakat kerana
kerajaan hanya sebagai perantara mengutip dan mengagihkan zakat kepada asnaf
tertentu (Al-Quran Surah 9 ayat 60) dan bukannya kepada rakyat secara keseluruhan.
Malah perlu difahami kutipan zakat tiada kaitannya dengan hasil kerajaan
Institusi zakat amat penting dalam sistem zakat. Ia merupakan perantara di
antara pembayar dan penerima (asnaf). Tanggungjawabnya adalah amat besar iaitu
memastikan kutipan zakat dapat dilakukan dengan efisien dan mengagihkan zakat
kepada asnaf dengan efisien dan berkesan. Sekiranya institusi ini gagal berfungsi
dengan baik, maka sistem zakat tidak akan berjaya dilaksanakan. Institusi zakat perlu
menunjukkan nilai-nilai Islam yang tinggi seperti amanah dan adil dalam pengurusan
zakat dan dalam masa yang sama perlu bersifat profesionalisme. Cabaran institusi
zakat menguruskan zakat pada masa kini bukanlah seperti zaman dahulu di mana
seorang amil adalah seseorang diyakini masyarakat setempat seperti para ustaz, guru
agama dan imam yang mempunyai latar belakang pendidikan agama. Pengurusan
zakat pada masa kini juga memerlukan pengurus yang mempunyai ilmu-ilmu lain
seperti pengurusan, keusahawanan, teknologi dan sebagainya. Ini akhirnya akan
meningkatkan tahap profesionalisme pengurusan zakat, meningkatkan keyakinan
pembayar zakat dan akhirnya akan meningkatkan lagi dana zakat dalam sistem
kewangan Islam yang akhirnya dapat meningkatkan lagi pengagihan kepada asnaf. Ini
diharapkan akan membasmi kemiskinan masyarakat Islam amnya dan menguatkan lagi
jaminan sosial dalam masyarakat Islam.

53
2.5. ZAKAT SEBAGAI PEMANGKIN PEMBANGUNAN EKONOMI UMAT
ISLAM

Menurut Pathmawati Hj Ibrahim, (2008) secara ringkasnya, zakat telah ditetapkan oleh
Allah dengan matlamat utama sebagai satu bentuk jaminan keselamatan sosial bagi
mereka yang miskin dan memerlukan, membangunkan pertumbuhan ekonomi yang
seimbang melalui agihan semula kekayaan dalam masyarakat dan juga sebagai satu
bentuk penyucian dan pembangunan spiritual.

Falsafahnya adalah mudah, zakat adalah satu perkongsian. Mengambil harta


dari golongan kaya dan berada untuk diberikan kepada yang miskin, melarat dan
melata serta mereka yang memerlukan. Falsafah zakat juga menggambarkan
keseimbangan sosial di dalam Islam. Semakin kaya sesebuah masyarakat, semakin
meningkat kutipan zakat. Semakin meningkat kutipan zakat maka semakin terbela
golongan asnaf-asnaf zakat. Inilah cantiknya hukum dan syariat zakat ini, sehinggakan
di dalam lipatan sejarah ia amat berkesan semasa perlaksanaannya pada zaman
Rasulullah SAW. Apatah lagi zakat adalah amalan baik yang berkesinambungan dari
apa yang telah diamalkan sebelum turunnya Islam. Sifat-sifat mulia seperti belas ihsan,
prihatin dan suka bersedekah telah difardukan akhirnya.

Maka, oleh kerana ia sememangnya satu amalan mulia yang tidak bercanggah
langsung dengan fitrah manusia, tidak pernah terdengar sedikit pun suara yang
membantah dan mengingkari kewajipannya setelah ia diangkat oleh Allah SWT
sebagai amalan wajib. Bahkan pada zaman itu, zakat telah menjadi item utama sumber
pendapatan negara Madinah AlMunawwarah demi menjana pembangunan ummah.

Salama & Faridi (1983) dalam kajiannya menyatakan bahawa zakat


menduduki tempat terpenting dalam dasar dan operasi fiskal Islam. Ia dianggap
sebagai alat fiskal semula jadi yang dibekalkan oleh Allah SWT dan berfungsi sebagai
alat agihan pendapatan secara adil serta penggalak kegiatan ekonomi negara. Berbeza
dengan dasar fiskal konvensional, dasar fiskal Islam mengiktiraf zakat sebagai
instrumen di samping cukai dan perbelanjaan kerajaan. Zakat adalah unik kerana ia
merupakan instrumen semula jadi yang membantu keseimbangan pendapatan negara
melalui pengagihan pendapatan daripada golongan kaya kepada kumpulan miskin.

54
Menolong golongan miskin adalah kewajipan golongan kaya kerana daripada hartanya
ada hak orang lain iaitu orang miskin.

Menurut Faridi (1983) Kesan zakat sebagai alat dasar fiskal Islam dapat dilihat
dalam dua senario. Yang pertama, zakat dapat meningkatkan permintaan agregat
dalam negara manakala kesan kedua zakat dapat mengelakkan pembekuan harta dalam
ekonomi melalui kegiatan pelaburan yang dijalankan. Dari aspek permintaan agregat,
zakat dikenakan ke atas golongan kaya diagihkan kepada golongan miskin yang
menyebabkan pendapatan orang kaya menurun dan pendapatan golongan miskin
meningkat. Akhirnya ia dapat meningkatkan kecenderungan mengguna sut dan purata
secara agregat dalam ekonomi. Wang zakat yang diagihkan kepada asnaf fakirdan
miskin tadi akan digunakan oleh golongan ini untuk membeli barangbarang keperluan
asas. Dengan peningkatan dalam kuasa beli mereka setelah menerima bantuan zakat
maka mereka mampu meningkatkan permintaan terhadap barang-barang dalam
pasaran. Dengan kecenderungan mengguna sut golongan ini yang tinggi, penerima
bantuan akan membelanjakan sebahagian besar perolehan itu untuk penggunaan.

Peningkatan kuasa beli boleh membantu menjana ekonomi negara secara tidak
langsung kerana ia mewujudkan kesan rantaian terhadap sektor ekonomi yang lain.
Permintaan pengguna yang bertambah ini akan menggerakkan pengeluaran dalam
ekonomi. Di samping itu pertambahan tahap penggunaan agregat akan menghasilkan
permintaan berkesan terhadap barangan keluaran industri dalam negara. Peningkatan
dalam permintaan akan menggalakkan penawaran oleh pengeluar. Maka pengeluaran
akan ditingkatkan untuk memenuhi permintaan tersebut.

Peningkatan permintaan agregat dalam negara bermakna merancakkan aktiviti


ekonomi bagi menambah output keluaran, justeru dapat merangsang pertumbuhan
serta pembangunan ekonomi dan akhirnya membantu mempercepatkan pencapaian
status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 sebagaimana menjadi hasrat
Model Baru Ekonomi (MBE). Matlamat utama MBE adalah untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi, keterangkuman dan
kemampanan, yang akhirnya menjurus kepada objektif mencapai kualiti hidup yang
sempurna untuk rakyat.

55
Daripada aspek ekonomi, matlamat utama ialah menggerakkan ekonomi ke arah
negara berpendapatan tinggi dengan melonjakkan kuantum pendapatan per kapita
daripada RM23,000 kepada RM49,000 pada tahun 2020. Bagi merealisasikan hasrat
tersebut, negara memerlukan sasaran pertumbuhan ekonomi antara lima hingga lapan
peratus setahun dan pertumbuhan itu pula mesti bersifat holistik, mampan serta
mengutamakan kesejahteraan setiap lapisan masyarakat. Persoalan yang timbul adalah
mengenai kemampuan negara untuk mencapai dan mengekalkan secara konsisten
sasaran pertumbuhan ekonomi yang ditetapkan itu. Bolehkah zakat memainkan
peranan ke arah pencapaian tersebut.

Bagaimana kita dapat meningkatkan sumbangan perbelanjaan penggunaan


swasta dalam hal ini. Di sinilah zakat sebagai instrumen semula jadi dasar fiskal Islam
boleh berperanan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi menuju ke arah negara
berpendapatan tinggi. Zakat secara sinonimnya dikaitkan sebagai bantuan kepada
orang susah. Dalam bahasa lebih santun, zakat dimanfaatkan untuk membantu
golongan berpendapatan rendah seperti fakir dan miskin. Zakat hakikatnya adalah
mekanisme ekonomi yang berbentuk global tetapi bersifat manusiawi.
Memperkasakan zakat bermakna memperkasakan manusia. Itulah falsafah zakat yang
indah di sisi Islam. Melalui agihan zakat kepada golongan berpendapatan rendah
(khususnya asnaf fakir dan miskin) ia dapat menambah kuasa beli mereka dan
mempertingkatkan perbelanjaan penggunaan secara agregat. Dengan ini, kekayaan
negara akan dapat diagihkan di kalangan masyarakat secara saksama dan berkesan
sehingga tiada seorang umat Islam pun berada dalam kemiskinan dan kelaparan.

Kajian awal kesan zakat terhadap agihan pendapatan telah dilakukan oleh
Ismail Salleh dan Rogayah Ngah (1980). Mereka telah mengkaji kesan zakat terhadap
agihan pendapatan di kalangan pengeluar padi di empat buah negeri di Malaysia iaitu
Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Kajian yang dijalankan pada tahun 1978 itu
menggunakan indeks Koefisyen Gini bagi mengukur ketidakseimbangan agihan
pendapatan yang digambarkan berdasarkan keluk Lorenz. Indeks penurunan pula
digunakan untuk mengukur perbezaan sebelum dan selepas agihan zakat. Indeks ini
dapat menentukan sumbangan agihan zakat terhadap agihan pendapatan pengeluar
padi sama ada positif atau negatif. Hasil kajian mereka mendapati zakat yang dipungut

56
di Malaysia mampu memperbaiki agihan pendapatan kasar di kalangan para pengeluar
padi.

Kajian lain berkaitan kesan zakat terhadap agihan pendapatan telah dilakukan oleh
Jehle, (1994). Jehle menganalisis kesan zakat terhadap agihan pendapatan di Pakistan,
dengan menggunakan data tahun 1987-88. Beliau menggunakan Indeks AKS bagi
mengukur ketidakseimbangan agihan pendapatan. Indeks AKS menggunakan indeks
etika untuk melihat kesan keseluruhan agihan pendapatan. Ianya berasaskan kepada
konsep “equally distributed equivalent income”. Hasil kajian beliau mendapati zakat
telah dapat mengurangkan ketidakseimbangan agihan pendapatan di Pakistan,
walaupun penurunan tersebut adalah kecil.

Noor Ghani et. al (2002) pula telah membuat kajian tentang pengagihan zakat
sebagai sumber pendapatan dan aset. Kajian telah dilakukan di kalangan asnaf di
negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mereka berpandangan dana
zakat yang terhad harus diagihkan secara optimal bagi memaksimumkan manfaatnya
kepada asnaf fakir dan miskin. Menerusi kajian tersebut mereka telah dapat
mengenalpasti faktor-faktor kejayaan perusahaan mikro yang telah dibiayai melalui
dana zakat. Analisis yang dijalankan berjaya membuktikan bahawa faktor gender,
umur, bilangan lawatan penyelia projek dan pengalaman adalah signifikan dalam
menentukan kejayaan projek yang dibiayai melalui dana zakat. Adalah jelas bahawa
dana zakat adalah pemangkin pembangunan ekonomi ummah dan dapat menjana
pertumbuhan ekonomi negara.

Suhailiza Abd Hadi (2003) dalam kajiannya telah melihat sejauh mana
keberkesanan skim agihan zakat ke atas asnaf fakir dan miskin di sekitar Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini membuktikan bahawa Skim Bantuan
Kewangan Bulanan telah berjaya membantu asnaf fakir dan miskin meningkatkan
taraf hidup mereka. Bantuan yang diberikan telah memberi impak besar terhadap
pendapatan penerima sehingga melebihi 100 peratus terutamanya kepada penerima
yang tidak mempunyai sebarang punca pendapatan sebelum ini. Walau bagaimanapun,
kajian juga mendapati bantuan yang diterima sebanyak RM100 hingga RM300
sebulan masih tidak dapat menampung keseluruhan perbelanjaan penerima bantuan

57
sehingga akhir bulan, terutamanya kepada penerima yang mempunyai jumlah
tanggungan yang ramai dan tidak mempunyai sebarang punca pendapatan lain.

Patmawati Ibrahim (2006) telah mengkaji kesan agihan zakat terhadap agihan
pendapatan di kalangan asnaf fakir dan miskin di Selangor. Berdasarkan data tahun
2001 dan 2002, beliau telah menggunakan indeks Koefisyen Gini dalam analisisnya.
Keluk Lorenz telah digunakan bagi mengukur agihan pendapatan. Hasil kajian beliau
mendapati bahawa agihan zakat berjaya mengurangkan ketidakseimbangan agihan
pendapatan di kalangan asnaf fakir dan miskin. Hasil kajian beliau mencadangkan
supaya kaedah agihan zakat diperbaiki dengan menggunakan had kifayah sebagai
pendapatan garis kemiskinan serta mengambil kira lokasi penerima sama ada di bandar
atau luar bandar dan juga kedudukan kewangan penerima agihan. umlah bantuan yang
diberikan mestilah menyamai atau lebih dari jurang kemiskinan berdasarkan had
kifayah.

Bank Pembangunan Islam (IDB) telah menjalankan kajian pada tahun 2004
untuk melihat sama ada dana zakat mencukupi bagi memenuhi keperluangolongan
miskin. Sebanyak 24 buah negara anggota IDB telah dipilih sebagai sampel kajian.
Hasil kajian mendapati, bagi negara-negara yang mempunyai pendapatan per kapita
yang rendah dan masalah kemiskinan yang tinggi, jumlah kutipan zakat tidak
mencukupi untuk menampung keperluan golongan miskin ini. Oleh itu, dana zakat
yang ada perlu digunakan dengan cekap. Patmawati Ibrahim, (2008) menyatakan
bahawa bantuan yang diberi tidak boleh dalam bentuk bantuan „mencukupkan
pendapatan‟sahaja, sebaliknya bantuan yang diberi haruslah mampu meningkatkan
produktiviti golongan miskin ini supaya dalam jangka panjang mereka bukan setakat
boleh keluar dari kemiskinan tetapi juga mampu membayar zakat.

Kajian yang dilakukan oleh Fuadah Johari (2004) pula mendapati agihan zakat
yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah dapat mengurangkan
kadar kemiskinan di negeri Melaka. Dalam kajian tersebut, pengujian dibuat melalui
kaedah korelasi, insiden kemiskinan, Keluk Lorenz dan Koefisyen Gini. Kajian
mendapati terdapat hubungan positif antara pungutan dan agihan zakat yang telah
dibuat oleh MAIM dari tahun 1997 sehingga 2000. Jumlah agihan terhadap asnaf fakir
dan miskin akan meningkat sekiranya jumlah pungutan hasil zakat dapat

58
dipertingkatkan. Selain itu, agihan zakat juga dapat mengeluarkan sebanyak 30 peratus
responden daripada golongan fakir kepada golongan miskin. Menerusi agihan zakat
juga ia berjaya mengeluarkan 10 peratus responden daripada di bawah garis
kemiskinan berbanding sebelum agihan zakat dibuat. Kajian juga mendapati agihan
zakat dapat mengurangkan perbezaan ketidakseimbangan agihan pendapatan dengan
bentuk Keluk Lorenz yang lebih hampir kepada garis keseimbangan. Darjah
ketidakseimbangan pendapatan semakin kecil selepas agihan zakat dibuat dan hampir
dapat merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan fakir dan miskin.

Kajian-kajian empirikal yang dijalankan berjaya membuktikan potensi zakat


sebagai pemangkin pembangunan ekonomi melalui pengurangan insiden kemiskinan
dan memperbaiki ketidakseimbangan agihan pendapatan di kalangan golongan miskin.
Kejayaan ini sudah tentu membantu mempercepatkan sasaran negara maju
berpendapatan tinggi yang dihasratkan melalui MEB menjadi realiti. Oleh itu potensi
zakat sebagai pemangkin pembangunan ekonomi dan seterusnya mempercepatkan
pencapaian status negara berpendapatan tinggi tidak dapat disangkal lagi.

Menurut Hairunnizam Wahid (2011).Menyedari potensi zakat sebagai


pemangkin pembangunan ekonomi menuju ke arah negara berpendapatan tinggi,
fungsi zakat perlu diperkasakan supaya ia dapat memaksimumkan sumbangannya.
Pemerkasaan fungsi zakat bermaksud memperkasakan aspek kutipan dan pengagihan
zakat secara berkesan supaya sampai kepada kumpulan sasaran asnaf yang lapan tanpa
berlaku sebarang ketirisan. Sesuai dengan hasrat menjadi negara maju dan
berpendapatan tinggi pada 2020, kaedah kutipan dan agihan zakat perlu melalui proses
transformasi.

Transformasi yang dimaksudkan merujuk kepada aspek pengurusan zakat yang


meliputi profesion amil yang berkualiti serta egara ional bagi menghasilkan
pengurusan dan output perkhidmatan yang berkualiti. Selain itu, lokalisasi pengagihan
zakat perlu diagihkan (decentralized) meliputi peringkat daerah dan mukim yang lebih
egara kepada golongan asnaf memandangkan pengagihan secara berpusat
(centralized) yang diamalkan sekarang kurang berkesan.

59
Walaupun zakat adalah ibadah yang rukun sifatnya, kemampuan institusi
mentransformasikannya kepada imej baru adalah nilai tambah yang baik dan
menguntungkan Islam dan umatnya. Oleh itu, inisiatif mengkomersialkan zakat perlu
ditinjau daripada kaca mata positif. Bahkan usaha itu perlu dimulai sekarang disertai
impian dan keazaman kukuh bagi merealisasikannya. Mungkin pakej dengan Lembaga
Tabung Haji boleh diterokai. Misalnya pembayar zakat bertuah berpeluang
mengerjakan haji dengan pembiayaan ditanggung institusi zakat dan sebahagiannya
lagi oleh Tabung Haji. Begitu juga pakej dengan institusi takaful misalnya, mereka
yang berzakat boleh mendapat pelan perlindungan diri untuk setahun. Inilah antara
pakej 2 dalam 1 yang mampu menarik lebih ramai pembayar zakat melaksanakan
kewajipan yang telah difardukan itu.

Pelaburan wang zakat mungkin dianggap perkara baru dalam pengurusan zakat
di egara ini. Kajian mendalam mengenai potensi dan kaedah pelaksanaannya
mengikut perspektif Islam perlu dilakukan. Melalui aktiviti ini ia dapat
mengembangsuburkan dana masyarakat Islam yang bukan kecil jumlahnya untuk
kemaslahatan pembangunan ekonomi ummah. Selain daripada itu, masyarakat awam
perlu diberi penjelasan tentang konsep pelaburan wang zakat. Kefahaman ini penting
agar tidak berlaku salah faham terhadap baitulmal ataupun pusat zakat dalam
merancang dan mengagihkan zakat secara telus, amanah dan adil.

2.6. SYARAT SYARAT ZAKAT

Harta yang akan dikeluarkan zakatnya harus telah memenuhi persyaratan-persyaratan


yang telah ditentukan secara syara‟.wahbah al-zuhaili membagi syarat ini menjadi
dua, yaitu syarat wajib dan syarat sah Adapun syarat wajib zakat adalah:

a. Islam
b. Merdeka
c. Baligh dan berakal
d. Harta tersebut merupakan harta yang wajib dizakati, seperti emas dan perak,
hasil pertanian, ternak ataupun barang dagangan.
e. Harta tersebut telah mencapai nisab (ukuran jumlah)
f. Harta tersebut adalah milik penuh

60
g. Telah berlalu satu tahun atau cukup haul (ukuran waktu)
h. Tidak adanya hutang
i. Melebihi ukuran dasar atau pokok
j. Harta tersebut harus didapatkan dengan cara yang baik dan halal
k. Berkembang Adapun syarat sahnya zakat adalah sebagai berikut;

Adanya niat muzakki (orang yang mengeluarkan zakat)


b. Pengalihan kepemilikan dari muzakki ke mustahiq (orang yang berhak menerima
zakat)

Dengan adanya syarat-syarat mengeluarkan zakat,ia bermaksud zakat bukan sebuah


beban yang diwajibkan kepada seseorang tanpa syarat melainkan adat hak orang lain
disetiap harta yang berkembang. Namun selain zakat ada sedekah dan infaq bagi setiap
orang yang ingin membahagikan dengan orang lain tetapi tidak memenuhi syarat
mengeluarkan zakat.

2.7. TABUNG BAITULMAL SARAWAK

Salah satu harapan besar umat Islam di Sarawak sebaik sahaja mencapai
kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963 adalah untuk melihat peningkatan dan
kebangkitan syariat Islam di tanah bekas jajahan Brooke ini. Justeru Tabung Baitulmal
Sarawak (TBS) telah ditubuhkan pada tahun 1966 melalui Undang-Undang Zakat
1966 atas usaha YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Pada masa itu ia dikenali
sebagai Tabung Zakat dan Fitrah.

Tabung ini telah berjaya membiayai ramai pelajar-pelajar melanjutkan


pelajaran ke peringkat tinggi di Pusat-Pusat Pengajian Tinggi Islam di dalam dan di
luar negeri, di samping membantu dalam perkara-perkara kebajikan dan keagamaan di
kalangan umat Islam di Sarawak. Sebelum Tabung Zakat dan Fitrah ditubuhkan,
masyarakat Islam secara kelazimannya menunaikan kewajipan berzakat dengan
menyerahkan secara terus kepada fakir miskin atau kepada guru-guru agama, bidan-
bidan kampung dan sebagainya.

61
Sesuai dengan perkembangan negara dan keperluan umat Islam yang semakin
bertambah untuk menghadapi zaman yang penuh cabaran,maka sebagai satu
kesinambungan daripada tabung itu, tertubuhlah Tabung Baitulmal Sarawak pada
tahun 1984 di bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak (Pemerbadanan) (Pindaan) 1984.

Tabung Baitulmal Sarawak ditubuh pada tahun 1985 sebagai wakil Majlis
Islam Sarawak yang bertanggungjawab dalam pengurusan Zakat, Sadaqatul Jariah dan
Wakaf. Dalam hal ini, TBS berperanan menyediakan prasarana mengutip, mengagih
dan mengurus dana-dana tersebut di samping menyedarkan masyarakat Islam tentang
kewajipan berzakat.

Rentetan itu, sebagai persiapan untuk menempuh ledakan perubahan dalam


abad ke 21, Penyusunan Semula Pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak telah
diluluskan di mana pada 15 Disember 1998, Pengurus Besar telah dilantik untuk
mengetuai Pengurusannya. Sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak pada bulan
November 2001 turut meluluskan Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 yang mana
secara langsung menambahkan lagi peranan Tabung Baitulmal Sarawak sebagai
sebuah institusi zakat. Sejak penstrukturan semula itu, TBS telah mencapai kejayaan
yang membanggakan dalam pelaksanaan dasar dan programnya.

Objektif Tabung Baitulmal Sarawak ditubuhkan adalah untuk memberi


sumbangan dalam pembangunan ummah melalui program mengukuhkan tradisi
keilmuan, memantapkan kebajikan ummah dan membangunkan Institusi Islam,
menggemblengkan tenaga kerja profesional dan agama untuk meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan Pengurusan memudahcarakan Pengurusan zakat,
sadaqatul jariah dan wakaf dengan menyediakan prasarana yang diyakini oleh
masyarakat melalui pendekatan Pengurusan holistik ke arah mencapai kejayaan
duniawi dan ukhrawi dan memperkukuhkan asas kekuatan ekonomi Tabung
Baitulmal Sarawak dengan meneroka peluang yang strategik dan berpotensi dalam
aktiviti perkembangan modal dan hartanah yang berdaya maju.

62
Tabung Baitulmal Sarawak sentiasa memastikan agar prasarana bagi pembayaran
zakat dapat disediakan bagi kemudahan masyarakat Islam. Selain daripada
pembayaran menerusi kaunter di pejabat Tabung Baitulmal Sarawak, pembayaran
zakat boleh dibuat menerusi Agen-agen yang telah ditauliahkan antaranya :-

Pos Malaysia Bhd, pembayaran melalui perkhidmatan kaunter

Bank Islam (M) Bhd pembayaran melalui perkhidmatan kaunter dan internet

Public Bank Bhd pembayaran melalui perkhidmatan internet dan ATM

Agro Bank (Bank Pertanian) pembayaran melalui perkhidmatan kaunter

Maybank Bhd (Maybank2u) pembayaran melalui perkhidmatan internet

RHB Bank Bhd pembayaran melalui perkhidmatan kaunter

CIMB Bank Bhd pembayaran melalui perkhidmatan internet

Bank Muamalat (M) Bhd pembayaran melalui perkhidmatan kaunter

Bank Rakyat pembayaran melalui perkhidmatan kaunter

Bank Simpanan Nasional pembayaran melalui perkhidmatan kaunter

HSBC Bank Bhd pembayaran melalui perkhidmatan internet

Ambank Bhd pembayaran melalui perkhidmatan internet


Kecuali pembayaran zakat fitrah, ianya boleh dibayar kepada mana-mana Amil Zakat
Fitrah yang telah ditauliahkan oleh Tabung Baitulmal Sarawak (Majlis Islam Sarawak)
yang berdekatan.

Beberapa inisiatif telah diambil oleh pihak baitulmal untuk member penerangan
tentang ibadah Zakat seperti :-

Baitulmal Bersama Rakyat

Bagi mendekatkan Baitulmal dengan masyarakat Islam yang tinggal jauh di


pedalaman, Program Berambeh atau Baitulmal Bersama Rakyat diadakan setiap tahun
dengan pengisian utamanya adalah dialog antara orang kampung dengan YB yang
dijemput serta penyampaian bantuan kepada mereka yang berhak. Program ini
diadakan sekali dalam masa 2 atau 3 bulan di lokasi-lokasi yang terpilih di seluruh
Negeri Sarawak.

63
Sehari Bersama Baitulmal

Program ini lebih kepada memberi penerangan dan taklimat kepada pekerja-pekerja
khususnya untuk kempen potongan zakat melalui potongan gaji bulanan [ZPG]. Selain
daripada itu, ianya disekalikan dengan penyerahan bantuan kepada mereka yang
berhak. Program SBB melibatkan jumlah peserta yang ramai sehingga 600 orang.

Taklimat Kepada Majikan

Taklimat Kepada Majikan akan diadakan mengikut keperluan khususnya untuk


menyampaikan maklumat terkini kepada majikan terutamanya bagi urusan potongan
zakat dan wakaf melalui potongan gaji bulanan pekerja. Program ini tertumpu kepada
Unit-Unit yang menguruskan gaji pekerja di organisasi berkenaan.

Taklimat Rakan Zakat Anda

Program ini hanya melibatkan jumlah peserta yang sedikit yang kurang daripada 100
orang. Iannya adalah merupakan program penerangnan dan taklimat khususnya
taklimat zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan.

2.8. PENUTUP

Peningkatan kesedaran membayar zakat adalah penting. Ini memandangkan ia adalah


satu perkara yang wajib dan merupakan salah satu rukun Islam yang lima. Masyarakat
masih lagi kurang kesedaran membayar zakat harta kerana terdapat masyarakat Islam
yang hanya mengetahui zakat fitrah sahaja yang wajib. Sekiranya w masyarakat Islam
mengetahuinya sekalipun, kesedaran membayar masih lagi rendah. Oleh itu pihak
institusi zakat perlu mempertingkatkan lagi kempen serta ceramah untuk memastikan
masyarakat Islam di Malaysia sedar akan kepentingan pembayaran zakat dan
mengetahui matlamat serta falsafah di sebalik zakat. Persepsi masyarakat Islam
terhadap institusi zakat juga perlu diperbaiki melalui peningkatan tahap kecekapan
dalam pengurusan zakat. Langkah ini telah dapat menambahbaikan lagi kecekapan
urusan zakat, meningkatkan lagi kutipan zakat dan akhirnya agihan zakat dapat
dilaksanakan dengan lebih cekap dan tersusun.

64
BAB 3

65
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN.

3.1. PENGENALAN

Metodologi kajian ialah kaedah / metode yang digunakan untuk mendapatkan data
bagi menyiapkan kajian ini. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan
mengedarkan borang kajiselidik untuk memperolehi data bagi menyiapkan tugasan ini
. Selain daripada itu, pengkaji juga mendapatkan pandangan dan kerjasama yang baik
daripada Pusat Pengajian Tugas Am/ Latihan Asas PULAPOL Kuching .

3.1.1. Sejarah PULAPOL Kuching

Pusat latihan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang selama ini berjaya
melahirkan ratusan ribu warga polis yang terlatih. Meyelusuri sejarah, pada 1851
pihak Inggeris yang memerintah Sarawak ketika itu menubuhkan sebuah pusat latihan
polis yang dikenali sebagai Police Training School (PTS) di Tanjung Kubu, Kuching
bagi tujuan melatih anggota polis tempatan serta polis dari Brunei dan Sabah ketika
itu. Pada 1950, sebuah lagi pusat latihan polis ditubuhkan di Bukit Siol, Kuching
khusus untuk melatih anggota Pasukan Polis Hutan (PPH).

Seterusnya pada 1963, PTS Tanjung Kubu ditutup dan dipindah serta disatukan
dengan Pusat Latihan Pasukan Polis Hutan, Bukit Siol. Dengan penyatuan ini, latihan
asas Pasukan Polis Hutan dan Latihan Asas Polis Tugas Am dilaksanakan di dalam
satu pusat latihan. Pusat latihan ini kekal menggunakan nama Pusat Latihan Pasukan
Polis Hutan, hinggalah pada 1980 ia mula dikenali sebagai PULASIOL, singkatan bagi
Pusat Latihan Bukit Siol. Pada 1994, PULASIOL dipindahkan ke Kem Pasukan
Gerakan Am, Batalion 14, buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada

66
pembinaan Pusat Pentadbiran Kerajaan negeri, Petra Jaya. Sehubungan dengan itu
juga, PULASIOL ditukar nama kepada Pusat Latihan Polis SARAWAK atau
singkatannya PULASAR.

Bagi memenuhi tuntutan latihan yang semakin mendesak, maka pada 1995,
satu pusat latihan dibina di Jalan Borneo Heights, Kuching, yang siap sepenuhnya
pada 1997. Ia dirasmikan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Ahmad Zaidi Adruce
Mohammad Noor, Yang diPertua Negeri Sarawak ketika itu, pada 12 Julai 1997. Pusat
Latihan yang diikenali sebagai Pusat Latihan Polis Kuching atau PULAPOL Kuching
ini dibangunkan bagi tujuan melatih rekrut baru untuk penugasan di seluruh negara
menerusi Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) konstabel selama enam bulan.

Ia pusat latihan bersepadu yang merangkumi lapan bidang pengajian iaitu:

1. Pengajian Latihan Asas.

2. Pengajian Tugas Am.

3. Pengajian Pasukan Gerakan Am.

4. Pengajian Komunikasi.

5. Pengajian Siasatan Dan Pendakwaan.

6. Pengajian Marin.

7. Pengajian Teknologi Maklumat.

8. Pengajian Memandu.

Bidang pengajian berkenaan menjadi tulang belakang dalam setiap PLAK


konstabel dan kursus yang dilaksanakan. Setiap pengajian memainkan peranan
masing-masing dalam memastikan setiap program dan kursus yang dijalankan
berkualiti tinggi, menepati piawaian yang ditetapkan dan memberi ilmu dan
pendedahan yang diperlukan oleh setiap rekrut.

67
Sebagai sebuah pusat latihan moden, PULAPOL Kuching dibangunkan dengan
pelbagai bentuk fasiliti dan kemudahan yang digunakan semaksimum mungkin untuk
melicinkan segala bentuk pentadbiran dan perjalanan program konstabel dan kursus
yang dijalankan.

Bagi Pelatih PLAK konstabel, pusat latihan ini mampu menampung 700
pelatih dalam satu-satu masa. Dua berek pelatih/peserta kursus disediakan untuk
penginapan dan kesenangan sepanjang mereka berkursus, masing-masing dapat
memuatkan 300 dan 400 individu.

Masjid dan gereja turut dibina bagi memudahkan pelatih, peserta kursus dan
staf PULAPOL Kuching menunaikan ibadah mengikut tuntutan agama masing-
masing. Masjid Nurul Hidayah mampu memuatkan sehingga 1,200 individu
bergantung kepada keadaan dan aktiviti yang dijalankan. Manakala gereja yang
terletak di kawasan berhampiran, dikenali sebagai All Saint’s Church mempunyai
kapasiti 300 orang.

Pusat latihan ini dilengkapi sebuah padang kawad berukuran 120m x 200m.
Padang kawad ini mampu memuatkan 5,000 anggota untuk pelbagai acara seperti
latihan kawad, ‘passing out parade’, Kawad Komandan, senamrobik, aktiviti riadah
dan lain-lain acara padang. Berdekatan padang kawad ada sebuah ‘drill shed’ yang
digunakan untuk latihan kawad statik jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, di mana
ia mampu menampung 1,000 pelatih.

PULAPOL Kuching juga turut menempatkan fasiliti lain yang antaranya


adalah Mes Pegawai, Mes Pegawai Rendah Polis, Dewan Santubong, Dewan Rentap
dan Dewan Kenyalang. Dewan Santubong digunakan untuk majlis perasmian dan
penutupan kursus, kelas syarahan, acara lawatan dan sebagainya. Manakala Dewan
Rentap pula digunakan untuk menyambut kehadiran pelatih PLAK dan peserta kursus
semasa lapor diri. Dewan ini menempatkan gimnasium, gelanggang takraw dan juga
gelanggang badminton.

Dewan Kenyalang pula digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti ceramah dari
agensi luar, perasmian dan penutupan kursus, majlis malam mesra dan seumpamanya.

68
Lain-lain kemudahan kelengkapan latihan yang terdapat di sini ialah klinik, padang
kawad, dua bangsal kawad, lapang sasar tertutup, lapang sasar 300 meter, lapang sasar
60 meter, dua dewan makan yang mampu memuatkan 600 orang pada satu-satu masa,
bangunan stor bekalan, bangunan stor persenjataan dan juga stor bekalan peluru.

Selain itu, ada juga kemudahan prasarana sukan seperti kolam renang, padang
bola sepak, gelanggang sepak takraw, padang futsal, dewan serbaguna, gelanggang
bola jaring, gelanggang bola keranjang serta tenis untuk dimanfaatkan pelatih dan
peserta kursus. Bagi kemudahan warga kerjanya pula, disediakan 272 unit kediaman
pelbagai kelas di dalam pusat latihan ini.

Kita semua sedia maklum bahawa proses latihan amat penting kerana ia
berupaya melahirkan sumber manusia yang berkualiti. Dengan pusat latihan yang
serba lengkap dan moden sebegini, PDRM berharap dapat melahirkan warga polis
yang lebih berkemampuan untuk memikul tanggungjawab dengan berkesan kepada
masyarakat.

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan kuantitatif kerana ia bertujuan


untuk mengetahui tahap kefahaman PLAK Konstabel Bil.4 Siri 4/2017, PULAPOL
Kuching tentang zakat , penerima zakat mengikut hukum syarak dan juga pengetahuan
responden tentang agensi yang terlibat dalam menguruskan zakat. Kajian berbentuk
deskriptif dipilih dalam kajian ini kerana kaedah ini boleh menjelaskan dan
menghuraikan sesuatu perkara atau keadaan pada sesuatu masa dan membantu
menyelesaikan sesuatu masalah melalui pendekatan “sebab dan akibat” (Chen, 1990 ).
Hal ini bersesuaian dengan pendapat Iqbal Hasan (2004) yang menjelaskan bahawa
analisis deskriptif adalah bentuk analisis data penelitian untuk menguji generalisasi
hasil penelitian berdasarkan satu sampel sahaja .

Dalam hal ini kajian berbentuk deskriptif berhubung kait dengan hal
menguraikan atau memberikan keterangan-keterangan mengenai suatu data atau
keadaan . Dengan kata lain pendekatan deskriptif berfungsi menerangkan keadaan,
gejala, atau persoalan dimana kesimpulan dibuat hanya ditujukan pada kumpulan data

69
yang ada. Sugiyono (2004) pula berpendapat analisis deskriptif adalah statistik yang
digunakan untuk menganalisa data dengan cara mendeskripsikan atau menggambarkan
data yang telah terkumpul dalam keadaan asal tanpa bermaksud membuat kesimpulan
yang berlaku dalam konteks umum. Sementara itu , Bambang Suryoatmono (2007)
menyatakan kajian deskriptif adalah statistik yang menggunakan data pada suatu
kelompok untuk menjelaskan atau membuat kesimpulan mengenai kelompok itu
sahaja dan berdasarkan pandangan tersebut pengkaji berpendapat pendekatan
deskriptif bersesuaian dengan kajian ini kerana pengkaji hanya ingin mengetahui
tentang suatu populasi kajian yang khusus iaitu Pelatih PLAK Konstabel Bil.4 Siri
4/2017, PULAPOL Kuching sahaja.

3.3. INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian merupakan alat untuk mendapatkan data dari sampel kajian .
Dalam kajian ini penyelidik telah memilih instrumen kajian yang berbentuk soal
selidik . Penyelidik merasakan penggunaan soalselidik sebagai kaedah untuk
mendapatkan data kajian disebabkan kaedah ini mudah untuk dikendalikan dan mudah
untuk mendapatkan kerjasama responden . Responden bebas memilih jawapan tanpa
rasa segan dan bilangan responden yang ramai boleh meningkatkan kebolehpercayaan
kajian . Borang kaji selidik yang disediakan dalam tugasan ini adalah direka sendiri
oleh pengkaji dalam usaha untuk mendapatkan gambaran sebenar tahap kefahaman
responden terhadap zakat .

Menurut Noraini Idris ( 2010 ), semua penyelidikan melibatkan pungutan data.


Data merujuk kepada maklumat yang diperoleh penyelidik tentang subjek
penyelidikan atau kajian. Contoh data ialah maklumat demografi seperti umur, jantina,
etnik dan agama; skor bagi ujian yang dibina oleh penyelidik; respon kepada soalan
penyelidik, sama ada melalui temu bual atau jawapan bertulis dalam borang soal
selidik. Alat-alatan seperti ujian pensil dan kertas, borang soal selidik atau skala
perkadaran yang digunakan untuk mengumpul data pula dinamakan sebagai
instrumen.

70
3.4. KAEDAH KAJIAN

Data kualitatif berbentuk deskriptif, berupa kata-kata lisan atau tulisan tentang tingkah
laku manusia yang dapat diamati (Taylor dan Bogdan, 1984) Data Kualitatif terhasil
daripada tiga jenis data (Patton, 1990).

Analisis dokumen ialah pecahan keadah pengumpulan data penyelidikan


daripada analisis kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap meseh
komunikasi yang telah dicetak, disiarkan atau dgambarkan. Dalam kata lain, bahagian
mesej itu dapat didengar, diperolehi dan dlihat dengan merujuk kandungan teks pada
perkataan, maksud, gambar, symbol, idea, tema, atau apa-apa mesej yang telah
dikomunikasikan (Sabithan Marican 2009)

Kajian yang dibina oleh penyelidik ini, merupakan kajian yang bersifat
deskriptif, atau merupakan kajian yang dibuat berdasarkan gambaran yang telah sedia
ada. Ia juga dikategorikan sebagai kajian yang berbentuk percampuran kuantitatif dan
kualitatif. Denzin dan Lincoln (1994) berpendapat bahawa penyelidikan kualitatif
melibatkan kepelbagaian kaedah secara terfokus, termasuk menggunakan pendekatan
naturalistik (semula jadi) untuk menyelidik sesuatu subjek. Cresswell (1994) pula
mentakrifkan bahawa penyelidikan kualitatif sebagai proses inkuiri ke arah
pemahaman yang didasari kaedah pengumpulan data yang lazim digunakan apabila
meninjau sesuatu permasalahan sosial.

Justeru, bagi mencapai objektif ini, penyelidik sedaya upaya cuba untuk
membuat dan mengadakan kaedah serta cara untuk merealisasikan tujuan tersebut.
Pada peringkat permulaan, penyelidik melakukan kajian-kajian dan tinjauan-tinjauan
terhadap beberapa penyelidikan-penyelidikan yang telah dihasilkan sebelum ini. Ia
bagi mengelakkan berlakunya pertindihan tajuk antara penyelidikan yang lain dengan
penyelidikan yang dijalankan ini.

Soalan dalam bentuk data akan diserahkan kepada Pelatih PLAK Konstabel
Bil.4 Siri 4/2017 Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching dan responden diminta untuk
menjawab soalan-soalan yang telah dibuat mengikut pemahaman mereka.

71
Menurut Othman (2001) dalam Hamidah (2007) menyatakan metodologi sebagai suatu
prosedur yang sistematik dalam menggabungkan pendekatan kajian serta analisis data
bagi memastikan prestasi penyelidikan dapat dicapai dengan sempurna.

3.5. PROSEDUR MENJALANKAN SOALAN SELIDIK

Borang soal selidik ini berbentuk tertutup dan disediakan dalam empat
bahagian (Bahagian A, B, C, dan D) yang berkaitan maklumat seperti berikut
Bahagian A : Profil Demografi Responden, Bahagian B : Mengenalpasti Persepsi
PLAK Konstabel Bil.4 Siri 4/2017 Berkaitan Ibadah Zakat, Bahagian C :
Mengenalpasti Pengetahuan Responden Tentang Zakat dan Bahagian D : Mengenal
Pasti Cara Pelaksanaan Ibadah Zakat Pelatih Polis. Borang soal selidik ini mempunyai
21 soalan. Responden dikehendaki menjawab semua soalan dengan teliti. Responden
tidak dikehendaki mengisi nama muka depan borang soal selidik tersebut. Setiap
jawapan adalah sulit.

Bahagian A mengandungi Umur Responden, Tahap Pendidikan, Aliran


Pendidikan dan Jantina. Bahagian B mengandungi soalan-soalan mengenai persepsi
pelatih polis berkaitan ibadah zakat seperti Zakat dapat mengurangkan kewangan saya,
Zakat memberi keberkatan harta saya, Zakat memberi keberkatan terhadap kehidupan
saya, Saya mempercayai pembahagian zakat dilakukan oleh pengurusan zakat, Saya
yakin dengan kejujuran amil yang dilantik untuk menunggut zakat, Sesiapa sahaja
boleh memohon bantuan zakat, Zakat merupakan sumber kekuatan umat islam dan
melaluinya ekonomi umat Islam dapat diperkasakan.

Bahagian C mengandungi soalan-soalan mengenai tahap pengetahuan


responden tentang zakat seperti Saya mengetahui penerima zakat adalah dari golongan
anak yatim sahaja, Saya tahu bahawa zakat merupakan rukun Islam, Saya tahu terdapat
perbezaan diantara zakat fitrah dan zakat harta, Saya tahu zakat fitrah ditunaikan
dalam bulan ramadhan sahaja, Saya tahu nilai zakat fitrah berbeza antara negeri di
Malaysia, Saya tahu zakat harta wajib ditunaikan bila cukup kadarnya dan masanya
dan Saya tahu orang yang tidak membayar zakat melakukan salah satu dosa besar.

Bahagian D mengandungi soalan-soalan cara pelaksanaan ibadah zakat seperti


Saya menyertai skim zakat potongan gaji, Saya menyertai skim zakat potongan gaji,

72
Saya melaksanakan ibadah zakat dimana-mana kaunter zakat, Saya melaksanakan
ibadah zakat melalui transaksi kad debit, Saya melaksanakan ibadah zakat melalui
transaksi kad kredit, Saya melaksanakan ibadah zakat melalui kemudahan internet,
Saya melaksanakan ibadah zakat untuk mendapat keberkatan dalam mencari harta dan
saya melaksanakan ibadah zakat di pejabat pos

3.6. PENGUMPULAN DATA

Prosedur pengumpulan data dalam mendapatkan data bagi kajian ini dimulakan
dengan mendapatkan kebenaran daripada Komandan PULAPOL Kuching untuk
mendapatkan kebenaran bagi mengedarkan borang kaji selidik . Surat tersebut
dikepilkan pada bahagian lampiran kajian ini . Seterusnya proses mendapatkan data
sebagai dapatan kajian ini ialah dengan mengedarkan statis kajiselidik kepada
responden yang dipilih secara rawak. Akhir sekali hasil jawapan kepada soalan kaji
selidik akan dirumuskan dan dijadikan dapatan dalam kajian ini kelak.

Borang kaji selidik tersebut akan menggunakan kaedah Skala likert dan ia
adalah suatu skala psikometrik yang umum digunakan dalam soal selidik, dan
merupakan skala yang paling banyak digunakan dalam kajian. Nama skala ini diambil
daripada nama Rensis Likert, yang menerbitkan suatu laporan yang menjelaskan
penggunaannya. Sewaktu menanggapi pertanyaan dalam skala Likert, responden
menentukan tingkat persetujuan mereka terhadap suatu pernyataan dengan memilih
salah satu daripada yang tersedia. Biasanya disediakan lima pilihan skala dengan
format seperti:-
1 = Sangat tidak setuju

2 = Tidak setuju

3 = Agak Setuju

4 = Setuju

5 = Sangat Setuju

Selain pilihan dengan lima skala seperti contoh di atas, kadang-kadang digunakan juga
skala dengan tujuh atau tatisti tingkat. Suatu kajian statistic menemukakan bahawa

73
beberapa ciri statistik hasil soal selidik dengan pelbagai jumlah pilihan ternayata
sangat serupa.

3.7. ANALISIS DATA

Analisis Data adalah upaya atau cara untuk mengolah data menjadi informasi
sehingga karakteristik data tersebut dipahami dan bermanfaat untuk solusi
permasalahan, tertutama masalah yang berkaitan dengan penelitian. Atau definisi lain
dari analisis data yaitu kegiatan yang dilakukan untuk menubah data hasil dari
penelitian menjadi informasi yang nantinya akan dipergunakan dalam mengambil
kesimpulan.

Adapun tujuan dari analisis data ialah untuk mendeskripsikan data sehingga di
pahami, lalu untuk membuat kesimpulan atau menarik kesimpulan mengenai
karakteristik populasi berdasarkan data yang didapatkan dari sampel, biasanya ini
dibuat berdasarkan pendugaan dan pengujian hipotesis. Itulah penjelasan mengenai
analisis data semoga dapat dipahami.

Menurut Taylor, (1975: 79) mendefinisikan analisis data sebagai proses yang
merinci usaha secara formal untuk menemukan tema dan merumuskan hipotesis (ide)
seperti yang disarankan dan sebagai usaha untuk memberikan bantuan dan tema pada
hipotesis. Jika dikaji, pada dasarnya definisi pertama lebih menitik beratkan
pengorganisasian data sedangkan yang ke dua lebih menekankan maksud dan tujuan
analisis data. Dengan demikian definisi tersebut dapat disintesiskan bahwa analisis
data merupakan proses mengorganisasikan dan mengurutkan data ke dalam pola,
kategori dan satuan uraian dasar sehingga dapat ditemukan tema dan dapat dirumuskan
hipotesis kerja seperti yang didasarkan oleh data.

Data yang telah diperolehi daripada boring kaji selidik yang diedarkan
kepada respondan dianalisis dengan menggunakan peratusan dan bilangan responden.
Kaedah ini digunakan untuk menilai tahap kefahaman responden dalam bentuk
bilangan orang atau responden dan seterusnya dianalisis dalam bentuk peratusan.

74
3.8. PENUTUP

Adalah disimpulkan bahawa metodologi kajian ini memainkan peranan penting dalam
merumuskan dan mendapatkan data untuk meneruskan kajian. Peolehan data melalui
penyerahan soalan jawab dalam orang kaji selidik melibatkan 30 orang pelatih Islam
daripada sejumlah keseluruhan 260 orang dalam tempoh sebulan. Bermula 15 Januari
2018. Seramai 10 platun yang mana setiap platun hanya mengambil tiga orang pelatih
islam atau responden. Daripada jumlah 10 platun tersebut hanya terdapat dua platun
wanita. Ini menjadikan responden atau jumlah pecahan pelatih adalah seramai 24
Lelaki dan 6 orang wanita.

Fine dan Sandstorm (1988), mengatakan bahawa seseorang penyelidik mestilah


menyediakan penerangan yang menyeluruh tentang tujuan penyelidikan, terutama
apabila penyelidik tidak mempunyai kuasa penuh terhadap subjek dan responden.
Kesemua etika ini adalah bagi menjamin kualiti serta mutu kepada penyelidikan yang
dihasilkan.

75
BAB 4

76
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1. PENGENALAN

Dalam Bab 4, pengkaji mengemukakan analisis terperinci mengenai data yang


diperolehi daripada kajian ini. Ia bertujuan untuk menjawab persoalan mengenalpasti
tahap kefahaman Pelatih PLAK Konstabel Bil.4 Siri 4/2017, PULAPOL Kuching
tentang ibadah zakat, mengenalpasti tahap pengetahuan responden tentang zakat dan
mengenalpasti cara pelaksanaan ibadah zakat oleh responden iaitu Pelatih PLAK
Konstabel Bil.4 Siri 4/2017 PULAPOL Kuching.

4.2. LATARBELAKANG SAMPEL KAJIAN

Latarbelakang sampe kajian terdiri daripada umur, tahap pendidikan, aliran pendidikan
dan jantina. Kesemua responden berasal dari Negeri Sarawak.

Hasil dari kajian Bahagian A iaitu profil responden maka dapatlah


diringkaskan dalam Jadual 1. Daripada data tersebut didapati bahawa pada bahagian
umur responden seramai 9 orang responden berusia diantara 21 hingga 25 tahun. Ini
mewakili 30% daripada jumlah keseluruhan. Sementara itu, seramai 21 orang
responden berusia diantara 26 hingga 28 tahun yang mewakili 70% daripada jumlah
keseluruhan responden. Ringkasan data adalah seperti Jadual 1.

77
JADUAL 1 UMUR RESPONDEN

Umur Responden 21 - 25 Tahun 26 - 28 Tahun


Jumlah ( Orang ) 9 21
Peratus ( % ) 30% 70%

Manakala untuk bahagian Tahap pendidikan pula, pengkaji telah


membahagikan Tiga kategori iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Diploma dan
Ijazah. Daripada dapatan kajian, jelas dilihat majoriti responden merupakan pemegang
Sijil Pelajaran Malaysia iaitu seramai 20 orang dan ia mewakili sebanyak 67%
daripada jumlah tersebut. Manakala seramai 10 orang responden memiliki Diploma
sebagai pendidikan tertinggi mereka. Ini mewakili 33% daripada jumlah keseluruhan
responden. Manakala kosong bagi yang memiliki ijazah. Ringkasan data adalah
seperti Jadual 2.

JADUAL 2 TAHAP PENDIDIKAN

Tahap Pendidikan Sijil Diploma Ijazah


Jumlah ( Orang ) 20 10 0
Peratus ( % ) 67% 33% 0

Bahagian seterusnya adalah aliran pendidikan responden. Pengkaji telah


membahagikan kepada dua bahagian iaitu aliran agama dan aliran konvensional.
Daripada data yang diperolehi, didapati seramai 8 orang responden menimba ilmu di
dalam aliran agama. Ini mewakili 27% sahaja. Sementara baki seramai 22 orang
responden merupakan pelajar aliran konvensional iaitu mewakili sebanyak 73% dari
keseluruhan responden seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.

78
JADUAL 3 ALIRAN PENDIDIKAN RESPONDEN

Aliran Pendidikan Agama Konvensional


Jumlah ( Orang ) 8 22
Peratus ( % ) 27% 73%

Bahagian terakhir ialah jantina responden. Sebanyak 30 borang kaji selidik yang
telah diedarkan dan dikembalikan kepada responden, seramai 24 orang terdiri daripada
responden lelaki yang mewakili 80% dan manakala 6 orang responden perempuan
ataupun 20% daripada jumlah keseluruhan responden seperti di Jadual 4.

JADUAL 4 JANTINA

Lelaki Perempuan
Jumlah ( Orang ) 24 6
Peratus ( % ) 80% 20%

79
4.3. ANALISIS DESKRIPTIF

Dalam bahagian ini, pengkaji mengemukakan analisis deskritif bagi menjawab soalan
kajian iaitu :

4.3.1. Mengenalpasti Persepsi PLAK Konstabel Bil.4 Siri 4/2017 Berkaitan Ibadah
Zakat

Berdasarkan jawapan yang diperolehi daripada borang soal selidik menujukan


kesemua 30 orang responden (100%) mengetahui bahawa zakat tidak akan
mengurangkan kewangan mereka. Keseluruhan 30 orang (100%) responden bersetuju
dan mengetahui bahawa zakat memberikan keberkatan terhadap harta. Keseluruhan
30 orang responden (100%) bersetuju dan tahu bahawa zakat memberi keberkatan
terhadap kehidupan manusia. Keseluruhan 30 orang responden (100%) mempercayai
bahawa pembahagian zakat dilakukan oleh pihak baitulmal. Keseluruhan 30 orang
responden (100%) mempunyai keyakinan bahawa kejujuran amil yang dilantik oleh
Tabung Baitulmal Sarawak untuk memunggut zakat fitrah dalam bulan ramadhan.
Responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa sesiapa sahaja boleh
memohon bantuan zakat adalah seramai 15 orang (50%) manakala seramai 15 (50%)
lagi percaya bahawa sesiapa sahaja boleh memohon bantuan zakat. Responden yang
mempercayai bahawa zakat merupakan sumber kekuatan umat Islam dan melaluinya
ekonomi umat islam dapat diperkasakan adalah seramai 29 orang responden (97%)
manakala hanya 1 orang responden (3%) sahaja yang tidak mempercayainya.
Daripada data yang diperolehi, dapat disimpulkan bahawa presepsi responden
tentang ibadah zakat amat tinggi merangkumi 80 % atau 24 orang dan ini dapat
dibuktikan daripada statistic tersebut. Jelas dilihat bahawa untuk setiap soalan kaji
selidik yang dikemukakan, responden memahami soalan yang diberikan. Hasil
daripada soal selidik tersebut adalah seperti diringkaskan dalam Jadual 5.

80
MENGENALPASTI PERSEPSI PELATIH PLAK KONSTABEL BIL.4 SIRI 4/2017

JADUAL 5 BERKAITAN IBADAH ZAKAT


SANGAT TIDAK AGAK SANGAT
PERKARA SETUJU
TIDAK SETUJU SETUJU SETUJU
SETUJU
Zakat Dapat Mengurangkan 26 4
Kewangan Saya
87% 13%

Zakat Memberi Keberkatan 1 5 24


Harta Saya
3% 17% 80%

Zakat Memberi Keberkatan


Terhadap Kehidupan Saya 3 27
10% 90%

Saya Mempercayai
Pembahagian Zakat
Dilakukan Oleh Pengurusan
Zakat 12 18
40% 60%

Saya Yakin Dengan


Kejujuran Amil Yang
Dilantik Untuk Memunggut
Zakat 1 9 20
3% 30% 67%

Sesiapa Sahaja Boleh 3 12 2 9 4


Memohon Bantuan Zakat 10% 40% 7% 30% 13%

Zakat Merupakan Sumber


Kekuatan Umat Islam Dan
Melaluinya Ekonimi Umat 1 11 18
Islam Dapat Diperkasakan 3% 37% 60%

81
4.3.2. Mengenalpasti Pengetahuan Responden Tentang Zakat

Hasil daripada soal selidik yang diedarkan telah menunjukkan responden mengetahui
penerima zakat adalah terdiri daripada anak yatim sahaja adalah seramai 6 orang
responden (20%) manakala 24 orang responden (80%) tidak bersetuju dengan
penyataan tersebut. Responden yang tahu bahawa zakat merupakan rukun islam
adalah seramai 29 orang responden (97%) manakala hanya 1 orang responden (3%))
sahaja menyatakan sebaliknya. Keseluruhan 30 orang responden (100%) tahu bahawa
terdapat perbezaan diantara zakat fitrah dan zakat harta. Keseluruhan 30 orang
responden (100%) juga mengetahui bahawa zakat fitrah ditunaikan dalam bulan
ramadhan sahaja. Responden yang mengetahui bahawa terdapat perbezaan diantara
zakat fitrah mengikut negeri adalah seramai 26 orang responden (86%) manakala
seramai 4 orang responden (14%) tidak mengetahui terdapatnya perbezaan.
Responden yang mengetahui bahawa zakat harta wajib ditunaikan bila cukup kadarnya
dan masanya. Seramai 1 orang responden (3%) tidak mengetahui tentang perkara
tersebut dan selebihnya seramai 29 orang responden (97%) tahu mengenai perkara
tersebut. Responden yang mengetahui bahawa adalah melakukan dosa besar jika tidak
menunaikan zakat adalah seramai 27 orang responden (90%) manakala seramai 3
orang responden (10%) tidak mengetahui bahawa ia merupakan dosa besar jika tidak
menunaikan zakat. Daripada data yang diperolehi, dapat disimpulkan bahawa tahap
pengetahuan responden tentang ibadah zakat ini agak tinggi. Jelas dilihat bahawa
untuk setiap soalan kaji selidik yang dikemukakan, responden memahami soalan yang
diberikan. Pengetahuan responden dalam zakat juga adalah tinggi dengan 90 % atau
27 orang. Walaubagaimana pun terdapat sebilangan kecil responden masih mendapat
kurang pengetahuan tentang zakat, contohnya terdapat perbezaan kadar zakat fitrah
diantara negeri, dosa besar apabila tidak menunaikan zakat dan 1 orang responden
tidak mengetahui bahawa zakat merupakan rukun islam. Hasil daripada soal selidik
tersebut adalah seperti diringkaskan dalam Jadual 6.

82
MENGENALPASTI PENGETAHUAN RESPONDEN TENTANG
JADUAL 6 ZAKAT

TIDAK AGAK SANGAT


PERKARA SETUJU
SANGAT SETUJU SETUJU SETUJU
TIDAK SETUJU
Saya Mengetahui
Penerima Zakat Adalah
Dari Golongan Anak 11 13 3 1 2
Yatim Sahaja 37% 43% 10% 3% 7%

Saya Tahu Bahawa Zakat 1 2 27


Merupakan Rukun Islam 3% 7% 90%

Saya Tahu Terdapat 12 18


Perbezaan Diantara Zakat
Fitrah Dan Zakat Harta 40% 60%

Saya Tahu Zakat Fitrah 2 8 20


Ditunaikan Dalam Bulan
Ramadhan Sahaja 7% 27% 67%

Saya Tahu Nilai Zakat 2 2 7 19


Fitrah Berbeza Antara
Negeri Di Malaysia 7% 7% 23% 63%

Saya Tahu Zakat Harta


Wajib Ditunaikan Bila
Cukup Kadarnya Dan 1 3 11 14
Masanya 3% 10% 37% 47%

Saya Tahu Orang Yang


Tidak Membayar Zakat
Melakukan Salah Satu 3 3 6 18
Dosa Besar 10% 10% 20% 60%

83
4.3.2. Mengenalpasti Cara Pelaksanaan Ibadah Zakat

Berdasarkan soal selidik yang diedarkan, responden seramai 13 orang responden


(44%) tidak bersetuju menyertai skim zakat melalui potongan gaji manakala 17 orang
reponden (66%) bersetuju dan tahu bahawa zakat boleh dibayar melalui potongan gaji.

Responden yang tidak bersetuju membayar zakat di kaunter zakat adalah


seramai 1 orang responden (3%) manakala seramai 27 orang responden (97%)
bersetuju dan tahu bahwa zakat boleh bayar di kaunter-kaunter zakat. Responden yang
tidak bersetuju untuk melaksanakan ibadah zakat melalui transaksi kad debit adalah
seramai 22 orang responden (73%) manakala seramai 8 orang responden (17%) tahu
dan memahami bahawa zakat boleh dibayar melalui transaksi kad debit. Responden
yang tidak bersetuju untuk melaksanakan ibadah zakat melalui transaksi kad kredit
adalah seramai 22 orang responden (73%) manakala seramai 8 orang responden (17%)
tahu dan memahami bahawa zakat boleh dibayar melalui transaksi kad kredit.
Responden yang tidak bersetuju untuk melaksanakan ibadah zakat melalui transaksi
internet adalah seramai22 orang responden (73%) manakala seramai 8 orang
responden (17%) tahu dan memahami bahawa zakat boleh dibayar melalui transaksi
internet. Responden yang tahu bahawa dengan membayar zakat ianya dapat memberi
keberkatan dalam mencari harta. Seramai 4 orang responden (13%) tidak bersetuju
bahawa dengan membayar zakat dapat memberi keberkatan dalam mencari harta
manakala seramai 26 orang responden (87%) tahu dan bersetuju dengan penyataan ini.
Responden yang tidak bersetuju untuk melaksanakan ibadah zakat di pejabat pos
adalah seramai 21 orang responden (70%) manakala seramai 9 orang responden (30%)
tahu dan memahami bahawa zakat boleh dibayar di pejabat pos. Daripada data yang
diperolehi, sebanyak 60% atau 18 orang responden tidak mengetahui tentang
kemudahan untuk menbayar zakat terutamanya melaluinya kemudahan perbankan dan
internet. Seramai 12 orang iaitu 40% responden disimpulkan bahawa responden agak
keliru dan tidak mengetahui tentang kemudahan untuk menbayar zakat terutamanya
melaluinya kemudahan perbankan dan internet. Ini mungkin kerana tiada pendedahan
dan pengetahuan yang terbatas. Hasil daripada soal selidik tersebut adalah seperti
diringkaskan dalam Jadual 7.

84
JADUAL 7 MENGENALPASTI CARA PELAKSANAAN IBADAH ZAKAT OLEH PELATIH
PLAK KONSTABEL BIL.4 SIRI 4/2017

SANGAT TIDAK AGAK SANGAT


PERKARA SETUJU
TIDAK SETUJU SETUJU SETUJU
SETUJU
Saya Menyertai Skim 5 8 1 10 6
Zakat Potongan Gaji
17% 27% 3% 33% 20%

Saya Melaksanakan
Ibadah Zakat Dimana- 1 1 7 21
Mana Kaunter Zakat 3% 3% 23% 70%

Saya Melaksanakan 12 10 2 3 3
Ibadah Zakat Melalui
Transaksi Kad Debit 40% 33% 7% 10% 10%

Saya Melaksanakan 12 10 3 3 2
Ibadah Zakat Melalui
Transaksikad Kad Kredit 40% 33% 10% 10% 7%

Saya Melaksanakan 11 11 1 6 1
Ibadah Zakat Melalui
Transaksi Internet 37% 37% 3% 20% 3%

Saya Melaksanakan
Ibadah Zakat Untuk
Mendapat Keberkatan 3 1 1 5 20
Dalam Mencari Harta 10% 3% 3% 17% 67%

Saya Melaksanakan
Ibadah Zakat Di Pejabat 9 12 3 3 3
Pos 30% 40% 10% 10% 10%

85
BAB 5

86
BAB 5

DAPATAN KAJIAN

5.1. PENGENALAN

Daripada hasil analisis yang telah diperolehi daripada kelompok responden tersebut
dapat disimpulkan bahawa persepsi responden tentang ibadah zakat dan pengetahuan
responden tentang zakat adalah amat tinggi manakala cara pelaksanaan zakat telah
menunjukkan responden kurang pengetahuan atau tidak memahami atau tidak tahu
dimana zakat boleh dilaksanakan. Dalam Bab ini, pengkaji akan cuba untuk
merumuskan hasil dapatan kajian tersebut secara amnya dan turut mencadangkan
beberapa langkah yang boleh diambil oleh pihak-pihak berkenaan untuk dimasukkan
ke dalam module dalam latihan dan menjadi rujukan kepada pengkaji-pengkaji.

Menurut (Cresswell, 2010) bermaksud adalah merupakan satu laporan kajian


yang melaporkan berkaitan penyiasatan atau penerokaan masalah, mengenalpasti
soalan yang dikenalpasti, dan mengandungi data yang dikumpul, serta analisis yang
ditafsir oleh penyelidik.”

5.2. RINGKASAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui ‘Tahap Kefahaman Pelaksanaan Ibadah


Zakat Dalam Kalangan Pelatih PLAK Konstabel Bil.4 Siri 4/2017 Pusat Latihan Polis
(PULAPOL) Kuching, Sarawak tentang persepsi, pengetahuan dan cara pelaksanaan
ibadah zakat. Kajian ini dibuat dengan memilih 3 orang responden dalam setiap
platun dengan jumlah keseluruhan 30 orang dan 10 platun. Dengan penuh harapan
hasil kajian ini akan dapat dimanfaatkan bersama oleh responden-responden secara
keseluruhannya.

87
5.3. PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Daripada data yang diperolehi melalui edaran Borang Kaji Selidik yang telah dibuat
maka dapatlah dirumuskan bahawa persepsi Pelatih PLAK Konstabel Bil.4 Siri
4/2017, PULAPOL Kuching tentang ibadah zakat adalah tinggi namun terdapat
kekeliruan dalam beberapa perkara. Responden berkeyakinan tinggi terhadap
kejujuran amil yang dilantik.

Menurut Hairunnizam Wahid et al, (2011) Amil amat berperanan penting


dalam pengurusan zakat. Oleh itu profesion sebagai amil perlu dimantapkan agar
sasaran serta misi pengurusan zakat dapat dicapai dengan cemerlang. Ia perlu bermula
dari input iaitu amil yang berkualiti bakal menghasilkan pengurusan dan output
perkhidmatan zakat yang berkualiti. Pelantikan amil berkualiti perlu merangkumi
semua aspek seperti sahsiah dan akhlak, tahap pendidikan yang tinggi dan profesional,
tahap pengetahuan agama yang tinggi, mudah diterima oleh masyarakat dan
sebagainya. Kejayaan pelaksanaan lokalisasi pengagihan zakat amat bergantung
kepada kualiti amil di peringkat mukim agar ia dapat menyokong kualiti pengurusan
zakat di peringkat daerah dan negeri. Ini akhirnya dapat mengatasi dan menyelesaikan
masalah pengagihan zakat di Malaysia. Responden mempunyai keyakinan yang tinggi
terhadap amil yang telah dilantik.

Responden didapati tidak mengetahui siapa yang berkelayakan menerima


bantuan zakat atau asnaf. Peranan institusi zakat amat penting dalam ember zakat. Ia
merupakan perantara antara pembayar dan penerima (asnaf). Tanggungjawabnya
adalah amat besar iaitu memastikan kutipan zakat dapat dilakukan dengan efisien dan
mengagihkan zakat kepada asnaf dengan efisien dan berkesan. Sekiranya institusi ini
gagal berfungsi dengan baik, maka zakat tidak akan dilaksanakan. Institusi zakat perlu
menunjukkan nilai-nilai Islam yang tinggi seperti amanah dan adil dalam pengurusan
zakat dan di masa yang sama perlu bersifat profesionalisme. Cabaran institusi zakat
menguruskan zakat pada masa kini bukanlah seperti zaman dahulu di mana seorang
amil adalah seseorang diyakini masyarakat setempat seperti para ustaz, guru agama
dan imam yang mempunyai latar belakang pendidikan agama.

88
Pengurusan zakat pada masa kini juga memerlukan pengurus yang mempunyai ilmu-
ilmu lain seperti pengurusan, keusahawanan, teknologi dan sebagainya. Ini akhirnya
akan meningkatkan tahap profesionalisme pengurusan zakat, meningkatkan keyakinan
pembayar zakat dan akhirnya akan meningkatkan lagi dana zakat dalam kewangan
Islam yang akhirnya dapat meningkatkan lagi pengagihan kepada asnaf.

Hairunnizam Wahid dan Sanep Ahmad (2008) dalam kajiannya yang bertajuk
Pengagihan Zakat Oleh Institusi Zakat Di Malaysia: Mengapa Masyarakat Islam Tidak
Berpuas Hati. Hasil kajian menunjukkan ramai pembayar zakat tidak berpuas hati
dengan pengagihan zakat oleh institusi zakat. Perkara yang jelas menimbulkan sikap
tidak puas hati tersebut adalah berkaitan dengan kaedah pengagihan zakat. Perasaan
tidak puas hati ini berlaku walaupun di kalangan mereka yang membayar zakat. Ini
akan memberi kesan yang tidak baik kerana kemungkinan mereka membayar zakat
tetapi bukan kepada institusi zakat formal tetapi secara terus kepada asnaf zakat. Bagi
mereka yang tidak membayar zakat ditambah lagi tidak puas hati terhadap pengagihan
zakat oleh institusi zakat, ini akan menyebabkan mereka secara berterusan tidak akan
membayar zakat. Terdapat beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan untuk
memastikan pengagihan zakat menjadi lebih efisien dan akhirnya akan memuaskan
hati pembayar zakat. Dakwaan ini dapat disangkal dan bertentangan dengan hasil
dapatan dimana kesemua responden mempercayai bahawa pembahagian zakat yang
dilakukan oleh Tabung Baitulmal Sarawak.

Manakala dapatan tentang pengetahuan responden tentang zakat adalah amat


tinggi. Ini ditunjukkan dalam Jadual 6 berdasarkan daripada analisis terhadap statistic
yang dilakukan jelas menunjukkan responden mempunyai tahap pengetahuan yang
tinggi tentang zakat dan agak membanggakan apabila pengkaji mendapati responden
tahu bahawa adalah melakukan dosa besar jika tidak menunaikan zakat.

Menurut Muhammad, Amir Marzuki dan Ainulashikin (2005) telah mendapati


kadar pendedahan yang diterima mendorong kepada gelagat pembayaran zakat. Hal ini
dapat dilihat apabila semakin tinggi pendedahan mengenai zakat diterima oleh
individu maka, kecenderungan beliau ke arah kepatuhan membayar zakat akan turut
meningkat. Antara pendekatan yang dicadangkan bagi menyampaikan mesej zakat
ialah khutbah, ceramah, forum, pengedaran risalah, seminar, pemasangan kain rentang

89
dan sebagainya. Peningkatan bilangan pembayar dari semasa ke semasa menunjukkan
kempen yang dilakukan oleh institusi zakat berjaya. Pendapat ini adalah selari dengan
data yang diperolehi daripada responden-responden.

Pada dapatan seterusnya iaitu cara pelaksanaan zakat, pengkaji mendapati


responden sebenarnya tidak mengetahui bahawa terdapat kemudahan untuk
memunaikan zakat melalui transaksi kad debit, kad kredit, internet dan melalui pejabat
pos. Peranan institusi bank-bank Islam bagi membantu institusi zakat negeri di
Malaysia meningkatkan kutipan zakat amat baik di mana hampir separuh daripada
metodologi bayaran zakat di Malaysia adalah berasaskan daripada perkhidmatan
perbankan Islam. Beberapa inisiatif telah diambil oleh pihak Baitulmal untuk
memberi penerangan tentang ibadah Zakat seperti Baitulmal Bersama Rakyat, Sehari
Bersama Baitulmal, Taklimat Kepada Majikan dan Taklimat Rakan Zakat Anda.
Untuk memudahkan lagi pembayaran zakat maka kad kredit boleh digunakan seperti
kad kredit bank Islam, Al-Ikhwan Maybank, Bank Simpanan Nasional Al-Aiman,
CIMB Islamic, At-Taslif Ambank Group, RHB Islamic, HSBC Amanah, kad kredit i-
Bank Rakyat dan Al Rajhi bank.

Menurut (Aidit,1988) terdapat tujuh kumpulan atau golongan pembayar zakat


mengikut tahap kesedaran dan keimanan, seperti golongan yang membayar zakat
hanya sekiranya ada akta dan undang-undang yang mewajibkannya, golongan yang
lebih takut sekiranya tidak membayar cukai berbanding zakat pendapatan, golongan
yang tidak membayar kerana kejahilan, golongan yang terlalu banyak menyoal akan
kewajipan zakat, golongan yang menganggap zakat sebagai beban dan golongan yang
menggunakan helah dalam zakat serta gologan yang menganggap zakat hanya zakat
fitrah sahaja.

Faktor-faktor yang menurunkan kebarangkalian pembayaran zakat termasuk


sikap malas untuk membayar, tiada keyakinan dengan institusi pungutan zakat serta
fahaman politik yang berbeza. Kamil, Chek Derashid dan Engku Ismail (1997) yang
menyatakan bahawa sikap kepatuhan amat penting dalam menentukan kepatuhan
untuk membayar zakat. Sekiranya sikap patuh tidak ada pada diri mereka maka
individu tidak akan membayar zakat.

90
Dalam konteks kajian ini, pengkaji membuat kesimpulan bahawa objektif dan
persoalan kajian untuk mengetahui tahap pemahaman responden tentang ibadah zakat
adalah terjawab dengan baik dan penuh kejujuran.

Dalam usaha Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) mentarbiahkan masyarakat


tentang kefarduan berzakat, ia tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai gelagat
masyarakat Islam berhubung pensyariatan ini. Antaranya dapat diringkaskan dalam
beberapa golongan seperti berikut:

• Wujud golongan yang mematuhi perintah Allah SWT sama ada daripada al
Quran ataupun al Sunnah, jika perintah ini dimaktubkan dalam bentuk undang-undang
negara, khususnya dalam bentuk akta parlimen, enakmen dan sebagainya.
Alasan mereka senang iaitujika perintah Allah SWT tidak
dimaktubkan dalam undang undang negara, tidak akan jatuh apaapa penguatkuasaan
undangundang ke atas mereka.

• Wujud golongan yang lebih takut jika tidak membayar atau lambat membayar
cukai pendapatan, cukai perniagaan dan sebagainya daripada takut tidak membayar
zakat sedangkan mereka cukup syaratnya. Walhal Seksyen 6A(3), Akta Cukai
Pendapatan 1967 menyatakan bahawa orang Islam yang membayar zakat dengan
mengemukakan resit daripada pihak yang berwajib (bagi negeri Sarawak ialah TBS)
akan mendapat rebat cukai.
• Wujud juga golongan yang agak berat mulut untuk bertanya tanpa diajar, berat
kaki untuk mencari guru dan berat tangan mengangkat buku mencari jawapan sendiri.

• Kita sering mendengar keluhan sebahagian masyarakat yang merasa tidak


senang hati kerana tidak menyedari tanggungjawab menunaikan kewajipan berzakat
ini. Sedangkan, pada usia muda lagi kita sepatutnya sudah tahu zakat ialah salah satu
rukun Islam.

• Wujud golongan yang terlalu banyak mengemukakan persoalan apabila


dituntut menunaikan zakat. Ada kalanya ia terbit daripada dorongan okum dan
kebakhilan.

91
• Ada yang beranggapan menunaikan zakat sebagai satu bebanan. Wang atau
harta mereka berkurangan apabila membayar zakat. Inilah mereka yang mengagumkan
konsep kebendaan dan tidak melihat pada aspek kerohanian dan spiritual.

• Wujud sebahagian masyarakat yang melihat proses pembayaran zakat sebagai


hak peribadi. Terpulang kepada mereka sama ada hendak mematuhi okum Allah itu
atau sebaliknya.

• Ada golongan yang menganggap zakat itu sedekah sedangkan status zakat,
sedekah dan hadiah amat berbeza dan perlu difahami dari segi hukumnya.

5.4. IMPLIKASI DAN CADANGAN

Kajian ini memberikan beberapa implikasi penting iaitu kebarangkalian meningkatkan


kesedaran untuk membayar zakat. Pihak institusi zakat perlu meningkatkan lagi
kerjasama dengan para majikan untuk memberi penerangan bertapa pentingkan zakat
bukan sahaja sebagai pengorbanan harta semata-mata, namun jauh dari itu.
Masyarakat umum perlu disedarkan bahawa ketaqwaan bukan setakat
menyempurnkan solat lima waktu sahaja.

Sebarang keraguan tidak akan timbul sekiranya Tabung Baitulmal Sarawak


memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan seterusnya dapat meyakinkan
pelanggan untuk terus menunaikan zakat. Kepelbagaian medium promosi perlu
dipertingkatkan lagi oleh Tabung Baitulmal Sarawak seperti khutbah, ceramah,
forum, pengedaran risalah, seminar, pemasangan kain rentang dan sebagainya dilihat
sebagai fleksibiliti yang diwujudkan bagi menggalakkan pembayaran zakat.

Tabung Baitulmal Sarawak, Bahagian Penyelidik Latihan dan Bahagian


Agama dan Kaunseling PULAPOL Kuching disarankan untuk memberi info yang
jelas dalam bentuk penyampaian yang lebih kreatif dan menarik berkaitan dengan
zakat di samping penyampaian maklumat yang lebih tepat dan efektif. Tambahan,
Tabung Baitulman Sarawak perlu kerap melakukan tinjauan ke atas masyarakat umum
bagi mengenal pasti keperluan dan kehendak responden berkenaan zakat. Malah,
Tabung Baitulmal Sarawak juga disarankan agar mengadakan ceramah dengan kerap

92
sekurang-kurangnya tiga kali setahun, memperbanyakkan pendedahan tentang
kewajipan menunaikan zakat termasuklah kanak-kanak di alam persekolahan, dan
instiutsi-institusi pengajian tinggi atau instituusi latihan. Tabung Baitulmal Sarawak
juga disarankan untuk turut menambahkan lagi maklumat zakat berkaitan prosedur
agihan zakat kepada asnaf di samping topik utama ceramah tersebut iaitu pendedahan
berhubung zakat perniagaan. Hal ini merujuk kepada permintaan oleh peserta
usahawan yang telah menghadiri ceramah tersebut. Dari aspek kualiti kemudahan
pula, usahawan berpuas hati pada tahap tinggi dengan kemudahan yang disediakan.

Jadual latihan yang agak padat dan lebih menjerumus kepada latihan
berbentuk fizikal dan undang-undang merupakan satu cabaran penting dalam
merangka silibus atau module. Meskipun terdapat kekangan masa namun masih
terdapat ruang untuk dimasukkan sesi berbentuk ceramah terutamanya pada waktu
maghrib. Peranan besar Bahagian Penyelidik Latihan untuk menyediakan ruang
waktu diperuntukkan atau waktu yang sedia ada dalam memantapkan institusi zakat
adalah dengan membuat majlis penerangan mengenai zakat untuk mentarbiahkan
umat Islam terutama pelatih polis ini. Pusat Latihan harus bertanggungjawab
memberi gambaran yang terperinci supaya pemahaman terhadap isu ini jelas supaya
tahap pemahaman mereka dapat dipertingkatkan. Adalah amat penting pendekatan
agama di terapkan kedalam module pembelajaran pelatih-pelatih ini dengan harapan
mereka akan dapat mengadaptasikan dalam kehidupan seharian selepas tamat latihan
atau ketika berada dilapangan. Dalam isu pembayaran zakat kepada institusi tidak
formal, pendedahan berkaitan hukum yang difatwakan perlu disebar luaskan. Dalam
masa yang sama, sistem pengurusan harus lebih sistematik supaya pembayar zakat
boleh membayar zakat dengan lebih mudah dan golongan yang layak menerima akan
mendapat haknya sebagai penerima zakat dengan lebih adil.

Kajian Wan Idros dan Maizatul Haizan (2013) lebih menjurus kepada program
latihan dan pembangunan yang akan mengukuhkan kemahiran komunikasi
keorganisasian dalam diri setiap penjawat awam yang berkhidmat di Wilayah
Persekutuan Putrajaya. Hasil daripada kajian yang dibuat, sikap sukar untuk
bekerjasama dalam konteks sikap kakitangan menyumbang kepada kurangnya
penyertaan aktif, kelemahan pengaliran maklumat dalam organisasi dan proses

93
pembelajaran berjalan dalam keadaan tidak sempurna di samping kurang pemantauan
daripada pihak pengurusan atasan terhadap kepentingan maklumat yang harus sampai
kepada kakitangan. Dalam konteks ini adalah Pelatih PLAK sebagai responden
hendaklah didedahkan berkenaan zakat secara keseluruhan dengan memasukkan ke
dalam module atau rangka latihan.

Adibah dan Joni Tamkin (2014) yang menegaskan teori kepatuhan zakat
boleh dibahagikan kepada dua skop utama iaitu kajian yang menggunakan teori asas
psikologi dan kajian yang menggunakan asas Islam sebagai kerangka kajian. Ini
bertepatan dengan latar belakang kajian beliau yang berbentuk tinjauan teori. Menerusi
kertas kajian tersebut, pihak institusi zakat dikatakan boleh meningkatkan kepatuhan
masyarakat terhadap pembayaran zakat dengan menjalankan aktiviti promosi yang
pelbagai.

Sementara, hasil kajian yang dibuat oleh Muhammad, Amir Marzuki dan
Ainulashikin (2005) telah mendapati kadar pendedahan yang diterima mendorong
kepada gelagat pembayaran zakat. Hal ini dapat dilihat apabila semakin tinggi
pendedahan mengenai zakat diterima oleh individu maka, kecenderungan beliau ea
rah kepatuhan membayar zakat akan turut meningkat. Antara pendekatan yang
dicadangkan bagi menyampaikan mesej zakat ialah khutbah, ceramah, forum,
pengedaran risalah, seminar, pemasangan kain rentang dan sebagainya. Peningkatan
bilangan pembayar dari semasa ke semasa menunjukkan kempen yang dilakukan oleh
institusi zakat Berjaya ini disokong lagi dengan responden yang didapati kurang
mendapat pendedahan berkaitan zakat sehinggakan ada yang tidak mengetahui bahawa
berdosa besar sekiranya tidak membayar zakat dan terdapat responden tidak
mengetahui bahawa terdapat perbezaan zakat fitrah diantara negeri-negeri di Malaysia.

94
5.5. KESIMPULAN

Penyampaian maklumat adalah penting dan kaedah penyampaian juga tidak kurang
pentingnya. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan masyarakat Islam terhadap
institusi zakat. Justeru medium melalui manusia perlu diberi penekanan sewajarnya
untuk meningkatkan keberkesanan dalam proses penyampaian maklumat zakat seperti
yang berlaku sebelum Malaysia merdeka. Walau bagaimanapun kaedah selain itu
seperti melalui bahan bercetak dan laman web juga perlu diteruskan agar ia dapat
menguatkan maklumat yang diterima oleh masyarakat Islam.

Zareen (2013) telah membuktikan aspek komunikasi berjaya membuat


perubahan yang besar dalam organisasi perniagaan. Antara faktor yang menjurus ke
arah komunikasi yang berkesan ialah tahap semangat, kepercayaan, motivasi,
komitmen, rasa selamat terhadap pekerjaan dan penyertaan yang perlu difahami oleh
setiap kakitangan agar berjaya memenuhi kehendak dan sasaran dari pihak pengurusan
syarikat. Jelaslah komunikasi berupaya menggalakkan orang ramai untuk menunaikan
zakat perniagaan dengan lebih yakin.

Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dikenakan kepada mereka


yang ingkar dalam melaksanakan ibadah zakat. Dalam kajian Kamil (200) (berkaitan
kepentingan undang-undang dalam pelaksanaan zakat, kebanyakan reponden
berpandangan undang-undang zakat di Malaysia berada pada tahap lemah. Dengan
menggunakan teori pembelajaran sosial (social learning theory), manusia akan
melaksanakan tanggungjawab jika merasakan dirinya terancam. Walaupun kajian yang
dilaksana tidak dapat menunjukkan hubung kait yang signfkan antara pembayaran dan
undangundang, beliau berpandangan bahawa undang-undang yang positif akan
meningkatkan jumlah bayaran. Oleh sebab itu, penguatkuasaan adalah penting bagi
memastikan tiada anggota masyarakat yang terlepas dari melaksanakan
tanggungjawab ini.

Siti Mashitoh (2006) menghuraikan dengan lanjut konsep sistem perundangan


zakat di Malaysia. Faktor yang menyebabkan undang-undang zakat di Malaysia
tampak lemah adalah disebabkan sistem perundangan yang begitu terhad. Keadaan ini

95
telah memberi ruang kepada fenomena kegagalan membayar zakat dan tentangan
terhadap perundangan zakat sedia ada.

Oleh itu, Ram, Zainol, Kamil dan Md. Hairi (2009) mencadangkan agar
institusi zakat perlu membina penerimaan positif masyarakat dengan meningkatkan
ketelusan dan pendedahan secara menyeluruh mengenai segala urusan berkaitan zakat
yang sedang atau telah atau akan dilaksanakan. Ini seterusnya mampu mengurangkan
rasa bimbang dan was-was terhadap institusi zakat.

96
RUJUKAN

97
RUJUKAN

Abdullah Basmeik.2001 Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-


Quran, Kuala Lumpur: Darul Fikri.

Ahmad Shahir Makhtar dan Adibah Abdul Wahab, ‘Pengurusan Zakat di


Selangor: Isu dan Cabaran’ Prosiding Konvensyen Kebangsaan &
Pengurusan Harta dalam Islam (Jabatan Syariah Fakulti Pengajian
Islam, Bangi: UKM, 2010): 1-33.

Ahmad Hidayat Buang, ‘Dilema Perundangan Zakat di Malaysia: Antara


Penguatkuasaan dan Strategi Pujukan/Galakan/Intensif Membayar
Zakat’, Zakat:Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan (ed.
Abdul Ghafar Ismail dan Hailani Muji Tahir; Bangi: Penerbit
UKM,2006), 330

Ahmad, S., Sanep, A., Hairunnizam Wahid, S. A & R. A. K., Wahid, H., Abdul
Kader, R., Hairunnizam Wahid, Ahmad, S. & Ahmed, S. 2009.
Pengagihan Zakat Oleh Institusi Zakat Di Malaysia : Mengapa
Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati. Jurnal Syariah, 17 (1), 1-17.

Aidit Ghazali, 1998. Zakat Satu Tinjauan. Petaling Jaya : IBS Buku Sdn Bhd.

Amalia, KasyfulMahalin. 2012. Potensi dan Peranan Zakat dalam


Mengentaskan Kemiskinan di Kota

98
Ali Akbar Osman (1997), Mengapa Perlu Membayar Zakat, Al-Hidayah
Publisher, Kuala Lumpur.

Abdullah Ibrahim (1999), “Agihan Zakat Menurut Prinsip Siasah Shariyyah”


(Kertas Kerja dibentangkan dalam Kolokium Keberkesanan Zakat
Negeri Selangor di Shah Alam pada 17 Mei 1999).

Abdurrahman Qadir, zakat dalam dimensi mahdha dan sosial, (Jakarta: PT


Raja Grafindo Persada, 1998) h. 83

Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Fiqh Al-
Manhaji, Jilid 2, Bab Zakat, Puasa, Haji dan Umrah, Darus Salam
Kaherah, Mesir.

Faridi F.R. (1983). A Theory of Fiscal Policy in an Islamic State.In. Fiscal


Policy and Resource Allocation in Islam edited by Ziauddin Ahmad,
Munawar Iqbal & M Fahim Khan.Islamabad :Institute of Policy Studies

Medan. Jurnal Ekonomi dan Keuangan, Vol.1, No. 1, Desember 2012. 70-87.

Hairunnizam, W., Radiah, A. K., Wahid, H. & Kader, R. A. 2010. Localization


of Malaysian zakat distribution : Perceptions Of Amil And Zakat
Recipients Localization Of Malaysian Zakat Distribution : Perception
Of Amil And Zakat Recipients. Seventh International Conference – The
Tawhidi Epistemology : Zakat And Waqf Economy, Bangi 2010
Localization, hlm. 461- 484.

Hairunnizam, W., Sanep. A. &Mohd Ali, M. N. 2004. Kesan Bantuan Zakat


Terhadap Kualiti Hidup : Kajian Kes Asnaf Fakir Dan Miskin. The
Journal Of Miuamalat And Islamic Finance Research, 1 (1), 151-166

99
Hairunnizam, W., Sanep, A &Radiah, A. K. 2009. Pengagihan Zakat Oleh
Institusi Zakat Kepada Lapan Asnaf: Kajian Kes Di Malaysia. Seminar
Kebangsaan Ekonomi Islam 2008/09 pada 10-11 Februari 2009 di
APIUM, hlm. 1-17.

Hamizul Abdul Hamid. 2012. Eksklusif Zakat. Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Iman, S. &Sanep, A.2011. Indeks Keyakinan Terhadap Lembaga Zakat


Selangor (LZS) : Kajian Kes Kakitangan Universiti Kebangsaan
Malaysia. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI
(PERKEM VI) 2011, hlm. Vol. 1, 115-123.

Lessy, Zulkifli. 2005. Pemberdayaan Zakat Melalui Pendekatan Pendidikan


Penanaman Nilai. Jurnal Pendidikan Agama Islam. Vol .2, No. 1 2005,
117-132.

Mardian, Sepky. 2012. Pengelolaan zakat di Indonesia : Perspektif Sejarah dan


regulasi. Jurnal Hukum Islam dan Ekonomi, STAIN
MALIKULSALEH, Aceh, Volume 1. No. 2, Juli –September 2012.
309-324.
MdZyadi Tahir &MarianiMajid, 1999. Prestasi Kutipan Dan Agihan Zakat Di
Malaysia. Dalam Pancasidang Seminar Pengeluaran Awam Dan Swasta
: Justifikasi Dan Realiti di Malaysia. Fakulti Ekonomi, Universiti
Kebangsaan Malaysia. 293-306.
Md Zyadi Tahir & Mariani Majid, ‘Prestasi Kutipan Dan Agihan Zakat di
Malaysia’, Pascasidang Seminar Pengeluaran Awam dan Swasta:
Justifkasi dan Realiti di Malaysia, Fakulti Ekonomi, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1999)

Wahid, H., Ahmad, S. & Kader, R. A. 2012. Cadangan Penyetempatan


Pengangihan Zakat Di Malaysia : Adakah Amil Sudah Bersedia? Jurnal
Ekonomi Malaysia, 46 (2), 17-27.

100
Kamil Md. Idris, ‘Kesan Persepsi Undang-undang dan Penguatkuasaan Zakat
terhadap Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji’, 344-346.

Kamil Md. Idris, ‘Kesan Persepsi Undang-undang dan Penguatkuasaan Zakat


terhadap Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji’, Zakat:
Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan (ed. Abdul Ghafar Ismail
dan Hailani Muji Tahir; Bangi: Penerbit UKM, 2006), 341-345. 6 Surah
al-Taubah, 9:60. 7

Khursid Ahmad (1991), Kajian Dalam Ekonomi Islam, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

Hasnan Kasan, ‘Penginstitusian Pentadbiran Hukum Syarak di Semenanjung


Malaysia’, Sari , 24 (2006): 173-189.

Kamil Md Idris, Chek Derashid & Engku Ismail, ‘Zakat Penggajian: Suatu
Tinjauan terhadap Pengetahuan dan Amalan Muslimin Negeri Perlis’,
Kertas kerja Seminar Penyelidikan Universiti, Universiti Utara
Malaysia,
Sintok, Kedah, 1997), http://www.ukm.my/hairun/kertas%20kerja/
kesedaran%20membayar%20zakat%20pendapatan.pdf, 10 November
2010.

Shofian Ahmad dan Amir Husin Mohd. Nor , ‘Zakat Membangun Ummah’
(KualaLumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2002),
11 dan 33. 9

Siti Mashitoh Mahamood, ‘Sistem Perundangan Zakat di Malaysia: Antara


Realiti
dan Harapan’, Persidangan Zakat & Cukai Kebangsaan 2007 (Kuala
Lumpur:
PWTC, 22 Mei 2007), 3-7.

101
JAKIM, ‘Hukum Mengagihkan Zakat Secara Persendirian dan Qada Zakat’, 17
Januari 2007, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-
mengagihkanzakat-secara-persendirian-dan-qada, 24 Februari 2013.

Tabung Baitulmal Majlis Islam Sarawak, 2015

Sultan Syahrir. Pemahaman Masyarakat Terhadap Kewajiban Zakat Di


Kecamatan Maritengngae Kabupaten Sidenreng Rappang. 2017
Mundzier Suparta, Pendidikan Agama Islam fiqhi (cet.I;semarang: PT.Karya
Toha Putra, 2010), h. 2013

Masdhar f. mas‟udi dkk Reinterpretasi Pendayagunaan ZIS Menuju Efektifitas


Pemanfaatan Zakat,Infak,Shadakah, (Jakarta: Piramedia, 2004)

Syaikh as-sayyid sabiq, Panduan Zakat Menurut Al-Qur‟an dan Assunnah


(bogor; 2005) h.115 Fakruddin, Fiqhi dan manajemen Zakat di
Indonesia, (Malang : UIN Malang Pers.2008),

Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. 2005. Penerimaan dan


tanggapan masyarakat terhadap sumber zakat harta yang
diikhtilaf. Islamiyyat 27: 45–65.

Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. 2005. Persepsi agihan


zakat dan kesannya terhadap pembayaran zakat melalui
institusi formal. Jurnal ekonomi Malaysia 39: 53–69.

Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad. 2006.


Penswastaan Institusi Zakat dan Kesannya Terhadap
Pembayaran Secara Formal di Malaysia. International
Journal of Management Studies 13(2): 175–196

Yusuf Qardhawi, Hukum Zakat : Studi Komparatif Mengenai status dan filafat
Zakat Berdasarkan Qur‟an dan Hadits, (PT.Pustaka Litera Nusantara
dan Mizan : 1996), Cet. 4 h. 235 17

102
Kamil Md. Idris, ‘Kesan Persepsi Undang-undang dan Penguatkuasaan Zakat
terhadap Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji’, Zakat:
Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan (ed. Abdul Ghafar
Ismail dan Hailani Muji Tahir; Bangi: Penerbit UKM, 2006), 341-345.

Hasnan Kasan, ‘Penginstitusian Pentadbiran Hukum Syarak di Semenanjung


Malaysia’, Sari , 24 (2006): 173-189.

Mohamed Dahan Abdul Latif (1998), “Zakat Management and Administration


in Malaysia” (Kertas kerja dibentangkan di Seminar of Zakat and
Taxation di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Radiah Abdul Kader. (2011). Lokalisasi


pengagihan zakat di Malaysia: Adakah amil sudah bersedia?Kertas
kerja dibentangkan di Seminar IDMAC 2011, 13- 14 Disember 2011 di
USM, P. Pinang anjuran ISDEV.

Patmawati Ibrahim. (2008). Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat:


Tinjauan Empirikal. Jurnal Syariah, Jil.16, Bil.2, hlm 223-244

Terhadap Gelagat Pembayaran Zakat perniagaan’, JurnalSyariah


17/3(2009):607-630.

Qaradawi, Yusuf, (2000), Fiqh al-Zakah, Vol II .English Translation by Monzer Kahf,
Jeddah, Scientific Publishing Centre, King Abdulaziz University.

Ram al Jaffri Saad, Zainol Bidin, Kamil Md Idris dan Md Hairi Md Hussain,
‘Faktor-faktor yang Mempengaruhi Gelagat Kepatuhan Zakat
Perniagaan’, Jurnal Pengurusan 30 (2010): 49-61. Lihat juga dalam,
Ram al Jaffri Saad, Kamil Md. Idris dan Zainol Bidin, ‘Peraturan
Pembayaran Zakat kepada Isstitusi Zakat: Sikap Peniaga dan Kesannya

103
Zulkifli, D. &Sanep, A. 2010. Kesan Perundangan Zakat Ke Atas Kepatuhan
Bayaran Zakat : Ke Arah Strategi Berkesan Program Pengurusan
Kutipan Zakat. The 4th ISDEV International Islamic Development
Management Conference (IDMAC 2010), hlm. 1-17.

104
LAMPIRAN

105
INSP G/22723 HARRYNTO BIN BUJANG LAMPIRAN A
(No Matrik : CGS 000870125)
Unit Penyelengaraan/Bangunan
Kem Komandan
PUSAT LATIHAN POLIS (PULAPOL)Kuching
Km24 Jalan Puncak Borneo
93250 Kuching
SARAWAK

Rujukan Kami : G22723


Tarikh : 8 Januari 2018

KOMANDAN
PUSAT LATIHAN POLIS (PULAPOL)Kuching
Km24 Jalan Puncak Borneo
93250 Kuching
SARAWAK

Melalui

KETUA KEM KOMANDAN


PUSAT LATIHAN POLIS (PULAPOL)Kuching
Km24 Jalan Puncak Borneo
93250 Kuching
SARAWAK

PERMOHONAN UNTUK MENGEDARKAN BORANG KAJI SELIDIK

Sukacita saya menarik perhatian tuan berkaitan perkara diatas.

2. Saya merupakan pelajar semester akhir untuk program Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Master
in Islamic Studies) di Open University Malaysia (OUM) Pusat Pembelajaran Kuching dan dalam usaha
untuk menyiapkan kertas projek / Kajian.
3. Saya memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk mengedarkan borang kaji selidik untuk
mendapatkan data bagi melengkapkan kertas projek/kajian. Tajuk kertas projek/kajian ialah ‘TAHAP
KEFAHAMAN PELAKSANAAN IBADAH ZAKAT DALAM KALANGAN PELATIH PLAK
KONSTABEL BIL.4 SIRI 4/2017, PUSAT LATIHAN POLIS (PULAPOL) KUCHING,
SARAWAK”. Kajian akan melibatkan 30 orang pelatih kontabel sahaja. Segala profil responden
adalah dirahsiakan.

4. Bersama surat ini dikepilkan sesalinan borang kajiselidik tersebut untuk rujukan pihak tuan.
Kelulusan serta kebenaran tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

………………………..(Insp)
Harryanto bin Bujang

106
LAMPIRAN B

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN UNIVERSITI TERBUKA


MALAYSIA

BORANG SOAL SELIDIK


PENILAIAN TERHADAP TAHAP PEMAHAMAN IBADAH ZAKAT DALAM
KALANGAN PELATIH PLAK KONSTABEL BIL.4 SIRI 4/2017, PUSAT
LATIHAN POLIS (PULAPOL)KUCHING, SARAWAK.

Tuan / Puan / Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.

Assalamualaikum warahmatullah

Tuan / Puan yang budiman,

Terima Kasih diatas kesudian tuan / puan memberi sumbangan dan kerjasama dalam
menjayakan penyelidikan ini. Soal selidik ini dirangka dengan tujuan untuk
mengetahui TAHAP KEFAHAMAN PELAKSANAAN IBADAH ZAKAT DALAM
KALANGAN PELATIH PLAK KONSTABEL BIL.4 SIRI 4/2017, PUSAT
LATIHAN POLIS (PULAPOL)KUCHING, SARAWAK.
Soal selidik ini bukan bertujuan untuk menilai diri / peribadi tuan / puan dan semua
jawapan yang diberikan adalah SULIT dan DIRAHSIAKAN.

Soal selidik ini mengandungi empat bahagian iaitu A,B,C dan D. Tuan / Puan diminta
menjawab SEMUA soalan tersebut dengan jujur dan ikhlas.

Segala kerjasama dan sumbangan Tuan / Puan dalam menjayakan soal selidik ini
didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang
setimpal diatas kebaikan-kebaikan yang telah Tuan / Puan berikan dalam usaha
penyelidikan ini. Terima Kasih.

107
BAHAGIAN A : PROFIL DEMOGRAFI RESPONDEN

Arahan : Sila tandakan ( / ) pada maklumat yang tepat mengenai Tuan /


Puan :

1. Umur Responden
21 hingga 25 tahun

26 hingga 28 tahun

2. Tahap Pendidikan
Sijil Pelajaran Malaysia

Diploma

Ijazah

3. Aliran Pendidikan.
Agama

Konvensional

4. Jantina
Lelaki

Perempuan

108
BAHAGIAN B : MENGENALPASTI PERSEPSI PELATIH PLAK
KONSTABEL BIL.4 SIRI 4/2017 BERKAITAN IBADAH ZAKAT

Sila tandakan ( / ) pada pernyataan yang paling tepat tentang pengetahuan tuan / puan
tentang ZAKAT seperti berikut:-

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Tidak Setuju Agak Setuju Setuju Sangat Setuju


Setuju

BIL PERKARA 1 2 3 4 5

1. Zakat dapat mengurangkan kewangan saya

2. Zakat memberi keberkatan harta saya

3. Zakat memberi keberkatan terhadap kehidupan saya

4. Saya mempercayai pembahagian zakat dilakukan oleh


pengurusan zakat

5. Saya yakin dengan kejujuran amil yang dilantik untuk


menunggut zakat.

6. Sesiapa sahaja boleh memohon bantuan zakat

7. Zakat merupakan sumber kekuatan umat islam dan melaluinya


ekonomi umat Islam dapat diperkasakan

109
BAHAGIAN C : MENGENALPASTI PENGETAHUAN RESPONDEN
TENTANG ZAKAT

Sila tandakan ( / ) pada pernyataan yang paling tepat tentang pengetahuan tuan / puan
tentang ZAKAT seperti berikut:-

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Tidak Setuju Agak Setuju Setuju Sangat Setuju


Setuju

BIL PERKARA 1 2 3 4 5

1. Saya mengetahui penerima zakat adalah dari golongan anak


yatim sahaja

2. Saya tahu bahawa zakat merupakan rukun Islam

3. Saya tahu terdapat perbezaan diantara zakat fitrah dan zakat


harta

4. Saya tahu zakat fitrah ditunaikan dalam bulan ramadhan


sahaja

5. Saya tahu nilai zakat fitrah berbeza antara negeri di Malaysia

6. Saya tahu zakat harta wajib ditunaikan bila cukup kadarnya


dan masanya

7. Saya tahu orang yang tidak membayar zakat melakukan salah


satu dosa besar

110
BAHAGIAN D : MENGENALPASTI CARA PELAKSANAAN
IBADAT ZAKAT PELATIH PELATIH PLAK KONSTABEL
BIL.4 SIRI 4/2017

Sila tandakan ( / ) pada pernyataan yang paling tepat tentang pengetahuan tuan / puan
tentang ZAKAT seperti berikut:-

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Tidak Setuju Agak Setuju Setuju Sangat Setuju


Setuju

BIL PERKARA 1 2 3 4 5

1. Saya menyertai skim zakat potongan gaji

2. Saya melaksanakan ibadah zakat dimana-mana


kaunter zakat

3. Saya melaksanakan ibadah zakat melalui transaksi kad


debit

4. Saya melaksanakan ibadah zakat melalui transaksi kad


kredit

5. Saya melaksanakan ibadah zakat melalui kemudahan


internet

6. Saya melaksanakan ibadah zakat untuk mendapat


keberkatan dalam mencari harta

7. Saya melaksanankan ibadah zakat di pejabat pos.

111

You might also like