Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

ST. JOSEPH,
93000 KUCHING, SARAWAK

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


TINGKATAN 5

PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT


TEMA : CABARAN MASA DEPAN

TAJUK PROJEK : GEJALA RASUAH


ISI KANDUNGAN

1. Tema

2. Nama Projek : Gejala Rasuah

3. Tarikh Tempoh Pelaksanaan Projek

4. Objektif Projek

5. Rasuah

6. Pelaksanaan Projek

6.1Perancangan
6.2Refleksi

7. Cadangan

8.Penghargaan

9.Lampiran
1. Tema : Cabaran Masa Depan

2. Nama Projek : Gejala Rasuah

3. Tarikh Pelaksanaan : 26 Februari


2018

Tempat : PUSTAKA Negeri


Sarawak

4. Objektif Projek
 Membanteras segala bentuk rasuah,
penyalahgunaan kuasa dan
penyelewengan secara berterusan
 Mewujudkan masyarakat Malaysia
yang bebas daripada rasuah
 Mengkaji pelaksanaan penguatkuasaan
undang-undang berhubung dengan
rasuah di Malaysia.
GEJALA RASUAH
Antara punca berlakunya gejala rasuah
termasuklah kurangnya didikan agama dan
moral. Semua agama di dunia menyeru
perkara yang sama , iaitu mementingkan
kebaikan dan melarang kemudaratan.
Dididkan agama dan moral merupakan
pedoman dan panduan kita semasa
menempuh belantara kehidupan. Namun
demikian, seseorang yang tidak mempunyai
iman yang kuat mudah terpengaruh dengan
dunia hedonistic yang mementingkan aspek
kebendaan semata-ata. Mereka akan leka
mengejar kekayaan dan mudah terjerumus ke
dalam lembah kejahatan dengan mengambil
rasuahn untuk memenuhi fatamorgana diri
sendri. Individu sebegini sudah kehilangan
prinsip asa dan ibarat kapal tanda nakhoda.
Jelaslah bahawa anutan agam dan moral yang
kurang mantap akan menyebabkan seseorang
melibatkan diri dalam gejala rasuah.

Punca lain yang ketara ialah masalah


ketelusan sistem pentadbiran kerajaan
Malaysia kita. Masyarakat menganggap
masalah rasuah ini bermaharajalela kerana
kerajaan tidak memilik satu sistem yang telus
terutamanya aspek pemberian tender,
kontrak dan projek lain yang menyebabkan
ramai pekerja awam mengambil kesempatan
daripada kelemahan ini untuk mengaut
keuntungan dengan memberikan rasuah.
Lagipun, ketiadaan sistem pemantauan
berkesan yang bak melepaskan batuk di
tangga menyebabkan ramai pekerja awam
yang terangsang untuk melakukan jenayah
ini. Maka, wabak social ini telah menular
dalam masyarakat kita sehngga dianggap
sebagai asam garam kehidupan dan
merupakan kebiasaan di negara kita. Persepsi
demikian menyebabkan jumlah kes rasuah
melambung tinggi dan menjadi duri dalam
daging dalam kalangan masyarakat kita.
Seperkara lagi, penguatkuasaan undang-
undang yang lemah dalam sistem
perundangan negara kita turu menyumbang
kepada penularan gejala rasuah dalam negara
kita. Tindakan mahkamah yang menjatuhkan
hukuman ringan kepada pesalah-pesalah
rasuah berbanding dengan jumlah rasuah
yang diambil oleh mereka telah menimbulkan
pandangan negative terhadap keupayaan
sistem kehakiman negara kita untuk
menangani isu ini. Hukuman ringan ini
dikatakan menjadi motivasi kepada pihak
tertentu untuk mengambil risiko melakukan
rasuah kerana sedar bahawa mereka masih
mampu menikmati hasil rasuah yang diambil
setelah keluar dari penjara. Terdapat juga
anggapan rakyat bahawa masih ada pihak
tertentu yang mengambil rasuah tetapi tidak
dibawa ke muka pengadilan. Hal ini telah
mengikis kepercayaan dan keyakinan rakyat
terhadap keikhlasan kerajaan Malaysia.

Untuk menangani isu rasuah dari akar umbi,


ibu bapa dan barisan pendidik memainkan
peranan yang signifikan dalam menyemai
nilai murni pada sanubari anak. Sejak usia
muda, anak-anak perlu dididik tentang
keburukan mengambil rasuah kerana bak kata
pepatah, melentur buluh biarlah daripada
rebungnya. Ibu bapa perlulah menjadi entity
mithali dan teladan baik dengan bersikap jujur
dan menjauhi amalan rasuah. Hali ini
disebabkan ibu bapa yang melakukan jenayah
rasuah dan cuba menasihati anak-anak
mereka untuk menjauhi gejala rasuah
tersebut ibarat ketam yang mengajar
anaknya berjalan dan nasihat mereka akan
bagai mencurah air ke daun keladi. Di
sekolah, pengajaran pendidikan agama dan
moral perlu diberikan tekanan. Barisan
pendidik boleh berkongsi maklumat terkini
tentang gejala rasuah dengan anak murid
sebagai iktibar supaya tidak melakukan
jenayah rasuah dalam kehidupan mereka.
Sesungguhnya, kerjasam daripada ibu bapa
dan barisan pendidik mampu melahirkan anak
bangsa yang berpegan kuat pada prinsip
mereka dan menjauhi amalan rasuah.

Pihak kerajaan boleh membuktikan


kesungguhan mereka dalam menangani
kemelut social ini dengan menguatkuasakan
undang-undang negara kita. Sistem
kehakiman negara kita perlulah di perketat
dan pesalah-pesalah rasuah mestilah ditahan,
didakwa dan dihukum tanpa mengira
kedudukan mereka. Hukuman tegas perlu
dijatuhkan pada pesalah rasuah sebagai
amaran kepada orang lain agar tidak
melakukan jenayah tersebut kerana bak kata
pepatah, harimau ditakuti disebabkan giginya.
Kesungguhan kerajaan dalam membawa
pesalah rasuah ke muka pengadilan juga
memberikan satu peringatan yang kekal
terpahat pada sanubari mereka selagi hayat
dikandung badan. Jelaslah bahawa tindakan
tegas terhadap semua pengamal rasuah
tanpa memilih bulu akan mendorong
masyarakt kita supaya menjauhi jenayah
tersebut.

Di samping itu, media massa turut


memainkan peranan vital dalam
menimbulkan kesedaran dalam lapisan
masyarakat tentang keburukan dan implikasi
mengambil rasuah. Pihak kerajaan
seharusnya melancarkan kempen iklan yang
efektif dengan menggunakan media massa
secara holistic, iaitu akhbar hingga ke internet
untuk memastikan setiap lapisan masyarakat
didedahkan kepada kempen tersebut.
Kempen ini bertujuan untuk memberikan
amaran dan peringatan kepada setiap
individu tentan hukuman yang akan dihadapi
jika mengambil rasuah. Justeru, masyarakat
akan berfikir dua kali sebelum menerima
rasuah dan scenario ini akan mengurangkan
kes rasuah dan signifikan. Sudah terang lagi
bersuluh, dalam menempuh arus globalisasi
ini media massa merupakan senjata yang
efektif dalam membanteras jenayah rasuahn
di negara kita.

Konklusinya, rasuah merupakan wabak social


yang mestilah dibanteras hingga ke akar
umbi. Semua pihak tidak kira pangkat atau
harta seharusnya menggembleng tenaga dan
berganding usaha untuk mengatasi gejala
rasuah di negara kita. Jika setiap individu
memainkan peranan dengan mengelakkan
diri daripada mengambil rasuah, pastilah
masalah ini dapat ditanggani kerana bak kata
pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan.

Maka, tindakan saksam yang dikenakan


terhadap pesalah rasuah tanpa mengira
kedudukan juga dapat meningkatkan
kepercayaan dan keyakinan rakyat. Lantas,
negara kita dapat terus maju dan muncul
sebagai negara kelas pertama di platform
dunia.

KESAN-KESAN RASUAH

 Kesan Terhaadap Individu


~ Menghancurkan keharmonian hidup dalam
rumah tangga
- di masukkan dalam penjara
- memalukan nama keluarga
- membebankan keluarga

~ Menerima hukuman
- dipenjara
- denda bayaran

~ Kehilangan pekerjaan
- susah mencari pekerjaan baru
- diturunkan pangkat

~ Kejatuhan moral dan maruah


- memalukan diri sendiri
- susah untuk dipercayai orang lain

 Kesan Terhadap Masyarakat


~ memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana
sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi
membantu rakyat miskin diselewengkan
~ mengakibatkan ketidakadilan disebabkan
mengetepikan hak – hak orang tertentu
~ menggalakkan jenayah dan melindungi
jenayah
~ membebankan golongan orang yang susah

 Kesan Terhadap Negara


~ kenaikan kos barang dan perkhidmatan
~ menjejaskan sosial serta kestabilan politik
dan keselamatan
~ tumpuan pembangunan tidak seimbang
~ mengurangkan pendapatan negara

6 Pelaksanaan Projek
6.1 Perancangan
Perancangan ini telah di mulakan pada awal bulan
Februari. Projek “Gejala Rasuah” dipilih berdasarkan
gejala rasuah dan penyelewengan dalam kalangan
masyarakat mahupun ahli politik di Malaysia yang
semakin berleluasa. Walaupun gejala ini semakin
bertambah teruk tetapi tiada mana-mana pihak cuba
menbendungnya. Sekiranya aktiviti tidak berfaedah ini
dibiarkan berterusan, maka lebih ramai lagi masyarakat
akan terjebak dalam gejala rasuah di negara kita.
Generasi muda pada masa akan datang merupakan
pelapis negara yang berharga. Mereka ini bakal menjadi
pemimpin pada suatu hari nanti. Cara mengatasi gejala
rasuah perlu diambil bagi menangani gejala kurang sihat
ini.

Projek ini diberikan nama “Gejala Rasuah” bagi memberi


gambaran yang lebih jelas lagi bahawa berharganya
masyarakat sekeliling membendung gejala rasuah di
Malaysia. Ketika usia yang muda inilah seseorang perlu
membina sahsiah diri yang cemerlang supaya boleh
dicontohi oleh golongan generasi muda untuk berbakti
kepada negara menangani gejala tersebut.

Projek ini dijalankan bagi memberi pengetahuan kepada


seluruh masyarakat Malaysia mengenai keburukan
melakukan rasuah. Projek ini juga ingin mengajak
masyarakat sekeliling supaya menjaga nama baik negara
di mata pendatang asing dari negara luar. Saya
mengharapkan projek ini dapat memberi serba sedikit
pengetahuan kepada masyarakat untuk menjadi seorang
yang lebih bertanggungjawab.

Bagi memastikan objektif projek ini tercapai dan


mendapat perhatian, kerjasama daripada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia amat diperlukan. Mereka
telah memberi sokongan pendapat dan ilmu yang
berguna untuk menjayakan projek ini.
6.2 Refleksi
Saya sebagai seorang yang bertanggungjawab ke
atas hasil projek ini yang telah dijalankan dari awal
perancangan hinggalah pada akhir projek ini
dijalankan. Saya telah membuat refleksi diri
dengan meneliti keburukan,kekurangan dan
kekuatan projek yang di laksanakan.

Pada keseluruhannya, projek ini telah di jayakan


oleh saya sendiri iaitu Adib Aziman. Daripada
refleksi yang saya dapat sendiri, saya merumuskan
bahawa banyak kebaikan yang telah kami peroleh
melalui projek khidmat masyarakat ini.

Antara faedah yang saya dapat :


 Mewujudkan persefahaman dengan
masyarakat sekeliling.
 Membantu negara mengelakkan diri daripada
terlibat dalam gejala rasuah
 Mewujudkan hubungan yang erat dengan
agensi kerajaan seperti SPDRM
 Mewujudkan kerjasama, bertolak ansur dan
prihatin sesama sendiri dalam kalangan rakyat.
 Meningkatkan keyakinan diri dalam membantu
menyuarakan pendapat mengenai gejalaa
rasuah yang melibatkan nama baik negara
terjejas.

Di samping itu, saya juga telah mengenal pasti


beberapa masalah semasa menjalankan projek ini.
Antaranya ialah :
 Kekurangan beberapa maklumat penting
mengenai gejala rasuah.
 Kesukaran bertemu ramah dengan pegawai
yang bertanggungjawab
 Kurang keyakinan daripada pihak luar terhadap
keupayaan saya melaksanakan projek ini.
7. Cadangan

Saya mencadangkan bahawa kempen


menangani gejala rasuah ini perlu di
perbanyakkan dan di perluaskan ke seluruh
Malaysia pada masa kini. Kita perlu mengetahui
punca gejala rasuah berlaku seperti
penyelewengan kewangan dan orang upahan
tujuan untuk keburukan. Semua pihak perlu
membendung gejala ini dan menggembleng
tenaga, masa dan wang untuk menjayakan
sesuatu kempen agar gejala rasuah dalam
kalangan masyarakat dapat di banteras. Selain
itu, kerajaan Malaysia perlu meningkatkan
penguatkuasaan undang – undang dan hukuman,
siasatan dan penguatkuasaan undang perlu
dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa
bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak
dibanteras dan di bendung untuk keselamatan
negara. Tambahan pula, para pengamal rasuah
akan berfikir banyak kali sebelum cuba
melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang
bakal diterima.

Memasukkan bahaya rasuah dalam sistem


pendidikan, benci kepada rasuah akan dapat
dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik
sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang
dididik benci rasuah akan membesar menjadi
individu yang lebih bertanggungjawab , amanah ,
ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk
generasi akan datang bebas daripada gejala
rasuah.

8. Penghargaan
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada Pengetua En.
Henry Chai Yan Fui dan guru mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan iaitu Pn.
Nurfadzilla Binti Reli, Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) dan kedua-dua ibu bapa
saya yang tidak putus asa memberikan sokongan
dan galakkan kepada saya.

Saya berharap projek khidmat masyarakat


menjadi salah satu aktiviti dalam mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini boleh
mewujudkan hubungan yang baik dengan
masyarakat sekeliling di samping dapat
membantu masyarakat menangani gejala rasuah
yang dihadapi

Sekian, Terima Kasih


Laporan di sediakan oleh :

___________________________
(ADIB AZIMAN BIN HOSSEN)
SMK ST. JOSEPH, Kuching,
Sarawak.

9. Lampiran

You might also like