Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Setiausaha

Jawatankuasa Penaja
Kelab Koperasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang
Jalan Pandaruan
98708 Limbang.
______________________________________________________________________________________
Ruj. Kami: JPS(W)/SMKL(KK)/153/05/10/01( )
Tarikh: 12 Januari 2018

Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang
Jalan Pandaruan
98708 Limbang.

Tuan,
Permohonan Menubuhkan Kelab Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang.
Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuki perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Penaja Kelab Koperasi Sekolah Kebangsaan
Limbang telah diwujudkan pada 16 Januari 2018 yang lalu dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi
aktiviti Koperasi di kalangan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang ini.
3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja dengan penuh harapan memohon sudilah apa
kiranya tuan membenarkan penubuhan Kelab Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang
berasaskan Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam
Warta Kerajaan Malaysia Jil. 42, No.11, Tambahan No.21, Perundangan (A): P.U. 196 bertarikh 21 Mei
1998.
4. Bersama-sama ini disertakan draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan, senarai ahli
Jawatankuasa Penaja dan senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

5. Jasa baik dan keehsanan tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

................................................................
( )
Setiausaha Jawatankuasa Penaja
b.p. Pengerusi Jawatankuasa Penaja
Kelab Koperasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang

s.k.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang

Guru Penolong Kanan Kokurikulum


Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang

Setiausaha Kokurikulum
Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang

You might also like