Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LANGKAH- LANGKAH UNTUK MENGATASI

KEGIATAN LUMBA HARAM

Sejak kebelakangan ini kita sering melihat di akhbar-


akhbar dan televisyen tentang kegiatan lumba haram yang
semakin hangat diperkatakan. Majoriti yang terlibat dalam
aktiviti yang kurang sihat ini terdiri daripada golongan
remaja. Lumba haram boleh ditakrifkan sebagai
perlumbaan kenderaan bermotor yang dilakukan di jalan
raya awam tanpa kebenaran pihak berkuasa. Ganjaran yang
diperoleh ialah pengiktirafan daripada kumpulan-kumpulan
yang bertanding dan wang tunai. Malah, ada yang
menggunakan wanita sebagai pertaruhan. Kebanyakan yang
terlibat menerima akibat yang negatif, iaitu sama ada
ditangkap polis atau cedera parah akibat kemalangan.

Tindakan tegas pihak berkuasa seperti polis amat


diperlukan untuk menangani masalah ini. Rondaan yang
kerap mesti dilaksanakan Hal ini bertujuan untuk
memastikan jalan raya awam tidak digunakan sebagai
medan perlumbaan haram oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab. Pihak polis juga boleh mengadakan
sekatan jalan raya untuk membuat pemeriksaan terhadap
kenderaan yang disyaki digunakan untuk perlumbaan
haram. Kenderaan yang terlibat biasanya telah diubah suai
untuk mencapai tahap kelajuan yang luar biasa. Dengan ini,
kadar perlumbaan haram dapat dikurangkan.

Selain tindakan daripada pihak berkuasa, kempen-


kempen kesedaran juga boleh dilakukan. Melalui kempen,
ia mungkin dapat memberi pengajaran dan maklumat
mengenai keburukan dan akibat daripada lumba haram.
Akhbar, televisyen, radio, serta segala bentuk media massa
juga boleh digunakan untuk menyampaikan mesej yang
boleh memberi kesedaran kepada semua ahli masyarakat.
Ceramah-ceramah bergerak wajar dilaksanakan di seluruh
negara bagi membuka mata mereka yang terlibat.

Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk


memastikan gejala sosial ini tidak berterusan dan
diamalkan oleh anak-anak muda. Anak-anak muda
mestilah diberi perhatian sepenuhnya oleh para ibu bapa
agar tidak mudah terjerumus dalam kegiatan ini. Ibu bapa
sepatutnya tidak membenarkan anak-anak mereka
menggunakan kenderaan bermotor sekirannya mereka
tidak mempunyai lesen yang sah. Ganjaran berupa
kenderaan tidak wajar diberikan kepada anak-anak yang
belum matang walaupun tindakan itu dibat untuk
membuktikan kasih saying ibu bapa terhadap anak-anak.
Ibu bapa juga harus mengawal kebebasan anak-anak
mereka agar tidak bergaul dengan rakan-rakan yang
terlibat dalam aktiviti yang sememangnya kurang sihat ini
kerana pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu
faktor anak-anak mudah terjerumus dalam lumba haram.

Kesimpulannya, masalah lumba haram dapat diatasi


sekiranya mendapat perhatian orang ramai dan harus
dicrgah sebelum parah. Pihak berkuasa serta ibu bapa
harus mencari kaedah yang berkesan agar gejala ini dapat
dibanteraskan. Kita mestilah seperti aur dengan tebing
dalam usaha membanteras gejala ini dan bukannya seperti
enau dalam belukar. Adalah diharapkan langkah-langkah
yang dilaksanakan akan menghindarkan para remaja dan
masyarakat daripada melibatkan diri dalam gejala yang
terang-terangan merupakan gejala yg tidak sihat seta
memudaratkan ini.

You might also like