Minit BM22016

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1

PK07/3
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU ANAM, SEGAMAT

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 2/2016

Tarikh : 05 April 2016 (Selasa)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, SK Batu Anam, Segamat

Pengerusi : Puan Norhayati binti Ahmad


Pengerusi Panitia Bahasa Melayu, SK Batu Anam, Segamat

Kehadiran (bilangan) : 09 /10 orang

Nama yang hadir : 1. Pn. Norhayati binti Ahmad (Pengerusi)


2. Pn. Hajah Eshah binti Abu Bakar
3. Pn. Rohayu binti Yunos
4. Pn. Rohaya binti Abdul Rahman
5. Pn. Saripah binti Sabikin
6. Pn. Siti Aida binti Salleh
7. Pn. Umidadzrah binti Haji Arbaii
8. Pn. Nor Hayati binti Ahmad
9. Pn. Fakizah binti Yaacob (setiausaha)

Tidak hadir : 1. Pn. Aminah Maimunah Rahmah binti Omar – mesyuarat.

Turut hadir : 1. Encik Juwahir bin Abdullah – PK 1

AGENDA MESYUARAT :

1 PERUTUSAN PENGERUSI.

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran AJK dan mengucapkan selamat sejahtera dan terima kasih atas
kehadiran.
1.2 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Juwahir atas kesudian turut serta dalam mesyuarat
Panitia Bahasa Melayu bil 2/2016.

Tindakan : Makluman

2. UCAPAN PENTADBIR – Encik Juwahir bin Abdullah – PK 1.

2.1 Beliau mengucapkan tahniah kerana kesempatan bersama AJK dalam mesyuarat Panitia Bahasa Melayu
bil 2/2016.
2.2 Beliau mengingatkan AJK tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
2.3 Guru-guru perlu ambil tahu banyak perkara dan fahami sasaran Kementerian Pendidikan.
2.4 Panitia perlu ambil tahu tentang LINUS, MBMMBI, format UPSR dan data PBS.
2.5 Panitia perlu tetapkan jumlah hasil kerja murid dan jumlah buku latihan seperti dalam Plan J.
2.6 Beliau menegur sikap sesetengah guru yang tidak menanda dan menghantar buku kepada pentadbir selepas
pemantauan.
2.7 Mengingatkan supaya semak dan kemaskini fail induk panitia ikut SPSK.
2.8 Program pemulihan, prasekolah, NILAM, PROTIM perlu ambil tahu.
2.9 Menggalakkan guru-guru Bahasa Malaysia membawa murid ke makmal komputer untuk P&P.
2.10 Memaklumkan tentang sumbangan oleh syarikat YTL untuk ubah suai kelas PAK 21. Permohonan telah dibuat
secara atas talian.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
2

Tindakan : Makluman kepada semua AJK

3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL. 1/2016.

3.1 Dibentangkan oleh Puan Fakizah binti Yaacob iaitu setiausaha Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu
SK Batu Anam, Segamat.
3.2 Dicadang untuk disahkan oleh Puan Rohaya binti Abdul Rahman
3.3 Disokong untuk pengesahan oleh Puan Saripah binti Sabikin.
3.4 Minit mesyuarat diterima untuk disahkan dengan pindaan iaitu perkara....

Tindakan : Makluman kepada semua AJK

4 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT.

4.1 Perkara 5.1.1 : DSKP tahap 1 telah disediakan oleh pengerusi.


DSKP tahap 2 telah dimuat turun melalui internet.
4.2 Perkara 5.2 : Perkembangan staf belum dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.
4.3 Perkara 5.2.1.2 : Pengerusi telah masukkan nama guru-guru Bahasa Melayu dalam telegram PLC
untuk perkongsian maklumat.

Tindakan : Makluman kepada semua AJK

5 PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK 21).

5.1 Pengerusi membentangkan dapatan Bengkel PAK 21 bertarikh 23 Mac 2016 yang disampaikan oleh
Encik Prasad dan Encik Razak bin Yasin. Antaranya ialah :
5.1.1 Tonjolkan keistimewaan sekolah dalam PAK 21.
5.1.2 Banyakkan elemen PAK 21 dalam P&P
5.1.3 Menjelaskan perbezaan antara koperatif dan koloboratif.
Kolaboratif : Perbincangan antara kumpulan berdasarkan tugasan yang sama.
Koperatif : Perbincangan antara kumpulan berdasarkan tajuk/tugasan yang berlainan.
5.1.4 Penekanan dalam PAK 21 daripada segi persiapan guru (bilik darjah dan guru),
persekitaran sekolah (pentadbir) dan persiapan Kepimpinan (guru besar)
5.1.5 Penekanan kepada 5 perkara asas dalam P&P PAK 21 iaitu :
 set induksi
 pengajaran dan pembelajaran
 pengukuhan, pemulihan dan pengayaan.
 Penilaian
 Rumusan / kesimpulan.
5.1.6 Pastikan standard kandungan dicapai dalam masa 6 tahun. Manakala standard prestasi dicapai dalam
tahun semasa.
5.1.7 Pastikan aktiviti PAK 21 mempunyai perkara-perkara berikut:
 Gunakan ayat-ayat PAK 21 dalam P&P guru.
 Murid bersoal-jawab.
 Objektif spesifik dan ditulis dalam nombor ganjil. Contoh : 3/5.
 Guru perlu jalankan set induksi dahulu kemudian tulis /tampal objektif.
 Dalam RPH catatkan ABM dan BBM.
 Parking lot boleh dijadikan sudut pengayaan kepada murid.
Tindakan : Makluman kepada semua AJK

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
3

6 POST MORTEM PENILAIAN KURIKULUM 1

6.1 Mesyuarat membincangkan post mortem PK 1 daripada segi kelemahan dan cara mengatasi. (Rujuk lampiran)

Tindakan : Makluman kepada semua AJK

7 LAPORAN LINUS

7.1 Puan Rohaya memaklumkan tentang saringan LINUS 1/2016.


7.2 Saringan LINUS literasi hanya dijalankan kepada murid tahun 3 sahaja.
7.3 Tarikh pelaksanaan saringan LINUS lisan ialah pada 01 Mac hingga 31 Mac 2016.
Bertulis pada 02 April hingga 31 April 2016.
7.4 Taklimat saringan telah disampaikan kepada semua guru terlibat.
7.5 Program LINUS iaitu Kelas Bimbingan LINUS dan Program Anak Angkat LINUS.

Tindakan : Makluman kepada semua AJK

8. PBS / PLBS

8.1 Pengerusi memaklumkan PBS adalah untuk murid tahun 1 hingga 6.


8.2 Pengerusi meningatkan AJK supaya mencatat pentaksiran murid dalam Buku Rekod Mengajar.
8.3 Pastikan tarikh yang tercatat dalam BRM sama seperti dalam borang semakan.
8.4 Evidens bertulis perlu disimpan dalam fail untuk tujuan pemantauan. Pelaoran offline
8.5 PLBS dijalankan kepada murid tahun 6 sahaja berdasarkan surat pekeliling.
8.5.1 Pentaksiran dibuat mengikut model secara individu (model 1,2 dan 3) dan kumpulan (model 4 dan 5)

Tindakan : Makluman kepada semua AJK

9. PROGRAM BAHASA MELAYU PENGGAL 1

9.1 Program rutin berjalan seperti biasa.


9.2 Guru-guru digalakkan guna kid tahun 5 dan 6 untuk PKJR. Bahan lain boleh digunakan jika sesuai.
9.3 Program pemulihan untuk 2 orang murid PROTIM tahun 5 dijalankan di luar waktu P&P.
9.4 Program LINUS sedang berjalan iaitu Program Sentuhan Kasih untuk murid tahun 1.
9.5 Program Bulan Bahasa akan dijalankan dengan kerjasama PSS.
9.6 Pembugaran sudut Bahasa Melayu akan dijalankan pada hari Rabu semasa perjumpaan kokurikulum.
9.7 Perkembangan staf bersama En.Razak SISC PPD Segamat.
9.8 Kelas tambahan tahun 5 dan 6 telah berjalan pada hari Sabtu.
9.9 Program Peringkat Zon 1 – Kursus PAK 21, i-think dan PdP Bahasa Melayu akan diadakan di SK Spang Loi
Pada 26 April 2016 bermula 2.30 petang.
9.10 Program Teknik Menjawab UPSR pada 11 April 2016 di SK Batu Anam. Sekolah-sekolah Zon 1 dijemput turut
serta dan penyertaan terhad kepada 4 orang murid dan seorang guru pengiring. Bayaran RM 10.

Tindakan : Makluman kepada semua AJK

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
4

10 ANGGARAN BELANJA MENGURUS


10.1 Pengerusi memaklumkan peruntukan yang diterima oleh Panitia Bahasa Melayu ialah RM 301.57 sahaja.
Setelah ditolak 10% bakinya adalah RM 271.41 sahaja.
10.2 Mesyuarat telah bersetuju untuk menggunakan peruntukan tersebut bagi membeli keperluan seperti berikut:

BIL PERKARA HARGA / KUANTITI JUMLAH


HARGA
1 Ring fail RM 7.50 X 7 RM 52.50
2 Plastik limanate RM 30 X 2 RM 60
3 Kertas warna A4 RM 20 X 2 RM 40
4 Kertas mahjong RM 30 X 2 RM 60
5 Bluetax RM 3.50 X 10 RM 35
6 Fail guru RM 5 X 10 RM 50
JUMLAH RM 245

Tindakan : Makluman kepada semua AJK

11 HAL-HAL LAIN

11.1 Puan Norhayati memaklumkan:


11.1.1 SK Batu Anam dilantik sebagai jawatankuasa dokumentasi Karnival Bahasa Melayu
Daerah Segamat bertempat di SK Bandar Putra.
11.1.2 SKBA mewakili zon 1 untuk pertandingan pidato. 2 orang murid terlibat.
11.1.3 Yuran setiap zon RM 100 manakala sekolah perlu bayar RM 10.

Tindakan : Makluman kepada semua AJK

11.2 Puan Siti Aida memaklumkan dapatan bengkel LINUS yang dihadirinya pada 2 Mac 2016. Antaranya :
11.2.1 Laporan perlu dihantar sebelum 3 April 2016.
11.2.2 Murid perlu menguasai sekurang-kurangnya konstruk 1 dalam saringan 1.
11.2.3 Harapan fasilinus agar murid dapat melepasi konstruk 1 dan konstruk 2 dalam saringan 1.

Tindakan : Makluman kepada semua AJK

11.3 Maklum balas daripada Encik Juwahir bin Abdullah. Antaranya:


11.3.1 Aktiviti murid perlu ditonjolkan di peringkat sekolah secara besar-besaran
seperti pertandingan pidato, bercerita dan lain-lain.
11.3.2 Mesyuarat guru dan staf pada 27 April 2016.
11.3.3 LDP bil 5/2016 berkaitan protokol akan dijalankan pada 19 April 2016.

Tindakan : Makluman kepada semua AJK

12 PENUTUP .

12.1 Ucapan penangguhan dengan pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran Encik Juwahir dan semua
ahli mesyuarat.
12.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Tindakan : Makluman kepada semua AJK

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..........................................… ……..............................

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
5

(FAKIZAH BINTI YAACOB) (NORHAYATI BINTI AHMAD)


Setiausaha Panitia BM Pengerusi Panitia BM

Tarikh minit disediakan : 05 JANUARI 2016 Tarikh : 10 JANUARI 2016

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like