Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

.

Hasil rondaan pada minggu lepas, cikgu dapati kelas dalam keadaan baik,bangunan sekolah dalam keadaan baik. Kehadiran
pelajar ke sekolah,pelajar datang lewat setiap hari.seramai 10-15 orang datang ke sekolah lewat.
Aktiviti sepanjang minggu ini ialah pengagihan buku teks ting. 1 dan 4,latihan merentas desa,hari isnin taklimat kaa& kkq oleh
pegwai jpn,perjumpaan kokurikulum,program bantuan pasca banjir di smk paloh hinai,majlis sambutan maulidur rasul,majlis pelantikan
ajk badar,majlis sanjungan budi pertukaran guru.
Okay, bagi minggu ini, cikgu akan menerangkan hormat-menghormati.

Semua orang suka dihargai. Penghormatan tidak boleh diminta tetapi diperolehi. Maksudnya, jika kita menghormati orang, kita
juga akan dihormati. Kita tidak boleh memaksa orang lain menghormati kita. Saya ingin berkongsi satu cerita dengan hadirin semua.
Mungkin ada yang pernah mendengar cerita ini.

Ada seseorang yang dikenali ramai kerana ilmunya yang tinggi. Dia sangat rapat dengan anak-anak muridnya. Pada satu
pagi, dia mengajak seorang daripada anak muridnya pergi berjalan-jalan di sekitar tempat mereka. Ketika berjalan dan menghayati
keindahan di sepanjang jalan, mereka melewati satu kawasan ladang. Kelihatan seorang pekerja tua sedang bertungkus-lumus
menyiapkan kerjanya. Kasutnya diletakkan di pinggir jalan yang dilalui oleh guru tersebut bersama anak muridnya. Anak murid tersebut
berkata kepada gurunya, “Mari kita sorokkan kasutnya. Kemudian kita sembunyi untuk lihat apa reaksi pekerja itu bila mendapati
kasutnya hilang. Tentu seronok melihat orang ini gelabah apabila kasutnya tiada”.

Guru tersebut membalas kata-kata anak muridnya. “Daripada kita ambil kasutnya, baik kita letakkan beberapa keping duit
dalam kasutnya dan kita sembunyi untuk lihat reaksinya. Itu kan lebih baik.” Anak muridnya bersetuju. Mereka meletakkan beberapa
keping duit dan segera bersembunyi di sebalik belukar.

Apabila pekerja itu, habis melakukan kerjanya, beliau ke pinggir jalan untuk mengambil kasutnya dan pulang. Apabila
dimasukkan kakinya dalam kasut, beliau terkejut kerana ada sesuatu di dalam kasutnya. Beliau membongkok dan mendapati ianya
adalah duit. Beliau melihat kiri dan kanan kawasan itu untuk mencari dari mana duit itu tetapi tidak mendapati apa-apa. Dengan lelehan
air mata, beliau menadah tangan mengucapkan syukur kepada tuhan. “Tuhanku. Kau tahu hambamu ini dalam kesusahan. Keluarga di
rumah tiada apa-apa untuk dimakan. Aku bersyukur atas kurniaanMu.”

Anak murid yang melihat kejadian itu menangis dan mengucapkan terima kasih kepada gurunya kerana memberikan
pengajaran yang sangat berguna. Kata gurunya, “Lihatlah apa hasilnya yang terjadi bila kau menghormatinya dan memberikan
kebaikan kepadanya. Sekiranya kau mempermainkannya, adakah kau akan berpuas hati melihat kesusahan yang dialaminya?”

Inilah satu cerita ringkas yang ingin saya kongsi dengan semua warga sekolah hari ini. Budaya hormat menghormati adalah
satu perkara penting yang wajar kita ambil berat. Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Dengan saling hormat-menghormati kita
akan membina kepercayaan dan ini akan memudahkan kerja kita kelak. Contohnya di sekolah ini, jika pelajar menghormati guru,
pastinya guru akan lebih senang untuk mengajar dan menyampaikan ilmu. Guru itu juga pastinya tidak akan berkira untuk membantu
pelajar bukan hanya dalam pelajaran tetapi juga dalam perkara lain seperti masalah kewangan atau pergaulan. Guru yang dihormati
akan kembali menghormati pelajar mereka dan lebih mudah bertolak ansur.

Saya harapkan semoga cerita saya ini dapat diambil pengajaran oleh semua yang mendengar. Sekian, terima kasih.

You might also like