Teori Kognitif Berkaitan Dengan P.khas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Teori kognitif berkaitan dengan proses mental yang melibatkan pengamatan, pengetahuan dan

pemahaman. Ahli-ahli psikologis yang terkenal seperti Kohler, Koffa,Piaget,Brunner, Ausuble,dan


Gagne berpendapat proses pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal
fikiran yang tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Kognisi dan
pembelajaran merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
murid-murid. Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan
tingkah laku dalam pembelajaran. Dengan adanya teori pembelajaran kognitif ini ia secara langsung
memberikan implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-
murid.

Teori dalam kognisis dan pembelajaran saling berkait antara perkembangan kognitif dan proses
penyelidikan. Kajian saintifik terhadap tingkahlaku individu adalah berkait rapat terhadap prinsip dan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diguna pakai untuk menyelesaikan masalah (Smith
1978). Proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas memerlukan guru menggunakan
pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat, minat
serta latar belakang murid. Memandangkan murid mempunyai keupayaan yang berbeza, guru harus
menyediakan aktiviti yang sesuai. Guru perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan
proses berfikir dan proses pembelajaran berlaku kepada murid pendidikan khas.

Penyediaan bahan pengajaran yang menarik dan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid
membolehkan murid menguasai setiap apa yang dipelajari oleh mereka. Untuk mengajar murid khas,
bahan–bahan , peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan mengikut
tahap kebolehan dan keupayaan murid. Contohnya seperti bahan BBB, penggunaan teknologi, bahan
maujud, amali menjadikan proses pembelajaran itu bertambah menarik.Guru perlu mendorong dan
memotivasikan kanak-kanak berkeperluan khas ini dalam proses pembelajaran. Perbezaaan individu
juga perlu diambil kira supaya setiap aktiviti dapat disusun mengikut tahap keupayaan masing-
masing.

Adalah amat penting untuk ibu bapa dan guru memahami keupayaan kognitif seseorang kanak-kanak
yang bermasalah pembelajaran. Bentuk peneguhan juga diperlukan untuk proses pembelajaran
kanak-kanak tersebut samada berbentuk ganjaran, peneguhan positif seperti tepukan dan pujian
ataupun peneguhan negatif seperti mengambil barang yang disukai.

Pendidikan khas juga satu program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan
murid–murid khas. Untuk mengajar murid khas, bahan–bahan , peralatan khas, teknik pengajaran
dan pembelajaran perlu disesuaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Contohnya
seperti bahan BBB, penggunaan teknologi, bahan maujud, amali menjadikan proses pembelajaran itu
bertambah menarik.

Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman sedia ada murid-murid
dalam membantu mereka memahami sesuatu pelajaran. Dengan adanya teori pembelajaran kognitif
ini ia secara langsung memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak atau pun murid-murid. Guru harus terlebih dahulu memahami kriteria yang terdapat
pada murid-murid ini sebelum melakukan proses pembelajaran.
Seorang guru pendidikan khas haruslah peka dengan keupayaan kognisi murid pendidikan khas
sebelum merancang mengadakan aktiviti pembelajaran. Guru harus terlebih dahulu memahami
kriteria yang terdapat pada murid-murid ini sebelum melakukan proses pembelajaran.Untuk mengajar
murid khas, bahan–bahan , peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan
mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Contohnya seperti bahan BBB, penggunaan
teknologi, bahan maujud, amali menjadikan proses pembelajaran itu bertambah menarik. Bentuk
peneguhan juga diperlukan untuk proses pembelajaran kanak-kanak tersebut samada berbentuk
ganjaran, peneguhan positif seperti tepukan dan pujian.

You might also like