Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Kraftangan Kreativiti Kitar Semula

Bin Muhammad
8 Comments

Kraftangan Kreativiti Kitar Semula: Jom kita kitar semula. Ianya satu aktiviti yang
sungguh menyeronokkan dan memberikan hasil yang unik, cantik dan menarik tanpa
memerlukan modal yang besar selain daripada fungsi utama iaitu menjaga dan
mengekalkan alam sekitar. Anda tidak kreatif dan tidak ada idea? Jangan risau, apa yang
anda perlu hanyalah kemahuan kerana disini, saya tunjukkan jalannya...

Kraftangan kreativiti kitar semula kali ini memfokuskan kepada botol plastik dan
tin kerana bahan-bahan ini banyak sekali di gunakan dan sering kali di buang begitu sahaja.

Gabungan botol plastik dan cakera padat (cd) menghasilkan pasu bunga mini yang sangat
cantik dan menarik sekali. Sesuai sekali di jadikan hiasan di meja anda.
Botol-botol plastik yang banyak ini boleh di jadikan tempat untuk majalah dan surat khabar di
sudut ruang menunggu di pejabat anda. Ianya bukan sahaja menarik malah meningkatkan
imej syarikat yang prihatin dalam penjagaan alam sekitar dengan kitar semula.

Pasu bunga dari tin yang tidak di gunakan ini di gantung pula secara bertingkat dan
warnakan pula ia dengan warna-warna yang ceria, pasti ia menjadi satu hiasan yang
memikat sesiapa sahaja yang memandang.
Idea yang kreatif. Bekas botol plastik yang berubah menjadi penyodok sampah mini. Jimat
RM anda....

Ini pula hasil seni menggunakan bahan terbuang. Walaupun ianya tidak lah mengenai kitar
semula tapi ianya memberikan kita idea bahawa setiap bahan terbuang itu juga dapat
menghasilkan sesuatu karya seni yang menarik asalkan anda nampak keunikan bahan
tersebut.
Penyepit baju sering kali rosak atau patah. Kumpulkan ia kerana ianya boleh di jadikan pasu
bunga yang sungguh cantik dan comel untuk pokok bunga anda.

Andai anda tinggal di rumah teres, apartment, flat dan tidak terkecuali pejabat...pasti ruang
atau tempat untuk anda bercucuk tanam dengan pokok sayuran mahupun bunga
hiasan begitu terhad atau pun tiada langsung. Jangan gusar...Gunakan idea ini yang
menggunakan pasu botol plastik dan gantungkan ia di dinding...Sungguh menarik bukan!
Tin merupakan satu bahan yang tidak terbakar dan tahan panas. Gunakan kelebihan
ini untuk anda membuat tempat BBQ mini yang sesuai untuk kegunaan sendiri dan kekasih
hati ketika di rumah mahupun perkelahan. Kalau untuk ramai, tak sesuai...kecuali anda
dapatkan tin yang cukup besar!

Kitar Semula Barang Terbuang

Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah
dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang
terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau pun juallah ia di tempat kitar semula....
Anda untung, alam pun terpelihara...

Jom kitar semula bersama :


- Kreativiti kitar semula
- Kreativiti Kitar Semula....2

Read more: Kraftangan Kreativiti Kitar Semula - Relaks


Minda http://www.relaksminda.com/2013/01/kreativiti-kitar-
semula3.html#ixzz5CTOx8hhU
Follow us: @relakssminda on Twitter | RelaksMinda on Facebook

You might also like