Skrip Pengacara Majlis Zikir Perdana

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SKRIP PENGACARA MAJLIS ZIKIR PERDANA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia Dato’ Haji Ubaidah Bin Dato’ Haji Redza , Exco Kerajaan Negeri
Sembilan
Yang Berusaha Dato’ Haji Mohd Yusof Bin Haji Ahmad , Mufti Negeri Sembilan
Yang dihormati Al Habib Soleh bin Ahmad Al-Idrus, para ulama’, asatizah dan hadirin
sekalian

Hadirin & hadirat sekelian

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan kasih sayang dan izinNya kita
dapat berhimpun bersama-sama dalam majlis Zikir Perdana yang penuh dengan keberkatan
ini. Pihak Majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke majlis pada malam
ini.

Tanpa melengahkan masa, untuk meneruskan majlis, dengan ini dijemput Ybhg. Al Fadhil
Ustaz Muhammad Bin Nazlan , Pengerusi PERTAMA Negeri Sembilan untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan alu-aluan Ustaz Muhammad Bin
Nazlan itu tadi.

***************************************************************************

Hadirin & hadirat sekalian, bagi menyempurnakan majlis ini, saya ingin menjemput Sahibus
samahah Dato’ Haji Mohd Yusof Bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Sembilan untuk
menyampaikan ucaptama beliau.Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Sahibus samahah Dato’ Haji Mohd
Yusof Bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Sembilan atas ucaptama yang amat bermakna sebentar
tadi.

***************************************************************************

Hadirin & hadirat sekalian, bagi menambahkan seri dalam majlis ini, saya ingin menjemput
YB Dato Haji Abu Ubaidah Bin Dato’ Haji Redza , exco kerajaan Negeri Sembilan untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis kita pada malam ini.Majlis dengan
penuh takzim mempersilakan.

Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita ini. Setinggi penghargaan yang
tidak terhingga dihulurkan kepada YB Dato Haji Abu Ubaidah Bin Dato’ Haji Redza , exco
kerajaan Negeri Sembilan atas kesudian Dato merasmikan majlis kami.

***************************************************************************
Hadirin & hadirat sekalian, sekarang tibalah masanya untuk kita mendengar tausiah perdana
daripada dua orang ulama terkemuka di Malaysia. Majlis dengan ini menjemput Dr. Jahid
Sidek dan Syeikh Abdul Raof untuk memberikan tausiah kepada kita.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada menjemput Al Habib Solleh Bin Ahmad Al-Idrus
atas tausiyah yang sangat menyentuh kalbu sebentar tadi. Moga dengan nasihat tadi menjadi
pendoman kepada kita untuk menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah swt.

Sebelum majlis bersurai , majlis dengan ini menjemput dengan penuh takzimnya Tuan Guru
Syeikh Paiz Bin Syeikh Ahmad untuk membacakan doa penutup agar majlis kita pada hari ini
dilimpahi rahmat Oleh Allah swt. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada atas kesudian Tuan Guru Syeikh Paiz Bin
Syeikh Ahmad atas doa penutup sebentar tadi.

***************************************************************************

Selesailah sudah Majlis pada hari ini.Saya bagi pihak JK Kerja Majlis, ingin mengucapkan
terima kasih di atas kesudian hadirin dan hadirat sekelian kerana memeriahkan seterusnya
memaknakan majlis pada malam ini. Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang
kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini.Majlis dengan ini menjemput tetamu VIP dam
VVIP untuk menjamu selera. Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum
warahmatullah hi wabaratuh.

You might also like