Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) POAY CHEE, KUALA SANGGA


BIL.1 TAHUN 2017

Tarikh: 4 JANUARI 2017 (Rabu)


Masa: 4.00 petang
Tempat : Pusat Sumber di SJKC Poay Chee, Kuala Sangga

KEHADIRAN:
Bil. Nama Jawatan
1 Pn. Chieng Yet Yoong Guru Besar
2 En. Hii Chiang Teck Guru Kanan HEM/Ketua Panitia
3 En. Ong Chia Yee Guru Kanan Kokurikulum
4 En. Suresh Lim Keng Leong Guru Penolong
5 En. Seow Rong Suan Guru Penolong
6 Cik Lim Shushian Guru Penolong
7 Cik Kwek Shi Yi Guru Penolong
8 Cik Ng Shuang Shuang Guru Kanan
Pentadbiran/Setiausaha

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru dalam mesyuarat panitia.


Beliau berterima kasih kepada guru kanan dan guru-guru atas kerjasama yang
diberikan sepanjang tahun 2016.
1.2 Beliau mengharapkan guru-guru dapat terus memberikan sepenuh komitmen
terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing.
1.3 Beliau memaklum bahawa pencapaian UPSR 2016 kurang memuaskan, Beliau
berharap guru-guru lebih berusaha lagi demi mempertingkatkan prestasi
pencapaian UPSR 2017.
1.4 Beliau memaklumkan kepada semua guru tentang slogan PPD bagi tahun 2017
ialah “Buat Bersungguh-sungguh”. Bagi tahun 2017, fokus terutama ialah PdP
di dalam bilik darjah dan Pembudayaan PLC.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit Mesyuarat Bil. 4 Tahun 2016 telah disahkan tanpa pindaan.

Pencadang: Cik Kwek Shi Yi


Penyokong: Encik Ong Chia Yee
Makluman
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada.
Makluman

4. ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN

4.1 Dasar Kurikulum


 Pendidikan Kesenian telah diperkenalkan untuk menggantikan
subjek Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik bagi Tahun 1.
 Dua orang guru dikehendaki mengajar Pendidikan Kesenian.
Seorang guru mengajar bahagian Seni Visual dan seorang guru
mengajar bahagian Seni Muzik.
 Peruntukan waktu mengajar Pendidikan Kesenian ialah 1 jam 30
minit seminggu. Waktu pengajaran dan pembelajaran bagi bahagian
Seni Visual ialah 1 jam dan waktu bagi bahagian Seni Muzik ialah 30
minit. Bahagian Seni Visual akan terus sambung dengan bahagian
Seni Muzik.
 Semua guru dikehendaki mendapat maklumat terkini mengenai
pendidikan dan kurikulum semasa.

Makluman

4.2 DSKP dan RPT


 Ketua Panitia menyeru supaya guru-guru mempunyai satu salinan
lengkap DSKP dan RPT bagi Tahun 2 hingga Tahun 6.
 DSKP dan RPT bagi Tahun 1 adalah mengikut Semakan KSSR
yang telah dibuat baru-baru ini.
 Sekiranya guru-guru tidak mempunyai atau kekurangan mana-
mana dokumen berkaitan, ketua panitia menyeru guru-guru
mendapatkannya daripada fail utama.

Makluman

4.3 Buku Persediaan Mengajar


 Ketua Panitia meminta pandangan guru-guru tentang format RPH
yang perlu diikuti oleh semua guru.
 Pengerusi mencadangkan satu format khas dibuat dan semua guru
BM mengikutinya.
 Pengerusi juga bertanya sama ada guru-guru ingin menulis RPH
masing-masing atau menaip menggunakan komputer. Semua
guru-guru berputus untuk memakai komputer.
 Fail Rekod Mengajar Guru mesti ada:
 Maklumat Peribadi
 Takwim Sekolah
 Jadual Waktu Peribadi
 Rancangan Pelajaran Tahunan (mesti ada item KBAT dan
Kemahiran Berfikir)
 Rancangan Pelajaran Harian
 Senarai Tugas Guru
 Senarai buku-buku yang digunakan oleh guru
 Senarai nama murid (ada Pengisian TOV, ETR dan pencapaian
murid)
 Pentaksiran PBS murid
 Borang Pencerapan (dalam bentuk graf)
 catatan jumlah jam pdp
 Format yang perlu ada dalam RPH subjek Pendidikan Muzik
adalah seperti berikut:

班级 科目

时间

课题 歌曲

内容标准

学习标准

学习成果

教学活动

教具

跨课程元素 道德价值观

教学评估

教学反思

 Sekiranya jam kredit tidak mencukupi, guru tersebut haruslah


membuat kelas di luar PdP bagi memenuhi jumlah jam kredit. RPH
harus ditulis mengikut hari yang diganti.

Tindakan: Guru Pendidikan Muzik

4.4 Prosedur Pembelian Panitia dan Pengurusan Stok


 Ketua Panitia mengumumkan bahawa peruntukkan bagi tahun
2017 masih belum diturunkan oleh kementerian.
 Ketua Panita mencadangkan sebarang pembelian ABM atau
bahan-bahan berkaitan dibuat selepas peruntukkan diturunkan.
 Pengerusi juga berpesan supaya menggunakan dahulu ABM
yang ada dan tidak membazirkan dengan sewenang-
wenangnya.
 Berikutan ini, Ketua Panitia memberitahu bahawa segala ABM
Muzik ada di dalam bangunan sekolah di dalam kelas Tahun 5.

Makluman

4.5 Lain – lain yang berkaitan


 Pertandingan Ko-akademik dalam sekolah.
 Guru Pendidikan Muzik diminta merujuk Takwim bagi
menyediakan murid bagi pertandingan yang telah ditetapkan.
 Tarikh yang telah ditetapkan dalam Takwim juga boleh diubah
sekiranya perlu setelah berbincang dengan Guru Besar.

Tindakan: Guru Pendidikan Muzik

5. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang dengan ucapan terima kasih
daripada pengerusi kepada semua guru yang hadir.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

______________________ ____________________
(LIM SHUSHIAN) (CHIENG YET YOONG)
Panitia Pendidikan Muzik Guru Besar
SJK(C) Poay Chee SJK(C) Poay Chee

Bertarikh: 5 JANUARI 2017

You might also like