Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

KERTAS KERJA

PELAKSANAAN AMALAN
GURU PENYAYANG 2018
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)
LADANG SUNGAI CHOH

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)
LADANG SUNGAI CHOH
1.0 TUJUAN
Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru
mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

2.0 KONSEP
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,
mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini
bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian
(concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every
child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra
mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria,
prihatin dan sabar.
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset
penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya
dan disayangi setiap masa.
Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional
guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan
masyarakat.

3.0 OBJEKTIF
Objektif Amalan Guru Penyayang;
3.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
3.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada
sekolah.
3.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
3.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat
kepada sekolah.
4.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

PENGERUSI :
PUAN L.JEYANTHY
(GURU BESAR SJK(T) LDG. SG .CHOH)

TIMBALAN PENGERUSI :
PUAN.R.NALLAMAL
(GPK HEM SJK(T) LDG.SG.CHOH)

NAIB PENGERUSI :
PUAN.S.SANTHI
(GPK KURIKULUM SJK(T) LDG.SG.CHOH)
PUAN.R.MAGESWARY
(GPK KO-KURIKULUM SJK(T) LDG.SG.CHOH)

PENYELERAS:
CIK.S.MEGALAA
(GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

SETIAUSAHA :
PN.V.KALAIVAANI

5.0 JAWATANKUASA KERJA


Semua guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Choh

6.0 SASARAN
Semua murid Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Choh

7.0 TEMPOH PELAKSANAAN


Pelaksanaan berterusan sepanjang tahun 2018.

8.0 AKTIVITI
Pelaksanaan Guru Penyayang dijalankan secara berterusan serta merupakan
budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan
jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru
hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut;
8.1 Mengalu-alukan kehadiran murid
8.2 Pelaksanaan Program Mentor Mentee
8.3 Memberi penghargaan kepada murid
Aktiviti dan kaedah pelaksanaan adalah seperti di LAMPIRAN A.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


SUMBER :
Peruntukan PCG untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Choh.

JANGKAAN PERBELANJAAN :
Perbelanjaan bagi melaksanakan program ini sepanjang Tahun 2018 adalah
dianggarkan sebanyak RM 50.00 ( Lima Puluh Ringgit Sahaja )

Anggaran Perbelanjaan :

Bil Perkara Jumlah (RM)

Banner Guru Penyayang / mengalukan


1 50.00
kedatangan murid.

JUMLAH 50.00

10. PENUTUP
Adalah diharap dengan adanya program guru penyayang akan mencapai
objektif sebagaimana yang telah ditetapkan. Dengan komitmen dan
kerjasama yang baik dari semua pihak, program yang pada asalnya hanyalah
catatan serta cadangan pada kertas akan menjadi suatu program yang amat
bermakna melalui pelaksanaan. Dengan ini, ia bukan sahaja membawa
kebaikan kepada seluruh komuniti sekolah, malah boleh meningkatkan
kesedaran dikalangan ibu bapa agar mereka sedar bahawa tanggungjawab
guru bukan semata-mata untuk mengajar malahan lebih daripada itu. Semoga
segala impian Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Choh.akan
bertukar realiti.

Disediakan oleh:

………………………………..
(CIK .S.MEGALAA)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Choh

Disemak oleh:

………………………………..

(PN.R.NALLAMAL)
GPK Hal Ehwal Murid
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Choh

Disahkan oleh:

………………………………..
(PN.L. JEYANTHY)
Guru Besar
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Choh
LAMPIRAN A

PANDUAN AKTIVITI GURU PENYAYANG SESI 2018

Aktiviti Amalan Guru Penyayang dilaksanakan seperti berikut:

BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

1 MENGALU-ALUKAN a. Guru mengalu-alukan murid i. Menyambut kedatangan murid:  Barisan


KEHADIRAN MURID di pintu pagar sekolah kepimpinan
a. Penampilan guru yang sekolah
I. Semasa murid memulakan kemas dan ceria  Guru yang
sesi persekolahan baru bertugas
b) Bersikap mesra, berbudi mingguan.
II. Semasa murid datang ke bahasa dan menghormati
sekolah murid

III. Semasa murid pulang dari c) Ambil berat, prihatin dan


sekolah sabar menyambut murid

ii. Membuat Sapaan

a. Memberi salam dan


menyambut murid semasa
datang ke sekolah.
Contoh: “Selamat pagi”,
“Selamat datang” ,
“Jemput masuk”

b. Lambaian pulang
Contoh: “Selamat pulang”,
“Jaga diri baik-baik”,
“Jumpa lagi”

c. Bertanya khabar
Contoh: “Apa khabar hari ni?”,
“Dah makan ke belum?”

iii. Memberi bimbingan dan


tunjuk ajar secara berhemah

Contoh:
a. Membetulkan tali leher
b. Mengenakan butang baju dll

iv. Membuat publisiti/promosi


mengalu-alukan kehadiran
murid ke sekolah dengan
menyediakan kain rentang
Contoh:
“Kehadiran Anda Impian Kami”

b. Guru mengambil peduli a. Interaksi Guru (rapport)


terhadap murid di
sekolah. I. Penampilan guru kemas
dan ceria sepanjang masa Semua guru
i. Semasa di bilik darjah II. Bersikap mesra dan
menunjukkan rasa hormat
ii. Semasa di kantin kepada muridM
III. Membuat sapaan
iii. Semasa aktiviti kokurikulum IV. Mengambil berat dan
prihatin terhadap murid
iv. Semasa perhimpunan
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

2 MENTOR MENTEE a. Pelaksanaannya bertujuan 1. Guru dengan penuh rasa


( RUJUK LAMPIRAN B & untuk: Kekeluargaan melaksanakan
C) I. Membangunkan sahsiah aktiviti mentor mentee MENTOR
diri murid Guru terpilih
II. Membina jati diri murid 2. Strategi pelaksanaannya:
III. Mentor sebagai orang yang MENTEE
boleh membantu I. Seorang atau dua mentor Semua murid
menyelesaikan masalah bagi setiap kelas.
murid. II. Perjumpaan diadakan
sekurang-kurangnya empat
b. Antara aktiviti yang kali setahun dan
dicadangkan adalah seperti diselaraskan dalam jadual
berikut: waktu harian

i) Sesi ramah mesra 3. Pengisian semasa perjumpaan:


ii) Meraikan hari lahir
iii) Bimbingan hala tuju hidup i. Membuat sapaan serta
iv) Sesi perkongsian masalah beramah mesra untuk
mengeratkan hubungan
mentor mentee.
ii. Menyemak dan prihatin
latar belakang mentee.
iii. Membimbing serta
memberi motivasi mentee
mengatasi masalah
peribadi mahupun
pelajaran.
iv. Membimbing mentee
membina hala tuju dan
kerjaya masa depan.
v. Membimbing mentee
membentuk jati diri dan
sahsiah diri.

4. Tugas guru yang dipilih sebagai


mentor hendaklah disenaraikan
sebagai salah satu tugasnya di
sekolah

5. Aktiviti dan laporan perjumpaan


Didokumentasikan

6. Menyediakan profil setiap


mentee.
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

3 PENGHARGAAN MURID a) Memberikan penghargaan dan i. Guru meraikan murid dalam


pengiktirafan kepada murid suasana gembira, rasa
melalui: hormat, rasa dihargai, Semua guru
dengan penuh kasih termasuk
Aktiviti meraikan murid: sayang pentadbir
i. Hari Lahir Murid sekolah
ii. Sambutan Hari Kanak- Antara kaedah yang digunakan :
Kanak a. Mengumumkan ucapan
iii. Perayaan-perayaan selamat.
utama seperti Hari Raya b. Menyanyikan lagu bersesuaian
Aidil Fitri. dengan tema sambutan.
Contoh:
b) Pengiktirafan kepada murid Lagu Hari Lahir
melalui : Lagu Perayaan Utama
c. Membaca doa selamat kepada
i) Menampal hasil kerja murid di murid yang menyambut Hari
sudut yang bersesuaian. Lahir pada setiap kali bacaan
Yasin diadakan pada setiap hari
Jumaat.
iii. Aktiviti meraikan Hari Lahir murid
dilaksanakan semasa
perhimpunan pagi.
.

You might also like