Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LANGKAH MENJAHIT

Langkah menjahit adalah proses menjahit mengikut turutan sesuatu pakaian. Langkah
menjahit bagi setiap pakaian adalah berbeza mengikut stail kerana proses menjahit bergantung
kepada ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu stail pakaian. Bagaimanapun, proses menjahit perlu
dijalankan mengikut turutan agar mudah untuk dikendalikan. Langkah-langkah menjahit
ditunjukkan di bawah :

1. Bentangkan pola ke atas fabrik.


2. Pindahkan tanda pola pada fabrik
3. Lakukan langkah tersebut untuk kesemua pola.
4. Potong kain mengikut saiz pola yang telah dilakukan.
5. Kemaskan tepi kain yang telah dipotong menggunakan mesin kelim tepi.
6. Mulakan menjahit kelim belah kangkung pada bahagian belakang baju.
7. Sambungkan jahitan kelim belah kangkung bahagian belakang.
8. Kemudian sambungkan menjahit lapik berbentuk lapik leher pada bahagian badan
belakang.
9. Bina kedut lepas pada kain bahagian hadapan dengan menjahit jahitan jelujur kasar
untuk mendapatkan kedut lepas.
10. Jahit bahagian kedut lepas tanpa menindih jahitan jelujur kasar.
11. Kemudian jahit badan hadapan atas dengan mencantumkan kain badan hadapan
bawah.
12. Cantumkan lapik leher pada bahagian badan hadapan atas.
13. Seterusnya cantumkan bahu badan hadapan dan bahu badan bahagian belakang untuk
membentuk leher yang sempurna.
14. Cantumkan bahagian tepi badan hadapan dan bahagian tepi badan belakang.
15. Kemaskan bawah baju dengan jahitan sembat susup.
16. Langkah menjahit selesai.

You might also like