Professional Documents
Culture Documents
Teks Dialog
Teks Dialog
Teks Dialog
Teks Dialog
Kenny, Rashveen dan Kamil bertemu di kantin sekolah semasa waktu rehat.
Mereka merupakan rakan sekelas dan mereka telah belajar tentang budaya
negara kita sewaktu kelas Pendidikan Moral.
Kenny: Saya berasa amat gembira dan bangga sebagai rakyat Malaysia.
Adakah kalian bersetuju?
Rashveen: Saya amat bersetuju! Banyak faedah yang diperoleh apabila rakyat
Malaysia hidup dalam keadaan bersatu-padu. Kita dapat belajar
dengan tenang dan selesa di sekolah. Kita adalah selamat.
Kenny: Perpaduan yang wujud dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dapat
membantu pihak kerajaan dan swasta mewujudkan pelbagai
kemudahan dan peluang pekerjaan untuk rakyat.
Kamil: Perpaduan kaum juga telah menarik minat para pelabur asing. Mereka
melabur dalam pelbagai sektor di negara kita. Pelaburan ini akan
membantu meningkatkan ekonomi negara kita.
Rashveen: Betulnya! Perpaduan kaum juga telah menarik minat pelancong asing
untuk melancong di negara kita. Mereka juga dapat menikmati pelbagai
budaya negara kita!