Projek RTS Link Berjalan Lancar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Projek RTS Link berjalan lancar

Projek menghubungkan Woodlands North-Bukit Chagar dijangka siap 2024

19 April 2018 3:00 AM

Lukisan artis bagaimana terminal RTS Link Singapura akan berhubung

Lukisan artis bagaimana terminal RTS Link Singapura akan berhubung dengan Stesen MRT
Woodlands North laluan Thomson-East Coast Line menerusi terowong bawah tanah.

SINGAPURA – Pembangunan Sistem Transit Rapid Link (RTS Link), projek rentas sempadan utama
yang menghubungkan Singapura dan Malaysia kini berjalan lancar.

Menteri Pengangkutan republik itu, Khaw Boon Wan menerusi catatan di laman Facebooknya
berkata, beliau amat teruja dengan perkembangan projek yang menghubungkan Stesen Woodlands
North, Singapura ke Stesen Bukit Chagar di Johor Bahru itu.

Beliau berada di kedua-dua lokasi terbabit kelmarin bagi meninjau perkembangan projek berkenaan.

Boon Wan juga sempat berkongsi video berdurasi 40 saat yang memaparkan tapak kerja RTS Link
serta 11 gambar lain dalam catatan itu.

Advertisement

Beliau disertai kumpulan yang mewakili Kementerian Pengangkutan Malaysia, Suruhanjaya


Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Prasarana
Malaysia Bhd., KTM Bhd. dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor.

Turut serta, Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura dan SMRT Corp.

Boon Wan berkata, RTS Link yang dijangka siap pada 2024 akan menjadi kaedah pengangkutan
pilihan bagi mereka yang berulang-alik merentasi Selat Johor.
KOSMO 19 APRIL 2018

“Di Singapura, laluan Thomson-East Coast Line akan menghubungkan pengguna dari Woodlands
North ke rangkaian Sistem Transit Massa (MRT) tempatan ke Kawasan Pusat Perniagaan di selatan,
Kawasan Jurong Lake di barat, Kawasan Punggol Innovation di utara dan Lapangan Terbang
Antarabangsa Changi di timur,” jelasnya.

Beliau menambah, tempoh perjalanan antara Woodlands North dan Bukit Chagar menerusi RTS Link
adalah sekitar lima minit.

Turut disediakan kawasan meletak kenderaan untuk kemudahan pengguna Malaysia di Bukit Chagar.

Jelasnya, kemudahan menghubungkan stesen menerusi sistem bas tempatan dan Bas Transit Rapid
akan memastikan hubungan yang lebih lancar.

“Pembangunan ini akan mengalihkan pengguna yang menggunakan Tambak Johor ketika ini, malah
kami menjangkakan RTS Link dapat mengurangkan kesesakan yang ketara di sana,” katanya.

Apabila beroperasi sepenuhnya, RTS Link yang merentasi Selat Johor menerusi sebuah jambatan
setinggi 25 meter, mampu membawa kira-kira 10,000 orang sejam bagi setiap arah.

You might also like