Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KANGAR

DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA


GUAMAN NO.: XXX-XX-XX/2014

ANTARA
ABC ….. PLAINTIF

DAN
DEF ….. DEFENDAN

PENGHUJAHAN BERTULIS PLAINTIF

Dengan izin Puan Majistret,

PENDAHULUAN

1. Hujahan ini difailkan oleh ABC (“Plaintif”) bagi memenuhi arahan Mahkamah agar
memfailkan hujahan secara bertulis setelah perbicaraan penuh yang lalu selama 02 hari iaitu
pada (tarikh) dan (tarikh). Semoga hujahan ini dapat membantu Mahkamah ini membuat
keputusan sewajarnya.

2. Plaintif dengan rendah diri memohon kepada Mahkamah ini agar hujahan ini dapat
merujuk kepada kertas-kertas kausa yang telah difailkan ke Mahkamah, eksibit-eksibit yang telah
ditandakan dan juga keterangan saksi-saksi semasa perbicaraan.

3. Seramai 02 orang saksi telah hadir memberi keterangan bersumpah di Mahkamah bagi
pihak Plaintif iaitu :-
(a) ABC; dan
(b) (nama).

4. Manakala Defendan hanya mengemukakan seorang saksi bagi memberi keterangan


bersumpah di Mahkamah iaitu :-
(a) DEF

1
Puan Majistret,

5. Tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah untuk mendapatkan balik pemilikan kosong
bagi tanah bendang yang terkandung dalam surat hakmilik GM XXXX Lot XXXX, Mukim
Sanglang, Daerah Perlis dalam Negeri Perlis atas alasan bahawa Plaintif adalah pemilik
berdaftar hartanah tersebut dan Defendan telah mengusahakan tanah bendang tersebut tanpa
izin dan/atau kebenaran daripada Plaintif. Plaintif juga menuntut ganti rugi daripada Defendan
untuk kerugian yang terpaksa dialami akibat pencerobohan tersebut.

ISU-ISU YANG PERLU DIPUTUSKAN

6. Plaintif dengan ini menghujahkan isu-isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini iaitu
:-
(a) Sama ada Plaintif mempunyai hak di sisi undang-undang untuk mendapatkan balik
milikan kosong tanah bendang di GM XXXX Lot XXXX, Mukim Sanglang, Daerah
Perlis dalam Negeri Perlis tersebut?;
(b) Sama ada Defendan telah menceroboh tanah Plaintif di GM XXXX Lot XXXX,
Mukim Sanglang, Daerah Perlis dalam Negeri Perlis tersebut?;
(c) Jika jawapannya YA, samada Plaintif berhak menuntut ganti rugi akibat
pencerobohan tersebut?

Puan Majistret,

(a) Sama ada Plaintif mempunyai hak di sisi undang-undang untuk mendapatkan balik
milikan kosong tanah bendang di GM XXXX Lot XXXX, Mukim Sanglang, Daerah Perlis
dalam Negeri Perlis tersebut?

7. Plaintif bagi menjawab persoalan ini dengan rendah diri menghujahkan bahawa
Mahkamah perlu kembali kepada prinsip asas undang-undang tanah di Malaysia. Undang-
undang tanah di Malaysia telah pun dinyatakan secara jelas melalui Kanun Tanah Negara 1965
di mana ia telah menerima konsep “Sistem Torrens” mengenai pendaftaran hakmilik tanah.

2
8. Plaintif menghujahkan bahawa kewujudan Eksibit P2 A hingga E (mukasurat 1 hingga
5, ID-A) menjadi bukti prima facie ketuanpunyaan Plaintif atas tanah bendang tersebut dan
justeru mempunyai hak dan kepentingan tidak boleh sangkal sebagaimana diperuntukkan oleh
SEKSYEN 340(1) KANUN TANAH NEGARA 1956 :- [TAB A]

(1) Hakmilik atau kepentingan mana-mana orang atau badan buat masa itu
didaftarkan sebagai tuan punya mana-mana tanah, atau atas nama siapa apa-apa
pajakan, gadaian atau esmen adalah buat pada masa itu terdaftar, hendaklah tertakluk
kepada peruntukan-peruntukan berikut seksyen ini tidak boleh disangkal.

9. Ketuanpunyaan tanah bendang ini disokong oleh keterangan konsisten daripada saksi
Plaintif. Plaintif selanjutnya menghujahkan bahawa Defendan tiada dalam mana-mana kertas
kausa atau keterangan bersumpah yang diberikan menolak ketuanpunyaan Plaintif atas tanah
bendang tersebut. Maka ianya “crystal clear” bahawa Defendan telah mengiktiraf hak dan
kepentingan tidak boleh sangkal Plaintif atas tanah bendang yang menjadi isu dalam kes ini.

10. Plaintif selanjutnya menghujahkan bahawa ekoran daripada ketuanpunyaan atas tanah
bendang tersebut, hak dan kepentingan Plaintif atas tanah bendang dijamin di bawah ARTIKEL
13(1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN :- [TAB B]

Hak terhadap harta

(1) Tiada seorang pon boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang

11. SEKSYEN 44(1) KANUN TANAH NEGARA 1965 dirujuk bagi menunjukkan hak dan
kepentingan eksklusif Plaintif untuk menikmati penggunaan tanah bendang tersebut tidak boleh
diganggu oleh Defendan atau mana-mana orang tanpa alasan yang sah di sisi undang-undang
:- [TAB C]

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan akta ini dan mana-mana undang-


undang bertulis lain buat masa itu berkuatkuasa, mana-mana orang atau badan
yang kepadanya (di bawah akta ini atau di bawah undang-undang terdahulu),
tanah telah diberimilik, tanah rizab telah dipajakkan atau lesen pendudukan
sementara (termasuk suatu lesen yang digelar begitu di bawah undang-undang

3
tanah terdahulu) telah diberi berkenaan dengan mana-mana tanah, maka orang
atau badan itu berhak –

(a) Mengguna dan menikmati secara eksklusif seluas mana ruang udara
yang ada di atas permukaan tanah itu, sepertimana yang perlu dengan
munasabahnya untuk penggunaan dan penikmatan tanah itu mengikut
undang-undang.

12. Justeru, Plaintif menghujahkan bahawa tindakan terhadap Defendan untuk mendapatkan
milikan kosong tanah bendang dan pampasan gantirugi adalah selaras dengan hak dan
kepentingan yang telah diberikan dan dijamin di bawah undang-undang.

Puan Majistret,

(b) Sama ada Defendan telah menceroboh tanah Plaintif di GM 3130 Lot 8164,
Mukim Sanglang, Daerah Perlis dalam Negeri Perlis tersebut?

13. Dalam kes ini, adalah fakta yang dipersetujui dan tidak dinafikan bahawa Defendan telah
mengusahakan satu relung tanah bendang milik Plaintif di GM 3130 Lot 8164 Mukim Sanglang,
Daerah Perlis, Perlis sejak tahun 2007 sehingga sekarang.

14. Ini dibuktikan oleh keterangan konsisten saksi-saksi Plaintif semasa pemeriksaan utama,
pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula. Bahkan fakta ini disahkan dan diakui benar oleh
Defendan semasa pemeriksaan balas oleh peguamcara Plaintif.

15. Defendan menafikan telah menceroboh tanah bendang Plaintif sebaliknya memberi
keterangan bahawa telah mendapat keizinan untuk mengusahakan tanah bendang tersebut
melalui perjanjian-perjanjian sewaan tanah bendang yang dimeterai dengan seorang bernama
Kamarudin bin Hamzah pada 08-09-2007 dan 16-02-2008. Eksibit D9 A hingga C (mukasurat
1 hingga 3, ID-C)

16. Plaintif dengan rendah diri menyatakan bahawa persoalan yang perlu diputuskan adalah
sama ada wujud justifikasi sebagaimana yang dibangkitkan Defendan tersebut.

4
17. Plaintif dengan sekeras-kerasnya menghujahkan bahawa Defendan mempunyai beban
untuk membuktikan justikasi tersebut. SEKSYEN 101 AKTA KETERANGAN menyatakan :-
[TAB D]

“(1) Whoever desires any Court to give judgment as to any legal right or liability,
dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts
exist.
(2) When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the
burden of proof lies on that person.

Illustrations
(a)......................
(b) A desires a court to give judgment that he is entitled to certain land in the
posession of B by reason of facts which he asserts and which B denies to be
true.
A must prove the existence of those facts.

18. Plaintif selanjutnya menghujahkan bahawa Defendan telah gagal dalam kes mereka untuk
menjustifikasi pencerobohan atas tanah bendang Plaintif melalui eksibit perjanjian tersebut.

19. Defendan telah gagal untuk membuktikan perkara-perkara yang berikut:-


(a) Adakah pada masa perjanjian-perjanjian sewaan dimeterai, Kamarudin bin
Hamzah tersebut adalah pemilik berdaftar tanah bendang tersebut?; dan
(b) Jika Kamarudin bin Hamzah bukanlah pemilik berdaftar tanah bendang tersebut,
adakah satu kebenaran dan/atau izin telah diperoleh daripada pemilik berdaftar
untuk memeterai perjanjian-perjanjian sewaan tersebut?

20. Plaintif merujuk semula kepada Eksibit P2 A hingga E (mukasurat 1 hingga 5, ID-A)
dan menegaskan bahawa jelas daripada geran hakmilik tersebut, pemilikan berdaftar tunggal
atas tanah bendang tersebut telah diberikan kepada Plaintif sejak 17-06-2004. Ini menunjukkan
bahawa pada masa perjanjian-perjanjian sewaan dimeterai, pemilik berdaftar atas tanah bendang
tersebut adalah Seman bin Abdullah iaitu Plaintif, bukannya Kamarudin bin Hamzah.

5
21. Defendan semasa pemeriksaan utama menyatakan bahawa perjanjian sewaan tersebut
ditandatangani setelah berpuas hati bahawa ayah kepada Kamarudin bin Hamzah
tersebut telah memohon kepada kerajaan untuk didaftarkan hakmilik atas hartanah
tersebut. Walau bagaimanapun, Defendan tidak memaklumkan Mahkamah mengenai
hasil keputusan permohonan tersebut sama ada dibenarkan atau tidak.

22. Merujuk kembali kepada “Sistem Torrens”, Plaintif menghujahkan bahawa hak dan
kepentingan pihak yang didaftarkan adalah lebih utama daripada pihak yang tidak didaftarkan;
ie pihak yang baru memohon kepada kerajaan untuk diberikan hakmilik.

23. Defendan juga telah mengesahkan semasa di soal balas oleh peguamcara Plaintif
bahawa Plaintif tidak terlibat dalam perjanjian-perjanjian sewaan yang dibuat dan hanya
melibatkan Defendan dan Kamarudin bin Hamzah tersebut.

24. Justeru, bagi memberi kesan undang-undang kepada perjanjian-perjanjian sewaan


tersebut, pihak yang seharusnya terlibat adalah Defendan (penyewa) dan Plaintif (selaku tuan
tanah).

25. Defendan juga tidak dalam mana-mana keterangan yang diberikan kepada Mahkamah
membuktikan bahawa wujud izin dan/atau kebenaran yang diberikan oleh Plaintif kepada
Kamarudin bin Hamzah tersebut untuk memeterai perjanjian-perjanjian sewaan tersebut bagi
pihak Plaintif.

26. Plaintif dengan sekeras-kerasnya menyatakan bahawa perjanjian-perjanjian sewaan


tersebut tidak sah di sisi undang-undang sejak dari awal lagi (void ab initio) dan langsung tidak
mempunyai apa-apa kesan undang-undang.

27. Selanjutnya, tindakan Defendan mengusahakan tanah bendang Plaintif jelas merupakan
satu pencerobohan dan justifikasi wujud perjanjian sewaan tanah bendang adalah tidak relevan
dan tidak perlu dipertimbangkan pihak Mahkamah.

28. Plaintif merujuk kepada kes TAN WEE CHOON v ONG PECK SENG & ANOR [1986] 1
MLJ 322 di mana Mahkamah Tinggi telah memberikan maksud trespass iaitu:- [TAB E]

“Every unlawful entry by one person on land in possession of another is a


trespass for which an action lies, although no actual damage is done. A person

6
trespasses upon land if he wrongfully sets foot on, or rides or drives over, it, or
takes possession of it, or expels the person in possession, or pulls down or
destroys anything permanently fixed to it, or wrongfully takes minerals from it, or
places or fixes anything on it or in it,…”

29. Walaupun sekiranya Defendan cuba menyatakan bahawa telah diperdaya oleh (nama)
tersebut, Defendan tidak pernah dalam mana-mana kertas kausa dan keterangan bersumpah
yang diberikan membangkitkan isu tersebut dan ia tidak menjejaskan tuntutan Plaintif terhadap
Defendan dalam kes ini.

30. Defendan semasa di soal balas mengesahkan bahawa Plaintif telah ada datang berjumpa
dengannya dan bertanya alasan kenapa Defendan mengusahakan tanah bendang tersebut.
Tetapi Defendan tidak menghiraukan persoalan Plaintif dan berterusan mengusahakan tanah
bendang tersebut sehingga sekarang.

31. Tindakan wajar bagi orang yang munasabah dalam situasi tersebut adalah menghentikan
kerja-kerja atas tanah bendang dan bertanya kepada pihak yang menyewakan tanah bendang
itu mengenai tuntutan Plaintif. Walau bagaimanapun ini tidak dilakukan oleh Defendan, atau
sekurang-kurangnya tidak diperjelaskan oleh Defendan kepada Mahkamah.

32. Ditambah pula dengan fakta bahawa Defendan memeterai perjanjian sewaan tanah
bendang tersebut hanya bergantung kepada surat makluman permohonan oleh ayah (nama)
supaya diberi hakmilik oleh kerajaan. Tidak munasabah bagi mana-mana orang untuk tidak
merasakan sesuatu yang tidak betul telah berlaku dalam keadaan tersebut.

33. Plaintif menyatakan bahawa Defendan dari dulu lagi mengetahui telah menceroboh tanah
bendang Plaintif tapi mengabaikan perkara tersebut kerana mahu mengambil keuntungan hasil
bendang tersebut.

34. Justeru, Plaintif menghujahkan bahawa prinsip-prinsip ekuiti adalah tidak terpakai ke atas
Defendan kerana gagal mematuhi prinsip “he who comes into equity must come with clean
hands”.

7
35. Berdasarkan hujahan-hujahan di atas, Plaintif menyatakan dengan sekeras-kerasnya
bahawa pencerobohan Defendan atas tanah bendang telah berlaku dan tidak ada apa-apa alasan
bermerit yang boleh digunakan Defendan bagi menafikan tuntutan ini.

(c) Jika berlaku pencerobohan oleh Defendan, sama ada Plaintif berhak
menuntut ganti rugi akibat pencerobohan tersebut?

36. Defendan semasa disoal balas mengesahkan bahawa telah mengusahakan tanah
bendang tersebut dari tahun XXXX sehingga sekarang. Jadi, Defendan sudah XX musim
mengusahakan tanah bendang tersebut. Defendan selanjutnya turut mengesahkan bahawa
memperoleh keuntungan kasar sebanyak RMX,XXX setahun hasil bendang dan jumlah
keseluruhan keuntungan kasar sebanyak RMXX,XXX untuk XX musim.

37. Plaintif menghujahkan bahawa keuntungan yang diperoleh Defendan sebanyak


RMXX,XXX tersebut bermaksud kerugian sebanyak RMXX,XXX ditanggung oleh Plaintif kerana
tidak dapat mengusahakan tanah bendangnya dan tidak dapat memungut hasil bendang.

38. Tindakan Defendan yang enggan keluar dari tanah bendang Plaintif menyebabkan Plaintif
tidak lagi dapat mengusahakan tanah bendang yang secara sahnya dapat diusahakan dan dapat
diambil keuntungan hasilnya.

39. Plaintif merujuk kepada Halsbury's Laws of England, 4th ed., Vol. 45(2) (London:
Butterworths, 1999) pada muka surat 343, perenggan 526,

"In a claim of trespass, if the claimant proves the trespass he is entitled to


recover nominal damages, even if he has not suffered any actual loss. If the
trespass has caused the claimant actual damage, he is entitled to receive
such an amount as will compensate him for his loss. Where the defendant has
made use of the claimant's land, the claimant is entitled to receive by way of
damages such a sum as should reasonably be paid for that use.... where the
defendant cynically disregards the rights of the claimant in the land with the
object of making a gain by his unlawful conduct, exemplary damages may
be awarded. If the trespass is accompanied by aggravating circumstances which

8
do not allow an award of exemplary damages, the general damages may be
increased.

40. Plaintif selanjutnya menghujahkan bahawa pencerobohan Defendan atas tanah bendang
Plaintif bukan sahaja menyebabkan kerugian dari segi hasil bendang yang sepatutnya diperoleh
oleh Plaintif, tetapi juga merupakan satu penafian hak dan kepentingan Plaintif atas tanah
bendang sejak (tahun).

KESIMPULAN

Dengan izin Puan Majistret,

1. Berdasarkan hujahan di atas dan otoriti-otoriti yang disertakan adalah jelas bahawa
Plaintif selaku pemilik berdaftar tanah bendang tersebut mempunyai hak yang tidak boleh
disangkal untuk menikmati penggunaan tanah bendang tersebut. Alasan Defendan
mengusahakan tanah bendang tersebut setelah mendapat kebenaran melalui perjanjian-
perjanjian sewaan adalah tidak relevan kerana tidak dapat dibuktikan sepenuhnya.

2. Justeru, adalah dipohon supaya permohonan untuk mendapatkan milikan kosong tanah
bendang dan pampasan akibat pencerobohan Defendan dibenarkan.

Bertarikh pada haribulan , 2016

………………………………..
PEGUAMCARA PLAINTIF

HUJAHAN BERTULIS PLAINTIF ini difailkan oleh Pengarah, Jabatan Bantuan Guaman Perlis yang
beralamat di No 8,10 & 12, Taman Temak Jaya, Jalan Kangar-Alor Setar, 01000 Kangar, Perlis.
[Ruj. Kami: JBG.PR(PT) 377/0912]

You might also like