Kertas Kerja Teknik Menjawab 2017.odt

You might also like

Download as odt, pdf, or txt
Download as odt, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR SUNGAI PETANI,

JALAN PAHLAWAN, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.

TEL: 04-4216257
FAX: 04-4230840

“KEDAH GEMILANG”

Ruj.Kami : SMKBSP/30/006/1/5/( )
Tarikh : 17 Julai 2017

Pengetua
SMK Bandar Sungai Petani,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS PEPERIKSAAN BAHASA INGGERIS


TINGKATAN 2

Merujuk perkara diatas dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Panitia Bahasa Inggeris akan mengadakan
program seperti yang tersebut diatas untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24 & 25hb Julai 2017


Masa : 1.45 pm – 5.00 pm
Tempat : Dewan PIBG

2. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dengan memberi tips teknik – teknik menjawab kertas pepriksaan
serta pembahagian masa menjawab agar pelajar lebih bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan Bahasa Inggeris..

3. Program ini akan dijalankan oleh guru-guru Bahasa Inggeris Tingkatan 2 di Dewan PIBG mengikut jadual yang
dilampirkan.

4. Bersama ini saya sertakan kertas cadangan program tersebut untuk tindakan tuan selanjutnya.

Perhatian dan kerjasama tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,

(SANGGEETHA A/P RAJENDRAN)


Penyelaras Tingkatan 2 Panitia Bahasa Inggeris
SMK Bandar Sungai Petani.
08000 Sungai Petani,
Kedah.

S.k - Penolong Kanan Petang


- Guru Kanan Bahasa
- Fail Panitia
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA INGGERIS TINGKATAN 2

PENGENALAN

Dalam menuju kecemerlangan, pelajar-pelajar perlu diberi perhatian sewajarnya sama ada dari segi akhlak,
akademik, ko-kurikulum dan sebagainya. Kejayaan pelajar-pelajar dalam bidang akademik diukur daripada pencapaian
mereka dalam peperiksaan. Bagi mencapai matlamat tersebut, bimbingan ke arah peperiksaan perlu diberi perhatian
serius khususnya dari segi teknik-teknik menjawab, pembahagian masa dan soalan-soalan peruncingan yang kerap disoal
di dalam peperiksaan. Menyedari hakikat inilah maka pihak Panitia Bahasa Inggeris telah mengambil inisiatif untuk
mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris bagi membantu pelajar-pelajar menghadapi
peperiksaan

RASIONAL

Pelajar-pelajar kurang berkemahiran dalam teknik – teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris, terutamanya dalam
tatabahasa dan pembinaan ayat.

OBJEKTIF

1. Supaya pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan segala teknik dan tips yang diperoleh dari bengkel ini bagi
meningkatkan peratus lulus dan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris 2017.
2. Supaya pelajar-pelajar dapat memberi jawapan dengan tepat selaras dengan peraturan permarkahan.
3. Meningkatkan kemahiran tatabahasa dan pembinaan ayat pelajar.
3. Supaya para pelajar dapat membuat pembahagian masa yang betul dalam menjawab soalan mengikut masa yang
ditetapkan.

SASARAN

Semua pelajar Tingkatan 2.

TEMPAT DAN MASA

Tarikh : 24 & 25 Julai 2017


Masa : 1.45 pm- 5.00 pm
Tempat : Dewan PIBG

STRATEGI PELAKSANAAN

HARI &TARIKH SLOT


ISNIN Error Subject and Literature
(24/7) Correction Predicate Component
2A - 2F
(Cik Sanggeetha) (Pn. Sharmini) (En. Somasundram)
SELASA Error Subject and Literature
(25/7) Correction Predicate Component
2G-2L
(Cik Sanggeetha) (Pn. Sharmini) (En. Somasundram)
JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Pn.Naterah bt Jusoh Pengetua


Pen.Penasihat I : Pn.Norlida bt Hashim Penolong Kanan Petang
Pen.Penasihat II : En.Azhar bin Dun GKM Bahasa
Penyelaras Program : Cik Sanggeetha a/p Rajendran Penyelaras BI Tingkatan 2
AJK : Pn. Sharmini @ Yogeswary a/p Balraj Guru B.Inggeris Tingkatan 2
: En. Somasundram a/l S.I Patham Guru B.Inggeris Tingkatan 2

Persediaan Tempat : Pn. Sharmini @ Yogeswary a/p Balraj


Disiplin : En. Somasundram a/l S.I Patham
Dokumentasi : Cik Sanggeetha a/p Rajendran

PENUTUP

Diharap program yang dirancang dan dilaksanakan ini dapat membantu pelajar bersedia untuk menghadapi Ujian 2 dan
Peperiksaan Akhir Tahun 2017. Kerjasama dan sokongan semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan program ini.

Disediakan oleh,

(SANGGEETHA A/P RAJENDRAN)


Penyelaras Tingkatan 2 Panitia Bahasa Inggeris
SMK Bandar Sungai Petani,
Kedah.

s.k - Pengetua
- Penolong Kanan Petang
- Guru Kanan Bahasa
- Fail Panitia

You might also like