Kanser Kelenjar Air Liur

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kanser Kalenjar Air liur mungkin jarang kita dengar

berbanding dengar kanser-kanser yang lain seperti kanser


payu dara, kanser tumor, kanser hati dan sebagainya.
Setiap orang di antara kita mempunyai sejumlah air liur yang
tidak terhitung banyaknya. Fungsu utama kalenjar tersebut
adalah untuk menghasilkan air liur yang diperlukan dalam
proses pencernaan, pemakanan, pertuturan dan sebagainya. Ia
juga berfungsi untuk memastikan mulut anda sentiasa lembap.
Kalenjar kita dibahagiakan kepada dua jenis iaitu kalenjer
utama (major ) dan kalenjar kecil(minor). Kalenjar utama
terdiri daripada 3 pasang kalenjar air liur utama di bawah dan
dibelakang rahang - parotid, sublingual dan submandibular (
disebut sebagai kalenjar utama) Manakala kalenjar minor pula
terdapat di merata-rata lokasi seperti disepanjang saluran
pencernaan terutamanya di lelangit, lidah, bibir, pipi dan di
seluruh kawasan mulut dan tekak. Kalenjar Parotid adalah
merupakan kalenjar terbesar dengan setiap satunya berjisim
kira-kira 15gram. Ia terletak di bahagian hadapan dan sedikit
bawah daripada telinga. Air liur yang dihasilkan daripada
kalenjar ini akan di rembeskan ke dalam ronggan mulut
melalui satu saluran sepanjang kira-kira lima sentimeter.

Menurut Pensyarah Kanan Otorinolaringologi, Surgeri Kepala


dan Leher, Hospital Univeristi Sains Malaysia, Dr irfan
Muhammad berkata, 80 peratus kes ketumbuhan kelenjar air
liur adalah terjadi kepada kelenjar Parotid dan mujurlah 80
peratus daripada keseluruhan kes bukanlah barah dan hanya
memerlukan rawatan pembedahan mengeluarkan kelenjar
tersebut.Namun demikian, jika kes tersebut di dianogsi
sebagai Kanser Parotid, keseluruhan kelenjar akan dibuang.
Ini kerana walaupun sedikit ia perlu dibuang bagi
mengelakkan ia berulang kembali dan merebak di kawasan
lain.Kes yang membabitkan kelenjar Parotid ini terbahagi
kepada dua jenis iaitu kanser (malignant) atau bukan kanser
(benign). Bagi kes yang telah disahkan adalah kanser,
kebiasaannya pesakit akan berjumpa dengan doktor jika
mengalami gejala seperti kelenjar di bahagian muka semakin
membesar dan merasa sakit.Selain itu, antara tanda-tanda
yang menunjukkan kanser air liur telah menjadi semakin teruk
adalah pesakit mengalami saraf muka lumpuh, senyuman
senget, pipi tidak boleh kembung dan mata tidak boleh rapat
ketika tidur.Punca barah ini tidak dapat dikenalpasti secara
terperinci. Namun ada dikaitakan dengan sesetengah sel
dalam kelenjar air liur menjadi mutasi yang menyebabkan sel
tumbuh dan terbahagi dengan pantas. Sel yang membentuk
tumor boleh merebak ke tisu berdekatan.

Faktor Terjadi Kanser Kelenjar Air Liur


 Faktor usia yang semakin meningkat
 terdedah kepada radikal bebas
 terdedah kepada bahan-bahan kimia
 kurang penjagaan kesihatan mulut
Tanda-tanda Kanser Kelenjar Air Liur
 Benjol atau bengkak di kawasan berdekatan rahang atau
di dalam mulut atau leher
 sebelah muka menjadi kebas
 otot pada sebelah muka menjadi lemah
 sakit yang berterusan di kawasan kelenjar air liur
 sukar menelan
 sukar membuka mulut

You might also like