Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN PERKEMBANGAN KOGNITIF SOSIAL DAN


EMOSI

1.0.1 PERKEMBANGAN KOGNITIF


Kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran ( rohani A. 2007). Kemahiran
kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi
pendapat,memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku persekitaran
masing-masing. Ia melibatkan aktiviti-aktiviti mental seperti ingatan,
mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta,
berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting untuk kelangsungan hidup
individu

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan kepada pembinaan


pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan kanak-kanak yang berlaku
daripada satu peringkat kepada peringkat yang seterusnya. Menurut Teori Jean
Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak akan mengalami pemusatan pemerhatian
terhadap satu-satu perkara, mereka mula memperoleh konsep transformasi,
menguasai proses kebaikan yang akhirnya mengamati proses songsang. Pada
peringkat ini perasaan ingin tahu kanak-kanak mula meningkat dan gemar
bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih
dewasa.

Dalam teori perkembangan kognitif Jean Piaget ( 1980), terkandung 5 konsep


asas iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi, dan akomulasi. Skema
merujuk kepada kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan
diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi untuk melakukan sesuatu
dengan cara yang tertentu.

1.0.2 PERKEMBANGAN SOSIAL

Menurut Hafizah Hamzah dan Joy N. Samuel ( 2009) dalam buku mereka yang
bertajuk perkembangan kanak-kanak untuk program ijazah sarjana muda,
Perkembangan sosial kanak-kanak ialah kemahiran mereka menjalinkan
perhubungan sosial dan menunjukkan perlakuan baik dan sesuai mengikut
norma-norma masyarakat. Menurut Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohammad,
Maridah Haji Alias, Rashinawati Abdul Rashid, Azlina Ahmad ( 2013) dalam
buku mereka yang bertajuk perkembangan kanak-kanak, perkembangan sosial
merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain
mengikut cara yang diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses ini meliputi
cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Identiti social
dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu
kewujudan kendiri dan kategori kendiri
Mengikut teori Erik Erikson dalam buku Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009)
beliau menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di
persekitaran kanak-kanak. Menurut beliau lagi, personaliti seorang kanak-kanak
dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Dalam teori ini Erikson
memperkenalkan 8 peringkat perkembangan psikososial iaitu peringkat asas
kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan dimana bayi perlu mendapat kasih
sayang dan kepercayaan daripada penjaga sekiranya tidak, ketidakpercayaan akan
timbul. Peringkat kedua ialah autonomi lawan keraguan dimana perkembangan
kanak-kanak tertumpu pada fizikal sekiranya mereka berjaya, mereka akan percaya
kepada keupayaan diri, jika tidak keraguan pada keupayaan diri akan timbul.
Peringkat ketiga ialah inisiatif lawan rasa bersalah. Peringkat keempat industri
lawan rasa rendah diri dimana kanak-kanak perlu menguasai kemahiran-kemahiran
tertentu di alam persekolahan jika tidak rasa rendah diri akan timbul. Peringkat
kelima identiti lawan kekeliruan identiti. Peringkat keenam keintiman lawan
keasingan dimana individu mula membentuk keintiman dalam perhubungan.
Peringkat ketujuh ialah generativiti lawan kelakuan dimana individu mula
berkeluarga dan kerjaya yang baik. Peringkat kelapan ialah integriti lawan
kekecewaan dimana individu mula mencari kejayaan hidup dan karier.

1.0.3 PERKEMBANGAN EMOSI

Menurut Halizah Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) dalam buku mereka yang
bertajuk perkembangaan kanak-kanak untuk program ijazah sarjana muda
perguruan. Perkembangan emosi kanak-kanak didefinisikan sebagai satu perasaan
efektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi
makna kepada dirinya. Emosi datang dalam pelbagai bentuk seperti emosi gembira,
marah, sedih, takut, gentar dan sebagainya. Tahap emosi juga pelbagai dan secara
kasarnya emosi dikelaskan emosi positif dan emosi negatif. Emosi positif adalah
seperti gembira, teruja, girang manakala emosi negatif adalah seperti marah, sedih,
dan kecewa.
1.1 PERMASALAHAN KAJIAN

Antara pemasalahan kajian ialah masalah perkembangan kognitif yang dihadapi


oleh kanak-kanak itu sendiri, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza
mengikut perkembangan individu iaitu dalam menggunakan peraturan asas bahasa
secara kreatif, mahupun ingatan secara hafalan ia berdasarkan kepada kemampuan
individu masing-masing dan bagaimana mereka memberi tumpuan dalam
pembelajaran. Selain itu, masalah perkembangan sosial, iaitu cara kanak-kanak
membawa diri mereka apabila berinteraksi diantara orang yang baru mereka kenali
dan dengan orang yang telah mereka kenali dan terbiasa dengan pandangan mata
mereka semasa bercakap, cara mereka memulakan perbualan, dan juga bahasa
badan yang mereka gunakan. Masalah perkembangan sosial juga, yang melibatkan
pergaulan mereka dengan kawan-kawan, cara mereka bermain bersama atau
mereka mengelak diri atau mengasingkan diri dan berseorangan. Seterusnya ialah
pemasalahan perkembangan emosi kanak-kanak, kanak-kanak biasanya akan
menunjukkan dan membuat hubungan secara emosi dengan orang melalui riak
wajah diantara suka atau tidak. Selain itu, kanak-kanak tidak pandai
menyembunyikan perasaan apabila mereka seronok sehingga menyebabkan
beberapa kanak-kanak berdiri di atas kerusi kerana terlalu teruja dan diikuti oleh
kanak-kanak yang lain.
1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian kami merangkumi objektif –objektif yang berikut :


1) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti perkembangan
kognitif sosial dan emosi kanak-kanak ini dapat membantu kami membuat satu
kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Menguasai kemahiran
mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang
perkembangan kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak.
2) Kajian ini dapat menambah pengetahuan kami tentang perkembangan kognitif
tentang perkembangan kognitif, sosial dan emosi di kalangan kanak-kanak. Ini
juga dapat memberi saya pendedahan untuk mengenali dan memahami tentang
perkembangan kanak-kanak mengikut tahap perkembangan individu masing-
masing, serta berkesempatan untuk membuat kajian berkenaan perkembangan
kanak-kanak.
3) Kajian ini juga dapat menjadikan satu ilmu pengetahuan yang baru kepada
kami dan mampu dipraktikkan di pembelajaran kami dan menyedarkan bahawa
perkembangan kanak-kanak melalui 3 aspek ini penting untuk diketahui.
4) Kajian ini juga dilakukan untuk mengkaji tahap pemikiran kanak-kanak yang
berumur 5 hingga 6 tahun. Terdapat dua cara kami lakukan untuk melihat
perkembangan kognitif, emosi dan sosial di pasti as-salam, kuala kangsar,
perak.
3.0 Kaedah Kajian

Kami telah menggunakan kaedah pemerhatian sebagai kaedah kajian untuk mendapatkan
maklumat-maklumat kajian. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemikiran,
dan sosial kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun. Kaedah pemerhatian yang telah dijalankan
adalah dengan melawat dan menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak berusia 5-6 tahun iaitu
di Pasti Assalam. Kami telah mengumpul beberapa data dan maklumat dari kaedah
pemerhatian. Kaedah pemerhatian adalah kaedah alternatif yang ada dalam pengumpulan
maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik. Pemerhatian memerlukan penyelidik
memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian. Kaedah kajian ini membolehkan pengkaji lebih
memahami situasi yang sebenar. Pemerhatian dilakukan dalam persekitaran semulajadi tanpa
manipulasi atau campur tangan dari pemerhati.

3.1 Sumber dan tempat kajian

i. Sumber sekunder
Sumber sekunder adalah data yang diperolehi secara tidak langsung dari kajian
lapangan yang dijalankan oleh pengkaji. Data penelitian yang kami perolehi melalui
cara tidak langsung melalui buku rujukan perkembangan kanak-kanak yang disediakan
di perpustakaan dan sedikit sumber rujukan dari internet.

ii. Sumber primer


Sumber primer adalah data yang diperolehi secara langsung dari kajian lapangan yang
dijalankan oleh pengkaji dan lebih mencerminkan kebenaran berdasarkan dengan apa
yang dilihat dan dengar secara langsung oleh pengkaji. Oleh itu, sumber primer kami
perolehi melalui kajian lapangan yang dijalankan di Pasti Assalam, Kuala Kangsar ke
atas kanak-kanak yang berumur di antara 5 hingga 6 tahun.
3.2 Alat kajian

Nama :

Cita-cita :

Perkembangan Sosial

Bil. Senarai tingkah-laku sosial Ya Tidak


1 Gelisah, bergerak ke sana sini
2 Tidak duduk diam di kerusi
3 Selalu berkelahi
4 Tidak disukai oleh kanak-kanak lain
5 Suka berkelahi
6 Suka membuat kerja sendiri
7 Suka memencilkan diri
8 Kurang menumpukan perhatian
9 Menghisap jari
10 Menggigit jari atau kuku
11 Cepat marah
12 Sedih/ selalu menangis
13 Selalu tidak mendengar arahan
14 Mengganggu rakan-rakan
15 Memberikan respon yang baik

Perkembangan Kognitif

Bil Masalah pembelajaran (kognitif) Ya Tidak


1 Kurang tumpuan perhatian
2 Tidak boleh ikut arahan
3 Kurang daya ingatan
4 Kurang kefahaman
5 Tidak boleh menulis huruf sendiri
6 Tidak boleh menulis nama sendiri
7 Tidak boleh membuat kerja dengan sendiri
8 Tidak cukup pebendaharaan kata apabila menerangkan sesuatu
9 Pandai membezakan bentuk
10 Pandai membezakan warna

You might also like