Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 29

TUGASAN PBS

Bina satu penulisan ilmiah berkenaan cara


penyediaan makanan di kantin sekolah.
Kendalikan satu kajian (melalui pemerhatian
dan temubual) yang merangkumi aspek
sosiobudaya. Penulisan anda mestilah
sekurang-kurangnya 1000 patah perkataan.
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN PELAJAR

PENGALAMAN BERASASKAN
SEKOLAH
.
KETUA UNIT
EN. MOHD TAUFIK BIN HJ Pengalaman Berasaskan
AHMED Sekolah (PBS) merupakan
satu komponen daripada
PENOLONG KETUA UNIT
Amalan Profesional bagi
PN. SAIDATUL NADIAH BT
SHAMSUDDIN pelajar Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan IPG.
PEGAWAI PENGURUSAN Pelaksanaan PBS dapat
HJ. MD.NAKHAIE BIN memberi kefahaman awal
MD.NANGIN MUKA HADAPAN
kepada pelajar tentang alam
DOKUMEN PBSpersekolahan
2018 daripada
PENOLONG PEGAWAI
PENGURUSAN perspektif seorang guru.
Wajib
EN. ROHAIZAD BIN MOHD
dicetak dan diletakkan
TAJUDDIN sebagai halaman pertama
PBS juga memberi peluang
Portfolio PBSkepada
anda. pelajar memahami
PEMBANTU OPERASI sekolah sebagai sebuah
EN NAZRI BIN ALONG SAHIT
institusi pendidikan, peranan
guru di dalam bilik darjah
melalui pemerhatian,
Segala Pertanyaan dan surat menyurat, penelitian dokumen, refleksi
sila alamatkan dan hubungi:
dan interaksi dengan guru
PENGARAH serta komuniti sekolah.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH, Melalui PBS pelajar dapat
31150 HULU KINTA, memahami sistem
IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN. pengurusan sekolah, tingkah
[U.P.: KETUA UNIT / PEGAWAI laku murid, pengurusan bilik
PENGURUSAN PRAKTIKUM] darjah dan tugas sebenar
No. Tel : 05 – 5331311 ext. 1374
seorang guru.
No. Fax : 05 – 5330651 [Talian Terus]

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAMPIRAN 1-2a
KANDUNGAN PORTFOLIO
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
TANDAKAN
BIL TAJUK ITEM
()
1 LAMPIRAN KHAS 
2 SURAT PENGENALAN DIRI 
1.1 Nama IPGK
1.2 Gambar
1.3 Nama Pelajar
1.4 No. Kad Pengenalan
1.5 Alamat dan No. Telefon
3 BIODATA 
1.6 E-mel
1.7 Ambilan dan Pengkhususan
1.8 Tahun dan Semester
1.9 Tarikh PBS:
1.10 Nama Pensyarah
PERNYATAAN 2.1 Pernyataan sebelum PBS 
4 PROFESIONAL / 
2.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus
KONTRAK AKTIVITI
INSTRUMEN 3.1 Pemerhatian 
PENGUMPULAN 3.2 Senarai semak 
5
DATA BERHUBUNG 3.3 Temu bual 
TUGASAN 3.4 Soal selidik 
4.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah 
4.2 Perbincangan dengan mentor 
6 KOLABORATIF 4.3 Perbincangan dengan guru-guru lain 
4.4 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 
4.5 Interaksi dengan murid 
ILMU / 5.1 Pemerhatian 
7 PENGETAHUAN 5.2 Senarai semak 
BARU MELALUI 5.3 Temu bual 
REFLEKSI 6.1 Aktiviti 
8
(LAMPIRAN 1-4) 6.2 Perbincangan/Interaksi 
9 LAPORAN AKHIR 

Ulasan Pensyarah:
Penyediaan portfolio yang mantap dan sarat dengan informasi. Teruskan usaha.
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

Tandatangan : ________________________ Tarikh : 30 Mac 2018

Nama Pensyarah : TUAN HAJI MUSTAR BIN MASTOR

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAMPIRAN 1-6
MAKLUMAT UMUM SEKOLAH
ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut:

BIL PERKARA CATATAN / DATA

LAMPIRAN KHAS
SK BESTARI KINTA
1 Nama dan Alamat Sekolah
JALAN KINTA, 30000 IPOH, PERAK

2 No. Telefon Sekolah 05-5133355

3 Alamat e-mel / Web Sekolah www.beskin.edu.my

4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) Bandar

5 Nama Pengurus Sekolah EN AHMAD BIN SADAR

6 Nama PK Pentadbiran PN LAILI BIN LEMAN

7 Nama PK HEM TUAN HAJI BUANG BIN BAKAR


8 Nama PK Kokurikulum EN ROZMAN BIN ROZMI
9 Nama Penyelia Petang TIADA

10 Gred Sekolah A
11 Bilangan Guru Lelaki: 3

Perempuan: 18

Bilangan Guru Mengikut Siswazah: 19


12
Kelayakan Akademik Bukan Siswazah:2
13 Bilangan Kelas 9

14 Purata Saiz Kelas 21 orang


15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lain-lain

Lelaki 99 5 8
185
Perempuan 59 4 10
16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini
SEKOLAH INI MEMPUNYAI INFRASTRUKTUR TERKINI DAN DILENGKAPI DENGAN KEMUDAHAN
YANG MENYOKONG PEMBELAJARAN ABAD KE-21.

SETIAP KELAS DILENGKAP DENGAN KEMUDAHAN ICT.

LAGU SEKOLAH DITULIS DAN DIGUBAH OLEH SISO KOPRATASA (PENCIPTA LAGU PATRIOTIK
YANG DISEGANI)

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAMPIRAN1-7

BORANG KEHADIRAN
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
SK BESTARI KINTA
Nama Sekolah : _________________________________________________________

LAMPIRAN KHAS
JALAN KINTA, 30000 IPOH, PERAK
Alamat Sekolah : _________________________________________________________

Tarikh PBS 26 MAC 2018


: ______________________ 30 MAC 2018
hingga ____________________________

Tarikh
Bil Nama Pelajar No. KP Pengkhususan
26/3 27/3 28/3 29/3 30/3
911111-01- PENDIDIKAN
1 NAIM BIN NAAM     
1111 ISLAM
Catatan:

 Ketua kumpulan diminta menghantar borang kehadiran ini ke Unit Praktikum IPG selepas tamat
Pengalaman Berasaskan Sekolah.
 Salinan borang ini mestilah dilampirkan di dalam Portfolio PBS.
 Ketidakhadiran mesti disertakan dengan sijil cuti sakit atau surat kebenaran daripada Pengarah /
Timbalan Pengarah IPG.

Tandatangan Pelajar : _____________________________________________

Nama Pelajar NAIM BIN NAAM


: _____________________________________________

Pengesahan Pengurus Sekolah:

Tandatangan : ______________________________ Cop (Bulat) Sekolah:

Nama EN AHMAD BIN SADAR


: ______________________________
Jawatan GURU BESAR
: ______________________________
Tarikh 30 MAC 2018
: ______________________________

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAMPIRAN1-8
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
LAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR
(Diisikan oleh Pengurus Sekolah)

Nama Pelajar NAIM BIN NAAM


: ____________________________________No. 911111-01-1111
K.P. : __________________

LAMPIRAN KHAS
BAHASA MELAYU
Pengkhususan : ___________________________________Ambilan JUN 2016
: __________________

Tandakan ()

Sederhana
Lemah

Baik
Aspek Ulasan

a) Penampilan diri 

Sahsiah dan b) Pekerti 


Perwatakan c) Keprihatinan 
d) Sifat sebagai pendidik 

a) Berinteraksi secara beretika 


Komunikasi b) Keupayaan berbincang dan

Berkesan: membuat refleksi
c) Keupayaan menyampaikan idea 
a) Keupayaan membina hubungan

Budaya positif
Profesional b) Usaha untuk mendapatkan ilmu

Guru: dan bimbingan
c) Komited terhadap tugasan 

Ulasan Satu permulaan yang baik sebagai seorang bakal guru. Perlu lebih cekap dan tabah
Keseluruhan melaksanakan tugasan. Tahniah, teruskan usaha!

Pengesahan Pengurus Sekolah:

Tandatangan : ______________________________ Cop (Bulat) Sekolah:

Nama EN AHMAD BIN SADAR


: ______________________________
Jawatan GURU BESAR
: ______________________________
Tarikh : ______________________________
30 MAC 2018

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAMPIRAN KHAS
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
DENGAN KEPUJIAN

PERJANJIAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

NAIM BIN NAAM (911111-01-1111)

Dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh sedang mengikuti kursus mata pelajaran
Major/Bidang Teras/Elektif Teras Bahasa Melayu, berjanji bahawa sepanjang saya berada di
sekolah untuk menghayati pengalaman berasaskan sekolah sepenuhnya, saya akan :
1. Mengikuti waktu persekolahan yang ditetapkan.
2. Menghayati peraturan sekolah.
3. Berada di sekolah sepanjang tempoh yang telah ditetapkan oleh institut dan sekolah.
4. Memaklumkan kepada pihak sekolah tugasan yang perlu saya laksanakan.
5. Berkongsi tentang catatan yang dibuat semasa pemerhatian atau perbincangan dengan
guru atau pihak sekolah, bersama pihak sekolah.
6. Mengetepi sebarang maklumat daripada rekod saya jika diminta oleh guru atau pihak
sekolah.
7. Tidak menyatakan nama guru atau nama sekolah dalam sebarang maklumat yang
diperoleh daripada pihak sekolah atau catatan yang dibuat.

Perjanjian saya tandatangani di hadapan Guru Besar Sekolah

________________________________________
(Tandatangan Pelajar)

Disahkan Oleh : Cop (Bulat) Sekolah :

EN AHMAD BIN SADAR


GURU BESAR
SK BESTARI KINTA

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Sila lampirkan Surat Pengenalan Diri


pada halaman ini.
Halaman ini tidak perlu dicetak.

SURAT PENGENALAN DIRI

Sila cetak dan lampirkan


Surat Pengenalan Diri anda
pada bahagian ini.

Halaman ini tidak perlu


dicetak. Sekadar makluman
kepada pelajar sahaja.

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BIODATA GURU PELATIH

NAMA PELAJAR: NAIM BIN NAAM

NOMBOR KAD
911111-01-1111
PENGENALAN:

BIODATA
NAMA SEKOLAH: SK BESTARI KINTA

KOD SEKOLAH: ABA4786

SK BESTARI KINTA
ALAMAT SEKOLAH:
JALAN KINTA, 30000 IPOH, PERAK

NOMBOR TELEFON
05-5133355
SEKOLAH:
NO 48, LORONG TAK TENTU HALA 2,
ALAMAT SEMASA:
TAMAN TENTU, 30000 IPOH, PERAK

NOMBOR TELEFON: 014-4455454

EMEL: naim17@gmail.com

AMBILAN: JUN 2016

PENGKHUSUSAN: BAHASA MELAYU

TAHUN: 2018

SEMESTER: 1

TARIKH PBS: 26 – 30 MAC 2018

NAMA PENSYARAH: PN. ANIS SALWA BT AHMED @ ADNAN

JABATAN: ILMU PENDIDIKAN

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PERNYATAAN SEBELUM PBS

PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI


Setelah meniti soalan tugasan PBS yang diberikan oleh Pn. Anis Salwa Bt Ahmed @ Adnan bagi
subjek EDUP2023 Psikologi Pendidikan, maka dapatlah perancangan dibuat dengan baik
berkenaan dengan cara penyediaan makanan di kantin sekolah.

Sehubungan dengan itu, penulis berharap agar dapat membuat satu kajian berkenaan
cara penyediaan makanan di kantin sekolah dengan izin pentadbir sekolah dan juga pengusaha
kantin. Sememangnya tidak dapat dinafikan, kajian ini akan menyentuh isu sensitiviti
sesetengah pihak, namun itulah cabarannya.

Instrument yang menjadi sasaran ialah kaedah pemerhatian dan temubual


memandangkan kaedah berkenaan dilihat amat bersesuaian dengan soalan tugasan ini. Bagi
pemerhatian,

Penulis juga amat berharap sekiranya diberikan ruang untuk membantu menyediakan
makanan untuk murid-murid di kantin sekolah bagi lebih memahami dan mendalami proses
penyediaan makanan berskala besar untuk murid-murid sekolah.

Juga diharapkan agar perkaitan tanggungjawab dan keperluan diantara pengusaha kantin
dan juga pentadbir sekolah dapat dihuraikan. Manakala Jawatankuasa Kantin juga perlu
dijelaskan fungsi dan peranannya dalam usahasama ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

__________________________
Tandatangan
Nama : Cik Mariah binti Masrol
Tarikh : 12 Mac 2018__

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI


Setiausaha Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md Desa, 33,
berkata, semua pengusaha kantin diwajibkan mengikuti kursus pengendalian makanan yang
bertauliah.
Ia bertujuan mempelajari pelbagai perkara berkaitan makanan seperti cara
mengendalikan makanan dengan selamat, cara pencegahan pencemaran makanan serta
keracunan makanan dan sebagainya.
Bagi pengusaha kantin yang didapati tidak mengikuti panduan yang diberikan atau
mendapat tindakan berkenaan kebersihan kantin, mereka akan dibawa berbincang bagi
menyelesaikan masalah. Pihak PPKSM juga akan sentiasa memantau pengusaha kantin yang
bermasalah ini.
"Sekiranya mereka masih bermasalah, pihak sekolah boleh menamatkan kontrak
perjanjian kantin dan mengambil pengusaha lain yang memenuhi kriteria diperlukan," ujarnya.
Menurut Siti Normah, kantin kelihatan kotor apabila pengusaha kantin tidak mengikut
panduan pembersihan diberikan. Pengusaha perlu menyediakan tempat penyediaan makanan
yang sesuai dan sentiasa memastikan dalam keadaan bersih dan selamat.
Pemeriksaan kebersihan perlu dilakukan secara berkala dan berterusan. Tahap kebersihan
di kantin juga perlu diberi penekanan yang sangat penting oleh semua pengusaha kantin.
Setiap pekerja wajib mengikuti kursus pengendalian makanan dan memahami proses
yang perlu dilakukan untuk menjaga kebersihan kawasan kantin dan penyediaan makanan.
Ditanya tentang kes keracunan makanan membabitkan pelajar, Siti Normah berkata,
mungkin puncanya daripada kantin kotor dan mungkin juga tidak.
"Mungkin ya dan mungkin tidak. Dalam isu ini, saya melihat ada beberapa faktor yang
boleh menyumbang kepada perkara tersebut. Faktor pertama, proses penyediaan makanan dan
minuman.
Setiap pengusaha kantin dan pekerja diwajibkan berkursus dan mendapatkan suntikan
typhoid. Pengusaha kantin perlu memantau pergerakan pekerja dalam proses penyediaan
makanan sama ada mengikut panduan atau tidak.
Namun, kelalaian manusia pasti akan berlaku, justeru guru yang diberi tanggungjawab
memantau kantin diperlukan. Guru boleh masuk ke kawasan dapur bagi melihat dan menilai
sama ada pengusaha kantin menyediakan makanan dalam keadaan bersih atau tidak.
"Faktor kedua, makanan dan minuman yang datang dari luar sekolah. Dan ketiga,
penyediaan makanan dan minuman oleh pihak tidak berkenaan - misalnya kedai buku dan
koperasi sekolah, yang sebelum ini dibenarkan menjual pelbagai keperluan pelajar tetapi kini
dilihat mula menjual makanan yang diproses.
"Ada juga program yang mengajar pelajar untuk berniaga, tetapi bahan perniagaan
berbentuk makanan dan minuman. Ini juga diragui kerana pelajar tidak ada kursus
pengendalian makanan dan tidak mendapat suntikan typhoid.
Kita tidak sepatutnya memandang remeh terhadap perkara seperti ini, kerana sumbangan
kepada kes keracunan makanan adalah sangat tinggi kepada pelajar yang mana sering kali
orang ramai tidak sedar," jelas beliau.
PPKSM menyeru pengusaha kantin dapat mengikuti semua peraturan dalam
menyediakan makanan dan minuman yang bersih kepada pelanggan. Juga menyediakan
perkhidmatan dengan ikhlas dan dedikasi.
"Persatuan juga mengharapkan pihak sekolah dapat membuat pemantauan secara

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

berkala terhadap kantin bagi memastikan aspek kebersihan dan keselamatan terjamin. Melalui
kerjasama pelbagai pihak, saya yakin prestasi kantin sekolah akan menjadi lebih baik dan
memberi kesan positif kepada semua pihak terutama pelajar sekolah," katanya.

MEMILIH MAKANAN SIHAT UNTUK KANAK-KANAK SEKOLAH


Sebagai ibu bapa yang prihatin dan mahukan anak-anak berjaya dalam kehidupan, anda
perlulah melabur dalam kesihatan mereka. Berusahalah untuk memberi makanan yang
pelbagai, seimbang dan berkhasiat agar anak-anak yang sedang bersekolah dapat membesar
dan kekal sihat.
Pemilihan dan amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di kalangan kanak-
kanak sekolah. Berikut adalah panduan am untuk membantu anda memilih makanan sihat
untuk anak-anak agar mereka dapat makan secara sihat dan belajar menikmati makanan
berkhasiat: Anda juga boleh bekalkan mereka makanan yang berkhasiat disediakan di rumah.
Sekiranya ada majlis-majlis di sekolah yang perlukan sumbangan makanan, bekalkan makanan
yang berkhasiat seperti buah-buahan potong yang digaulkan dengan jus lemon dan sebagainya.
Gunakan maklumat yang positifBeritahu anak-anak bahawa semua makanan boleh
memenuhi keperluan pemakanan yang sihat. Tidak ada makanan yang baik atau tidak baik.
Kunci utama pemakanan sihat ialah pilihan dan pengambilan makanan secara sederhana. Ajar
mereka mengenai pemakanan yang baik dengan cara yang mudah seperti Yogurt dan susu
boleh membantu perkembangan tulang yang kuat atau lobak merah membantu anda melihat
dalam keadaan yang gelap.
Tumpukan kepada pemilihan makanan yang kaya dengan nutrienSentiasa galakkan anak
anda untuk memilih makanan yang kaya dengan nutrien di kantin sekolah. Ajar mereka untuk
sentiasa memilih makanan seperti:
1. Buah-buahan pelbagai warna sebagai snek berbanding gula-gula.
2. Sayur-sayuran beraneka warna.
3. Makanan yang diperkaya dengan nutrien, bijirin penuh dan yang tinggi serat.
4. Minuman bersusu berbanding minuman kordial.
5. Hidangan yang kurang berminyak dan bergula.
6. Hidangan yang mengandungi produk kekacang seperti tempe dan tauhu selain ayam,
daging dan ikan.
Tetapkan peraturan makanan keluargaKanak-kanak lebih mudah memilih makanan
sekiranya mereka tahu peraturan pemakanan keluarga. Contohnya, setiap ahli keluarga wajib
bersarapan pagi setiap hari, susu ialah minuman pilihan selepas makan malam atau snek di
sekolah perlulah daripada 5 kumpulan makanan dalam piramid makanan dan yang kurang
minyak, garam dan gula.
Tetapkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi apabila makan di luar, seperti
memesan air buah-buahan atau air kosong.
Jadi contoh yang baikKanak-kanak mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan orang
yang rapat dengan mereka. Sebagai ibu bapa, pemilihan makanan yang anda buat akan
mempengaruhi anak-anak. Jika anda memilih makanan yang sihat, anak-anak juga akan
mencontohi anda.
Selain menunjukkan contoh tabiat makan yang sihat, bincang dengan anak-anak tentang
Panduan Piramid Makanan dan pelbagai sajian makanan lazat yang boleh dinikmati.
Masak bersamaKanak-kanak lebih teruja dan berminat untuk mengambil makanan sihat
apabila mereka diberi peluang untuk menyediakan makanan. Libatkan mereka semasa

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

menyediakan hidangan. Benarkan mereka menambah apa yang mereka gemar dalam makanan
mengikut kreativiti mereka. Adakan sesi permainan masak-memasak bersama kawan-kawan
mereka atau pergi ke kelas masakan bersama mereka.
Membeli makanan bersamaLibatkan anak-anak semasa membeli belah atau ajak mereka
sama-sama menanam sayur atau buah di kebun, sekiranya ada. Pilih makanan yang kaya
dengan nutrien. Bantu anak memilih satu atau dua bungkusan makanan snek kegemaran
mereka yang kaya dengan nutrien untuk dibawa ke sekolah.
Bincang berkenaan pilihan makanan sihat. Selalulah berbincang dengan anak anda
berkenaan pemilihan makanan dan mengapa pemakanan sihat itu penting untuk pembelajaran
dan menjadi lebih aktif di sekolah. Sama ada di restoran makanan segera, kantin sekolah atau
vending machine, galakkan mereka untuk memilih makanan yang berkhasiat seperti minuman
bersusu atau jus buah-buahan berbanding minuman berkarbonat, dan sandwich berbanding
keropok kentang.
Jelaskan kepada mereka bahawa anda selalu memilih makanan berkhasiat apabila
membeli barangan dapur atau apabila makan di luar.
Pastikan makanan berkhasiat mudah diperoleh. Sediakan bekalan makanan berkhasiat di
rumah. Ini termasuklah pelbagai buah-buahan seperti pisang, jambu batu, epal dan oren serta
sayur-sayuran yang boleh dimakan mentah seperti salad, timun dan tomato (tidak ramai anak-
anak yang makan sayur mentah) dan susu rendah lemak atau susu berperisa, keju, yogurt, snek
bijirin penuh atau rendah lemak dan biskut bergula.
Ingatkan anak anda bahawa mereka boleh memilih makanan ini jika mereka lapar dan
memerlukannya dalam keadaan tergesa-gesa.
Jadikan waktu makan sebagai waktu bersama-sama keluarga.
Jadikan waktu makan sebagai waktu yang penting untuk semua ahli keluarga. Waktu
makan bersama-sama tidak hanya tertumpu pada waktu makan malam, ia boleh juga pada
sebarang waktu makan yang sesuai dengan anda.
Makan bersama-sama mampu menggalakkan pemakanan sihat. Libatkan anak semasa
merancang dan menyediakan makanan. Ini akan membantu mereka belajar mengenai
kepentingan memilih makanan berkhasiat dan makan bersama-sama.

PENYEDIAAN MAKANAN YANG SELAMAT


Apa itu makanan yang selamat? Makanan yang selamat ialah makanan yang bebas dari
pencemaran. Penyediaan makanan yang selamat adalah penting untuk mencegah keracunan
makanan.

Fakta penting:
1. Bakteria keracunan makanan boleh dipindahkan kepada orang lain dalam sesuatu masa.
2. Bakteria keracunan makanan ini boleh ditemui di hidung, mulut, tangan, usus dan luka yang
dijangkiti kuman.
3. Bakteria keracunan makanan ini boleh disebarkan oleh orang yang menyediakan makanan
melalui bersin, batuk ke dalam makanan dan dengan menyentuh makanan.
4. Kebanyakan wabak keracunan makanan timbul akibat dari pencemaran makanan semasa
makanan disediakan oleh orang yang menyediakan makanan tersebut.

Apa yang perlu saya buat untuk memastikan penyediaan makanan yang selamat? Perlu
dipastikan:

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1. Menjaga kebersihan diri


2. Basuh tangan dengan betul, terutama sekali:Selepas keluar dari tandas; Mengendalikan sisa
makanan; Selepas makan, merokok atau menghembus hidung dan; Selepas mengendalikan
bahan mentah dan sebelum menyajikan makanan.
3. Pastikan kuku sentiasa bersih dan pendek.
4. Pakai pakaian yang bersih dan penutup kepala.
5. Balut luka dengan pembalut luka yang kalis air.
6. Tanggalkan semua perhiasan seperti cincin, gelang dan jam tangan sebelum menyediakan
makanan.
7. Amalkan tabiat yang sihat apabila menyediakan makanan.
8. Gunakan sudu, garpu atau penyepit (tong) untuk menyajikan makanan.
9. Gunakan kain/tuala yang berasingan untuk mengelap tangan, meja dan peralatan makan.
10. Gunakan papan pemotong yang berasingan untuk bahan mentah dan yang telah dimasak.

Pengusana kantin dilarang:


1. Meludah, mengorek hidung atau telinga semasa menyediakan makanan.
2. Makan, merokok atau mengunyah gula-gula getah atau sirih semasa menyediakan
makanan.
3. Batuk atau bersin ke arah makanan.
4. Menyentuh bahagian dalam permukaan pinggan, cawan atau gelas semasa menghidang
makanan.
5. Menjilat jari semasa menyediakan makanan.
6. Menggaru kepala semasa menyediakan makanan.
7. Menghembus udara ke dalam beg, pembungkus atau bekas yang digunakan untuk makanan
dan minuman.
8. Merasa makanan dengan jari atau sudu yang tidak dibasuh.
9. Menggunakan tangan untuk menyajikan makanan.
10. Menggunakan bahan bercetak seperti kertas surat khabar untuk membungkus makanan
11. Menggunakan peralatan seperti pinggan, cawan dan piring yang pecah, retak atau rosak.

SENARAI TUGAS AJK KANTIN


Kantin sekolah merupakan satu tempat yang sinonim dengan murid. Oleh itu, perancangan
dibuat sebagai panduan menjadikan kantin suatu tempat yang menarik, bersih dan ceria bukan
sahaja untuk murid malahan guru, pelawat dan sesiapa sahaja yang berkunjung ke kantin.
Selain itu, perancangan ini bertujuan memastikan murid-murid mempraktik dan mempunyai
disiplin semasa menggunakan kantin. Semua akan merasa selesa dan tenteram apabila
menggunakan kantin.
OBJEKTIF :
1. Mendidik dan melahirkan murid yang tahu menjaga kebersihan.
2. Menjadikan kantin satu tempat yang bersih, ceria dan menarik.
3. Mendidik murid supaya menjadikan kantin bukan sahaja tempat untuk belajar
sendiri atau berkumpulan.
4. Memastikan kuantiti makanan yang dijual seimbang dengan nilainya.
5. Menjaga kualiti makanan yang dijual.
SASARAN :
1. Semua murid SK Padang Melangit

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

2. Penguasaha kantin
3. Guru dan kakitangan sekolah
4. Pelawat
STRATEGI
Semua pengguna kantin mendapat makanan yang seimbang dan berkhasiat.
Menjadikan kawasan kantin bersih ceria dan selamat.
Menjadikan kantin sebagai tempat “Bersih Sihat Ceria”
JANGKA MASA
Sepanjang tahun

Disemak oleh pensyarah:

__________________________
Tandatangan
Nama : Tuan Haji Mustar Bin Mastor
Tarikh : 30 Mac 2018______________

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

TUGASAN PBS JABATAN

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN


Tugasan ini ditelah pun diberikan oleh Pn. Anis Salwa Bt Ahmed @ Adnan bagi subjek
EDUP2023 Psikologi Pendidikan. Berikut adalah soalan tugasan yang dimaksudkan.

Bina satu penulisan ilmiah berkenaan cara penyediaan makanan di kantin sekolah. Kendailkan
satu kajian (melalui pemerhatian dan temubual) yang merangkumi aspek sosiobudaya.
Penulisan anda mestilah sekurang-kurangnya 1000 patah perkataan.

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

TUGASAN PBS JABATAN

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN


(PEMERHATIAN)

Bina satu penulisan ilmiah berkenaan cara penyediaan makanan di kantin sekolah. Kendailkan
satu kajian (melalui pemerhatian dan temubual) yang merangkumi aspek sosiobudaya.
Penulisan anda mestilah sekurang-kurangnya 1000 patah perkataan.

Pemerhatian akan dilakukan bagi perkara-perkara berikut:-


1. Kantin – secara fizikal, rekabentuk dan kesesuaian operasi jadual waktu sekolah.
2. Dapur utama kantin.
3. Pengusaha dan pekerja-pekerja pengendali kantin termasuk perabot.
4. Peralatan-peralatan yang digunakan.
5. Bahan mentah yang digunakan.
6. Tempat penyimpanan bahan mentah / peti ais / peti sejuk.
7. Tandas pekerja (jika ada).
8. Waktu rehat murid.
9. Menu dan harga yang dijual.
10. Sinki / tempat mencuci pinggan mangkuk.
11. Produk pembersihan yang digunakan.

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

TUGASAN PBS JABATAN

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN


(SENARAI SEMAK)

Tidak berkenaan / Instrumen tidak digunakan.

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

TUGASAN PBS JABATAN

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN


(TEMUBUAL)

Bina satu penulisan ilmiah berkenaan cara penyediaan makanan di kantin sekolah. Kendailkan
satu kajian (melalui pemerhatian dan temubual) yang merangkumi aspek sosiobudaya.
Penulisan anda mestilah sekurang-kurangnya 1000 patah perkataan.

Temubual akan dijalankan bersama-sama:-


Individu Perkara Yang Akan Ditanya
Guru Besar 1. Tatacara pemilihan pengusaha kantin.
1. Pengalaman mengendalikan kantin.
2. Operasi kantin.
3. Pengambilan pekerja.
Pengusaha kantin 4. Urusan jual beli.
5. Pengurusan hal kebersihan.
6. Pengurusan penyediaan menu
makanan.
1. Kualiti makanan murid.
Guru-guru 2. Pengurusan kantin secara
keseluruhan.
1. Kualiti makanan yang disediakan.
Murid-murid 2. Kuantiti makanan yang dijual.
3. Pilihan makan yang dijual.
Setiusaha
Jawatankuasa 1. Peranan dan tanggungjawab.
Kantin

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

TUGASAN PBS JABATAN

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN


(SOAL SELIDIK)

Tidak berkenaan / Instrumen tidak digunakan.

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAMPIRAN 1-3
REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 12 Mac 2018


________________________ Masa 10.00 pagi
: ___________________________

KOLABORATIF
Tajuk / Perkara : Pemilihan Pengusaha Kantin
_________________________________________________________

ISI PERBINCANGAN CADANGAN TINDAKAN

Pemilihan Pengusaha Kantin Bagi perkara ke-10, Guru Besar


1. Prosedur pemilihan. berhasrat untuk membesarkan saiz
2. Hebahan untuk tawaran pengusaha kantin. kantin bagi memastikan semua murid
3. Panel pemilih / kriteria wajib pengusaha dapat rehat pada 1 masa yang sama.
kantin. Setakat ini ia masih diperingkat
4. Pengumuman keputusan. cadangan kerana sekolah hanya
5. Tempoh dalam kontrak. mengharapkan dana dari PIBG.
6. Pelanggaran kontrak.
7. Pecah kontrak.
8. Penetapan harga menu dan harga.
9. Perjanjian di luar kontrak.
10. Fizikal kantin.
11. Bilangan murid dan waktu rehat.

Tandatangan : ____________________________________

Nama EN AHMAD BIN SADAR


: ____________________________________
GURU BESAR
Jawatan SK BESTARI KINTA
: ____________________________________

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAMPIRAN 1-3
REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 12 Mac 2018


________________________ Masa 11.30 pagi
: ___________________________

KOLABORATIF
Tajuk / Perkara : Pengurus Kantin
_________________________________________________________

ISI PERBINCANGAN CADANGAN TINDAKAN

Pengurusan kantin Bagi perkara ke-6, pengusaha kantin


1. Pengalaman mengendalikan kantin. perlu menyediakan jamuan bagi
2. Bilangan pekerja. mesyuarat-mesyuarat terpilih
3. Jumlah menu dan pusingannya. bersesuaian dengan peruntukan yang
4. Modal harian. diberikan.
5. Sumber bahan mentah.
6. Perjanjian luar kontrak.

Tandatangan : ____________________________________

Nama ADNAN BIN BAHA


: ____________________________________

Jawatan PENGUSAHA KANTIN


: ____________________________________

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

DAPATAN BAHARU
(PEMERHATIAN)

ILMU / PENGETAHUAN BARU MELALUI


Sepanjang 5 hari berPBS, pemerhatian telah pun dibuat bagi perkara-perkara berikut:-
1. Kantin – secara fizikal, rekabentuk dan kesesuaian operasi jadual waktu sekolah.
2. Dapur utama kantin.
3. Pengusaha dan pekerja-pekerja pengendali kantin termasuk perabot.
4. Peralatan-peralatan yang digunakan.
5. Bahan mentah yang digunakan.
6. Tempat penyimpanan bahan mentah / peti ais / peti sejuk.
7. Tandas pekerja (jika ada).
8. Waktu rehat murid.
9. Menu dan harga yang dijual.
10. Sinki / tempat mencuci pinggan mangkuk.
11. Produk pembersihan yang digunakan.

Berdasarkan pemerhatian, dapatlah dilihat:-

Kantin
Berdasarkan fizikal kantin ini, didapati kantin ini dapat menampung keperluan waktu rehat
semua murid di sekolah ini. Susunan perabotnya amat sesuai dan mampu menempatkan semua
murid pada satu-satu masa terutamanya waktu rehat.

Waktu rehat yang panjang, iaitu setengah jam, menjadikan waktu rehat mampu
menjamin penjualan makanan mencukupi bagi semua murid. Murid tidak perlu terkejar-kejar
kerana semua pekerja kantin terlibat dalam urusan menjual makanan.
Ketersediaan murid …bersambung…

Dapur Utama
Kantin ini dilengkapi dengan dapur utama. Suasana di dalam dapur ini jelas menunjukkan
pengusahanya benar-benar mementingkan kebersihan. Susun atur semua dapur-dapurnya
telah mengambil kira kedudukan sinki dan keselesaan pekerja kantin untuk bergerak.
Dapur utama ini juga …bersambung…

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

.
Pekerja Kantin
Bagi menjayakan operasi kantin ini, ada 4 orang pekerja telah pun diambil bagi memenuhi
keperluan.
Puan Jamilah bin Jaman adalah …bersambung…

Peralatan
Terdapat pelbagai jenis peratalan yang digunakan. Dapur utama ini dlengkapi.. bersambung..

...diteruskan sehingga tamat…

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

DAPATAN BAHARU
(SENARAI SEMAK)

ILMU / PENGETAHUAN BARU MELALUI


Tidak berkenaan / Instrumen tidak digunakan.

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

DAPATAN BAHARU
(TEMUBUAL)

ILMU / PENGETAHUAN BARU MELALUI


Bagi melengkapkan dapat maklumat yang lebih meluas, beberapa individu telah pun
ditemubual. Berikut adalah dapatan bagi temubual tersebut:-

Individu Perkara
Guru Besar …bersambung..
Pengusaha kantin …bersambung..
Guru-guru …bersambung..
Murid-murid …bersambung..
Setiusaha
Jawatankuasa …bersambung..
Kantin

Diantara menu yang disediakan:-

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAMPIRAN 1-5
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar.)

1. Isu / Perkara yang difokuskan:

REFLEKSI
Perbincangan bersama Guru Besar tertumpu kepada peraturan dan prosedur rasmi secara
keseluruhan berkenaan pengurusan kantin.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan:
Guru Besar memberikan maklumat dengan terperinci dan jelas. Penyampaian
beliau juga mudah diterima dan difahami kerana faktor ’orang lama’. Beliau juga
memberikan tunjuk ajar berkenaan perbezaan dunia pendidikan dahulu dan
semasa. Tidak ketinggalan juga berkenaan perubahan kurikulum yang telah berlaku
dan yang sedang dilaksanakan.

2.2 Kelemahan:
Cara penulis melontarkan soalan. Mungkin inilah kali pertama penulis membuat
temubual secara rasmi bersama-sama Guru Besar. Gementar pada hari pertama
juga amat dirasai membuatkan penulis berasa banyak kekurangan dalam
persediaan menghadapi alam pekerjaan.

3. Cadangan Penambahbaikan:
Bagi perkara pengusaha kantin ini sememangnya sudah jelas dari sudut prosedur di
peringkat pengurusan sekolah. Perkara lain yang perlu diberi penekanan ialah berkenaan
dengan cara berkomunikasi. Penulis berazam untuk membaiki lagi cara berkomunikasi agar
lebih mudah difahami.

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAMPIRAN 1-5
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar.)

1. Isu / Perkara yang difokuskan:

REFLEKSI
Perbincangan bersama pengusaha kantin tertumpu kepada operasi keseluruhan berkenaan
pengurusan kantin.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan:
Pengusaha kantin amat ramah dan sudi berkongsi pengalaman berkenaan
pengurusan kantin. Beliau juga memberikan kerjasama sepenuhnya kepada penulis
bagi meneruskan kajian ini.

2.2 Kelemahan:
Berbanding dengan Guru Besar, pengusaha kantin pula memiliki laras bahasa yang
agak rendah yang disebabkan tahap pendidikan yang diterimanya. Agak sukar juga
untuk memahami percakapan pengusaha kantin kerana dipengaruhi oleh loghat
tempatan.

3. Cadangan Penambahbaikan:
Laras bahasa adalah salah satu elemen yang penting yang perlu dititikberatkan
memandangkan bukan saja pengusaha kantin, malahan murid-murid juga mempunyai laras
bahasa yang berbeza-beza. Penulis perlu lebih berusaha dalam memilih laras bahasa yang
betul supaya setiap komunikasi itu berkesan.

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAPORAN AKHIR PBS

Sepanjang lima hari berada di SK Bestari Kinta, penulis dapat memenuhi objektif yang telah
ditetapkan. Kajian berkenaan cara penyediaan makanan di kantin sekolah.

LAPORAN AKHIR
Guru Besar dan pengusahan kantin memberikan kerjasama sepenuhnya bagi
melaksanakan kajian ini. Pemerhatian demi pemerhatian dan temubual dapat dibuat dengan
baik. Lebih-lebih lagi kerjasama yang diberikan oleh murid-murid dan guru-guru.

Penulis juga diberi peluang untuk terlibat dalam proses menyediakan makanan bagi
murid. Jelas nampak mudah tetapi ia amat memerlukan stamina yang tinggi dan berterusan
bagi memastikan semua tugas di kantin dapat dilaksanakan dengan baik.

Selain itu, penulis juga dapat melihat kepentingan kerjasama diantara pihak pentadbir
sekolah dan pengusaha kantin bagi menjamin keselamatan makanan untuk murid. Malahan
campur tangan murni dari PIBG juga dilihat perlu bagi memastikan kantin dapat memenuhi
keperluan murid di sekolah.

Setelah PBS berakhir, penulis merasakan terlalu banyak ruang-ruang kosong yang perlu
diisi bagi melengkapkan diri sebagai seorang guru. Nyata jelas, perjalanan penulis sebagai guru
masih jauh.

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/

You might also like