Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pencapaian Masyarakat Melayu:

Gambar Pertama:

Nur Amirah merupakan seorang gadis biasa sehinggalah kini bergelar isteri dan ibu, anak
kelahiran Alor Setar, Kedah ini bukanlah wanita biasa kerana di sebalik setiap celotehnya,
terselit semangat juang yang tinggi bagi membuktikan setiap individu mampu mencapai
kejayaan diimpikan asalkan mempunyai semangat dan keazaman. Beliau mula menjinakkan
diri dalam dunia perniagaan dalam talian sejak 2013 dengan menjual produk kecantikan
sebelum memberanikan diri mengeluarkan produk kecantikan beliau sendiri menerusi jenama
NA Beauty. Beliau juga merupakan graduan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kewangan dari
Universiti Teknologi MARA, Perlis. Beliau telah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah
Ikon Usahawan Tahunan Bawah 30-an pada Majlis Anugerah Personaliti Industri &
Usahawan Malaysia 2017 anjuran Niaga Times.

Simplified Version:

Nur Amirah mula menjinakkan diri dalam dunia perniagaan dalam talian sejak 2013 dengan
menjual produk kecantikan sebelum memberanikan diri mengeluarkan produk kecantikan
beliau sendiri menerusi jenama NA Beauty. Beliau juga merupakan graduan ijazah Sarjana
Muda Pengurusan Kewangan dari Universiti Teknologi MARA, Perlis. Beliau telah
dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Ikon Usahawan Tahunan Bawah 30-an pada Majlis
Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2017 anjuran Niaga Times.

Gambar Kedua:

Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim merupakan seorang bekas pegawai perisikan tentera dan
pemilik perniagaan kereta terpakai. Kemudiaan beliau menjadi pengedar kereta import
setelah mendapat permit daripada kerajaan. Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim juga
merupakan penerima Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan pada Majlis Konvokesyen UPM
yang ke-39 pada tahun 2015. Kini, beliau merupakan pemilik Weststar Aviation Services Sdn.
Bhd. dan melalui syarikat ini beliau memiliki 40 buah helicopter, empat buah jet persendirian
dan kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak daripada pelbagai
syarikat minyak dan gas seperti Petronas Carigali, Carigali Hess, Shell dan banyak lagi.
Menurut laman web Forbes, harta Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dianggarkan sebanyak
US$700 juta pada tahun ini dan tersenarai sebagai salah seorang daripada lima puluh orang
terkaya di Malaysia.

Simplified Version:
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim merupakan penerima Ijazah Kehormat Doktor
Kejuruteraan pada Majlis Konvokesyen UPM yang ke-39 pada tahun 2015. Kini, beliau
merupakan pemilik Weststar Aviation Services Sdn. Bhd. dan melalui syarikat ini beliau
memiliki 40 buah helicopter, empat buah jet persendirian dan kontrak bernilai RM8 billion
bagi membawa pekerja pelantar minyak daripada pelbagai syarikat minyak dan gas seperti
Petronas Carigali, Carigali Hess, Shell dan banyak lagi. Menurut laman web Forbes, harta
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dianggarkan sebanyak US$700 juta pada tahun ini dan
tersenarai sebagai salah seorang daripada lima puluh orang terkaya di Malaysia.

Gambar Ketiga:

Sebelum Datuk Kamaruddin Bin Meranun menyertai Kumpulan Air Asia, beliau bekerja di
Arab-Malaysian Merchant Bank sebagai Pengurus Portfolio yang mengurus dana pelaburan
institusi luar dan individu yang mempunyai nilai harta yang tinggi. Beliau juga pernah
dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Innosabah Capital Management Sdn. Bhd., anak syarikat
Innosabah Securities Sdn. Bhd.. Beliau kemudiannya memperoleh saham rakan usahasama
Innosabah Capital Management Sdn. Bhd. dan menamakannya semula sebagai Intrinsic
Capital Management Sdn. Bhd.. Datuk Kamarudin menerima Diploma Sains Aktuari dari
Universiti Teknologi MARA dan dinamakan sebagai Pelajar Aktuari Terbaik oleh Institut
Insurans Hayat Malaysia pada tahun 1983. Beliau menerima sarjana muda sains dengan
kepujian yang tertinggi dalam jurusan kewangan pada tahun 1986 dan menerima sarjana
pentadbiran perniagaan pada 1987 daripada Central Michigan University. Beliau telah
memegang pelbagai jawatan dalam kumpulan Air Asia dan kini beliau merupakan Pengerusi
Eksekutif Bukan Bebas Syarikat dalam Air Asia, Pengerusi Jawatankuasa Skim Opsyen
Saham Kakitangan Lembaga dalam Air Asia, Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Tune
Ins. Holdings Berhad dan AirAsia X Berhad dan Pengarah Yayasan Pendidikan Titiwangsa.
Menurut laman web Forbes, nilai harta beliau dianggarkan sebanyak US$735 juta pada tahun
ini dan juga tersenarai sebagai salah seorang daripada lima puluh orang terkaya di Malaysia.

Simpliefied Version:

Datuk Kamaruddin Bin Meranun menerima Diploma Sains Aktuari dari Universiti Teknologi
MARA dan dinamakan sebagai Pelajar Aktuari Terbaik oleh Institut Insurans Hayat Malaysia
pada tahun 1983. Beliau menerima sarjana muda sains dengan kepujian yang tertinggi dalam
jurusan kewangan pada tahun 1986 dan menerima sarjana pentadbiran perniagaan pada 1987
daripada Central Michigan University. Beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam
kumpulan Air Asia dan kini beliau merupakan Pengerusi Eksekutif Bukan Bebas Syarikat
dalam Air Asia, Pengerusi Jawatankuasa Skim Opsyen Saham Kakitangan Lembaga dalam
Air Asia, Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Tune Ins. Holdings Berhad dan AirAsia X
Berhad dan Pengarah Yayasan Pendidikan Titiwangsa. Menurut laman web Forbes, nilai harta
beliau dianggarkan sebanyak US$735 juta pada tahun ini dan juga tersenarai sebagai salah
seorang daripada lima puluh orang terkaya di Malaysia.

You might also like