Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

3.

0 Penulisan Akademik

3.1 Pengenalan

Model ASSURE telah menjadi pilihan saya dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Menurut Heinich (1982, seperti yang dinyatakan dalam Rafiza
Abdul Razak & Maryam Abdul Rahman, 2013), Model ASSURE mengandungi enam
langkah iaitu bermula dengan langkah menganalisis murid, menyatakan objektif, memilih
kaedah, media dan bahan, menggunakan media dan bahan, mendorong penglibatan pelajar
dan langkah terakhir menilai dan menyemak.

Rajah 1. Langkah-langkah Model ASSURE

Langkah-langkah Model ASSURE

A- Analisis S- Nyatakan S- Pilih kaedah,


objektif / hasil media dan
murid
pembelajaran bahan

U- Gunakan R- Libatkan
E- Nilai dan
media dan murid dalam
semak semula
bahan sumber pembelajaran

3.2 Analisis murid

Menurut Noriati A. Rashid, Boon, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Wan
Kamaruddin Wan Hassan (2009), murid boleh dianalisis berdasarkan tiga aspek iaitu ciri-ciri
umum murid, pengetahuan atau pengalaman sedia ada dan gaya belajar. Guru perlu
prihatin terhadap murid dengan mengenal pasti jenis murid. Roshlawaty Raieh (2017)
mengatakan bahawa sebagai seorang guru, kita perlu mengenali mereka agar mudah
merancang pedagogi pengajaran dalam kelas. Mengikut Dunn & Dunn (1978, seperti yang
dinyatakan dalam Zubaidah Begam Mohamed Zakaria, 2007), pengajaran akan lebih
berkesan jika guru melaksanakan kaedah pengajaran yang bersesuaian melalui usaha
memadankan kaedah pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar-pelajar. Guru

7
juga perlu mengenal pasti pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid melalui ujian pra
sesuatu topik yang dilakukan sebelum sesi pengajaran bermula, sesi soal jawab atau
berinteraksi dengan murid untuk memudahkan guru mengenal pasti media dan kaedah yang
bersesuaian.

3.3 Nyatakan objektif / hasil pembelajaran

Pernyataan objektif pembelajaran dapat membantu guru menentukan langkah-


langkah aktiviti pembelajaran dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang
merangsangkan. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk
menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran. Objektif pembelajaran
mestilah ditulis secara eksplisit, tepat, jelas dan spesifik mengikut kesediaan pelajar.
Menurut Noriati A. Rashid, Boon, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Wan Kamaruddin
Wan Hassan (2012), pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut iaitu
kumpulan sasaran, bentuk perlakuan baru, syarat perlakuan dan standard pencapaian yang
dianggap sudah dikuasai. Melalui pernyataan objektif pembelajaran, guru dapat lebih fokus
kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh murid.

3.4 Pemilihan kaedah, media dan bahan sumber

Kesesuaian strategi, pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan adalah


bergantung kepada objektif pengajaran dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai (Sapie
Sabilan, Mohamad Fuad Ishak, Mohd Kamal Din@Nasirudin, dan Rekkeman Kusut, 2015).
Menurut Intan Safinas Mohd Ariff Albakri, Fazilah Idris, Maznah Ibrahium dan Alawiah
Ibrahim (2001), seorang guru perlulah kreatif mencari kaedah bagi menimbulkan tindak
balas positif untuk menarik minat pelajar seperti menjalankan aktiviti atau memilih bahan
bantu mengajar yang sesuai. Contohnya, soal jawab, perbincangan, bercerita dan
sebagainya. Pemilihan media juga seharusnya berfokus kepada kesesuaian kurikulum yang
sedia ada. Sebagai contoh, bentuk media seperti gambar, slaid, peta, lukisan, transperansi,
bahan tiga dimensi boleh digunakan untuk memenuhi keperluan murid yang berbeza. Selain
itu, guru boleh mengubah suai bahan sumber pengajaran sedia ada yang tidak menepati
objektif pembelajaran sepenuhnya secara kreatif supaya murid-murid dapat menerima isi
pelajaran secara berkesan.

3.5 Gunakan media dan sumber

Seterusnya, guru seharusnya menggunakan media dan bahan sumber pengajaran


secara berkesan dengan mengubah paradigma pembelajaran dari strategi berpusatkan guru
ke strategi berpusatkan pelajar. Menurut Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin,

8
Manimegalai Subramaniam (2002), bahan pengajaran mestilah menyediakan persekitaran
untuk pelajar membina ilmu pengetahuan sendiri. Contohnya, guru perlu memastikan alatan
dan media dalam keadaan baik dan masih dapat berfungsi serta bahan sumber senang
dicapai atau dilihat oleh murid-murid. Haliza Hamzah dan Joy Nasamalar Samuel (2016)
menyatakan bahawa cara susun atur kerusi meja murid bergantung kepada jenis
pengajaran, aktiviti- aktiviti yang akan dilaksanakan serta dinamika yang dikehendaki oleh
guru. Contonya, guru boleh menyusun kerusi dalam bulatan kecil ketika menjalankan aktiviti
perbincangan untuk mencapai penggunaan bahan sumber pengajaran secara optimum.

3.6 Libatkan murid dalam pembelajaran

Shamsiah Sidek (2012) menyatakan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran


mestilah melibatkan penglibatan yang aktif daripada pelajar. Menurut Meyers (1993, seperti
yang dinyatakan dalam Hafiza Md Nasir, 2012), proses pembelajaran aktif adalah
berfokuskan pelajar manakala guru hanya bertindak sebagai pembimbing kepada pelajar
sepanjang aktiviti pembelajaran berlangsung. Contohnya, guru boleh menjalankan aktiviti
berkumpulan supaya pelajar dapat beraktiviti dan berfikir secara aktif yang membawa
kepada perubahan tingkah laku yang kekal. Antara reka bentuk pengajaran berkesan ialah
pengajaran menggunakan alatan grafik dan pembelajaran secara koperatif atau
berkumpulan (Bellanca, 2009). Kaedah pembelajaran koperatif dapat menjadikan pelajar
lebih aktif di samping menerapkan sikap yang positif dalam diri pelajar kerana pelajar akan
mengajar ahli kumpulannya yang lemah. Selain itu, pembelajaran koperatif ini juga dapat
meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan dan menyebabkan
pelajar lebih berminat terhadap pembelajaran yang diikuti (Nor Hasliza Mohamed, 2012).

3.7 Nilai dan semak semula

Menurut Noriati A. Rashid et al. (2009), penilaian seharusnya dibuat sepanjang


proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk memastikan pemilihan objektif, media dan
bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Langkah penilaian terdiri daripada dua
jenis iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Dari aspek penilaian
pembelajaran, guru boleh menjalankan penilaian formal iaitu ujian manakala penilaian
informal boleh dijalankan melalui hasil kerja murid, pemerhatian, soal jawab dan aktiviti
berkumpulan. Setelah selesai proses PdP, guru boleh menjalankan penilaian pengajaran
iaitu menilai semula perancangan dan pelaksanaan pengajaran untuk melihat keberkesanan
perancangan melalui amalan refleksi. Menurut Norfazila Abdul Malik (2013), hasil penilaian
ini akan menyediakan maklumat penting untuk membolehkan guru mengesan kelemahan
dan kekuatan pengajaran mereka. Ini membolehkan guru merancang dan memperbaiki
strategi untuk pengajaran yang lebih berkesan.

9
3.8 Kesimpulan

Kesimpulannya, model ASSURE adalah sesuai untuk guru melaksanakan aktiviti


PdP kerana model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah
yang akan memanfaatkan para murid. Dengan berpandukan model ini, proses pengajaran
dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan sistematik serta menarik minat murid-
murid terhadap proses PdP.

10

You might also like