Kertas Kerja Bulan Dakwah 2009

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Bulan Dakwah 2009

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN BARU
SANDAKAN SABAH

KERTAS KERJA
PROGRAM BULAN DAKWAH 2009
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN BARU

1.0 Muqadimah

Pelajar merupakan golongan yang boleh diibaratkan sebagai tunjang negara yang dilihat
sebagai peneraju dan penyambung kepada tampuk pemerintahan yang akan datang. Dalam
hal ini untuk memastikan wawasan negara tercapai mengikut acuan dan aspirasi yang
dikehendaki, maka persiapan dari aspek rohani, jasmani dan ilmu pengetahuan perlu
dimantapkan untuk melahirkan pelajar yang lebih disifatkan sebagai golongan yang menjadi
pemangkin kepada pembangunan negara seterusnya mampu membawa masyarakat ke arah
situasi yang lebih baik lagi. Bertitik tolak daripada usaha untuk memantapkan sahsiah pelajar,
meninggikan martabat ilmu, memupuk semangat muhibbah dan ukhuwwah, maka satu ahli
jawatankuasa telah dibentuk bagi menjayakan program Bulan Dakwah ini.

2.0 Objektif

2.1 Melahirkan pelajar yang serba boleh dan berwibawa dalam kehidupan.
2.2 Memberi peluang kepada pelajar menyertai aktiviti-aktiviti dakwah yang menjadi platform
utama dalam membentuk jiwa dan semangat pendakwah dalam diri pelajar.
2.3 Melatih pelajar dalam pengurusan berorganisasi dan membentuk nilai-nilai murni sebagai
generasi yang bakal menerajui pucuk pimpinan dimasa hadapan
2.4 Memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan kebolehan yang dimiliki untuk
perkembangan jasmani rohani intelek dan sosial (JARIS).
2.5 Membantu pelajar meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan
dalam bidang akadamik mahupun sosial.

Dakwah Tanggungjawab Bersama


Bulan Dakwah 2009

3.0 Tema

“Dakwah Tanggungjawab Bersama”

4.0 Anjuran

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Agama Islam Sekolah Kebangsaan
Terusan Baru Sandakan Sabah

5.0 Perasmi

Cadangan Perasmi Majlis Pembukaan dan Penutupan Bulan Dakwah 2009 ialah:
5.1 Perasmian Pembukaan oleh Encik Adam Bin Henry
5.2 Perasmian Penutupan dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh : Encik Husin Bin
Abdullah.

6.0 Tarikh

Program ini akan diadakan selama dari 5 Mac 2009 hingga 13 Mac 2009

7.0 Tempat

Program ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Sandakan Sabah

8.0 Sasaran

Program ini mensasarkan murid pra sekolah hingga tahun 6 Sekolah Kebangsaan Terusan Baru
Sandakan Sabah.

9.0 Perisian Program

Dakwah Tanggungjawab Bersama


Bulan Dakwah 2009

1. Sambutan Maulid al-Rasul 2009.


Program ini melibatkan semua murid dari PraSekolah hingga murid tahun 6 Sekolah
Kebangsaan Terusan Baru. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan seperti ceramah Maulid al-
Rasul, persembahan nasyid, deklamasi sajak, syair dan lain-lain lagi.

2. Pertandingan Bercerita Kisah-kisah Nabi.


Pertandingan ini hanya melibatkan murid Prasekolah dan tahap II sahaja. Teks kisah-kisah
nabi disediakan oleh jawatankuasa yang berkenaan dan peserta hanya perlu membaca
dengan gaya dan cara yang tersendiri. Beberapa aspek yang dikira dalam permarkahan iaitu
gaya penyampaian, kelancaran dan kebakuan serta lain-lain yang dirasakan sesuai oleh pihak
juri yang bertugas. 3 hadiah untuk tahap II dan prasekolah.

3. Pertandingan Nasyid
Pertandingan nasyid melibatkan 3 kumpulan sahaja iaitu kumpulan tahun 2&3, kumpulan
tahun 4&5 dan kumpulan tahun 6. Nasyid yang ingin dipersembahkan adalah bebas serta
boleh mengunakan peralatan nasyid seperti kompang, konga dan sebagainya. 1 hadiah utama
dan saguhati untuk setiap peserta.

4. Kuiz Pendidikan Islam


Pertandingan ini melibatkan murid tahap I dan tahap II. Soalan kuiz akan dibaca dan
dilekatkan di dalam kelas dan pelajar hanya perlu mengisi jawapan di dalam kertas jawapan
yang disediakan. Masa yang diberikan adalah selama 2 hari dan pelajar diboleh mencari
jawapan samada melalui rujukan di perpustakaan dan lain-lain kaedah. 3 hadiah disediakan
untuk setiap tahap.

5. Kuiz Bahasa Arab


Pertandingan ini sama dengan pertandingan kuiz Pendidikan Islam seperti mana di atas.

6. Pertandingan Khutbah Jumaat


Pertandingan ini melibatkan murid tahap II sahaja dan had peserta adalah seramai 4 orang
murid bagi setiap kelas. Pertandingan akan diadakan di Masjid Terusan Baru yang akan
diadakan pada hari Isnin 9 Mac 2009. Pertandingan ini menawarkan 3 hadiah utama dan
hadiah saguhati kepada peserta.

Dakwah Tanggungjawab Bersama


Bulan Dakwah 2009

7. Pertandingan Melaungkan Azan


Pertandingan ini sama seperti pertandingan khutbah Jumaat.

8. Pertandingan Tulisan Jawi


Pertandingan tulisan jawi melibatkan muird tahap I dan II di mana pelajar hanya perlu menulis
tulisan jawi seperti mana yang terdapat di dalam kertas yang diberikan. Hanya 3 hadiah
disediakan.

9. Pertandingan silang kata


Pertandingan ini sama dengan pertandingan tulisan jawi.

10. Pertandingan Mewarna


Pertandingan ini hanya melibatkan murid prasekolah dan tahun 1 sahaja. Peserta hanya perlu
mewarna gambar yang diberikan. Hanya 3 hadiah disediakan.

11. Pertandingan Membina perkataan daripada huruf-huruf D A K W A H


Pertandingan ini melibatkan pelajar tahap II sahaja. Setiapa murid diberi kertas soalan
berserta kertas jawapan untuk diisi. Murid diberi masa selama 1 hari sahaja dari tarikh kertas
diberi untuk menyiapkanya.

10.0 Struktur Organisasi

(Sila lihat lampiran A)

11.0 Aturcara Program

(Sila lihat lampiran B)

12.0 Anggaran Belanjawan

(Sila lihat lampiran C)

Dakwah Tanggungjawab Bersama


Bulan Dakwah 2009

13.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari
semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan
Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan
dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan
yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Lampiran A

CARTA ORGANISASI
BULAN DAKWAH 2009

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI HUSIN BIN ABDULLAH

TIMB. PENGERUSI I ADAM BIN HENRY


TIMB. PENGERUSI II PUAN HAISA BINTI ABD HAKIM

KETUA PENGARAH HUSZARUDIN BIN HJ HUSSIN

TIMB. KETUA PENGARAH SYED MOHD KHAIRUDIN BIN SYED OMAR

SETIAUSAHA SUFIAN BIN SHAH ARIFFIN

BENDAHARI SUGIYATI BINTI SALIM SELAMAT

AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS UNIT-UNIT

PENYELARAS PROGRAM SYED MOHD KHAIRUDIN BIN SYED OMAR


NURAZLIN BINTI MAT NOR

PENYELARAS TEKNIKAL JULKIFLI BIN ANDUL


DAN PERALATAN AHMAD KHUZAIRI BIN SAID

Dakwah Tanggungjawab Bersama


Bulan Dakwah 2009

PENYELARAS JAMUAN NORZAHRINA BINTI NORMAN

PENYELARAS CENDERAMATA ZAIDAH BINTI MOHD NOOR

PENYELARAS PUBLISITI MOHD ZAMRI BIN ABD. GHANI

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

1. PENGERUSI
 Membentuk jawatankuasa pelaksana
 Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat

2. NAIB PENGERUSI
 Membantu pengerusi
 Mengendali dan mempengerusikan mesyaurat semasa ketiadaan pengerusi

3. SETIAUSAHA
 Menguruskan surat menyurat
 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
 Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
 Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program
 Menyediakan laporan penuh program

4. BENDAHARI
 Menyediakan anggaran perbelanjaan
 Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa
 Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan
 Menyediakan laporan perbelanjaan

5. UNIT PROGRAM DAN PENDAFTARAN


 Menyediakan borang penghakiman setiap pertandingan
 Menyediakan pamphlet aturcara program
 Menguruskan pertandingan
 Mengatur jadual hakim pertandingan

6. UNIT TEKNIKAL DAN PERALATAN


 Menyedia dan menyusun tempat pertandingan
 Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti
 Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada kegunaan
 Menyenaraikan senarai barangan keperluan peserta

7. UNIT JAMUAN
 Menyediakan anggaran perbelanjaan
 Menyediakan tempat jamuan dan menguruskannya
 Menguruskan bil pembayaran tempahan makanan melalui bendahari

Dakwah Tanggungjawab Bersama


Bulan Dakwah 2009

8. UNIT PUBLISITI
 Menyediakan kain rentang dan backdrop ”Bulan Dakwah”
Lampiran B

Aturcara Program
(Pertandingan Tulisan Jawi)
05 Mac 2009 (Khamis)

200 petang : Para peserta mendaftarkan diri dan mengambil tempat.


215 petang : Taklimat dari hakim mengenai peraturan pertandingan.
230 petang : Pertandingan bermula.
330 petang : Rumusan pertandingan dan pertandingan ditangguhkan.

(Kuiz Bahasa Arab)


06 Mac 2009 (Jumaat)

200 petang : Para peserta mendaftarkan diri dan mengambil tempat.


215 petang : Taklimat dari hakim mengenai peraturan pertandingan.
230 petang : Pertandingan bermula.
330 petang : Rumusan pertandingan dan pertandingan ditangguhkan.

(Pertandingan Kuiz Pendidikan Islam)


07 Mac 2009 (Sabtu)

200 petang : Para peserta mendaftarkan diri dan mengambil tempat.


215 petang : Taklimat dari hakim mengenai peraturan pertandingan.
230 petang : Pertandingan bermula.
330 petang : Rumusan pertandingan dan pertandingan ditangguhkan.

(Pertandingan Melaungkan Azan)


(Pertandingan Membaca Khutbah)
09 Mac 2009 (Isnin)

200 petang : Para peserta mendaftarkan diri dan mengambil tempat.


215 petang : Taklimat dari hakim mengenai peraturan pertandingan.
230 petang : Pertandingan bermula.
330 petang : Rumusan pertandingan dan pertandingan ditangguhkan.

(Maulid al-Rasul dan Pelancaran Bulan Dakwah 2009)


10 Mac 2009 (Selasa)

730 pagi : Semua murid dan guru mengambil tempat masing-masing


745 pagi : Ketibaan perasmi dan penceramah
750 pagi : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
800 pagi : Bacaan Doa oleh Ustaz Huszarudin Bin Haji Hussin
745 pagi : Bacaan ayat-ayat suci al-Quran daripada murid
Dakwah Tanggungjawab Bersama
Bulan Dakwah 2009

800 pagi : Ucapan perasmian daripada guru besar


830 pagi : Persembahan pelajar
900 pagi : Ceramah oleh Yang Berbahagia ustaz Syed Mohd Khairudin
930 pagi : Kuiz Sirah Rasul
1000 pagi : Selawat beramai-ramai
: Persembahan Nasyid
1030 pagi : Majlis bersurai

(Pertandingan Nasyid)
11 Mac 2009 (Rabu)

200 petang : Para peserta mendaftarkan diri dan mengambil tempat.


215 petang : Taklimat dari hakim mengenai peraturan pertandingan.
230 petang : Pertandingan bermula.
330 petang : Rumusan pertandingan dan pertandingan ditangguhkan.

(Pertandingan Bercerita Kisah Nabi dan Rasul)


12 Mac 2009 (Khamis)

200 petang : Para peserta mendaftarkan diri dan mengambil tempat.


215 petang : Taklimat dari hakim mengenai peraturan pertandingan.
230 petang : Pertandingan bermula.
330 petang : Rumusan pertandingan dan pertandingan ditangguhkan.

(Perasmian Penutup Dan Penyampaian Hadiah)


13 Mac 2009 (Jumaat)

730 pagi : Semua murid dan guru mengambil tempat


745 pagi : Ketibaan perasmi penutup majlis
750 pagi : Kata-kata aluan daripada pengerusi majlis
800 pagi : Ucapan ketua pengarah Bulan Dakwah 2009
815 pagi : Ucapan Cikgu Adam Bin Henry perasmi penutup majlis
900 pagi : Acara penyampaian hadiah kepada peserta bulan dakwah.
930 pagi : Majlis bersurai.

Dakwah Tanggungjawab Bersama


Bulan Dakwah 2009

JADUAL TUGAS

Bil Nama Pertandingan Tempat Petugas Tarikh Tahap


1. Pertandingan Masjid Kg Huszarudin 09 Mac Tahap
Melaungkan Azan Terusan S.M.Khairudin 2009 II (P)
dan Membaca Baru Sufian (Isnin)
Khutbah
2. Maulid al-Rasul dan Kelas Semua Guru 10 Mac Semua
Pelancaran Bulan Tahun 6 2009
Dakwah 2009 (Selasa)
3. Pertandingan Kelas Huszarudin 11 Mac Tahap
Nasyid Tahun 6 ADAM 2009 II
S.M.Khairudin (Rabu)

4. Pertandingan Kelas Julkifli bin 12 Mac Tahap


Bercerita Kisah Tahun 6 Andul 2009 II & I
Nabi dan Rasul Ahmad (Khamis)
Khuzairi bin
Said
Nurazlin binti
mat nor

5. Perasmian Penutup Kelas Semua Guru 13 Mac Semua


Dan Penyampaian Tahun 6 2009
Hadiah (Jumaat)

Dakwah Tanggungjawab Bersama


Bulan Dakwah 2009

LAMPIRAN C

ANGGARAN PENDAPATAN

Sumbangan Sekolah RM 280.00

JUMLAH KESELURUHAN RM
280.00

ANGGARAN BELANJAWAN

Publisiti RM 20.00

Kain Rentang RM 20.00

Jamuan RM 60.00
Jamuan 2 X 30.00

Cenderamata RM 200.00
Perasmi RM 10 X 2 RM 20.00
AJK-Sijil RM 3.00 X 13 = RM 39.00
Hadiah peserta RM3.00 X 47 = RM 141.00
P. Bercerita 4 hadiah (trofi)
P. Nasyid 3 hadiah (hamper)
Kuiz 18 = 3 hadiah untuk setiap kelas) (trofi)
P. Khutbah Jumaat 3 hadiah (trofi)
P. Melaungkan Azan 4 hadiah (trofi)
P. Tulisan Jawi 6 hadiah (trofi: johan)
P. Silang kata 6 hadiah
P. Membina perkataan 3 hadiah
Jumlah : 47 hadiah

JUMLAH KESELURUHAN RM 280.00

Dakwah Tanggungjawab Bersama

You might also like