Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat

Saya sakit

Rumah Ali cantik

Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang
digabungkan dengan kata hubung.

Ayat majmuk Kata Ayat tunggal


hubung

Suhaili suka makan nasi lemak dan (a) Suhaili suka makan nasi
dan mi sup. lemak.

(b) Suhaili suka makan mi


sup.

Rumah yang besar itu rumah Yang (a) Rumah itu besar.
Fazli.
(b) Rumah itu rumah Fazli.

Dia memberitahu bahawa bahawa (a) Dia memberitahu.


kakaknya akan melanjutkan
pelajaran ke luar Negara. (b) Kakaknya akan
melanjutkan pelajaran ke luar
Negara.

Dia akan balik ke kampong Apabila (a) Dia akan balik ke


apabila ada masa lapang. kampung.

(b) Dia ada masa lapang.

Latihan :

(A) Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.

1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________

2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________

3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________


4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu. _____________

5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________

6.Kucing itu mengiau kerana lapar. ______________

7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________

8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________

9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________

10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

(B) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat
majmuk.

1. Ayah membaca surat khabar.

Ayah menonton televisyen. sambil

________________________________________

2. Hanita tinggal di Taman Aman.

Suresh tinggal di Taman Aman dan

_________________________________________

3. Amran melayari internet.

Amran mencari maklumat terbaru. untuk

_________________________________________

4. Kasut itu berwarna biru.

Kasut itu sangat mahal. yang

_________________________________________

5. Kami terkejut.

Kami terdengar bunyi letupan. apabila

_________________________________________

6. Halim kaya.

Halim kedekut. tetapi

_________________________________________
7. Murid itu mengetuk pintu.

Murid itu masuk ke dalam bilik darjah. sebelum

__________________________________________

8. Ibu memarahi adik.

Adik bermain di tepi longkang. kerana

__________________________________________

9. Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.

Asward tidak sihat. walaupun

__________________________________________

Bahagian 1
Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk.

1. Adakah kamu hendak ke hospital? Adakah kamu hendak ke klinik sahaja?


2. Halim tinggal di sebelah rumah saya. Halim tidak pernah berkunjung ke
rumah saya.
3. Sekolah-sekolah di luar bandar diberikan kemudahan komputer. Para pelajar
dapat melayari internet.
4. Jefri yang mewakili sekolah dalam kejohanan olahraga peringkat daerah?
Hamsyar yang mewakili sekolah dalam kejohanan olahraga peringkat daerah?
5. Datuk pergi ke stor. Datuk mengambil cangkul.
6. Ayah sedang mengait buah rambutan. Abang membantu ayah menyapu daun-
daun kering.
7. Kakak sedang mengemas dapur. Kakak mendengar radio.
8. Syamil tidak dapat hadir di majlis hari jadi Faiz. Syamil pulang ke kampung.
Syamil memberitahu rakan baiknya.
9. Regina akan menyertai lawatan ke Pulau Langkawi. Thea akan menyertai
lawatan ke Pulau Langkawi.
10. Ariyan masuk ke kelas kami. Ariyan mengedarkan borang penyertaan
kokurikulum.
11. Saya datang lewat ke sekolah. Bas sekolah yang saya naiki rosak.
12. Cuaca agak terik. Budak-budak itu tetap bermain bola di padang.
13. Zahid hendak membeli buku Sains. Zahid ke kedai buku.
14. Pak Ismail mengaut sampah di dalam longkang itu. Pak Ismail membuang
sampah itu ke dalam plastik sampah.
15. Suzana menghadiri kelas tambahan pada setiap hari Jumaat. Amir
menghadiri kelas tambahan pada setiap hari Jumaat.
Bahagian 2
Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi tiga ayat majmuk
sahaja.

Fenomena pencemaran alam semakin membimbangkan. Fenomena ini


berlaku di Malaysia. Fenomena ini berlaku di seluruh dunia. Hampir setiap hari
media cetak menyiarkan berita hangat tentang pencemaran. Hampir setiap hari
media elektronik menyiarkan berita hangat tentang pencemaran. Pencemaran ini
bukan sahaja terhad pada satu kategori seperti pencemaran darat. Terdapat juga
pencemaran air, udara dan bunyi juga.

Bahagian 3
Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.

Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet sering kali menghabiskan
masa berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja
tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka
memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-
laman yang tidak berfaedah.

You might also like