Penilaian Kurikulum 1 SMC Tahun 2018

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PENILAIAN KURIKULUM 1 SMC

MAKROEKONOMI 2
2018
Bahagian A : Jawap semua soalan objektif

1. Pemboleh ubah yang dapat menunjukkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara ialah
A. Keluaran Negara Kasar benar B.Keluaran Negara Kasar potensi
C. Pendapatan per kapita nominal D.Keluaran Negara Kasar harga semasa

2. Dalam keadaan sesebuah negara belum mencapai guna tenaga penuh,


A. tingkat pengangguran negara tersebut adalah rendah
B. pendapatan negara mencapai tingkat maksimum
C. pengangguran geresan semakin meningkat D.keluaran negara boleh terus ditambah

3. Antara yang berikut, yang manakah bukan objektif dasar makroekonomi?


A. Mengurangkan kadar kenaikan harga barang
B. Mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi
C. Menggalakkan setiap firma beroperasi pada tingkat optimum
D. Mewujudkan imbangan pembayaran yang seimbang dan kadar pertukaran yang stabil

4; Jadual di bawah menunjukkan perakaunan pendapatan Negara bagi sebuah ekonomi pada suatu tahun tertentu.
Butiran Nilai (RM juta)
Perbelanjaan penggunaan isi rumah 2572
Pelaburan swasta 376
Perbelanjaan kerajaan 547
Eksport 50
Import 13
Keluaran Kasar Negara 3100
Berapakah nilai penerimaan faktor bersih dari luar negara?
A. –RM458 C. RM358
B. –RM432 D. RM432

5. Jadual di bawah menunjukkan nilai keluaran bagi pelbagai aktiviti ekonomi pada tahun 1991.
Aktiviti (RM juta)
Pertanian 14 818
Perlombongan 7 936
Perkilangan 24 307
Elektrik, gas, dan air 1 690
Pembinaan 3 250
Pengangkutan 6 038
Perdagangan 9 038
Perkhidmatan kerajaan 8 964
Perkhidmatan lain 11 614
Campur: cukai tak langsung 3 458
KDNK harga pasaran 91113
Berapakah peratusan sumbangan sektor utama kepada KDNK harga pasaran pada tahun tersebut?
A. 16.26% C. 28.2%
B. 24.97% D. 42.94%
6. Yang membezakan antara Keluaran Dalam Negeri Kasar dengan Pendapatan Negara ialah
A. susut nilai dan cukai tak langsung
B. subsidi dan penerimaan bersih asing
C. penerimaan bersih asing dan susut nilai
D. penerimaan bersih asing dan cukai tak langsung

7. Jadual di bawah menunjukkan data keluaran negara bagi sesebuah negara.


Butiran (RM juta)
Keluaran sektor pertanian pada harga pasar 5300
Keluaran sektor perkilangan pada harga pasar 4200
Keluaran sektor perkhidmatan 3100
Pembayaran faktor ke luar negeri 950
Pendapatan faktor dari luar negeri 850
Susut nilai 600
Cukai tak langsung 550
Subsidi 320
Keluaran Negara bersih pada harga pasar ialah
A RM 11 670 B. RM 11 900 C. RM 12 130 D.RM 12 600

8. Antara yang berikut , yang manakah tidak menjadi masalah dalam perhitungan pendapatan Negara ?
A. Pengumpulan data C. Penjumlahan penduduk
B. Perhitungan dua kali D. Pewujudan barang awam

9. Keluaran Dalam Negeri Kasar lebih besar daripada Keluaran Negara Kasar disebabkan
A. bayaran pindahan positif B.cukai tak langsung melebihi subsidi
C. eksport barangan melebihi import barangan
D. pembayaran melebihi penerimaan bagi pendapatan pelaburan

10. Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang menerangkan konsep Keluaran Negara Kasar?
A. Jumlah nilai pasaran barang dan perkhidmatan yang dihasilkan
B. Jumlah nilai pasaran barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam setahun
C. Jumlah nilai pasaran barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam setahun
D. Jumlah nilai pasaran barang perantaraan dan barang akhir serta perkhidmatan yang dihasilkan dalam setahun

11.Perbandingan pendapatan negara antara dua masa sukar dilakukan kerana


A. perbezaan tingkat harga umum
B. perbezaan nilai mata wang asing
C. pengagihan pendapatan yang setara
D. perbezaan pentafsiran butiran pendapatan Negara

12Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran akan menjadi lebih kecil daripada Keluaran Negara Kasar pada kos faktor
apabila
A. cukai lebih kecil daripada subsidi
B. susut nilai lebih besar daripada subsidi
C. pendapatan faktor bersih luar negeri negatif
D. subsidi lebih besar daripada cukai tak langsung

13.Peningkatan pendapatan per kapita akan menunjukkan peningkatan taraf hidup sekiranya
A. harga barang tidak berubah C. kadar pengangguran meningkat
B. bilangan penduduk bertambah D. agihan pendapatan tidak seimbang
14. Yang manakah yang benar tentang keluaran dalam negeri kasar (KDNK)?
A Barang yang dikeluarkan dalarn negara oleh semua sumber ekonomi yang berada dalam
negara itu
B Barang yang dikeluarkan dalam negara oleh sumber ekonomi yang dimiliki oleh penduduk
negara itu
C Barang yang dikeluarkan daiam negaradan luar negara oleh sumber ekonomi yang dimiliki
oleh penduduk negara itu
D Barang yang dikeluarkan oleh sumber ekonomi dalam negara dan luar negara serta yang
dimiliki oleh penduduk negara lain

15.Penghitungan pendapatan negara menjadi kurang tepat kerana


A nilai tambah digunakan dalam penghitungan
B nilai barang akhir dimasukkan dalam penghitungan
C bayaran pindahan tidak diambil kira dalam penghitungan
D terdapat kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang

16 Data pendapatan negara dapat digunakan untuk tujuan yang berikut kecuali
A mengukur kadar pertumbuhan ekonomi
B menilai keluaran pelbagai sektor ekonomi
C menjadi petunjuk perubahan struktur ekonomi
D menilai kadar pertukaran asing bagi negara berkenaan
17. Persamaan penggunaan (C) dan pelaburan (I) adalah seperti yang berikut.
C = 60 + 0.6Y, I = 30. Berapakah pendapatan Negara pada tingkat keseimbangan?
A. 225 B.200 C 135 D.90

18. Pengganda ialah nisbah antara


A perubahan pendapatan dengan perubahan pelaburan
B perubahan pelaburan dengan perubahan pendapatan
C perubahan pelaburan dengan perubahan penggunaan
D perubahan pendapatan dengan perubahan penggunaan

19. Dalam ekonomi dua sektor keseimbangan pendapatan negara berlaku apabila
A pelaburan sama dengan tabungan B. penawaran agregat sama dengan pelaburan
C tabungan sama dengan perbelanjaan agregat C. perbelanjaan penggunaan sama dengan pelaburan

20. Jika kecenderungan mengguna sut ialah 0.8 berapakah kenaikan pendapatan negara jika perbelanjaan
kerajaan meningkat sebanyak RM5000?
A. RM1000 B. RM4000 C RM10 000 D. RM 25000

Bahagian B : Jawap semua soalan .

1.Terangkan bagaimana dasar sebelah permintaan dan dasar sebelah penawaran dapat digunakan untuk mengatasi
masalah inflasi. (10m)

2;Pendapatan perkapita negara Singapura lebih tinggi berbanding negara Malaysia pada tahun 2016. Adakah ini bermakna
taraf hidup penduduk negara Singapura lebih tinggi berbanding taraf hidup penduduk negara Malaysia.Jelaskan (10m)

3.Dengan contoh berangka dan jadual terangkan bagaimana proses pengganda berlaku dalam ekonomi 2 sektor. (10m)

4.Dengan bantuan rajah bocoran = suntikan , terangkan bagaimana keseimbangan pendapatan negara dicapai (10m)
Bahagian C : Jawap 2 soalan sahaja
1. Jadual di bawah menunjukkan jumlah penduduk ,junlah tenaga buruh,kadar pengangguran dan
KDNK pada harga tetap dari tahun 2009 hingga tahun 2011 bagi sebuah Negara.(2014)

Tahun Jumlah tenaga buruh (juta orang) Kadar pengangguran (%) KDNK harga tetap (RMjuta)
2009 12.1 3.7 522001
2010 12.4 3.4 559554
2011 12.6 3.3 588297
a. Takrifkan tenaga buruh .( 1m)
b.Hitung jumlah guna tenaga dari tahun 2009 hingga tahun 2011.(3m)
c.Hitung kadar pertumbuhan guna tenaga pada tahun 2010 dan 2011 (2m)
d.Hitung kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2010 dan 2011.(2m)
e.Apakah rumusan yang boleh dibuat daripada jawapan c dan d di atas ?.(2m)

2. Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut punca kegiatan ekonomi dari tahun 2004
hingga tahun 2006 pada harga benar tahun 1987. (dalam RMjuta)
Butiran 2004 2005 2006
Pertanian, perhutanan dan perikanan 21 137 22 142 23 245
Perlombongan 17 372 17 632 18 453
Pembuatan 78 558 82 302 86 295
Pembinaan 7 248 7 168 7 380
Perkhidmatan 142 849 151 144 160 297
(+) Cukai import 4 995 5 128 5 140
KDNK pada harga pasaran 272 159 285 516 300 810
Jumlah penduduk (juta orang) 25.58 26.13 26.64
a.Mengapakah nilai pendapatan negara dihitung mengikut harga tetap? (2m)
b.Hitung peratusan sumbangan sektor utama dan sektor kedua kepada jumlah KDNK bagi tahun 2005 dan tahun 2006.(2m)
c.Hitung kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun 2005 dan tahun 2006.(2m)
d.Hitung KDNK benar per kapita dari tahun 2004 hingga 2006, dan jelaskan arah alirannya. (2m)
e.Jelaskan dua kegunaan data pendapatan negara berdasarkan kaedah keluaran (2m)

3. Yang berikut ialah data komponen perbelanjaan dalam sebuah ekonomi terbuka (RM juta).
Fungsi penggunaan (C) = 260 + 0.8Yd, pelaburan (I) = 400, perbelanjaan kerajaan (G) = 300, eksport (X) = 500,
import (M) = 100 + 0.2Y, dan cukai sekali gus (T) = 200.
Berdasarkan maklumat di atas,
(a) hitung pendapatan negara keseimbangan dalam ekonomi tertutup dan ekonomi terbuka, [3]
(b) dengan menggunakan pendekatan suntikan-bocoran, lakar gambar rajah yang menunjukkan keseimbangan dalam
ekonomi tertutup dan ekonomi terbuka, [4]
(c) hitung eksport bersih pada tingkat keseimbangan dalam ekonomi terbuka, [1]
(d) hitung peratusan sumbangan penggunaan isi rumah dan eksport terhadap pendapatan negara dalam ekonomi terbuka.
Tentukan sektor yang memberikan sumbangan tertinggi. [2]

You might also like