Soalan Novel Jendela Menghadap Jalan Tingkatan 4

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Soalan Novel : Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM

(7)
1.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tema dan contoh
peristiwa yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
Tema novel Jendela Menghadap Jalan ialah ketabahan seorang gadis dalam
menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan sewaktu menghabiskan cuti
persekolahan di kampung datuknya.
- Buktinya, semasa Lili berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah
menghubungi ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu mengenai masalah yang
dihadapinya. Lili berusaha sedaya upaya menempuh dugaan dengan semangat
yang kental.
- Lili tabah menghadapi karenah datuknya Haji Abdul Rahman yang
mempertahankan pengamalan perubatan tradisional yang dikatakan boleh
menyembuhkan pelbagai penyakit walaupun disanggah oleh golongan muda.
- Lili tabah menghadapi karenah datuknya yang tidak mahu menceritakan sejarah
jendela menghadap jalan.
- Lili tabah menghadapi karenah ibunya yang menyuruh Lili menghabiskan cuti
persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan
cadangan tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya.
- Peristiwa Lili pernah ditahan dan dikurung oleh Rafiq dan Haziq di sebuah
pondok buruk, namun peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Lili untuk
pulang ke Kuala Lumpur sebaliknya cuba membantu adik-beradik ini.
- Peristiwa Lili menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Dungun seorang diri
menunjukkan ketabahan dan kecekalan yang mula dipupuk dalam diri Lili.

2. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama
menyelesaikan konflik yang dihadapinya.
[8 markah]
Watak utama dalam novel ini ialah Lili.

- Konflik dalaman yang dialami oleh Lili yang diminta oleh ibunya supaya
menghabiskan cuti persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian konflik
tersebut ialah Lili menurut sahaja cadangan ibunya supaya bercuti di kampung dan
berpura-pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana dia bercadang
menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama rakannya di Kuala Lumpur.
- Konflik kepincangan rumahtangga Che Jah disebabkan sikap panas baran
suaminya. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili mendapatkan bantuan Kak
Mimah menasihati Che Jah agar melaporkan kes keganasan rumah tangganya
kepada pihak polis supaya suaminya Seman dapat diheret ke muka pengadilan.

- Konflik antara penduduk kampung tentang pemasangan kubah. Cara


penyelesaian konflik tersebut ialah Lili dan Danel berusaha memberi pelbagai
cadangan kepada penduduk kampung untuk berbincang dan bermesyuarat tentang
masalah yang dihadapi itu kemudian membuat keputusan agar kubah tersebut
dipasang pada bumbung masjid baharu yang bakal dibina di kampung itu.

Soalan Novel : Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM


(10)
Persoalan ketabahan merupakan salah satu daripada persoalan yang terdapat
dalam novel yang anda kaji.

1. Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan ketabahan


dalam sebuah novel yang anda kaji.
[7 markah]
Peristiwa Lili tabah menghadapi kerenah ibunya yang mahu Lili menghabiskan cuti
persekolahannya di kampung datuk dan neneknya.
- Peristiwa Lili tabah menghadapi kerenah datuk yang tidak mahu menceritakan
sejarah jendela menghadap jalan.
Peristiwa ini dapat dikaitkan dengan persoalan ketabahan menghadapi kerenah
orang tua.
- Peristiwa Lili tabah berhadapan dengan Rafik dan Haziq yang menculiknya.
Peristiwa ini dapat dikaitkan dengan persoalan ketabahan menghadapi cabaran
ketika diculik.
2. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu sikap
masyarakat yang sepatutnya dihindari.
[8 markah]

Sikap masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial

Sebagai contohnya, Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda orang kampung.
Selain itu, mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

- Sikap masyarakat yang terlibat dalam masalah perjudian

Sebagai contohnya, Seman, suami Che Jah seorang kaki judi sehingga sanggup
mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.

- Sikap masyarakat yang bercanggah pendapat

Sebagai contohnya, penduduk kampung yang mengalami percanggahan pendapat


mengenai perletakan kubah di surau ataupun membina masjid yang baru.

- Sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab

Sebagai contohnya, suami Cik Jah iaitu Pak Seman sering memukul Cik Jah. Dia
juga sering berjudi sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

- Sikap masyarakat yang suka memandang serong terhadap kekurangan orang lain

Sebagai contohnya, Rafiq dan Haziq sering menjadi hinaan dan kutukan
masyarakat kampung secara berterusan kerana suka mencuri, menagih dadah dan
pecah rumah. Bagi Lili, mereka ialah manusia biasa yang memerlukan bantuan
untuk berubah.
1. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan latar tempat yang
terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]

Kampung sentosa
Tempat Lili menghabiskan masa cuti persekolahannya selama dua minggu.
- Rumah datuk / Haji Abdual Rahman
Danel dan ayahnya William Ng datang ke rumah datuk untuk berubat.
Tempat Datuk bercerita tentang kemujaraban akar kayu kepada Lili.
- Surau Kampung Sentosa
Tempat berlakunya kekecohan kerana isu pembinaan masjid dan kubah surau serta
sikap penduduk kampong yang berpuak-puak.
- Balai Raya
Tempat penduduk kampong berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian
tanah orang kampong oleh orang yang tidak dikenali.
Tempat Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan
kubah surau.
- Kedai Runcit Letchumi
Tempat nenek membawa Lili berbelanja
Tempat Lili bertemu dengan Geetha kali kedua
Tempat Geetha bercerita tentang Datuk kepada Lili.
- Rumah Che Jah
Haziq dan Rafiq dipukul oleh ayahnya Seman
Lili dibawa oleh Abang Rashid untuk melawat Hazip dan Raziq yang dipukul oleh
Seman.

Dalam sesebuah novel terdapat banyak peristiwa yang memberi teladan kepada
pembaca.

2. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa pada
bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
[8 markah]
Peristiwa Lili menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga Che Jah dengan
bantuan Puan Hamizah, Pegawai Kebajikan Masyarakat.
Sebab: Seseorang yang berada dalam kesusahan perlu dibantu agar dapat
meringankan beban mereka.
- Peristiwa Lili berasa sangat bahagia sewaktu melihat ibu berbual-bual mesra
dengan datuk semasa ibu pulang ke kampung untuk menjemput Lili pulang ke
Kuala Lumpur.
Sebab: Seseorang anak perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan iby bapanya
walaupun sudah berkeluarga dan memiliki kerjaya yang baik.
- Peristiwa Rafik dan Haziq akan menduduki peperiksaan PMR sebagai calon
persendirian.
Sebab: Pelajaran amat penting dalam kehidupan.
- Peristiwa Che Jah dan anak-anaknya mendapat pembelaan yang sewajarnya
apabila suaminya Seman Berjaya dihadapkan ke muka pengadilan.
Sebab: Seseorang yang melakukan kesalahan perlu menerima hukuman yang
setimpal dengan kesalahannya.

You might also like