Proses Pembinaan Permainan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Permainan Muzik : ‘Ting-Ting Jeda’

1.0 Pendahuluan

Seperti yang kita ketahui, pengetahuan teori semestinya merupakan perkara asas yang
sangat penting bagi meningkatkan kemahiran muzikal seseorang individu sama ada dari segi
teori atau praktikal. Bagi memenuhi keperluan tugasan subjek Teori Muzik I (MZU3022), kami
telah dikehendaki untuk menghasilkan sebuah permainan muzik yang bersifat interaktif, inovatif
dan menarik. Kumpulan kami yang terdiri daripada Sissy Imann Binti Mohammad Kamil, Ahmad
Fawwaz Danial Bin Fadzil dan Nicodemeus Achilleus telah menghasilkan sebuah permainan
berasaskan pengetahuan jeda dalam teori muzik. Berikut merupakan butir penting bagi
permainan muzik yang dihasilkan.

2.0 Objektif Permainan Muzik

Permainan muzik ini bertujuan untuk:

 Meningkatkan pemahaman jeda dalam teori muzik


 Menarik minat murid untuk mempelajari tentang jeda
 Memperkenalkan teknik mengingat jeda menggunakan akronim dalam teori
 Menjadikan permainan muzik ini sebagai aktiviti pengayaan kepada pengetahuan jeda
sedia ada dalam teori muzik
 Menganalisis dan mengintegrasikan pengetahuan jeda dalam permainan
 Mengaplikasikan kaedah penggabungjalinan antara penggunaan akronim dan
permainan untuk pengetahuan jeda

3.0 Proses pembinaan permainan

3.0.1 Permulaan Projek

 Setelah penerangan telah diberi secara jelas oleh Mr Peter Ong, pensyarah subjek teori
muzik I, kami telah mengagihkan tajuk mengikut kumpulan. Tajuk yang diberikan kepada
kami ialah Jeda.
 Sejurus selepas memilih tajuk, kami telah merancang aktiviti permainan teori muzik yang
berkaitan dengan tajuk jeda secara berkumpulan.
 Kami telah berkunjung ke perpustakaan dan mencari bahan rujukan tentang jeda dan
teknik pedagogi serta teknik untuk mengingat sesuatu kandungan pelajaran dan kami
telah menemui bahawa penggunaan akronim merupakan salah satu teknik yang baik.
 Hasil daripada perbincangan tersebut, kami telah memilih permainan ting-ting sebagai
asas permainan muzik.
 Kami telah menginovasikan permainan ting-ting tersebut dengan menggabungjalinkan
permainan bersama teknik akronim bagi memperkukuhkan lagi pengetahuan jeda.
 Setelah itu, kami telah menyenaraikan semua bahan yang diperlukan untuk
menghasilkan ‘Ting-Ting Jeda’ dan mengira bajet yang seminima mungkin untuk
menghasilkan permainan tersebut.
 Setelah bahan-bahan diperolehi, kami telah berkumpul dan melakukan proses
pembinaan permainan muzik.
 Kami berkomunikasi menggunakan aplikasi Whatsapp group ‘’The Jeda’’ yang
termasuk dalam penggunaan ICT untuk memudahkan perbincangan kami.

3.0.2 Proses pembinaan permainan

 Pertama sekali, kami telah menetapkan akronim bagi setiap jeda dan mencetak setiap
bahan yang diperlukan untuk menghasilkan bahan bagi pameran muzikal.
 Aktiviti menghasilkan bahan bagi pameran muzikal dimulakan dengan menghasilkan
‘power point’ bagi menjadikannya medium untuk penerangan yang bakal diadakan di
pameran. ‘Power point’ tersebut juga telah dijadikan garis panduan bagi menyusun atur
strategi untuk menghasilkan ‘Ting-Ting Jeda’.
 Kami telah menghasilkan papan yang menerangkan tentang penggunaan akronim
dalam jeda terdahulu.

Gambar 1 dan 2: Proses menggunting dan menampal bahan

Gambar 3 dan 4: Papan Jeda yang lengkap


Gambar 4, 5 dan 6: Proses menghasilkan ‘Ting-Ting Jeda

 Selepas itu, kami telah menampal segala bahan yang dihasilkan di pameran dan
menjalankan pameran dengan menjemput pensyarah muzik dan pelajar muzik serta
pelajar IPG Ilmu Khas untuk datang ke pameran tersebut.

Gambar 7 dan 8: Gambar sewaktu pameran dijalankan


4.0 Alat-alat yang digunakan

Gambar 9: Kertas warna Gambar 10: Alat tulis

Gambar 11: Manila Kad Gambar 12: Kotak lama

Gambar 12: ‘Marker Pen’


Gambar 13: Gambar-gambar dari internet

Gambar 14: Belon sebagai hiasan


5.0 Perolehan akronim jeda
Jeda merupakan ukuran jarak antara dua not. Terdapat dua bentuk jeda iaitu jeda
harmonik dan jeda melodik. Jeda harmonik merupakan jeda yang yang dimainkan secara
serentak (kedudukan menegak) manakala jeda melodik merupakan jarak antara dua not yang
dimainkan secara berasingan (kedudukan melintang). Cara untuk mengukur jeda adalah sama
bagi kedua-dua jenis jeda ini.

Rajah 1

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, akronim atau dalam Bahasa Inggerisnya
‘mnemonics’ bermaksud ringkasan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau
suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Sebagai
contohnya, ‘Kuala Lumpur’ sebagai ‘KL’.Terdapat beberapa akronim yang telah digunakan
seperti ‘Every Good Boy Deserves Fudge’ bagi not-not di garisan klef treble iaitu ‘EGBDF’ yang.
Setelah berbincang dan membuat kajian tentang penggunaan akronim , kami telah mendapat
idea untuk membuat akronim berdasarkan jarak semiton antara jeda major dan perfek supaya
murid mudah untuk mengenal pasti jenis-jenis jeda.

Berikut merupakan akronim yang dicipta:


Akronim ‘Dua Ekor Lembu Ter Sembam Sebab Dia Bulat’ merupakan akronim yang
disusun membentuk satu ayat. Ayat mudah ini merupakan ayat yang boleh dihafal oleh
seseorang individu atau murid dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Berikut
merupakan penerangan secara terperinci proses untuk mendapatkan jeda.
6.0 Cara-cara untuk memainkan ‘Ting-Ting Jeda’

1. Murid hanya perlu menghafal ‘Dua Ekor Lembu Ter Sembam Sebab Dia Bulat’

2. Murid perlu menyelesaikan soalan jeda harmonik yang diberikan


3. Jarak not ‘C’ ke ‘E’ ialah 3 langkah maka murid haruslah membuat tiga langkah bermula
daripada kibod ke ‘Ekor’

4. Huruf ‘E’ merupakan huruf pertama bagi perkataan ‘Ekor’. Maka, ‘E’ merupakan akronim
kepada perkataan ‘Empat’. Empat merupakan bilangan semiton. Maka, apa bila dikira bilangan
semiton daripada not ‘C’ ke ‘E’ ternyata jarak semitonnya ialah empat. Tidak dapat disangkal
lagi bahawa jarak empat semiton menandakan jeda Major ke-3.

5. Langkah yang disenaraikan diulang bagi menjawab soalan yang seterusnya berkaitan jeda.

7.0 Rumusan

Sebagai kesimpulannya, permainan muzikal semestinya dapat meningkatkan


pemahaman teori bagi seseorang individu untuk memperkembangkan kemahiran muzikalnya.
Kami telah menggunakan pendekataan permainan muzikal dan menggabungjalinkannya
dengan penggunaan akronim supaya lebih difahami dan dihafal oleh anak murid. Selain itu,
permainan muzikal ini juga dapat menarik minat murid kerana ia juga melibatkan aktiviti
psikomotor seperti melompat bagi permainan ‘Ting-Ting Jeda’ dalam usaha untuk mencari
jawapan dan memahami jeda dengan lebih mendalam.
Rujukan
ABRSM. (2013). Mnemonics For Note Reading . Didapatkan 8 15, 2014, daripada ABRSM :
http://www.abrsm.org/forum/index.php?showtopic=22090

Lina Ng. (1991). Theory of Music Made Easy Grade 3. Seberang Perai, Penang, Malaysia:
Rhythm Mp Sdn. Bhd. .

Pustaka, D. B. (2010, 4 4). Maksud Akronim. Didapatkan 8 11, 2014, daripada Dewan Bahasa
Dan Pustaka: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pawagam&d=10

Sukatan MZU3022 Teori Muzik I.

Wilkinson, R. (1993). ABC of Harmony Book A (Second Edition). Singapore: Classical Spectrum
Pte Ltd.

Ying Ying Ng. (2007). Music Theory for Young Musician Grade 5. Puchong, Selangor, Malaysia:
Poco Studio Sdn. Bhd.

You might also like