Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (Independence of Malaya Party - IMP)

Selepas meninggalkan UMNO, Dato'Onn telah menubuhkan Parti KemerdekaanTanah Melayu (IMP) pada 16 September, 1951. IMP merupakan
sebuah parti pelbagai kaum yang pertama di Tanah Melayu. Matlamat utama IMP adalah untuk:

1. Mendapat kemerdekaan bagi Tanah Melayu dalam tempoh 10 tahun.


2. Menuntut pilihanraya berunsurkan demokrasi bagi majlis-majlis tempatan menjelang 1953 dan bagi Dewan Perundangan Pusat menjelang
1955.
3. Menubuhkan Perkhidmatan Awam di bawah penguasaan orang tempatan.
4. Pelajaran asas yang percuma bagi kanak-kanak sekolah rendah menjelang tahun 1955.
5. Membaiki sistem sosial di luar bandar dan sistem feudal di negeri-negeri Melayu.

i. Pihak IMP tidak mendapat sokongan daripada MCA dan MIC kerana mereka lebih suka berjuang mencapai kemerdekaan melalui parti politik
kaum sendiri.
ii. Pada tahun 1953, Dato' Onn telah membubarkan IMP selepas tewas dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur pada 1952.
iii. Dato' Onn menubuhkan Parti Negara pada bulan Februari 1954.
iv. Parti Negara turut dijadikan sebagai parti kebangsaan. Dalam Pilihanraya Persekutuan 1955,
v. Parti Negara telah meletakkan 30 orang calon tetapi is gagal dalam memenangi sebarang kerusi dalam pilihanraya tersebut. Parti Negara
mulai merosot selepas kematian Dato' Onn pada 1964.
vi. Kejayaan Pilihanraya Perbandaran 1951-1952 meyakinkan British dan pimpinan tempatan akan keupayaan penduduk Tanah Melayu berdikari.
Pilihanraya Persekutuan 1955 menandakan amalan demokrasi berparlimen diimplimentasikan dengan baik berdasarkan penyertaan parti-parti
politik dalam pilihanraya.
vii. Kempen-kempen pilihanraya dijalankan oleh partiparti bagi mendapat sokongan masyarakat terhadap manifesto dan perjuangan mereka.
Amalan demokrasi permuafakatan turut dilaksanakan khususnya parti Perikatan memandangkan wujud gesaan daripada Tunku Abdul Rahman
terhadap

You might also like