Bahasa Melayu Komunikasi Set A

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

UJIAN DWI BULANAN (MAC 2018)

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI


SET A

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


(BERMASALAH PEMBELAJARAN)
Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang
KM9, Jalan Datuk Mohd Musa, 94300,
Kota Samarahan
================================================================
UJIAN KEMAJUAN AKADEMIK ; DWI BULANAN (MAC) 2018

MATA PELAJARAN : Bahasa Melayu Komunikasi (Set A)

=================================================================

Nama murid:

Kelas:

Tarikh/ Hari:

Markah: Gred:
%
A/ B/ C/ D/ E

Markah Gred Pencapaian Tahap Penguasaan


90-100% A Cemerlang 1 Telah menguasai kemahiran.
70-89% B Baik 2 Penguasaan kemahiran yang baik.
50-69% C Memuaskan 3 Boleh menguasai sebahagian kemahiran.
30-49% D Sederhana 4 Penguasaan kemahiran tahap minimum.
0-29% E Lemah 5 Belum menguasai kemahiran.

Disediakan oleh, disahkan oleh,

(Nur Faizah binti Azizan) (Ratnalaila bt Hadiman)


Guru Mata pelajaran Guru Penolong Kanan PPKI

1
UJIAN DWI BULANAN (MAC 2018)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
SET A

ARAHAN: JAWAB SEMUA SOALAN DI DALAM KERTAS SOALAN.

A. Lihat gambar dan jawab soalan yang diberikan.

Nyatakan 5 perkataan yang berkaitan dengan gambar. Kemudian, bina


ayat ringkas daripada perkataan tersebut.

1. Perkataan: _____________________ (1 markah)

Ayat: ___________________________________________________________________

________________________________________________________(2 markah)

2. Perkataan: _____________________(1 markah)

Ayat: ___________________________________________________________________

________________________________________________________(2 markah)

3. Perkataan: _____________________(1 markah)

Ayat: ___________________________________________________________________

________________________________________________________(2 markah)

4. Perkataan: _____________________(1 markah)

Ayat: ___________________________________________________________________

________________________________________________________(2 markah)

5. Perkataan: _____________________(1 markah)

2
UJIAN DWI BULANAN (MAC 2018)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
SET A

Ayat: ___________________________________________________________________

________________________________________________________(2 markah)

B. Baca petikan di bawah, dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga pergi ke Kajang untuk
menghadiri majlis perkahwinan anak Pak Long Jaafar. Kami sampai sejurus
majlis tersebut dilangsungkan.

Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Pak Long Jaafar dan Mak
Long Kiah. Saya lihat ramai orang kampung yang sibuk bergotong-royong di
rumah Pak Long. Ada yang sedang memasang khemah, membuat pelamin
dan juga menyediakan bahan untuk memasak lauk-pauk di penanggah.

Ibu mengajak aku ke ruang dapur. Kami turut membantu mengupas


bawang dan ubi kentang. Suasana riuh-rendah. Ayah dan abang pula
membantu menyiang ayam. Aku lihat abang nyaris-nyaris muntah kerana
tidak tertahan dengan bau hanyir ayam.

Upacara pernikahan dilangsungkan pada sebelah malam. Selesai


sahaja akad nikah, majlis berinai diadakan. Para tetamu pula dijemput
makan di khemah yang telah disediakan.

Keesokan harinya, majlis persandingan diadakan pada pukul 2.00


petang. Pengantin diarak dengan bunga manggar serta paluan kompang.
Selepas itu, kedua-dua mempelai duduk di atas pelamin. “Cantik sungguh
Kak Sarah,” bisikku kepada emak. Pak Long Jaafar dan Mak Long Kiah
dijemput menepung tawar pengantin diikuti kaum keluarga terdekat.
Tetamu yang menepung tawar pengantin dihadiahkan sekuntum bunga
telur. Selesai sahaja upacara menepung tawar, pengantin dan para tetamu
makan di khemah yang telah disediakan.

Selepas selesai makan, tetamu beransur pulang. Kami sekeluarga juga


ingin pulang awal kerana abang akan menduduki peperiksaan SPM pada
pukul 8.00 pagi esok. Sebelum pulang, Pak Long Jaafar sempat
mengucapkan terima kasih kepada kami kerana sudi menghadiri majlis
perkahwinan anaknya. Mak Long Kiah pula menghulurkan bungkusan yang
berisi nasi dan lauk-pauk sebagai buah tangan untuk kami.

1. Bilakah majlis perkahwinan anak Pak Long Jaafar diadakan? (2 markah)

3
UJIAN DWI BULANAN (MAC 2018)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
SET A

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

2. Mengapakah abang “aku” nyaris-nyaris muntah ? (2 markah)

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

3. Apakah 2 perkara yang dilakukan semasa persandingan? (3 markah)

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

4. Apakah yang dihadiahkan kepada tetamu yang menepung tawar


pengantin ?(2 markah)

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

5. Apakah hubungan antara penulis dengan Sarah ? 2 markah)

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

C. Tuliskan semula kata nama am atau kata nama khas pada perkataan
yang bergaris. (10 markah)

Ayat Kata nama


1. Bank itu sentiasa penuh pada hujung bulan.
2. Sufiya bercita-cita menjadi seorang doktor
pakar dalam bidang ortopedik.
3. Jarjit adalah seorang ketua pelajar di
Sekolah Sri Muara.
4. Tapai pulut merupakan manisan yang amat
digemari oleh Anis.
5. Balai Bomba Samarahan akan mengadakan
latihan kawad kaki pada hari Rabu.
6. Dr Sheikh Muszaphar Shukor merupakan
angkasawan pertama Malaysia.
7. Cikgu Rohaya menerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2017.

4
UJIAN DWI BULANAN (MAC 2018)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
SET A

8. Ramai pengunjung datang ke Zoo Negara


untuk menyaksikan panda dari Negara China.
9. Teater Muzikal Olabola telah
dipersembahkan di Istana Budaya pada bulan
Mac 2018.
10. Encik Amirul adalah seorang pensyarah di
maktab perguruan.

D. Baca petikan di bawah. Tuliskan 2 isi penting yang kamu peroleh


daripada petikan tersebut.

Amalan Gaya Hidup Sihat

Kehidupan yang bahagia, selamat dan sihat merupakan kehidupan


impian semua orang. Untuk mencapai impian tersebut, pengamalan gaya
hidup sihat merupakan langkah yang wajar dipraktikkan oleh setiap lapisan
masyarakat. Rakyat negara ini harus sedar tentang kepentingan
mengamalkan gaya hidup sihat supaya dapat menjalani kehidupan yang
selamat dan sihat.

Antara cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat ialah pemakanan


yang seimbang. Hal ini meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan
berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian
Kesihatan.

Seterusnya, melakukan aktiviti senaman dan beriadah ialah


merupakan salah satu cara mengamalkan gaya hidup sihat. Pengambilan
makanan seimbang yang disertai dengan amalan bersenam dan beriadah
secara konsisten dapat membakar kalori dalam badan dan seterusnya
mengurangkan masalah peningkatan berat badan.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa pengamalan gaya hidup sihat


dapat menjamin kesejahteraan yang diimpikan.Sebenarnya,tiada istilah
terlambat bagi setiap orang untuk memulakan amalan gaya hidup sihat.
Gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian harus diamalkan bagi
melahirkan masyarakat yang bebas penyakit.

1. Senaraikan 2 cara mengamalkan gaya hidup sihat (4 markah).

5
UJIAN DWI BULANAN (MAC 2018)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
SET A

i. ________________________________________________________________________

______________________________________________________________________

ii. _____________________________________________________________________

______________________________________________________________________

2. Apakah kebaikan senaman dan riadah? (2 markah)

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

E. Susun perkataan yang diberikan menjadi ayat yang betul. (8 markah)

1. berbicara – petah – Fatimah – sangat

_________________________________________________________________________

2. Kita – semasa – lagu Negaraku – berdiri – menyanyikan - tegak

_________________________________________________________________________

3. kaca – Surat khabar – dikitar – semula – boleh – botol – dan

_________________________________________________________________________

4. gotong-royong – aktiviti – Penduduk – Desa Murni – mengadakan

_________________________________________________________________________

You might also like