Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj kami : SMKDSMLKG.06/06/025(34)


Tarikh : 24 OGOS 2017
Kepada,
Pengurus,
Wisma KFC
No. 17, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Malaysia. Tel : (+603) 2026 3388 / Faks : (+603) 2072 8600

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK LAWATAN SAMBIL BELAJAR PPKI SMK DATO’ SERI MAHARAJA LELA 2017

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMKDSML akan mengadakan lawatan
sambil belajar ke Pantai Timur seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 13 - 15 September 2017 (Rabu– Jumaat)
Tempat : Kelantan dan Terengganu
Bilangan : 44 orang

3. Sehubungan dengan itu,pihak PPKI SMKDSML ingin memohon tajaan makanan untuk murid-murid dan guru
untuk menampung sebahagian kos perbelanjaan di Kota Bharu, Kelantan.
4. Untuk pengetahuan pihak tuan, PPKI SMKDSML telah wujud sejak tahun 2010 dan ianya terdiri daripada murid
istimewa yang mempunyai pelbagai masalah pembelajaran seperti autisme, Down sindrom, slow learner, hiperaktif,
kerencatan akal dan disleksia. Bilangan murid terkini ialah 41 orang , manakala jumlah guru seramai 10 orang
5. Sebarang pertanyaan pihak tuan boleh menghubungi Pn Azizan binti Soid (019-4241268) atau Cik Siti Nabila
Aishah binti Ibrahim (0175356383) atau emelkan kepada nabilaibrahim91@yahoo.com.
6. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini untuk murid-murid istimewa
kami. Sekian ,perhatian dan tindakan daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

“ MEREALISASIKAN KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………
(Siti Nabila Aishah binti Ibrahim)
Setiausaha
Program Lawatan Sambil Belajar Ke Pantai Timur

You might also like