Ulasan Buku DR Sufian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1

ULASAN BUKU : “SEJARAH CHINA MODEN”

(SUFFIAN MANSOR, 2009, 230 HLMN, PENERBIT UNIVERSITI MALAYA)

NIK NORIANA ATIRAH BINTI MOHD FAUZI


PUSAT PENGAJIAN SEJARAH, POLITIK DAN STRATEGI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
EMEL : a160078@siswa.ukm.edu.my/niknoriana@gmail.com

Perdagangan merupakan antara aspek penting dalam interaksi antara China


dengan dunia luar. Pedagang Arab, Parsi, Asia Tenggara, Rom dan India tertarik
dengan barangan China terutamanya sutera. Oleh sebab itu jalan darat diteroka yang
merentasi China dengan dunia sebelah Barat dikenali sebagai Laluan Sutera. Selain
itu, jaringan laut juga dibuat dengan adanya hubungan China dengan kawasan Asia
Tenggara, India dan Arab. Kesan daripada kehadiran pedagang-pedagang ini
membawa kepada kemunculan bandar-bandar pelabuhan di China. Menerusi
perdagangan inilah China dikenali oleh dunia luar sehingga ia mengalami cabaran
paling gentir apabila kuasa Barat yang dipengaruhi oleh revolusi industry menolak
para pelayar Eropah ke luar dari benua Eropah. Titik tolak yang penting yang
mewujudkan sejarah baru di China ialah Perang Candu yang meletus sekitar
pertengahan abad ke-19. Selepas itu China terpaksa mengawal tindak-tanduk kuasa
Barat ini dengan usaha pemodenan tetapi kekalahan dengan tentera Jepun
mendedahkan bahawa China bukan sahaja lemah dari aspek luaran malahan dalaman.
Permasalahan rampasan kuasa, rasuah, penyelewengan, sikap konservertif yang
menebal dan egoisme yang tinggi mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat yang
digambarkan dengan kebangkitan Taiping. Golongan ini bukan sahaja kecewa dengan
pemerintah China tetapi menolak kepimpinan asing iaitu bangsa Manchu yang
memerintah China ketika itu.
Di dalam buku Sejarah China Moden yang ditulis oleh suffian mansor adalah
berkaitan dengan sejarah China itu sendiri dalam era barat. Di dalam buku ini yang
mempunyai 230 halaman bercetak telah membahagikan bahagian mengikut bab.
Pembahagian yang dilakukan telah memudahkan pembaca untuk mengetahui
kronologi yang peristiwa-peristiwa yang berlaku di China. Buku ini juga menceritakan
2

secara menyeluruh mengenai hubungan China dan Barat, masalah-masalah yang


dihadapai, kebangkitan, konflik, peperangan dan sebagainya yang berlaku di China.
Di dalam bahagian satu adalah menceritakan mengenai kebangkitan Orang
Manchu yang mulanya hidup berpindah randah telah bersatu dah membentuk dinasti
chin. Selain itu gerakan-gerakan Kistian yang diketuai oleh golongan-golongan
Mubaligh barat dalam meluaskan lagi dakwah mereka di China. Hal ini demikian
kerana kedatngan orang barat ke China bukan sahaja untuk berdagang malah untuk
mereka menyebar dakwah mereka di China. Selain itu dalam bahagian ini juga ada
menceritakan tentang kepentingan perdagangan itu sendiri kepada pihak Barat.
Namun begitu, peraturan-peraturan yang dilakukan China telah menyukarkan pihak
barat untuk memperkembangkan perdagangan mereka di China. Menyebabkan
hubungan China dan pihak Barat mengalami pelbagai masalah yang disebabkan
ketidakfahaman antara dua pihak tersebut.
Bahagian ke dua pula menceritakan mengenai pencerobohan kuasa barat di
China. Disebabkan perdagangan Barat di China mengalami ketidakstabilan pihak
barat mula menyeludup candu ke China. Hal ini demikian kerana, candu mempunyai
permintaan yang tinggi di China. Sehingga sukar untuk kerajaan china untuk
mengawal masalah candu ini. Peperangan berlaku di antara pihak barat dan China
menyebabkan perjanjian baru ditandatangani yang merupakan perjanjian berat
sebelah. Di dalam buku ini ada menyenarai senarai perjanjian yang di persetujui itu.
Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani bukan sahaja telah melemahkan sistem
perdagangan China malah telah mencabul kedaulatan undang-undang China.
Ketidakpuasan hati yang berterusan menyebabkan perang kedua berlaku antara China
dan pihak barat.
Seterusnya, bahagian ini adalah mendedahkan berkaitan masalah-masalah
dalaman yang dihadapi oleh China dari segi politik, ekonomi dan juga sosial. Dari
segi politik telah berlakunya faktor kebangkitan untuk menentang dinasti Ching oleh
golongan orang China. Hal ini demikian kerana pentadbiran dibawah dinasti Ching
memperlihatkan begitu banyak kelemahan sehingga rakyat beranggapan Maharaja
mereka sudah kehilangan mandate dari syurga. Ini juga boleh dilihat dari segi
ekonomi iaitu taraf kehidupan masyarakat mula merosot. Pelbagai jenis cukai telah
dikenakan kepada rakyat China pada ketika itu. Begitu juga dengan kehidupan sosial
mereka dengan peningkatan kes-kes jenayah dan sebagainya.
3

Bahagian seterusnya iaitu bahagian keempat adalah dimana usaha-uasaha yang


dilakukan untuk mempertahankan negara China dengan melakukan hubungan luar
dengan negara luar. Selain itu bahagian ini juga pelbagai usaha pendidikan di
usahakan disamping usaha yang dilakukan untuk menguatkan diri dan wilayah. Hal ini
untuk menghalang segala bentuk ancaman yang boleh memudaratkan. Seterusnya pula
penulis membincangkan mengenai pembaharuan dan kebangkitan yang berlaku di di
China dan focus penulis dalam bahagian ini adalah mengenai kemunculan dan
pergerakkan Boxer merupakan penanda aras atau langkah kearah perubahan.
Kemunculan Boxer adaah kesan daripada proses pembahagian China.
Bahagian keenam pula dimana penulis memaparkan dimana semangat
nasionalisme mula muncul di China. Terdapat tokoh-tokoh yang dipaparkan dalam
mengerakkan semangat dan gerakan nasionalisme itu sendiri. Penulis memaparkan
usaha-uasa yang dilakukan oleh Sun Yat Sen. Revolusi 1911 yang muncul adalah
hasil usaha penentangan kepada dinasti Manchu itu sendiri. Setelah dinasti Ching
disingkirkan daripada tampuk pemerintahan China, kuasa politik kembali semula
kepada rakyat dengan penubuhan Republik China pada 1 Januari 1912. Untuk
menggerakkan hasrat demokrasi rakyat, pilihan raya untuk parlimen harus diadakan.
Bahagian ketujuh dan seterusnya pula penulis banyak mengetengahkan
mengenai parti komunis. Penulis telah membincangkan kemunculan, konflik,
peperangan sehingga komunis Berjaya memerintah China. Penulis telah menerangkan
dengan baik sekali didalam bahagian ini mengenai komunis di China. Walaupun
begitu banyak konflik yang berlaku serta perubahan tupuk kepimpinan serta kerjasama
yang berlaku walaupun berbeza ideologi untuk melawan barat.

You might also like