Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Komponen Kecergasan Fizikal

Menurut Corbin dan Lindsey (1988), kecergasan fizikal dibahagikan kepada dua iaitu:

-Kecergasan fizikal berlandasakan kesihatan.

-Kecergasan Fizikal berlandaskan perlakuan motor.

​Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan

Daya Tahan Kardiovaskular

Merupakan keupayaan bersenam dalam masa yang agak panjang. Sistem pengaliran darah dan
pernafasan membekalkan ‘bahan api’ iaitu oksigen untuk membolehkan aktiviti fizikal yang
dijalankan.
Daya Tahan Otot

Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot tulang rangka untuk menghasilkan daya
berulang-ulang bagi suatu jangka masa tertentu, beberapa kali perubahan bagi mengatasi
rintangan atau bebanan.

Kekuatan Otot

Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya kerja.
Pertambahan meneruskan suatu aktiviti dalam tahap yang tinggi.

Kelenturan / Kelembutan

Keupayaan untuk menggunakan sendi-sendi dengan sepenuhnya melalui pergerakan (range of


motion).

Komposisi Badan

Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan ialah lemak, otot dan tulang-tulang.
Penentuan isi kandungan badan menunjukkan peratusan (%) lemak badan berbanding dengan
isi kandungan otot-otot dan tulang-tulang. Lebihan peratusan lemak dalam badan menimbulkan
masalah kegemukan (obesity). Peratusan lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi

kesihatan individu.

Kecergasan Fizikal Berlandaskan Perlakuan Motor


Koordinasi

Kemampuan atau kebolehan menggunakan pancaindera bersama badan menggiatkan dengan


mental dalam pergerakan yang sempurna sebagai mana yang dikehendaki. Panduan beberapa
kebolehan untuk menjadikan sesuatu kerja dilakukan itu lancar dan licin atau keupayaan
menysuaikan deria dengan otot-otot supaya memperolehi suatu lakuan yang licin,

kemas dan tepat.

Imbangan

Imbangan ialah kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang
dan dasar (tapak) menyokongnya diubah. Kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam
keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam.

Ketangkasan

Kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan berturutan ke sesuatu arah yang


berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh. Kebolehan menukar kedudukan di ruang
tertentu secara kemas dan mudah.
Kuasa

Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan individu
melakukan sesuatu pergerakan pantas (mengejut / explosive muscular power) yang kuat dalam
jangkamasa yang singkat dengan kecakapan yang tinggi. Ianya adalah hasil kuncupan otot yang
kuat dalam jangkamasa yang singkat dan merupakan gabungan antara

kekuatan otot dan kepantasan kuncupan otot.

Masa Tindakbalas

Masa tindakbalas adalah suatu jangkamasa yang diambil untuk bergerak dan bertindak selepas
menerima rangsangan untuk berbuat demikian. Masa tindakbalas selalunya dikaitkan dengan
faktor ketangkasan. Kebolehan dan keupayaan seseorang bertindak dengan secepat mungkin
dapat membantunya dalam situasi perlawanan dan dalam masa kecemasan dari segi
menyelamatkan diri.

Kelajuan (Kepantasan)

Kebolehan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang
singkat mengikut suatu arah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa
bergerak. Kelajuan ditentukan hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah.

You might also like