Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT RMT & KANTIN KALI KEDUA

TAHUN 2005

TARIKH : 27 SEPTEMBER 2005


HARI : SELASA
MASA : 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH

KEHADIRAN :

1) PN. HJH. SHAMSHINA BT KHALID ( GURU BESAR )


2) EN. MOHAMAD SABRI B. SHAHARUDDIN ( GK. HEM )
3) PN. NORIMAH BT HUSSIN
4) TN. HJ. SIRAN BIN WAHIL
5) CIK RODIAH BT SULAIMAN
6) CIK KHAIREYATULAINY BT MOHAMMED ABIDIN

TIDAK HADIR :

1) PN. ZAINAB BT ZAHARI


2) EN. PIRDAUS B. AHMAD

BIL. PERKARA TINDAKAN

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru Makluman
.
1.2 Beliau berharap agar semua AJK dapat berbincang bagi Semua AJK
mengatasi masalah yang timbul demi kebaikan murid-murid
serta warga Sk. Menora

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu.


2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat kali pertama.
- Cik Rodiah mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan .
- Cadangan beliau telah disokong oleh Cik Khaireyatulainy.

3. Perkara Berbangkit.
3.1 Guru bertugas mingguan perlu mengawasi murid RMT setiap Guru
hari bagi memastikan kuantitidan kualiti makanan RMT mengikut Bertugas
harga serta menu yang telah ditetapkan.
4. Perbincangan

4.1 Kantin Sekolah


4.1.1) Pengusaha kantin perlu meletakkan tanda harga bagi setiap
makanan yang dijual dikantin.
4.1.2) Terlebih bahan perisa di dalam masakan.
4.1.3) Gula yang digunakan mengandungi semut.
4.1.4) Peralatan tidak mencukupi dan tidak disusun dengan kemas.
4.1.5) Kuih-muih yang dijual tidak mencukupi dan perlu ditukar
setiap hari sekurang-kurangnya 2 @ 3 jenis sehari.
4.1.6) Penjualan ais pop perlu dihentikan dan ditukar dengan
aiskrim Malaysia dan air minuman.
4.1.7) Minuman air teh kurang sedap.
4.1.8) Guru boleh ke kantin bermula jam 9.30 pagi . Semua guru

4.2 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )


4.2.1) En. Mohd Sabri memaklumkan ada murid-murid yang tidak
layak mendapat RMT.
-Guru Besar menyatakan murid-murid RMT perlu diagihkan Guru HEM
semula mengikut syarat yang telah ditetapkan. & Guru
4.2.2) Menu RMT perlu diubah untuk tahun hadapan dan mestilah Kelas
mengikut apa yang dicadangkan di dalam buku panduan
RMT.
- Semua AJK telah bersetuju untuk mencuba menu bubur
kacang dengan roti serta bubur nasi daging pada hari Khamis
dan Jumaat ini sebagai menu tahun hadapan.
4.2.3) Makanan yang diletakkan di dalam almari dimasuki oleh
semut .
- Guru Besar meminta agar semua AJK serta guru bertugas
membuat pemantauan setiap hari bagi mengatasi masalah
tersebut.
4.2.4) Kuantiti dan kualiti makanan di tahap yang memuaskan
tetapi kadang kala terdapat kekurangan bahan perencah di
dalam makanan tersebut.

5. Hal-hal Lain
5.1 Pengerusi menegaskan bahawa murid-murid yang tidak hadir Guru
perlu digantikan dengan murid-murid pengganti yang telah Bertugas &
disenaraikan bersama dengan murid-murid RMT bagi mengelakkan AJK
lebihan makanan.
6. Ucapan Penangguhan
6.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada AJK
yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan mesyuarat pada
kali ini .
6.2 Pengerusi juga memaklukan bahawa satu lagi mesyuarat akan Semua AJK
diadakan bersama dengan pengusaha kantin dan berharap apa yang Setiausaha
telah dibincangkan dapat dibentangkan semasa mesyuarat tersebut. RMT

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. ……………………………
( NORIMAH BT HUSSIN ) (PN. HJH. SHAMSHINA BT KHALID )
Setiausaha RMT. Pengerusi RMT.
SK. Menora

You might also like