TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA
DASAR DAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN
EDUCATION POLICY AND DEVELOPMENT PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, MALAYSIA
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA
[ARAS 3, BLOK E8, KOMPLEKS E
LEVEL 3, BLOCK E8, COMPLEX E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Tel 03-8884 6149
162504 PUTRAJAYA Foks : 03-8884 6146,
MALAYSIA, Portal _: www.moe.govsm)
KP(BTP-PENT)8800/4/2 Jid.13(2)
7 Januari 2015
Semua Pengarah Bahagian
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BILANGAN 1 TAHUN 2015
PELAKSANAAN PENGGUNAAN PELANTAR PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN MAYA 1BESTARINET KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam Pendidikan
(2010) dan Anjakan 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 — 2025 telah menggariskan TMK sebagai pengupaya
bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.
2, KPM telah membekalkan perkhidmatan 1BestariNet yang
merangkumi akses internet dan pelantar persekitaran pembelajaran
maya ke semua sekolah. Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya
atau Virtual Learning Environment (VLE) ialah aplikasi dalam talian
yang menyediakan kemudahan pengurusan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan
penyampaian pembelajaran.
3. _ KPM telah melaksanakan latihan, kursus, bengkel, program galak
guna dan khidmat bantu kepada pentadbir sekolah, guru dan murid
mulai tahun 2012 bagi meningkatkan penggunaan VLE dalam PdP
secara berkesan
4. KPM telah menyediakan Manual Penggunaan VLE bagi memberi
penerangan yang lebih terperinci tentang cara penggunaan kemudahan
(tools) dalam VLE. Manual tersebut boleh dimuat turun di pautan
http://frogasia. com/learncentre/ dan http://1bestarinet.net
“4 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
““{ MALAYSIA : PEOPLE FIRST, PERFORMANCE NOW" -5. Bagi memastikan penggunaan VLE secara optimum, Pengetua
dan Guru Besar hendaklah mengambil langkah-langkah berikut:
(a)
(b)
(c)
(a)
(e)
()
memberikan ID 1BestariNet kepada semua guru, murid dan
ibu bapa/penjaga;
menyediakan latihan dalaman penggunaan VLE kepada
semua guru;
memastikan guru mengintegrasikan VLE dalam PdP dan
mencatatkannya dalam Rekod Persediaan Mengajar;
menggalakkan guru memberi tugasan kepada murid melalui
VLE;
menggalakkan guru membina dan menggunakan laman
pembelajaran VLE bagi tujuan PdP; dan
menggalakkan ibu bapa/penjaga memantau pembelajaran
anak-anak melalui VLE.
6. Pengetua dan Guru Besar perlu melaksanakan pemantauan
berterusan terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid untuk
memastikan guru dan murid memanfaatkan VLE secara optimum
dalam PdP.
7. _ Sila maklumkan kandungan surat siaran ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
Bahagian/Daerah, Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah
pentadbiran YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan.
Sekian. Terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DATO’ KHAIRIL BIN AWANG
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Dasar dan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysiask:
YAB Menteri Pendidikan
YB Menteri Pendidikan II
YB Timbalan Menteri |
YB Timbalan Menteri II
Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysa
Ketua Setiausaha Il
Kementerian Pendidikan Malaysia
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Ketua Nazir
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Penasihat Undang-Undang
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pegawai Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan Malaysia