Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TUGASAN 3: LAPORAN PERBINCANGAN HASIL SIMULASI PENGAJARAN MIKRO

Pada 5 Mar 2018 bersamaan dengan hari Isnin kumpulan kami yang terdiri daripada
Muhamad Aiman Bin Ramli, Harnani Binti Omar dan Nur Afiqah Zaman Binti Ahmad Zaman
telah mengadakan satu simulasi pengajaran mikro bagi salah satu daripada lapan kemahiran
mikro yang telah dipelajari di dalam kursus Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
(PRKA3012). Tugasan yang berbentuk pelaporan perlu dihantar bagi memenuhi tugasan
dalam kursus ini.

Tugasan pelaporan ini telah kami jalankan sebaik mungkin dengan menggunakan
alternatif membahagikan komponen-komponen di dalam kemahiran mikro yang kami dapat
iaitu kemahiran penggunaan papan tulis mengikut kesesuaian ahli kumpulan. Setiap ahli telah
menganalisis dengan teliti hasil pengajaran dengan berpandukan Borang Bimbingan
Kemahiran Penggunaan Papan Tulis yang telah diedarkan kepada rakan-rakan sewaktu
pengajaran mikro berlangsung.

Elemen yang diperlukan dalam kemahiran ini adalah kejelasan. Menurut Mohd Hasani
Dali dan Mohamad Johdi Salleh (2009) kejelasan yang dimaksudkan adalah meliputi saiz
tulisan yang sesuai, tulisan yang kemas dan lurus. Jika gambar atau rajah diperlukan, ia
perlulah dilukis dengan jelas dan ringkas. Hal ini bagi membantu guru memperjelaskan
sesuatu fakta, konsep ataupun idea yang abstrak secara tersusun dan ia juga memudahkan
murid memahami sesuatu konsep dengan berkesan.

Berdasarkan pengajaran Harnani, konsep atau fakta yang ingin disampaikan perlu
menggunakan prinsip reka letak visual kerana ia memenuhi semua kriteria kejelasan. Menurut
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Wan Kamaruddin
Wan Hasan (2012) menekankan prinsip reka letak visual adalah memenuhi elemen CASPER.
Ini menjadikan penyampaian maklumat sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran tidak
terbatas kerana kejelasan dalam setiap aspek iaitu tulisan yang saiznya besar dan mudah
dibaca gambar rajah yang jelas walaupun terdapat 40 orang murid didalam satu sesi
pengajaran. Hasil daripada maklum balas daripada rakan-rakan, rata-rata menyatakan
penggunaan warna dalam slaid Power Point telah menenggelamkan tulisan dan saiz tulisan
yang perlu dibesarkan. Oleh kerana itu, pengajaran Harnani perlulah mengambil kira prinsip
reka letak visual agar ia melancarkan lagi proses pembelajaran.

Selain itu, bagi komponen teknik persembahan, antara aspek yang dinilai ialah berjaya
membentuk konsep yang jelas dan tepat. Bagi persembahan yang telah dilakukan, antara
kekuatan yang dinilai ialah penggunaan isi kandungan dalam persembahan bertepatan
dengan bahan sumber iaitu buku teks. Cara penyampaian guru yang jelas mampu
membuatkan murid memahami pengajaran guru. Selain itu bagi aspek mampu memudahkan
konsep yang kompleks dimana penggunaan kaedah pengajaran oleh guru telah menarik
minat murid apabila guru membuat gaya bagi setiap isi penting yang perlu diingati dan
difahami oleh murid melalui gaya yang telah disampaikan. Berdasarkan komen responden
juga, didapati guru telah menggunakan teknik pengulangan yang kerap bagi mengukuhkan
ingatan murid. Selain itu juga, responden juga memberikan komen aktiviti yang di jalankan
sangat menyeronokkan dimana guru menggunakan peta bulat yang dipaparkan melalui
tayangan projektor. Aktiviti ini memerlukan murid untuk menggunakan kaedah berfikir dimana
mereka telah menjalankan kaedah sumbang saran dengan mengeluarkan idea dan menulis
pada kad imbas yang telah diedarkan. Secara keseluruhannya, bagi teknik persembahan,
murid berpendapat bahawa aktiviti yang dijalankan sangat menyeronokkan dan guru telah
berjaya menggunakan papan tulis secara menyeluruh.

Rujukan

Mohd Hasani Dali, & Mohamad Johdi Salleh. (2009). Pengurusan bilik darjah. Kedah:UUM
Dicapai dari http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-
_2009.pdf
Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Wan Kamaruddin Wan
Hasan. (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran: edisi kedua. Selangor:
Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.

You might also like