Laporan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS


(INDIVIDU)
SEMESTER: 2 TAHUN: 1

PKUK 3033
PEGURUSAN TINGKAH LAKU
KUMPULAN AKADEMIK

G2.1 ( SEMESTER 2)
Program: PISMP AMBILAN JUN 2017
NAMA NO. INDEKS
NURUL ASHIKIN BINTI ISHAK 2017172340033

PENSYARAH:
EN SABRINORDIN

TARIKH SERAHAN: TARIKH TERIMA:


2018
ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Muka Surat

1.0 Pengenalan 4
1.1 Tingkah Laku
1.2 Tingkah Laku Pendidikan Khas
1.3 Latar belakang responden
2.0 Laporan (Instrumen) 5
2.1 Naratif
2.2 Anekdot
2.3 Senarai Semak

Baseline data 1
2.4 Kekerapan
2.5 Persampelan masa
3.0 Sebab Tingkah Laku Dilakukan 13
3.1 Rakan Sebaya
3.2 Persekitaran
4.0 Cadangan Modifikasi Tingkah Laku 13

5.0 Penutup 16

6.0 Rujukan 17

7.0 Lampiran 20
Laporan
1.0 Pengenalan

1.1 Tingkah Laku

Menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku ialah sebarang aktiviti,
aksi, prestasi, tindakbalas, tindakan, reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot,
kelenjar yang melibatkan organ. Carl Rogers (1999) pula menekankan bahawa seseorang
individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Tingkah laku ialah
perbuatan yang dilakukan secara terus atau tidak dan dalam keadaan sedar mahupun separa
sedar (Lewis M. Beaker, 2001). Oleh itu, dapat dirumuskan tingkah laku ialah perbuatan yang
bergerak balas terhadap persekitarannya.

1.2 Tingkah Laku Murid Pendidikan Khas

Menurut Osman dan Ahmad Ghazi (2007) setiap murid bermasalah pembelajaran
berbeza dan unik dari segi keupayaan fizikal, kognitif dan tingkah laku. Antara jenis tingkah
laku yang ditunjukkan oleh murid pendidikan khas ialah tingkah laku positif dan tingkah laku
negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar,
proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh murid
bermasalah pembelajaran akan menjadi semakin rumit jika tingkah laku yang tidak diingini ini
tidak dapat diatasi pada peringkat awal.

Mohd. Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang


individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Tingkah laku
bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan tidak diterima
dalam norma sosial masyarakat.

1.3 Latar belakang responden

Murid yang telah diperhati disahkan mengalami masalah kognitif dengan disleksia. Murid
tersebut diserapkan ke dalam pendidikan khas melalui Program Outreach Pemulihan Khas
2015. Berdasarkan data tahap keupayaan murid tersebut bagi domain ketidakupayaan fungsi
kognitif berada pada tahap teruk dan ketidakupayaan kawalan tingkah laku berada pada tahap
ringan. Data-data ini menunjukkan murid ini mempunyai ciri-ciri masalah disleksia.

Disleksia adalah salah satu masalah pembelajaran yang unik. Ia dipercayai membabitkan
lebih kurang empat peratus daripada kanak-kanak sekolah ( Annette Brock,1999). Terdapat
beberapa kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji dalam dan luar negara yang
menyatakan bahawa masalah pembelajaran seperti disleksia mempunyai hubungan yang
signifikan dengan masalah pemulihan (Chow, 1992). Masalah disleksia dirujuk kepada
beberapa ciri iaitu seperti:

(i) kesukaran berbahasa


(ii) ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual
(iii) tidak lancer ketika membaca sesuatu bahan bercetak
(iv) tidak dapat menulis dengan lancer dan tepat
(v) mata mudah menjadi penat setelah beberapa minit fokus terhadap tulisan
(vi) daya tumpuan terhad

Murid ini dikenalpasti mengalami masalah tingkah laku. Pemerhatian dijalankan bagi
memilih tingkah laku sasaran. Intervensi dirancang bagi memodifikasikan tingkah laku
negative kepada tingkah laku yang diingini.

2.0 Pelaporan

Murid A ialah seorang murid lelaki berumur 12 tahun yang belajar di dalam kelas 4
Darussalam iaitu kelas pertama bagi murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran.
Murid A berasal daripada keluarga yang kurang kemampuan dan tinggal di Rumah Budi iaitu
salah sebuah rumah anak yatim di daerah tersebut. Ayah murid tersebut telah meninggal
dunia. Murid A seorang pengawas di sekolah dan sentiasa berpakaian kemas ke sekolah.
Pemerhatian telah dijalankan sebanyak 3 kali sepanjang murid A menjalani sesi Pengajaran
dan Pemudahcaraan dalam minggu tersebut.

Jenis masalah tingkahlaku yang telah dikenalpasti adalah tingkahlaku hiperaktif.


Tingkah laku sasaran adalah sering mengganggu rakan semasa guru menjalankan sesi
Pengajaran dan Pemudahcaraan (Pdpc). Oleh itu, saya telah memilih untuk mengunakan tiga
kaedah perekodan iaitu senarai semak, rekod naratif dan rekod anekdot bagi mengenalpasti
tingkah laku.

Senarai
Semak

Kaedah
Perekodan

Rekod
kekerapan
Naratif
2.1 Naratif

Rekod yang pertama sekali dilakukan adalah rekod naratif. Rekod ini sesuai dilakukan
semasa pemerhatian yang pertama sebagai pemerhatian awal terhadap murid A tanpa
memilih tingkah laku sasaran terlebih dahulu. Guru mencatat tingkah laku pelajar secara
umum tanpa menspesifikasikannya. Pemerhatian ini berjalan selama 30 minit.

Nama : Muhammad Isna Fitri Aqhari Bin Zanurin

Kelas : 4 Darussalam

Masa : 7.45 am – 8.15 am

Guru kelas : En Husni

Catatan Ulasan

isna berpakaian sukan untuk aktiviti berkebun. Isna


berjalan ke kebun sayur. Isna berbual dengan
rakan. Dia duduk di tepi longkang sambal bermain
dengan pencakar tanah. Dia pergi ke tandas. Isna
menghalang lalu lintas murid lain untuk ke tandas.
Isna mengambil rumput lalu dibaling kepada murid
yang berhampiran. Isna minum air sambil duduk di
atas kerusi. Isna menyuruh rakannya mengambil
plastic sampah. Isna mengutip sampah seperti
plastic yang berada di sekitar kebun tersebut. Isna
mengganggu rakan lain yang sedang mencabut
rumput. Isna berlari bersama rakan. Isna
membuang sampah di dalam tong sampah.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, saya mendapati bahawa murid A banyak
menunjukkan tingkah laku hiperaktif terutamanya apabila bersama kawan rapatnya. Murid A
sering bangun dari tempat duduknya di dalam kelas sama ada untuk mengganggu rakan,
sering menggoyangkan badan, menendang meja dan mengetuk pensil pada meja. Murid A
selalu memulakan pergaduhan dan berkelakuan agresif terhadap rakan sekitar. Murid A tidak
menyelesaikan tugasan sekiranya perbuatannya ditegur guru dan menunjukkan reaksi atau
mimik muka yang sukar ditafsir. Murid A akan diam apabila dimarahi guru. Rumusan
berdasarkan pemerhatian ini, murid A seorang yang hiperaktif dan sering mengganggu rakan
sehingga sesi Pdpc terganggu.

2.2 Senarai semak

Seterusnya, rekod yang kedua adalah senarai semak. Senarai semak adalah senarai
item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan,
kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan
tingkah laku sasaran dan kekerapan sesuatu tingkah laku itu ditunjukkan dalam satu-satu
masa. Senarai semak ini dilakukan untuk mengenal pasti jenis masalah tingkahlaku yang
ditunjukkan oleh murid A. Senarai semak dapat membantu untuk memperkukuh lagi
pemerhatian pertama iaitu melalui rekod naratif.

Nama Penuh : Muhammad isna Fitri aqhari bin mohd zanurin

Tahun / Kelas : 4 Darussalam Tarikh Lahir :

Jantina : L Agama : islam

Tarikh : 28 Mac 2018

BI JENIS ITEM WAJARAN ULASAN


L TINGKAH YA TIDAK
LAKU
1. Agresif 1.1 Suka memulakan pergaduhan /
1.2 Suka berkelahi /
1.3 Suka memaki hamun /
1.4 Cepat marah /
1.5 Selalu mengganggu rakan sekelas /
1.7 suka menjerit-jerit /
1.8 membaling benda-benda kepada /
orang sekeliling
1.9 merosakkan harta benda kelas /
1.10 suka memukul /
2. Hiperaktif 1.1 Tidak dapat duduk diam /
1.2 lakukan sesuatu yang disukai tanpa /
henti
1.3 berlari dalam kelas /
1.4 memanjat /
1.5 mengetuk-ngetuk di tempat duduk /
1.6 menyanyi, bersiul, kerap ketawa /
1.7 kerap menggoyangkan badan /
1.8 tidak mendengar arahan guru /
3. Distruktif 1.1 mencederakan orang lain /
1.2 menggigit rakan/harta benda /
1.3 memukul rakan/benda /
1.4 menendang barang /
1.5 melempar buku/barang /
1.7 bergaduh dengan rakan/guru /
1.8 merampas barang dari rakan /
1.9 mencederakan diri /
1.10 menghantuk-hantuk kepada pada /
dinding
4. Distruptif 1.1 mengganggu PdPc /
(mengganggu) 1.2 cuba menonjolkan diri untuk menarik /
perhatian
1.3 membuat bising /
1.4 berman dengan objek semasa PdPc /
1.5 berjalan-jalan tanpa arahan guru /
1.6 suka bercakap pada waktu yang /
tidak sesuai
1.7 suka membebel/berleter seorang diri /
1.8 kerap menjatuhkan harta benda /
sendiri
5. Temper 1.1 tunjuk kemarahan yang kuat secara /
Tantrums tiba-tiba
1.2 tidak terima pujukan atau ajakan /
orang lain walaupun telah diberikan apa
yang diminta
1.3 memberontak sekiranya kemahuan /
tidak dipenuhi
1.5 memberontak/marah sekiranya /
dipaksa melakukan sesuatu
1.6 melempar barang /
1.7 menengking rakan dan guru /
6. Separation 1.1 Kecenderungan mengasingkan diri /
Problem 1.2 asyik duduk di sudut /
1.3 suka membelakangi rakan /
1.4 tidak bekerjasama /
1.5 tidak mahu mencuba sesuatu tugas /
baru yang dianggap susah
1.6 tiada keyakinan pada diri sendiri /
7. Pergantungan 1.1 sangat bergantung kepada orang lain /
Berlebihan 1.2 tidak dapat berdikari /
(Overdepency) 1.3 tidak berupaya membuat keputusan /
sendiri
1.4 tidak berupaya mengurus diri sendiri /
1.5 meminta guru/rakan mengambilkan /
sesuatu
8. Pengasingan 1.1 suka menjauh diri dari orang yang /
diri disenangi
(withdrawal) 1.2 tidak memberi respon /
1.3 tidak ada kontaks mata /
1.4 berkhayal /
1.5 tidak mahu menonjolkan diri /
1.6 masalah berkomunikasi /
9. Non- 1.1 ponteng sekolah /
compliance 1.2 mencuri /
(masalah 1.3 takut untuk ke sekolah /
disiplin)
Melalui rekod ini, saya mendapati bahawa murid A merupakan seorang yang pasif
ketika sesi Pdpc, tidak memberi respon dan suka menggoyangkan badan ketika di dalam
kelas. Murid A kurang berkomunikasi secara lisan tetapi lebih kepada gerak badan. Murid A
tidak mempunyai masalah untuk bergaul kerana dia selesa berbual dengan rakan-rakannya
tetapi bersikap agresif kerana merampas pemadam daripada rakannya. Perhatian terhadap
PdP hanya dapat diberikan dalam tempoh masa yang singkat kerana murid A merupakan
seorang pesakit disleksia, lalu murid A akan menggoyangkan badan, tiada konteks mata
dengan guru, pasif, tidak memberi respon, mengganggu rakan-rakan, keluar ke tandas lalu
kembali semula ke tempat duduk. Secara ringkasnya, dapat disimpulkan sepanjang sesi Pdpc
ini murid A bersikap pengasingan diri dan bersikap pasif.

2.3 Kekerapan

Saya memilih jadual kekerapan adalah kerana instrument ini sesuai untuk
mengenalpasti dan mengukuhkan lagi dapatan pada pemerhatian 1 dan 2. Melalui jadual ini,
guru dapat mengenalpasti tingkah laku yang berada pada kekerapan tertinggi untuk dijadikan
sebagai tingkah laku sasaran.

Bil. Tingkah laku Kekerapan (60 minit) Jumlah


Selasa Isnin
1. Suka memulakan pergaduhan /// // 5
2. Selalu mengganggu rakan sekelas ///// // ///// / 13
3. suka memukul // / 3
4. Tidak dapat duduk diam //// // 6
5. menyanyi, bersiul, kerap ketawa /// ///// 8
6. kerap menggoyangkan badan //// // 6
7. tidak mendengar arahan guru // / 3
8. menendang barang / /// 4
9. merampas barang dari rakan //// // 6
10. mengganggu PdPc // ///// / 8
11. berman dengan objek semasa PdPc /// // 5
12. berjalan-jalan tanpa arahan guru // // 4
13. suka menjauh diri dari orang yang disenangi / //// 5
14. tidak memberi respon //// / 5
15. tidak ada kontaks mata /// / 4
16. berkhayal //// /// 7
17. tidak mahu menonjolkan diri / / 2
Berdasarkan jadual kekerapan di atas, terdapat 17 tingkah laku yang dikenalpasti
dilakukan oleh murid tersebut. Dengan menggunakan instrument ini, guru mengenalpasti
kekerapan yang dilakukan oleh pelajar dalam tempoh 60 minit selama dua hari berturut-turut.
Kekerapan yang paling tinggi ialah pada tingkah laku mengganggu rakan iaitu sebanyak 7 kali
pada hari pertama dan 6 kali pada hari kedua. Ini adalah kekerapan paling tinggi di antara
semua yang disenaraikan di atas.

Baseline data 1

2.4 Anekdot

Pemerhatian ini terbuka dan mencatatkan apa sahaja yang beliau dapat saksikan dan
mencatat tingkah laku yang telah dikenalpasti sahaja. Ia juga merupakan satu catatan ringkas
mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan
signifikan untuk direkod. Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku,
bila dan di mana berlaku. Rekod anekdot lebih berfokus kepada tingkah laku sasaran yang
telahpun dikenalpasti, maka pemerhatian yang ketiga ini adalah dikhususkan kepada
tingkahlaku sasaran iaitu sering mengganggu rakan.

Nama :Muhammad Isna Fitri Aqhari Bin Zanurin

Kelas : 4 Darussalam

Masa : 7.45 am – 8.45 am

Guru kelas : Puan Natri

Catatan Ulasan

isna mengambil pensil yang sedang digunakan rakannya. Isna


menghalang lalu lintas murid lain dalam kelas tersebut. Isna merampas
pemadam yang digunakan rakannya. Isna mencuit pinggang rakannya.
Isna mengganggu rakannya menulis. Isna menyorokkan buku latihan
rakannya. Isna tidak melakukan tugasan yang diberikan guru. Isna berlari
keluar kelas. Isna memercikkan air kepada rakan-rakan.
Melalui rekod ini, dapat dilihat bahawa murid A akan mengganggu rakan dengan
kehadiran rakannya. Murid A bersikap pasif apabila rakannya tidak hadir ke sekolah akan
tetapi akan bersikap hiperaktif dengan kehadiran rakannya itu. Hal ini terbukti apabila tiada
kesinambungan berdasarkan pemerhatian 1 dan 2. Pada pemerhatian ketiga, murid A
menjadi hiperaktif dengan mengganggu rakan-rakannya yang lain. Apabila bosan melakukan
tugasan yang diberikan guru, murid A dan rakannya akan berlari atau mengganggu rakan lain
di dalam kelas. Murid A menimbulkan kekecohan dengan merampas barang rakannya. Murid
A bertindak menimbulkan kekecohan sehingga mengganggu Pdpc. Konklusi berdasarkan
pemerhatian ini, murid A seorang yang hiperaktif dan mengganggu kelancaran Pdpc.

2.4 Kekerapan

Masa 7.50 7.55 8.00 8.05 8.10 8.15

Ganggu rakan
Isnin - + + - + +

Selasa - - + + - +

Berdasarkan jadual kekerapan di atas, murid A mula mengganggu rakan pada 15 minit
pertama dan seterusnya. Jadual di atas menunjukkan murid A mengganggu rakan-rakan
dalam kala yang kerap dan hal ini mengganggu Pdpc. pada hari pertama kekerapan ialah 4
manakala kekerapan menurun pada hari selasa iaitu sebanyak 3. Hal ini menunjukkan tingkah
laku ini konsisten tetapi ada pengurangan dan peningkatan.

2.5 Persampelan masa

Rekod persampelan masa ini digunakan bagi mencatat pemerhatian ke atas tingkah
laku kanak-kanak dalam satu jangka masa. Guru mengenal pasti kanak-kanak yang akan
diperhatikan dalam satu tempoh masa. Pemerhatian akan dibahagikan kepada beberapa
segmen masa dan kekerapan berlakunya tingkah laku itu dicatat secara berterusan dan ambil
tindakan. Tingkah laku yang hendak direkod ini perlu nyata dan kerap dilakukan sekurang-
kurangnya sekali dalam masa 15 minit.

Nama murid: Muhammad Isna Fitri Aqhari Bin Mohd Zanurin

Persekitaran: Pendidikan Seni

Tingkah Laku Sasaran: Mengganggu Rakan


Masa mula: 10.00

Masa tamat: 11.00

Tarikh:

Masa 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Sela 10.05 10.10 10.15 10.20 10.25 10.30 10.35 10.40 10.45 10.50 10.55 11.00
masa

25/3 + + + - - + + - + - + +

28/3 + - + - + - - + + - + -

29/3 - - + - - + + + + + - -

Petunjuk: + (tingkah laku sasaran dilakukan) - (tingkah laku sasaran tidak dilakukan)
Selaan tingkah laku ditunjukkan 25/3/2018 – 1,2,3,6,7,9,11,12
28/3/2018 – 1,3,5,8,9,11
29/3/2018 – 3,6,7,8,9,10
Peratus 25/3/2018 – 66.67%
28/3/2018 – 50%
29/3/2018 – 50%
Selaan tingkah laku tidak ditunjukkan 25/3/2018 – 4,5,8,10
28/3/2018 – 2,4,6,7,10,12
29/3/2018 – 1,2,4,5,11,12
Peratus 25/3/2018 – 33.33%
28/3/2018 – 50%
29/3/2018 – 50%
Jumlah interval: 12

3.0 Sebab-sebab tingkah laku bermasalah

Tingkah laku bermasalah berlaku disebabkan ada rangsangan. Masalah tingkah laku
menganggu adalah istilah yang merujuk kepada pelajar yang mempunyai tingkah laku negatif
hingga menyebabkan terganggunya proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah (Jamilah, 2005). Antara sebab murid tersebut mengganggu rakan-rakan ialah
kesukaran tugasan, persekitaran dan ransangan.

Bagi murid disleksia seperti murid A, kesukaran tugasan menyebabkan dia bosan dan
mengalah dalam menyelesaikan tugasan tersebut. Tugasan yang diberikan tidak sesuai
dengan tahap keupayaan pelajar dan ini menyebabkan murid A tidak termotivasi untuk
melakukan tugasan tersebut. Murid akan mengganggu rakan, keluar ke tandas,
menggoyangkan badan dan sebagainya apabila berasa bosan di dalam kelas. Oleh itu,
kesukaran tugasan menyebabkan murid A hilang fokus dan mengganggu rakan sehingga
kelancaran sesi Pdpc terjejas.

Persekitaran iklim kelas yang kurang kondusif menyebabkan murid A tidak selesa untuk
belajar. Kelas yang sempit dan panas menjadikan suasana kelas tidak selesa. Hal ini
menyebabkan murid A kerap keluar kelas dan merayau-rayau kerana ingin mendapatkan
keselesaan. Oleh itu, iklum kelas mempengaruhi komitmen murid A di dalam kelas.

Selain itu, faktor rakan juga menyebabkan murid A bertingkah laku begitu. Kehadiran
rakan menyebabkan murid A lebih cenderung untuk berkelakuan mengganggu rakan. Hal ini
kerana murid belajar daripada peniruan. Berdasarkan masalah kognitifnya murid A tidak
mampu menaakul sama ada tingkah laku tersebut boleh ditiru ataupun tidak. Oleh itu, rakan
mempengaruhi tingkah laku bermasalah murid A.

4.0 Modifikasi tingkah laku bermasalah

Masalah tingkah laku boleh diubah suai melalui proses modifikasi tingkah laku yang efektif
(Ragbir Kaur, 2012). Menurut Edi Purwanta et al. (2014), modifikasi tingkah laku merupakan
penerapan teori belajar operant conditioning untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini
dengan membentuk pelaziman kepada tingkah laku yang diingini. Tujuan utama bagi
pengurusan tingkah laku adalah untuk mengurangkan dan melupuskan tingkah laku negatif
yang tidak diingini serta memupuk tingkah laku laku positif yang diingini (Mok Soon Sang,
2010).

“The Good Behavior Game” merupakan antara intervensi yang berperanan sebagai alat
modifikasi tingkah laku menganggu di dalam bilik darjah (Mc Kenna et al. 2014). Intervensi
ini diperkenalkan oleh Barrish, Saunders dan Wolf dalam Journal of Applied Behavior
Analysis. “The Good Behavior Game” merupakan satu sistem pengurusan bilik darjah di mana
guru dan pelajar bersetuju dengan peraturan dan tingkah laku sasaran yang telah ditetapkan.
Intervensi ini sesuai dengan murid tersebut kerana ia melibatan penggunaan token ekonomi.

Contoh scoreboard yang digunakan

Pada peringkat permulaan, guru menerangkan aktiviti The Good Behaviour Game kepada
murid-murid. Guru perlu membuat kontrak lisan atau bertulis iaitu merangkumi persetujuan di
antara guru dengan murid dan perlu ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan jika murid
melanggari, dia akan dihukum seperti yang ditetapkan dalam kontrak tersebut (Ee Ah Meng,
1999). Dalam seminggu guru menetapkan masa aktiviti ini dijalankan seperti 10 minit sebelum
kelas tamat. Guru membina satu scoreboard untuk memaparkan markah atau token yang
berjaya dipungut oleh murid-murid. Murid yang berjaya berkelakuan baik, akan mendapat
token. Token yang Berjaya dikumpul memboleh murid mendapat ganjaran seperti yang telah
dijanjikan.

Fasa Hari Kekerapan Jumlah

Ahad ///// // 7

Isnin ///// /// 8


Sebelum intervensi Selasa ///// / 6

Rabu ///// // 7

Khamis ///// / 6

Kemudian, pada hari pertama pemerhatian, kekerapan murid mengganggu rakan


mencatatkan sebanyak 7 kali dan meningkat kepada 8 kali pada hari berikutnya. Kemudian,
berlaku sedikit penurunan pada hari ketiga pemerhatian iaitu sebanyak 6 kali sebelum
meningkat semula pada hari Rabu iaitu hari ke empat pemerhatian. Pada hari Khamis berlaku
pengurangan.

Pada minggu kedua pemerhatian semasa intervensi “The Good Behavior Game”
dilaksanakan ke atas murid, berlaku penurunan yang baik dalam kekerapannya mengganggu
rakan iaitu sebanyak 5 kali pada hari Ahad dan rekod mencatatkan penurunan pada hari
berikutnya iaitu hanya 3 kali. Seterusnya pada hari ketujuh kekerapan mengganggu rakan
yang dilakukan oleh murid kekal sebanyak 2 kali dan menurut sebanyak 1 kali pada hari
terakhir pemerhatian dalam fasa ini.

Pada minggu ketiga, kekerapan murid mengganggu rakan sewaktu proses pengajaran
dan pemudahcaraan berlangsung dalam fasa tanpa intervensi. Pada pemerhatian pertama
iaitu pada hari Ahad, murid didapati melakukan dua kali sahaja tingkah laku mengganggu
rakan. Pada dua hari berikutnya iaitu hari Isnin dan Selasa, graf menunjukkan tiada langsung
berlakunya tingkah laku mengganggu kawan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Namun, pada hari keempat pemerhatian dalam fasa tanpa intervensi,
murid didapati melakukan tingkah laku mengganggu kawan sebanyak sekali. Pada hari
kelima, murid didapati tidak melakukan tingkah laku mengganggu rakan-rakan.

Pada minggu seterusnya, menunjukkan perubahan tingkah laku murid mengganggu


rakan sewaktu proses pengajaran dan pemudahcaraan berlangsung. Penurunan
kekerapan tingkah laku mengganggu dilihat begitu ketara dari fasa baseline hingga ke fasa
tanpa intervensi. Bacaan kekerapan tingkah laku mengganggu kawan pada minggu tersebut
tanpa intervensi menunjukkan antara 0 hingga ke 1. Masalah tingkah laku tersebut masih
berlaku kerana tempoh masa kajian yang singkat. Untuk jangka masa pangjang tingkah laku
tersebut dapat dihapuskan.

5.0 Penutup
Modifikasi tingkah laku penting dalam pembentukan tingkah laku murid-murid pendidikan
khas masalah pembelajaran. Guru perlu memainkan peranan dalam mengenalpasti tingkah
laku sasaran yang utama dan kreatif dalam merancang intervensi terbaik dalam modifikasi
tingkah laku agar diterima dalam norma masyarakat kelak.
Rujukan
6.0 Rujukan

A nyflip.com. (n.d.). GGGB2123 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Pages 1 - 9 - Text

Version | AnyFlip. Retrieved from http://anyflip.com/saff/byaz/basic

Henshin. (n.d.). SIDMA College Sarawak. Retrieved from

http://www.sidmaswk.com.my/article00004.aspx

MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU... (PDF Download Available). (n.d.).

Retrieved from

https://www.researchgate.net/publication/311417259_MENGURANGKAN_MASA

LAH_TINGKAH_LAKU_DISRUPTIF_MURID_ADHD_MELALUI_INTEGRATE

D_PLAY_GROUP

Modifikasi Masalah Tingkah Laku Menggangu... (PDF Download Available). (2007,

February 1). Retrieved from

https://www.researchgate.net/publication/311111403_Modifikasi_Masalah_Tingkah

_Laku_Menggangu_di_Dalam_Bilik_Darjah_Menggunakan_Intervensi_The_Good_

Behavior_Game

Modifikasi Tingkah Laku Tantrum Murid... (PDF Download Available). (2000, January 1).

Retrieved from

https://www.researchgate.net/publication/311417515_Modifikasi_Tingkah_Laku_Ta

ntrum_Murid_Pendidikan_Khas_Menggunakan_Social_Stories

Penggunaan Peneguhan Positif: Pujian dan... (PDF Download Available). (2001, May 1).

Retrieved from

https://www.researchgate.net/publication/311105655_Penggunaan_Peneguhan_Positi

f_Pujian_dan_Token_Ekonomi_untuk_Modifikasi_Tingkahlaku_Murid_Pendidikan_

Khas_%27Slow_Learner%27
Devaraj, S., & Samsilah, R. (2006). Apa itu disleksia?: Panduan untuk ibu bapa & guru.

Selangor: PTS Professional Publishing.

Lee, L. W., Bonadei, S., Lynne, Y., & Melissa, C. (2016). Program pengurusan tingkah laku

kanak-kanak berkeperluan khas.

Retrieved from

https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=video&cd=4&cad=rja&uact=8

&ved=0ahUKEwjR0rKv76TaAhUDu7wKHWOLCYsQtwIINDAD&u
Lampiran
NARATIF

Nama : Muhammad Isna Fitri Aqhari Bin Zanurin

Kelas : 4 Darussalam

Masa :

Guru kelas :

Catatan Ulasan
ANEKDOT

Nama : Muhammad Isna Fitri Aqhari Bin Zanurin

Kelas : 4 Darussalam

Masa : 7.45 am – 8.15 am

Guru kelas : En Husni

Catatan Ulasan

You might also like