Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT WACANA BIL.

3/2018

Hari : KHAMIS
Tarikh : 22 Februari 2018
Masa : 11.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat : Bilik Muzik
Pengerusi : Pn.
Kehadiran : Rujuk Lampiran

Agenda :
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir .
Tindakan : Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 Tiada

3.0 Perkara-Perkara Berbangkit


3.1 Tiada

4.0 Perkara-Perkara Baharu


4.1.1 Penolong kanan menyampaikan pesanan pengetua bahawa sijil-sijil sekolah
perlu diselaraskan mengikut format yang ditetapkan. AJK sijil perlu berjumpa
Pn. Rosnee untuk mengetahui cara menulis sijil yang betul.
Tindakan : Semua guru

4.1.2 Penolong kanan juga memaklumkan bahawa semua guru boleh berjumpa
dengan Pegawai Penilai masing-masing untuk Penilaian Keberhasilan mulai
22.2.2018.
Tindakan : Makluman

4.1.3 Penolong kanan menyampaikan ucapan terima kasih pengetua kepada semua
guru yang telah menghantar Buku Rekod Mengajar. Hanya beberapa orang
sahaja tidak menghantarnya.
Tindakan : Makluman

4.2 Laporan Penolong Kanan Pentadbiran

4.2.1 Penolong Kanan mengingatkan semua guru bahawa Latihan Dalam


Perkhidmatan (LADAP) akan diadakan pada hari Sabtu, 24.2.2018 dan semua
guru perlu hadir kerana penceramah dari luar yang dijemput.
Tindakan : Semua guru

4.2.2 Penolong Kanan mengingatkan semua guru yang menggubal soalan Ujian 1
untuk mematuhi format muka depan yang telah ditetapkan dan menghantar
soalan selewat-lewatnya 5.3.2018. Soalan perlu diserahkan kepada Penolong
Kanan dan kemudian akan diserahkan kepada Maisarah untuk diriso. Guru-guru
tidak dibenarkan masuk ke dalam Bilik Riso.
Tindakan : Makluman

1
4.2.3 Penolong Kanan memohon guru-guru untuk mencadangkan calon-calon AJK
PIBG yang sesuai dan menghantar borang usul yang telah ibu bapa berikan.

Tindakan : Semua guru

4.3 Laporan Penolong Kanan HEM

4.3.1 PK HEM memohon agar semua guru memantau murid-murid dalam kelas dan
memastikan mereka menjahit tanda nama pada baju sekolah, baju PJK dan baju
Koko.

Tindakan : Semua guru

4.3.2 PK HEM menegaskan bahawa pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai


tudung berpin tetapi memakai tudung yang berjahit.

Tindakan : Semua guru

4.4 Laporan Penolong Kanan Ko-Kurikulum

4.4.1 PK Koko mengingatkan guru-guru penasihat untuk menghantar buku BLAK


untuk ditandatangani oleh pengetua.
Tindakan : Guru Penasihat

4.4.2 PK Koko memaklumkan bahawa Pertandingan Kawad Kaki peringkat sekolah


akan diadakan pada 3.3.2018 dan terdiri daripada 2 kategori iaitu:
i. Campuran antara unit
ii. Campuran lelaki dan perempuan
Tindakan : Semua guru

4.4.3 PK Koko menegaskan bahawa hanya pelajar, guru terlibat dan guru yang
sukarela untuk bertugas sahaja dibenarkan hadir.

4.5 Laporan Penolong Kanan Petang

4.5.1 PK petang meminta guru-guru tingkatan yang terlibat untuk melengkapkan


buku pendaftaran pelajar yang bewarna hijau di pejabat dengan kadar segera.
Tindakan : Guru tingkatan

4.5.2 PK petang memaklumkan bahawa bermula pada minggu hadapan ada guru
pelatih yang akan datang ke sekolah dan pergi ke sesi petang pada hari Isnin
sahaja.
Tindakan : Makluman

4.6 Taklimat Pesta Ang Pao

4.6.1 Setakat ini, sebanyak 15 unit Koko berdaftar . Pelajar yang terlibat membantu
guru-guru menjayakan Pesta Ang Pao perlu dicatit namanya untuk pengisian
amalan baik.

2
Tindakan : Makluman

4.6.2 Senarai nama AJK yang terlibat telah ditampal pada papan kenyataan di
hadapan pejabat. Guru-guru perlu merujuk papan kenyataan tersebut.
Tindakan : Makluman

5.0 Hal-hal lain

5.1 Tiada

6.0 Penutup

6.1 PK Pentadbiran mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.


6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

------------------------------------------------ -------------------------- -------------------------


( )
GURU BERTUGAS MINGGUAN

You might also like