Case Study

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PENGENALAN

Perkataan kanser diambil dari bahasa latin "crab". Umumnya 1 billion sel kanser diperlukan
untuk membentuk selonggok tisu kanser bersaiz 1 diameter dan berat 1 gram. Oleh itu, kanser
adalah sukar dan lewat dikesan melalui teknik pengimejan.Menurut Laporan Daftar Kanser
Kebangsaan ‘National Cancer Registry’ 2002:

Terdapat lebih dari 26,000 kes baru kanser dikesan di Semenanjung Malaysia.
Wanita Malaysia mempunyai insiden kanser lebih tinggi (55 peratus berbanding 45
peratus) daripada lelaki.
1 dalam 5.5 warga Malaysia dijangka mendapat kanser sepanjang hayatnya (1 dalam 4
orang bagi kaum Cina, 1 dalam 5 orang bagi kaum India dan 1 dalam 7 orang bagi
kaum Melayu).

Kanser yang biasa di Malaysia ialah:

Di kalangan lelaki- Kanser paru-paru tinggi di kalangan lelaki yang merokok diikuti
kanser hidung (nasopharyngeal cancer) dan kanser usus/colorectal.
Di kalangan wanita- Kanser payudara adalah tinggi diikuti dengan kanser pangkal
rahim.
Kanser usus - kadar insiden meningkat pada kedua-dua jantina.

1
PENYATAAN MASALAH

Puan Y telah didaftarkan di dewan bedah untuk menjalani pembedahan leftmastectomy dan
left axillary clearance. Puan Y telah didiagnos menghidapi kanser payudara pada bahagian kiri
payudaranya. Pada awalnya beliau hanya merasa ketulan pada bahagian kiri payudaranya.
Ketulan yang timbul itu membuatkan beliau tidak merasa selesa dan berjumpa doktor untuk
pemeriksaan dan setelah melakukan pemeriksaan beliau mengalami ketumbuhan pada
bahagian kiri payudaranya. Oleh itu, Puan Y disarankan untuk menjalani pembedahan tersebut
bagi mengelakkan pelbagai komplikasi yang akan timbul.

Nama: Puan Y
Umur: 35 tahun
Jantina: Wanita
Pekerjaan: Suri Rumah
Bangsa: Dusun

2
PENCARIAN LITERATURE

Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 wanita
adalah berisiko. Berbanding 1 dalam 8 wanita di Eropah dan Amerika Syarikat. Kanser
payudara bermula dari sel payudara. Kanser payudara adalah biasa pada wanita dan hanya 1%
lelaki mendapat kanser ini.

Payudara wanita adalah terdiri dari sel-sel kelenjar lobul yang menghasilkan susu (lobulas),
saluran yang bawa susu ke bahagian puting, lemak dan tisu pengantara, saluran darah dan limfa.
Kebanyakan kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer),
sebahagian lain bermula pada kelenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya bermula dari tisu-
tisu lain.

Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di
organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau
metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak
normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku
dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.

3
PERBINCANGAN
JENIS-JENIS KANSER PAYUDARA

a. Kanser setempat 'Carcinoma in situ' : Istilah ini merujuk kepada kanser peringkat awal
dan masih berada di tempat ia bermula iaitu terhad di saluran atau kelenjar susu
payudara.

b. Kanser saluran 'Ductal carcinoma in situ' (DCIS): Ia adalah jenis kanser payudara yang
tidak merebak (noninvasive) dan berada di sekitar saluran susu payudara.

c. Kanser lobular (Lobular carcinoma in situ) (LCIS): Keadaan ini bermula di kelenjar
susu dan tidak melepasi dindingnya.

d. Kanser saluran merebak (Invasive (infiltrating) ductal carcinoma) (IDC): Merupakan


kanser payudara yang paling biasa. Bermula pada saluran susu, melepasi dinding
saluran dan merebak ke tisu payudara lain.

e. Kanser lobul merebak (Invasive (infiltrating) lobular carcinoma (ILC)): Kanser ini
bermula pada kelenjar susu. Ia boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.

PENYEBAB KANSER PAYUDARA


Faktor risiko menghidap kanser payudara.

Bagi masalah yang dihidapi oleh Puan Y mungkin mengalami beberapa factor yang
dikenalpasti yang boleh menyumbang kepada kejadian penyakit ini. Faktor ini juga terbahagi
kepada dua bahagian iaitu faktor risiko tidak boleh dikawal dan faktor risiko boleh dikawal.

Bagi faktor risiko yang tidak boleh dikawal, terdapat juga beberapa faktor seperti
jantina, umur, sejarah kanser lalu, tempoh haid dan sebagainya. Jantina (wanita) merupakan
faktor risiko yang tidak boleh dikawal kerana wanita lebih berisiko untuk mendapat kanser
payudara berbanding lelaki. Selain itu, umur juga mempengaruhi risiko untuk mendapat kanser
payudara kerana imuniti badan semakin merosot.

4
Manakala bagi faktor risiko boleh dikawal ialah dengan melakukan penyusuan. Bagi
wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1 hingga 2 tahun boleh mengurangkan risiko
untuk mendapat kanser payudara. Selain itu, pengambilan alcohol juga turut menjadi
penyumbang kepada kejadian kanser dimana seseorang wanita yang mengambil minuman
beralkohol berisiko 1 hingga 5 kali ganda lebih tinggi berbanding wanita yang tidak mengambil
minuman beralkohol. Oleh itu, pengambilan alcohol haruslah dielakkan.

Faktor Risiko tidak boleh di kawal

Umur-Semakin berumur semakin tinggi kemungkinan mendapatnya. Wanita berumur


50 tahun ke atas mempunyai 8-10 kali ganda kemungkinan mendapat kanser
berbanding umur muda

Wanita mempunyai 100 kali ganda risiko berbanding dengan lelaki.

Sejarah keluarga- sekiranya anda ada sejarah keluarga kanser payudara, anda adalah
berisiko tinggi. 4.

Sejarah lalu kanser payudara- sekiranya anda telah didiagnosa kanser payudara waktu
dulu, anda lebih berisiko mendapat kanser payudara sekarang.

Tempoh haid- lebih awal datang haid yang pertama, anda berisiko mendapatnya semasa
anda telah berumur.

Faktor keturunan- 5%-10% berkaitan dengan mutasi gen. Gen BRCA1 dan BRCA2
adalah gen utama ( 80% dari semua gen).

5
Faktor Risiko Boleh di Kawal

Penyusuan- wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan
mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
Alkohol- wanita mengambil minuman beralkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi
dari wanita yang tidak mengambil alcohol 2.5 gbs.
Senaman- wanita yang melakukan senaman berterusan dapat mengurangkan risiko
kanser payudara. Kajian menunjukkan senaman 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu
adalah mencukupi.

GEJALA-GEJALA KANSER PAYUDARA

Tanda paling biasa kanser payudara ialah ketulan atau bengkakkan.

Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata berkemungkinan besar kanser. Ada
juga ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat. Oleh itu sangat penting
berjumpa doktor segera apabila ada pembengkakan atau ketulan di payudara.

Tanda-tanda lain kanser payudara seperti berikut:


1. Bengkak pada sebahagian payudara
2. Kulit jadi berkedut seperti kulit limau
3. Puting masuk ke dalam atau sakit
4. Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
5. Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu.
6. Ketulan pada bahagian ketiak

BAGAIMANA KANSER PAYUDARA DIKESAN?

1. Pemeriksaan sendiri payudara (PSP)- wanita patut melakukan PSP secara berkala
bermula dari umur 20 tahun. Belajarlah dari jururawat anda dan sekiranya ada ketulan
dikesan, jumpa doktor segera.

6
2. Mammogram- Mammogram ialah ujian x-ray payudara. Pemeriksaan ini dibuat
kepada wanita yang tiada masalah tetapi berisiko. Pemeriksaan bagi wanita yang ada
tanda atau masalah payudara juga akan dilakukan. Semasa ujian mammogram,
payudara ditekan antara 2 keping plet dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Kadar
radiasi x-ray adalah rendah dan tidak meningkatkan risiko kanser payudara.

3. (Pengambilan tisu dari payudara (biopsi). Semasa ujian ini, sel dari kawasan yang
disyaki diambil dan duji di makmal.

TAHAP KANSER PAYUDARA

Pengkelasan tahap kanser payudara penting untuk memastikan sama ada pesakit boleh sembuh
sepenuhnya pada peringkat awal atau sebaliknya:

1. Tahap 0 - Kanser setempat (Cancer in Situ)


2. Tahap I - Kanser kurang dari 2 cm.
3. Tahap II - Kanser 2 hingga 5 cm tanpa atau dengan bengkakan kelenjar di ketiak
4. Tahap III - Kanser besar dari 5 cm atau penglibatan kelenjar ketiak yang banyak
5. Tahap IV - Kanser telah merebak ke luar payudara dan melibatkan organ lain dalam
tubuh
6. Tahap I & II - adalah awal dan boleh disembuhkan.
7. Tahap IV - tidak boleh disembuh

RAWATAN

Wanita yang dikesan kanser payudara diberi rawatan selepas dibuat penilaian lengkap oleh
doktor. Sebahagian pesakit akan dibedah sebelum diberi rawatan kemoterapi (adjuvant
chemotherapy). Sekiranya pakar bedah memutuskan untuk mengecilkan saiz kanser sebelum
pembedahan, rawatan kemoterapi atau radioterapi akan diberi terlebih dahulu.

7
Jenis Pembedahan-tujuan pembedahan ialah untuk membuang tisu kanser
payudara

Pembuangan ketulan kanser pada payudara (lumpectomy). Merupakan terapi


konservatif, tisu normal tidak dibuang.

Pembuangan sebahagian payudara (Partial (segmental mastectomy)’ (mas-tek-


tuh-me) : Pembedahan ini melibatkan pembuangan lebih tisu payudara
berbanding dengan (lumpectomy). Ia biasanya diikuti dengan radioterapi.

Pembuangan sebahagian atau seluruh payudara (simple or total mastectomy):


Dalam pembedahan ini, keseluruhan payudara yang terlibat dibuang, tetapi
kelenjar limfa di ketiak dan otot-otot di bawah payudara tidak dibuang.

Pembuangan payudara radikal diubahsuai (Modified radical mastectomy).


Pembedahan ini melibatkan pembuangan seluruh payudara yang terlibat dan
sebahagian kelenjar limfa di ketiak.

Pembuangan payudara radikal (Radical mastectomy). Pembuangan seluruh


payudara, yang terlibat kelenjar limfa dan otot-otot bahagian bawah payudara.

Pembedahan bahagian ketiak (Axillary dissection). Pembedahan ini dilakukan


untuk memastikan sama ada kanser payudara telah merebak ke kelenjar limfa
di ketiak atau tidak. Sebahagian kelenjar akan dikeluarkan dan diperiksa
dibawah mikroskop.

8
CADANGAN/PENYELESAIAN

Airlock- Airlock ialah satu kawasan untuk melakukan pemindahan pesakit yang akan
menjalani pembedahan dan dimasukkan ke dalam dewan bedah.

Antara perkara yang akan dilakukan semasa di dalam Airlock ialah :

1. OT Check List seperti nama pesakit, kawasan pembedahan dan Pre-medication serta
memastikan barang kemas ditanggalkan untuk pesakit yang akan dilakukan
pembedahan oleh doktor anesthesia ataupun Penolong Pegawai Perubatan (PPP)

2. Pemeriksaan tanda vital pesakit (tekanan darah, suhu, nadi, pernafasan dan tahap
kesakitan) sejurus pesakit dipindahkan ke katil dewan bedah.

3. Pengesahan tanda tangan consent form seperti borang kebenaran pembedahan,


pemberian anesthesia dan pemindahan darah terhadap pesakit.

4. Memeriksa semula borang safe surgery save life (SSSL) ke atas pesakit.

5. Penerangan dan pendidikan kesihatan mengenai pembedahan yang akan dilakukan dan
pemberian ubat bius kepada pesakit oleh doktor Anesthesia.

6. Pastikan pesakit mempunyai IV Line yang dipasang di kedua-dua belah tangan untuk
memudahkan pemberian ubatan.

Persediaan Pre-Operative

Persediaan peralatan :

IV Fluid, sterile glove, syringe, 10cc, 5cc, 3cc

Persediaan ubatan :

1) Opiods

-Fentanyl citrate 75mg IV

Indikasi :

-Anesthesia dalam tempoh masa yang singkat semasa pre-medication

-Memanjangkan tempoh masa anesthesia

Dos : 0.3ml – 0.5ml

9
2) Propofol 100mg IV

Indikasi :

-Induction and maintanence of general anaesthesia

Dos : 3ml – 5ml (mengikut berat badan pesakit)

Kesan sampingan : Local pain of induction

Kontraindikasi : Kanak-kanak <3 tahun dan obstetive anesthesia

3) IV Rocuronium Bromide 50mg (10mg/ml)

Indikasi :

-Sebagai tambahan kepada anesthesia umum untuk memudahkan intubasi endotrakeal,


untuk memberikan kelonggaran otot rangka semasa pembedahan dan untuk penstabilan
mekanikal pada orang dewasa dan kanak-kanak

Dos: 1mg/kg

Kesan sampingan: Perubahan vital sign dan menghalang neuromuscular yang


berpanjangan, anaphylactic dan anaphylacoid reaction

4) IV Lignocaine 100mg

5) Paracetamol IV 1g

6) IV Oxynorm 2mg (opiod)

7) IV Ephedrine HCI 6mg

8) IV Dynastat 40mg

Prosedur :

1) Posisikan pesakit secara supine

2) Beritahu pesakit tentang pembedahan dan risiko selepas pembedahan

3) Sediakan borang persetujuan pemberian pembiusan (anesthesia) borang persetujuan


pembedahan, borang pemindahan darah jika perlu

10
4) Berikan sokongan emosi kepada pesakit

5) Berikan IV Fentanyl

6) Disusuli dengan IV propofol untuk pemberian anesthesia

7) Ubat yang digunakan adalah untuk mengurangkan tahap kesedaran dan seterusnya
pembedahan boleh berlangsung

Persediaan Intra-Operatif

1) Intra operatif atau dikenali sebagai fasa maintanence ialah fasa penting bagi
mengekalkan kesan anesthesia semasa pembedahan

2) Mengira jumlah kehilangan darah pesakit semasa pembedahan

3) Memantau tanda-tanda vital pesakit (tekanan darah, suhu, nadi, pernafasan) setiap 5
minit dan dicatat

4) Menggantikan IV Fluid yang baru untuk mengekalkan keseimbangan elektrolit dalam


badan pesakit sekiranya pesakit kehilangan banyak darah.

Post-Operatif

1) Pastikan pesakit baring secara supine bagi mengelakkan spinal headache

2) Pantau tanda vital (tekanan darah, suhu, nadi dan pernafasan) setiap 5 minit kerana
keadaan pesakit boleh berubah bila-bila masa.

3) Berikan oksigen 5L

4) Berikan blanket warmer untuk mengelakkan pesakit daripada kesejukan

5) Periksa luka pembedahan sekiranya terdapat pendarahan yang banyak. Ini untuk
mengelakkan berlakunya hypovolumik shock

6) Pantau tahap kesakitan pesakit dan berikan ubat analgesic untuk mengurangkan
kesakitan

7) Pesakit haruslah berada di recovery bay tidak kurang daripada 15 minit dan tidak
melebihi 2 jam

11
RUMUSAN

Secara keseluruhannya, penyakit kanser payudara merupakan masalah yang tidak boleh
dipandang remeh. Hal ini kerana boleh menyebabkan kematian. Sekiranya tidak dirawat awal.
Para wanita perlu mengetahui tentang tanda-tanda dan juga gejala penyakit ini.

Selain itu, para wanita juga perlulah mengetahui tentang langkah-langkah pencegahan
awal agar risiko untuk mendapat kanser payudara berkurangan. Para wanita juga perlu
membuat pemeriksaan sendiri untuk memastikan mempunyai tanda-tanda atau tiada.

Oleh hal yang demikian, masyarakat samada lelaki atau perempuan haruslah
mempunyai kesedaran tentang penyakit ini serta peranan kerajaan, swasta dan badan NGO
yang lain adalah penting dalam mendidik masyarakat tentang bahayanya kanser payudara
melalui kempen kesedaran yang dianjurkan.

12
SENARAI RUJUKAN

1) www.myhealth.gov.my/kanser-payudara

2) http://ms.wikipedia.org/wiki/barahpayudara

3) http://sinar.my/viral/kanserpayudara

4) www.mingguanwanita.com/ini.8-tanda-kanserpayudara

5) Sarimahprimadona.com/4/tahap/payudara

6) http://www.bharian.com.my/barah/payudara-tak-kenal-usia

7) Hmetro (2008, Ogos) [Kaedah rawatan kanser payudara]

8) Breast Cancer Symptom (n.d)(2015)(http://www.breastcancer.org)

9) Natiza.S (2014) Pengesahan Density Payudara untuk pengkelasan imej


mammogram

10) Mastectomy- Pembedahan untuk membuang cancer payudara


(0medicine.info/ms/mastektomiya-operation)

13
LAMPIRAN

14
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

PENYATAAN MASALAH

PENCARIAN LITERATURE

PERBINCANGAN

CADANGAN

RUMUSAN

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN

15

You might also like