Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

BERITA RENCANA HIBURAN BISNES KOTA PENDIDIKAN S&T GAYA HIDUP SUKAN

PENDIDIKAN › SEKOLAH UMUM KAMPUS SASTERA AGAMA

Pendidikan berkualiti jamin kejayaan


Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Subang, Selangor pada sambutan Aidil tri
di sekolah itu

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Subang, Selangor pada sambutan Aidil tri di sekolah
itu, baru-baru ini. –Utusan/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN

Oleh ABD. HALIM HADI


26 Julai 2017 3:00 AM

KUALA LUMPUR 25 Julai - AKSES terhadap pendidikan berkualiti merupakan salah satu
daripada teras dalam agenda pendidikan negara.
Bagi merealisasikan dasar pendidikan mengikut acuannya, kerajaan melalui agensi-
agensinya telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memperkasakan perkhidmatan
pendidikan di negara ini.
Selain meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan penduduk desa dan luar
bandar, tumpuan turut diberikan kepada masyarakat bandar yang semakin dihimpit
kenaikan kos sara hidup.
Bagi pelajar-pelajar dari Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, Selangor,
membesar dalam latar belakang keluarga berpendapatan sederhana tidak pernah
menghalang hasrat cita-cita menjadi pelajar cemerlang.
Lebih istimewa apabila sekolah mereka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah
Subang (SMK Lembah Subang) diangkat menjadi salah sebuah daripada 83 sekolah
Program Sekolah Amanah (PSA).
PSA yang dilancarkan pada 2010 adalah usahasama awam-swasta antara Kementerian
Pendidikan Malaysia, Khazanah Nasional Bhd. dan Yayasan AMIR yang bertujuan
mewujudkan model transformasi sekolah untuk dijadikan contoh di seluruh negara.
Manakala Yayasan Hasanah pula ditubuhkan dua tahun lalu untuk menerajui usaha
tanggungjawab korporat (CR) termasuk menjayakan   PSA melalui Yayasan AMIR.
Bagi pelajar tingkatan lima, Nur Alya Natasha Mohd. Yaakob, pelbagai kaedah pem-
belajaran menarik diperkenalkan sejak dua tahun lalu untuk meningkatkan prestasi
akademik pelajar.
Antara konsep pembelajaran berkenaan  termasuk pengenalan peta minda i-think yang
membantu pelajar memahami dan menghafal maklumat dengan lebih mudah dan
berkesan.
“I-think adalah peta minda yang menggunakan struktur pokok sebagai memori visual.
“Begitu juga dengan penggunaan papan putih oleh setiap pelajar sebagai salah satu
medium komunikasi dengan guru di dalam kelas,” katanya kepada  Utusan Malaysia,
baru-baru ini.
Nur Alya Natasha berkata, konsep pembelajaran di dalam kelas juga menerapkan dua
‘rumusan’ penting pada setiap hari yang menetapkan objektif pembelajaran dan kriteria
kejayaan.
“Cara ini banyak membantu pelajar lebih fokus pada sesuatu topik yang diajar oleh guru
dan lebih mudah faham,” ujarnya yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan PT3
pada 2015.
Bagi A g Iskandar Adres, 17, perubahan ketara selepas pelaksanaan PSA termasuk
peluang untuk pelajar menonjolkan diri dalam pelbagai bidang.
Katanya, salah satu daripadanya adalah penubuhan Kumpulan Untuk Bersuara (Student
Voice Group) yang memupuk konsep kepemimpinan.
A g berkata, selain menjadikan pembelajaran dalam kelas lebih menyeronokkan, PSA
juga berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap sekolah itu.
“Kami ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa kami anak-anak PPR Lembah
Subang juga mampu menjadi pelajar yang cemerlang,” ujarnya yang memegang
jawatan Pengerusi Kadet Remaja Sekolah, Pengerusi Kriket sekolah, Naib Pengerusi
Persatuan Matematik dan Sains.
Sementara itu, Adlina Amran, 17, mengakui program PSA banyak membantu
meningkatkan keyakinan diri melalui aktiviti pembentangan dalam kelas.
“Dahulu saya seorang yang pemalu di khalayak umum tetapi sekarang saya sudah
boleh memberi ucapan di perhimpunan sekolah,’’ katanya.
Selain bantuan guru-guru untuk menjadikan pelajar berani menonjol, Adlina juga mene-
rima pendedahan melalui pelbagai program PSA anjuran Yayasan AMIR antaranya
program Rangkaian Sekolah Amanah (Rasa).
“Pengalaman bertemu pelajar dari sekolah lain banyak memberi pendedahan baharu,
bertukar-tukar pendapat dan mengeratkan hubungan antara sekolah.
“Program Rasa yang diadakan di Lumut, Perak baru-baru ini melibatkan 15 buah
sekolah PSA dari seluruh negara,’’ ujarnya yang memegang jawatan Bendahari Kadet
Remaja Sekolah, Bendahari Persatuan Bahasa Inggeris, Pengerusi Permainan Dalaman
dan Naib Pengerusi Pusat Sumber Sekolah.

Tag Berkaitan

Sekolah Semasa

ARTIKEL BERKAITAN
Tiada keperluan tambah SJKC

Skuad bendung jenayah siber di sekolah

Muhibah / 4 pelajar berkeperluan khas sertai #muhibah

[VIDEO] Utusan komited erat hubungan antara kaum

Muhibah / Pertandingan tangkis anasir gugat perpaduan

Program bina bakat lahir pakar automotif


VIDEO PILIHAN

Jcrop Wifi percuma


untuk rakyat Johor

Perdana Menteri bertemu


UMNO Kelantan

   

ARTIKEL LAIN
Tok Gajah perkenal pemain, lancar jersi

Wanita jumpa bayi depan rumah

KK1M berjaya rawat 31 penghidap katarak

Pakatan Harapan amal politik terdesak undang campur tangan asing

Suspek tembak peniaga dalam talian lari ke Thailand

Perdana Menteri bertemu UMNO Kelantan

Elak saman menyaman antara sekolah, ibu bapa - Mahdzir

Undi rosak bukan amalan demokrasi


Iklan

VIDEO TERKINI
Kapsul Berita 26 Jan 2018

Kapsul Berita 25 Jan. 2018

Wajah baharu Uni diperkenal

Kapsul Berita 24 Jan. 2018

Program Motivasi dan Kepimpinan tingkatkan kualiti hidup murid orang asli

Kapsul Berita 23 Jan. 2018

Berita Rencana Wilayah Hiburan Sukan Bisnes Pendidikan


Terkini Utama Johor Berita Bola Sepak Ekonomi Umum
Berita Bisik-bisik Kedah Selebriti Badminton Korporat Sekolah
Utama Cuit Kelantan Muzik Lumba Usahawan Kampus
Utusan Live Selak KL & Filem & Kereta Automotif Sastra
Nasional Kolumnis Putrajaya Drama Lumba Hartanah Agama
Politik Forum Melaka Rancangan Motorsikal Teknologi  
Parlimen Agama Negeri TV Basikal Saham & Sains &
Jenayah Blog Sembilan Seni & Golf Wang Teknologi
Mahkamah Sukan Pahang Budaya Hoki Sains
  Perak   lain-Lain Teknologi
Luar Negara Perlis Gaya Rencana Inovasi
Asean Pulau Hidup Sukan Gedjet
  Pinang Rekreasi Pertanian
Sabah Permotoran Alam
Sarawak Pelancongan Sekitar
Selangor Keluarga
Terengganu Kesihatan Video
Fesyen Terkini
Isu Semasa
Bisnes
Pemotoran
Gaya Hidup
Hiburan
Agama
Politik

Kumpulan Utusan
Kumpulan Utusan | Kosmo! | Tutor | Saji Online | disini.my |  MyBooks |  Job House |  Utusan
Karya
Jom Iklan | Mengenai Kami | Terma & Syarat Policy
WWW.UTUSAN.COM.MY © 1997-2017 UTUSAN MELAYU (M) BERHAD
No. 44, Jalan Utusan, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

You might also like