Amali Basuh Tangan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. yang telah memberi ilham kepada saya
sehingga kerja kursus ini dapat disiapkan dalam masa yang telah di tetapkan. Di
kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
terutama kepada pensyarah subjek Pentaksiran Dalam Pendidikan ini iaitu Dr Mohd
Ramzan Bin Awang yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta
teguran yang membina bagi menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu dan bapa saya yang telah
banyak memberi sokongan serta dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja
kursus ini. Walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam menyiapkan kerja
kursus ini, namun mereka telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada saya.
Segala peralatan dan keperluan untuk menyiapkan tugasan ini telah disediakan oleh
kedua ibu dan bapa saya. Sekiranya tiada bantuan daripada mereka, kemungkinana
saya akan mengalami kesukaran untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik
mungkin.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ahli kumpulan saya dan rakan-
rakan seperjuangan yang telah banyak membantu saya daripada belakang sama ada
dalam menyediakan bahan serta membantu memberi sumbangan idea kepada saya.
Terima kasih ini juga diberikan kerana mereka telah banyak memberi bimbingan,
nasihat dan semangat kepada saya. Terima kasih untuk segala-galanya.

1
1.0 PENGENALAN

APA TUJUAN PENTAKSIRAN

Menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh
mana seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status dan nilai. Beliau
membuat kesimpulan bahawa pentaksiran dibuat bagi tujuan menentukan kedudukan dan
pencapaian murid-murid. Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang
berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua
tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi
maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan
interpretasi yang dibuat ke atas maklumat.

Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat


penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran
digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses
membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran
merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga
pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang
pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan
Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan
boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid

2
1.1 PENTAKSIRAN AUTENTIK

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi


aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat
tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran dalam pendidikan di
Malaysia ialah proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal
insan. Pentaksiran terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah pentaksiran autentik,
pentaksiran”performance based”, pentaksiran dan hasil pembelajaran, pentaksiran
berbantukan komputer dan pentaksiran motivasi.

Menurut Pett (1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang


berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah
setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi
pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial,
sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata
lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk
pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi
dan sikap pada aktiviti yang relevan. Pentaksiran autentik juga dikenali sebagai penilaian
alternatif.

Selain itu, menurut Grace di dalam buku Educational Assessment of Student (1992),
penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik
dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan
secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan dalam
pentaksiran autentik. Pentaksiran autentik ini menekankan kepada pengalaman terhadap
dunia sebenar dalam kehidupan pelajar. Ia juga bukan hanya melibatkan tahap kognitif di
peringkat pengetahuan dan pemahaman malah melibatkan tahap kognitif yang lebih tinggi
iaitu peringkat aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

3
2.0 ALAT PENTAKSIRAN

PENTAKSIRAN PRESTASI (AMALI)

Tugasan ini memerlukan murid tahun 1 Berlian mempraktikkan atau melakukan


amali basuh tangan secara hands- on tentang teori yang telah dipelajari. Tujuan
amali ini untuk melihat sejauhmana murid fahami apa yang dipelajari dengan
melakukan paktikal dalam situasi sebenar.

3.0 HASIL PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN1 (AMALI BASUH TANGAN)

STANDARD KANDUNGAN
1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan diri

STANDARD PEMBELAJARAN
1.2.3 Menjaga kebersihan tangan– cara mencuci tangan dengan betul.

4.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi :
* Murid memerhati kad gambar tangan yang kotor.
* Bersoal jawab dengan murid mengenai gambar yang dilihat.

Langkah 1
* Penerangan mengenai kebaikan dan keburukan menjaga kebersihan dan kesihatan .
* Guru menunjukkan simulasi membasuh tangan tanpa menggunakan air dan sabun
pencuci.
* Murid memerhati guru mencuci tangan tanpa menggunakan air dan sabun pencuci
tangan dengan cara yang betul.

Langkah 2
* Murid memerhati guru mencuci tangan dengan cara-cara serta langkah yang betul
menggunakan air dan sabun pencuci tangan.

4
Langkah 3
* Murid mencuci tangan tanpa menggunakan air dan sabun pencuci tangan mengikut
langkah-langkah yang ditunjuk oleh guru dengan bantuan.

Penutup
* Menonton video cara-cara mencuci tangan dengan langkah-langkah yang betul.
* Murid menyebut secara lisan cara-cara mencuci tangan dengan langkah yang betul.

5.0 KAEDAH PENSKORAN DAN PENGREDAN

Rubrik membolehkan penilaian standard sesuai dengan kriteria tertentu, membuat


penilaian lebih sederhana dan lebih telus. rubrik ini merupakan usaha untuk
menggambarkan kriteria penilaian yang konsisten untuk grading. Rubrik adalah alat
penilaian untuk penilaian subjektif. Ini adalah satu set kriteria dan standard yang berkaitan
dengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk menilai prestasi murid.

5.1 RUBRIK

Kriteria 0 1 2 3
Membasahkan Tidak tahu Tahu Tahu membasah Tahu membasah
tangan membasah tangan membasah tangan tanpa tangan dengan
tangan dengan bantuan cara yang betul
bantuan
Menggosok Tidak menggosok Boleh Boleh menggosok Boleh menggosok
kedua-dua tapak kedua tapak menggosok kedua tapak kedua tapak
tangan tangan kedua-dua tapak tangan tanpa tangan dengan
tangan bantuan cara yang betul

Murid menggosok Tidak Menggosok Boleh Boleh menggosok Boleh menggosok


setiap jari dan setiap jari dan menggosok setiap jari dan setiap jari dan
dicelah jari dicelah jari setiap jari dan dicelah jari tanpa dicelah jari dengan
dicelah jari bantuan cara yang betul
dengan bantuan

5
Menggosok kuku Tidak menggosok Boleh Boleh menggosok Boleh menggosok
di tapak tangan kuku di tapak menggosok kuku di tapak kuku di tapak
tangan kuku di tapak tangan tanpa tangan dengan
tangan dengan bantuan cara yang betul
bantuan
Menggosok Tidak menggosok Boleh Boleh menggosok Boleh menggosok
belakang tangan belakang tangan menggosok belakang tangan belakang tangan
dan di celah jari dan di celah jari belakang tangan dan dicelah jari dan dicelah jari
dan di celah jari tanpa bantuan dengan cara yang
dengan bantuan betul

Mengetahui cara Tidak Tahu Tahu Tahu


menggunakan menggunakan menggunakan menggunakan menggunakan
sabun sabun sabun dengan sabun tanpa sabun dengan
bantuan bantuan cara yang betul

Membilas tangan Tidak membilas Tahu membilas Tahu membilas Tahu membilas
dengan bersih tangan dengan tangan dengan tangan dengan tangan dengan
bersih bersih dengan Bersih tanpa bersih dengan
bantuan bantuan cara yang betul

Mengeringkan Tidak Tahu Tahu Tahu


tangan dengan mengeringkan mengeringkan mengeringkan mengeringkan
kain bersih atau tangan dengan tangan dengan tangan dengan tangan dengan
tisu kain bersih atau kain bersih atau kain bersih atau bersih atau tisu
tisu tisu dengan tisu tanpa tanpa bantuan
bantuan bantuan

JUMLAH SKOR : _________/24

6
5.2 GRED PENCAPAIAN

SKOR PENCAPAIAN

19-24 SANGAT BAIK

13-18 BAIK

7-12 SEDERHANA

1-6 LEMAH

Jadual 1.0

7
6.0 SKOR MENTAH

AMALI BASUH TANGAN TAHUN 1

LELAKI 1 BERLIAN

BIL NAMA PELAJAR SKOR PENCAPAIAN


1 ALI IMRAN BIN ABDULLAH 22 SANGAT BAIK
2 MUHAMMAD AMIRUN AFDHAL B. SULAIMAN SHAH 20 SANGAT BAIK
3 AHMAD AIDIL HAZIQ BIN RUSLAN 18 BAIK
4 AHMAD AIDIL SYAFIQ BIN ISMAIL 16 BAIK
5 HANIHATIM B. MOHD ARIS 12 SEDERHANA
6 IMAN ZULHAKIM BIN MOHD FAROUK 17 BAIK
7 MOHAMMAD FIRDAUS B. MOHAMMAD KHALID 17 BAIK
8 MUHAMAD TARMIZI B BUDIMAN 21 SANGAT BAIK
9 MUHAMMAD ADIB FAYADH B. AZMAN 21 SANGAT BAIK
10 MUHAMMAD NUR HAIMAN BIN HELMI RAFLAH 20 SANGAT BAIK
11 ABDUL HADI BIN RUDI RUN 18 BAIK
12 AKMAL FAIZ B. MOHAMMAD FAUZI 20 SANGAT BAIK
13 AZUAN B H.A ANUAR 19 SANGAT BAIK
14 GANABATHY A/L KANA MOORTHY 21 SANGAT BAIK
15 MOHAMMAD MASRI BIN ABDULLAH 15 BAIK

8
PEREMPUAN 1 BERLIAN

BIL NAMA PELAJAR SKOR PENCAPAIAN


1 AISYAH NELLYSA BINTI MOHD NOR AZAM 17 BAIK
2 NUR AMIRA AISYA BINTI AMIR SHARIFUDIN 24 SANGAT BAIK
3 NUR ELYEA BALQIS BINTI AHMAD JAAFAR 20 SANGAT BAIK
4 NUR HARTINI BINTI MOHD JAMAL ABDULL NASIR 18 BAIK
5 NUR KHALIESAH BINTI AIDIL ASHAR 22 SANGAT BAIK
6 NUR SHAZWANI BINTI SHUHAIMI 19 SANGAT BAIK
7 SELINA BENETETAP/ ARRULDASS 20 SANGAT BAIK
8 SITI NURHAJAR BINTI LAABUDU 16 BAIK
9 YAMUNA DEVI A/P DAVANDRA 22 SANGAT BAIK
10 AYUNIE NATASHA BINTI ZULKIFLI 22 SANGAT BAIK
11 DANNISHA A/PPETER 24 SANGAT BAIK
12 DIVIIYABARATHI A/P VIGNESVARAN 18 BAIK
13 KAUSALYA A/P JAYAMANY 23 SANGAT BAIK
14 MARIA KALA IDURA BINTI MOHAMMED FARHAN 22 SANGAT BAIK
DURAI
15 MIZAN QISTINA 22 SANGAT BAIK

9
7.0 JADUAL TABURAN KEKERAPAN

LELAKI 1 BERLIAN

SELA KELAS KEKERAPAN PENCAPAIAN


19-24 8 SANGAT BAIK
13-18 6 BAIK
7-12 1 SEDERHANA
1-6 0 LEMAH

Jadual 2.0

PEREMPUAN 1 BERLIAN

SELANG KELAS KEKERAPAN PENCAPAIAN


19-24 11 SANGAT BAIK
13-18 4 BAIK
7-12 0 SEDERHANA
1-6 0 LEMAH

Jadual 3.0

KESELURUHAN

SELANG KELAS KEKERAPAN PENCAPAIAN


19-24 19 SANGAT BAIK
13-18 10 BAIK
7-12 1 SEDERHANA
1-6 0 LEMAH

Jadual 4.0

10
8.0 MIN, MOD, MEDIAN

MIN 19.53

MEDIAN 20

MOD 19-24

Jadual 5.0

Berdasarkan jadual 5.0, nilai min murid- murid 1 Berlian dalam Amali Membasuh
Tangan adalah sebanyak 19.53. Nilai min ini telah menunjukkan pencapaian purata murid 1
Berlian dalam amali tersebut adalah sangat baik mengikut skala gred pencapaian (jadual
1.0). Selain itu, merujuk kepada jadual 5.0, mod bagi Amali Membasuh Tangan pula adalah
antara jumlah skor 19 hinggan 24. Data ini menunjukkan, ramai murid telah mencapai
pencapaian sangat baik dan menguasai apa yang diajar.

PRATUS KESELURUHAN MURID TAHUN 1 BERLIAN

AMALI BASUH TANGAN


MURID TAHUN 1
Sederhana
3%

Baik
33%

Sangat Baik
64%

Rajah 1.0

11
Berdasarkan jadual 3.0, terdapat 19 orang murid iaitu benyak 64% (rajah 1.0)
daripada keseluruhan murid darjah 1 Berlian yang berjaya mendapat pencapaian “sangat
baik” iaitu mendapat jumlah skor 19 hingga 24 bagi Amali Membasuh Tangan. Manakala
33% dari murid kelas 1 Berlian iaitu seramai 10 orang murid mendapat pencapaian “baik”
bagi amali tersebut. Manakala, 3 % iaitu mewakili seorang murid telah mencapai tahap
sederhana bagi ujian tersebut dan berdasarkan rajah 1.0 tiada murid yang di dalam kelas 1
Berlian berada di tahap “lemah”.

Berdasarkan keputusan keseluruhan amali tersebut, kebanyakkan murid yang


mendapat pencapain “baik” adalah kerana murid tersebut sering lupa dan tidak melakukan
langkah menggosok belakang tangan. Ini kerana mungkin langkah tersebut masih baru bagi
mereka keranan tiada pengetahuan sedia ada bahawa bukan hanya tapak tangan sahaja
yang perlu dan penting di basuh tetapi belakang tangan juga penting dan perlu dibasuh.

Berasarkan amali tersebut, saya dapat simpulkan keseluruhan pencapaian murid


tahun 1 Berlian dapat melakukan amali membasuh tangan dengan bagus. Ini bermakna
objektif pengajaran dan pembelajaran (pdp) pada hari tersebut tercapai. Namun bergitu
masih ada segelintir murid yang perlu diberi perhatian lebih keranan tahap penguasaan
amali basuh tangan tersebut hanya mencapai sederhana. Cikgu boleh memberi
pengukuhan lebih kepada pelajar berkenaan.

9.0 GRAF

AMALI BASUH TANGAN


MURID 1 BERLIAN
12

10
Kekerapan

6
LELAKI
4 PEREMPUAN
2

0
19-24 13-18 7-12. 1-6.
SKOR

Rajah 2.0

12
Rajah 2.0 menunjukkan perbezaan pencapaian Amali Basuh Tangan antara murid
lelaki dan murid perempuan kelas 1 Berlian. Secara keseluruhan, prestasi murid perempuan
lagi baik berbanding murid lelaki. Ini bermakna murid perempuan lebih menguasai cara-
cara membasuh tangan dengan baik daripada lelaki. Di mana pada pencapaian “sangat
baik” menunjukkan, bilangan murid perempuan seramai 11 orang daripada 15 orang murid
perempuan kelas 1 Berlian manakala murid lelaki seramai 8 orang daripada 15 orang murid
lelaki 1 Berlian.

10.0 SISIHAN PIAWAIAN

Selang Kelas Titik Tengah Kekerapan - - -


( X) (F) x- x (x- x)2 f(x- x)2

19-24 21.5 19 1.97 3.88 73.74


13-18 15.5 10 -4.03 16.24 162.41
7-12 9.5 1 -10.03 100.60 100.60
1-6 3.5 0 -16.03 256.96 0
= 30 =336.75
#33.50
Jadual 6.0

Taburan Normal Data Amali Basuh Tangan 1 Berlian

-100 -90 -80 -70 -60 -50 -40 -30 -20 -10 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130 140

Rajah 3.0

13
Berdasarkan graf taburan (rajah 3.0) diatas, kesimpulan yang boleh dilakukan adalah
data dari Amali Membasuh Tangan 1 Berlian adalah normal. Ini dibuktikan melalui garisan
taburan data yang membentuk loceng. Nilai purata min yang diperolehi ialah 19.53 ini
menunjukkan kebanyakkan murid dapat melakukan amali tersebut dengan baik. Manakala
sisihan piawai bagi keseluruhan data ialah 33.50 ini menunjukkan jurang berbezaan yang
agak besar. Secara keseluruhannya, berdasarkan rajah 3.0, pencapaian murid
kebanyakkanya dalam lingkungan 19.53 iaitu pencapaian “sangat baik” dan amali ini
menunjukkan taburan yang normal bagi kelas 1 Berlian.

11.0 KESIMPULAN

Berdasarkan keputusan Amali Membasuh Tangan, secara keseluruhannya amat


memuaskan dan rata- rata murid darjah 1 Berlian dapat menguasai cara membasuh tangan
yang betul dengan baik.Secara tidak langsung, objektif pembelajaran pada hari itu tercapai.
Dengan adanya alat pentaksiran autentik iaitu ujian secara amali, guru bukan sahaja dapat
mengukur prestasi pemahaman murid terhadap topik yang diajar, guru juga boleh
mengenalpasti sekali gus, membantu murid yang lemah dengan memberi peneguhan
terhadap topik tersebut. Bukan sahaja itu, melalui amali tersebut pdp yang berjalan lebih
berkesan keranan murid membuat amali keranan dengan adanya amali, guru dapat
memberikan peluang kepada murid untuk berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi
pembelajaran.

Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang


berkesan adalah melalui langkah-langkah pentaksiran yang tepat dan berkesan dijalankan
oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen
pentaksiran amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap
kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

14
12.0 RUJUKAN

Grace, C. (1992). The portfolio and its use: Developmentally appropriate assessment of

youngchildren.

Payne, D. (2003). Applied educational assessment. Belmont, CA: Wadsworth Thomson

Learning.

Pett, J. (1990). What is authentic evaluation? Common questions and answers. Fair

Test Examiner, 4, 8-9.

Popham, (2000). Modern educational measurement. Boston: Allyn and Bacon.

15
Lampiran1

Borang Pemarkahan

Tajuk :2 Kebersihan Diri dan Kesihatan

Standard Kandungan : 2.1 Penjagaan Kebersihan Diri

Standard Pembelajaran : 2.1.1 Menjaga kebersihan kuku, tangan dan kaki.

____________________________________________________________________

Nama :_____________________________________

Kelas :_________________

Tarikh :_________________

Arahan : Tandakan (  ) pada ruangan skor berdasarkan kebolehan murid.

BIL KEMAHIRAN / AKTIVITI 0 1 2 3

1. Membasahkan tangan

2. Menggosok kedua-dua tapak tangan

3. Menggosok setiap jari dan di celah jari

4. Menggosok kuku di tapak tangan

5. Menggosok belakang tangan dan di celah jari

6. Mengetahui kegunaan sabun

7. Membilas tangan dengan bersih

8. Mengeringkan tangan dengan kain bersih atau tisu

JUMLAH SKOR KESELURUHAN : ( / 27)

16
lampiran 2

17
18

You might also like