Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

MATEMATIK UPSR KCLC : NOMBOR PERDANA

Nombor Perdana ialah :

 nombor positif
 lebih besar daripada 1
 hanya boleh dibahagi dengan nombor 1
 hanya boleh dibahagi dengan nombornya sendiri sahaja.

Sekiranya nombor itu boleh dibahagi dengan nombor lain selain 1 dan nombor
sendiri, nombor tersebut bukan nombor perdana.

Contohnya nombor 4.

nombor 4 adalah positif – MEMENUHI SYARAT

nombor lebih besar daripada 1 – MEMENUHI SYARAT

nombor 4 boleh dibahagi dengan 1 = 4/1 = 4 – MEMENUHI SYARAT

nombor 4 boleh dibahagi dengan nombor sendiri (4) = 4/4 = 1- MEMENUHI


SYARAT

TAPI.. nombor 4 boleh dibahagi dengan 2 – OWH..TIDAK MEMENUHI SYARAT

Jadi, dengan kata lain, nombor 4 bukanlah nombor perdana.

Hanya nombor 2 sahaja satu-satunya nombor genap yang dinamakan Nombor


Perdana. (ingat tau !)

Sebagai info tambahan, terdapat 25 nombor perdana dari nombor 1 hingga 100.
Nombor-nombor tersebut adalah :

2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23, 29, 31, 37, 41, 43, 47, 53, 59, 61, 67, 71, 73, 79, 83, 89
dan 97

You might also like