Artikel

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KEBERKESANAN KAEDAH GERABAK DALAM MEMBANTU SIFIR 2 TERHADAP

MURID PEMULIHAN KHAS TAHUN 2

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kesan penggunaan Kaedah Gerabak dalam
meningkatkan kemahiran murid pemulihan khas bagi operasi darab sifir dua. Masalah murid
pemulihan khas dalam operasi darab adalah berpunca daripada beberapa kelemahan yang telah
pengkaji kenal pasti semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
pemulihan khas. Pengkaji berpendapat, jika masalah ini dapat diatasi, maka ini akan
meningkatkan kefahaman murid pemulihan khas dalam operasi darab sifir dua seterusnya akan
meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Matematik. Oleh itu, objektif kajian ini
ialah mengenal pasti kesan Kaedah Gerabak dalam membantu murid pemulihan khas Tahun 2
menguasai kemahiran operasi darab yang melibatkan sifir dua. Peserta kajian yang dipilih ialah
seorang murid perempuan dari kelas pendidikan pemulihan khas di sebuah sekolah di Melaka.
Data kajian ini dikumpul, dianalisis dan diinterpretasi menerusi analisis dokumen. Dokumen yang
dianalisis ialah latihan bersiri yang telah dilakukan oleh peserta kajian. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa kesan Kaedah Gerabak dalam membantu murid pemulihan khas Tahun 2
menguasai kemahiran operasi darab yang melibatkan sifir dua adalah menunjukkan kesan yang
positif. Walaubagaimanapun, masih ada penambahbaikan yang boleh dibuat pada Kaedah
Gerabak. Penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah peggunaan warna yang lebih menarik.
Penggunaan warna sangat penting kerana warna mampu menarik minat peserta kajian untuk
lebih lama fokus semasa pelaksanaan intervensi.

Kata Kunci: Kaedah Gerabak, Operasi Darab, Sifir Dua, Murid Pemulihan Khas

ABSTRACT

This study was conducted to determine the effect of using Coach Mode in remedial students
develop skills for multiplication of two. The problem of remedial students is due to several
weaknesses that have been identified during the assessment of teaching and learning activities in
remedial classes. The researcher believes that if this problem can be overcome, then this will
enhance the understanding of remedial students in the operations of multiplication of two phases
thus increasing their achievement in Mathematics. Therefore, the objective of this study is to
identify the effect of the Coach Mode in assisting Year 2 remedial help students to master the
skills of multiplication involving two. Study participants were selected is a female student from a
remedial education classes at a school in Melaka. Data were collected, analyzed and interpreted
through the analysis of documents. The document analyzed is a series of exercises conducted by
the study participants. The results showed that the effect Coach Mode that involve multiples of
two is having a positive effect in assisting remedial student of Year 2. However, there are still
improvements that can be made in Coach Mode. Improvements that can be made are by using
attractive color on Coach Mode. The use of color is very important as the color is capable of
attracting research participants to have a longer focus during intervention implementation.

Keywords: Coach Mode, Multiplication Operation, Multiplication of Two, Remedial


Students
PENGENALAN
.
Murid pemulihan khas didefinisikan sebagai mereka yang menghadapi masalah
pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap
pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta
kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 1984 dalam Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2012). Terdapat dua kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid
pemulihan khas ialah kemahiran literasi dan numerasi. Kementerian Pendidikan
Malaysia (2011) mentakrifkan numerasi sebagai keupayaan membaca, menulis,
mengira dan menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam operasi
matematik seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat
mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan ukuran panjang. Dalam kemahiran
numerasi terdapat empat aspek utama iaitu menambah, menolak, mendarab dan
membahagi. Antara keempat-empat kemahiran numerasi yang wajar diberi perhatian
oleh guru pendidikan pemulihan khas ialah operasi darab. Penyataan ini turut disokong
oleh Azizi dan Hu Laey Nee (2010) yang menyatakan bahawa di kebanyakan sekolah,
operasi darab dan bahagi merupakan satu operasi yang sukar dikuasai murid. Antara
faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah ini ialah teknik yang diajar (Siti Hajar
Aishah dan Md Yusoff Daud, 2017). Oleh itu, satu kajian telah dijalankan bertujuan
untuk mengenal pasti kesan penggunaan Kaedah Gerabak dalam meningkatkan
kemahiran murid pemulihan khas bagi operasi darab sifir dua.

Salah satu impian pengkaji sebagai seorang guru pemulihan khas ialah
memastikan murid pemulihan khas yang diajar berjaya melangkah keluar ke aliran
perdana dengan jayanya. Berdasarkan pengalaman sewaktu menjalani praktikum Fasa I
dan Fasa II, pengkaji telah mengalami masalah yang sama sewaktu proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan khas walaupun pengkaji telah ditempatkan
di sekolah yang berbeza untuk kedua-dua fasa praktikum. Tinjauan awal telah dilakukan
melalui pemerhatian dan latihan bersiri semasa pengkaji menjalankan praktikum selama
tiga bulan di sebuah sekolah di Melaka. Pada peringkat pengumpulan data awal,
pengkaji telah berjaya mengenal pasti masalah murid pemulihan khas dalam mata
pelajaran Matematik menerusi pengalaman praktikum pengkaji yang lepas. Masalah
yang berlaku ini telah dikenal pasti semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas pemulihan khas bagi mata pelajaran Matematik. Pengkaji
juga telah mendapatkan pendapat dari beberapa orang guru di sekolah praktikum dan
pendapat rakan-rakan pengkaji yang lain dalam membukitikan masalah ini benar-benar
wujud. Setelah meneliti kedua-dua situasi untuk kedua-dua fasa praktikum, Pengkaji
mendapati bahawa masalah gagal menguasai operasi darab sifir dua menyebabkan
murid pemulihan khas Tahun 2 berkelakuan negatif. Oleh itu, masalah utama pengkaji
perlu selesaikan agar masalah sampingan turut dapat diselesaikan ialah membantu
murid dalam menguasai kemahiran operasi darab sifir dua.

FOKUS KAJIAN

Kesukaran mengingat sifir menyebabkan murid-murid mengambil masa yang panjang


untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan pendaraban (Aida Ibrahim, 2006). Dengan
membantu murid pemulihan khas menguasai kemahiran ini, diharapkan para murid
dapat menjawab soalan-soalan ujian atau peperiksaan yang akan datang dengan lebih
tepat dan cepat. Ini boleh membantu mereka untuk mendapatkan cemerlang dalam
mata pelajaran Matematik melalui markah penuh bagi setiap soalan yang melibatkan
operasi darab sifir. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengadaptasi Model Penyelidikan
Lewin 1946 dalam Adelman (1993) sebagai plan tidakan. Model Kurt Lewin menjelaskan
bahawa penyelidikan tindakan mengandungi empat peringkat dalam lingkaran iaitu
bermula dengan perancangan dikuti tindakan, pemerhatian dan refleksi. Lingkaran
berkenaan boleh berulang ke lingkaran kedua, ketiga dan seterusnya sehingga masalah
yang dihadapi dapat diselesaikan. Pendekatan kajian tindakan dikatakan paling
berkesan apabila perancangan itu diaplikasikan dalam situasi yang sebenar.

OBJEKTIF DAN SOLAN KAJIAN

Berdasarkan tujuan kajian, pengkaji telah membina objektif kajian seperti butiran yang
berikut:

a. Mengenal pasti kesan Kaedah Gerabak dalam membantu murid pemulihan


khas Tahun 2 menguasai kemahiran operasi darab yang melibatkan sifir dua.

Bagi mencapai objektif kajian, soalan kajian telah dibina, iaitu:

a. Apakah kesan Kaedah Gerabak dalam membantu murid menguasai


kemahiran murid pemulihan khas Tahun 2 dalam operasi darab yang
melibatkan sifir dua?

PESERTA KAJIAN

Peserta kajian yang dipilih oleh pengkaji ialah seorang murid pemulihan khas Tahun 2
yang telah dikenal pasti mempunyai masalah operasi darab. Peserta kajian dipilih
berdasarkan masalah kemahirannya iaitu operasi darab yang melibatkan sifir dua.
Peserta kajian juga dipilih dari Tahun 2 kerana melibatkan sifir dua merupakan standard
pembelajaran bagi murid Tahun 2. Proses mengesan kemahiran adalah berdasarkan
Ujian saringan LINUS, Ujian Diagnostik dan lembaran kerja yang pernah dibuat. Peserta
kajian yang dipilih merupakan seorang perempuan dan beragama Islam. Hal ini kerana
pengkaji lebih memahami perempuan dan budaya serta adat peserta kajian dan
seterusnya kajian ini tidak akan dipengaruhi oleh sebarang ketidaksefahaman yang
boleh menjejaskan kajian tindakan ini. Peserta kajian yang dipilih tidak mempunyai
masalah fizikal dan dapat melakukan pergerakan dengan baik. Perkara ini adalah
sangat penting memandangkan tindakan intervensi memerlukan pergerakan untuk
menguli plastisin dan melekatkan kepingan gerabak. Selain itu, peserta kajian juga telah
dikenal pasti tidak mempunyai sebarang trauma dan fobia dengan kereta api. Maklumat
ini diperolehi hasil daripada pemerhatian dan temu bual dengan guru kelas dan guru
pemulihan khas perserta tersebut. Hal ini amat penting dalam memastikan kelancaran
semasa proses intervensi dijalankan.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Langkah dan Tindakan


Dalam kajian ini, pengkaji memilih untuk mengadaptasikan kitaran tindakan oleh Lewin
1946. Kitaran 1 penting bermula dengan merancang satu kaedah bagi membantu
membantu peserta kajian menguasai kemahiran operasi darab yang melibatkan sifir
dua. Seterusnya, pengkaji memperkenalkan cara penggunaan Kaedah Gerabak dalam
menyelesaikan soalan operasi darab yang melibatkan sifir dua. Contoh gambar gerabak
boleh di rujuk pada Lampiran 1. Pada kitaran 1, bahan yang digunakan ialah kepingan
gerabak kereta api dan plastisin. Peseta Kajian akan membulatkan dan menguli plastisin
kepada saiz yang sesuai untuk dilekatkan kepingan kad gerabak keretapi. Rajah 1
merupakan gambaran ringkas berkaitan kitaran yang pengkaji laksanakan untuk kajian
tindakan manakala contohnya penggunaan intervensi bagi kitaran 1 adalah seperti pada
Rajah 2. Contoh penggunaan intervensi pada Rajah 2 menggunakan soalan 3x2.

Rajah 1: Plan Tindakan Kitaran 1


Rajah 2: Plan Tindakan Kitaran 1

Teknik Pengumpulan Data

Data awal penting untuk pengkaji mencari pola kesalahan peserta kajian. Kaedah
pengumpulan data yang dipilih ialah analisis dokumen. Menurut Kamarul Azmi Jasmi
(2012), analisis dokumen ialah pecahan kaedah pengumpulan data penyelidikan
daripada analisis kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap mesej
komunkasi yang telah dicetak, disiarkan atau digambarkan. Teknik analisis dokumen
untuk mengumpul data memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah
yang dikaji. Hal ini kerana dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada pengkaji
kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Dokumen yang digunakan oleh
pengkaji dalam kajian ini ialah latihan bersiri. Pengkaji mengumpul latihan-latihan bersiri
untuk tarikh-tarikh yang berbeza. Latihan bersiri yang dikumpul adalah latihan yang telah
dibuat oleh peserta kajian sepanjang tempoh kajian.
Kaedah Menganalisis Data

Analisis data yang dirancang ialah analisis dokumen. Dokumen yang dianalisis ialah
latihan bersiri yang dibuat oleh peserta kajian. Rajah 3 menunujukkan latihan untuk sifir
dua yang diberikan kepada peserta kajian. Lembaran kerja yang diberikan merupakan
lembaran yang sama akan diberikan sebelum dan selepas intervensi. Lembaran kerja
dianalisis secara perbandingan satu dengan satu iaitu satu soalan dengan satu soalan.
Perbandingan menggunakan soalan yang sama tetapi masa yang berbeza.

Rajah 3: Latihan Sifir Dua

DAPATAN KAJIAN

Peserta kajian telah diberikan latihan sifir dua sebagai dapatan pra pada awal kajian
sebelum intervensi diperkenalkan. Manakala dapatan pasca diperolehi melalui analisis
data secara bersiri bagi setiap latihan yang dijalankan. Berdasarkan analisis dokumen
dan interpretasi data daripada latihan bersiri, kesan Kaedah Gerabak dalam membantu
murid pemulihan khas Tahun 2 menguasai kemahiran operasi darab yang melibatkan
sifir adalah positif. Pernyataan ini adalah berdasarkan data yang diperolehi hasil
daripada analisis latihan bersiri yang telah dibuat peserta kajian seperti pada jadual 1 di
bawah. Jadual 1 di bawah menunjukkan dapatan analisis latihan bersiri sebelum,
semasa dan selepas intervensi yang dijalankan bagi operasi darab sifir dua.
Jadual 1: Analisis Latihan Sifir Dua

Sifir Latihan Latihan Latihan Latihan Latihan


Pra Bersiri 1 Bersiri 2 Bersiri 3 Bersiri 4
2x2
3 x2
4x2
5x2
6x2
7x2
8x2
9x2
kekal

Berdasarkan analisis jadual 1, setiap latihan yang diberikan menunjukkan penigkatan


dari segi jumlah jawapan yang betul. Terdapat perubahan dan perkembangan yang
positif terhadap latihan-latihan yang dibuat peserta kajian semasa pelaksanaan
intervensi operasi sifir dua.

REFLEKSI

Kesukaran mengingat sifir menyebabkan murid-murid mengambil masa yang panjang


untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan pendaraban (Aida Ibrahim, 2006). Melalui
kajian ini diharapkan dapat membantu peserta kajian menguasai kemahiran operasi
darab dua dan empat. Harapan terhadap para peserta kajian juga diharapkan dapat
menjawab soalan-soalan ujian atau peperiksaan yang berkaitan operasi darab dua dan
empat tepat. Dengan membantu murid pemulihan khas menguasai kemahiran ini,
diharapkan para murid dapat menjawab soalan-soalan ujian atau peperiksaan yang
akan datang dengan lebih tepat dan cepat. Ini boleh membantu mereka untuk
mendapatkan cemerlang dalam mata pelajaran Matematik melalui markah penuh bagi
setiap soalan yang melibatkan operasi darab sifir dua dan empat.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Setelah meneliti hasil kajian, pengkaji mencadangkan beberapa perkara seperti:

a. Kajian ini diperluaskan kepada beberapa orang murid pemulihan khas Tahun 2.
b. Kajian ini diperluaskan kepada sifir lain seperti sifir 4. Sifir juga termasuk dalam
sukatan pembelajaran murid pemulihan khas Tahun 2.
c. Bahan yang digunakan untuk kajian ini perlu lebih kukuh dan mantap.
d. Bahan maujud yang digunakan ditukarkan dalam bentuk separa maujud untuk
menghasilkan pemikiran yang lebih kompleks.
RUJUKAN

Adelman, C. (1993). Kurt Lewin and the origins of action research. Educational action
research, 1(1), 7-24.

Aida Ibrahim. (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab
Melalui Pendekatan Permainan Domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor, 1
13.

Azizi Subeli & Hu, laey Nee. (2010). Kesan Penggunaan Kaedah Petak Magik Dalam
Kemahiran Mendarab dalam Prosiding Seminar Penyelidikan (SPTMTE2010).
Diterbitkan oleh Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus Sarwak:
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, 31-41.

Bahagian Pendidikan Khas. (2012). Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan


Khas. Selangor: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Penyelidikan Kualitatif dalam Sains Sosial dalam Kursus
Penyelidikan Kualitatif siri 1 2012 di Puteri Resort Melaka pada 28-29 Mac 2012.
Dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong
Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Buku Panduan Dan Pengoperasian Program


Literasi dan Numerasi (LINUS). Selangor: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Siti Hajar Aishah dan Md Yusoff Daud. (2017). Penggunaan kaedah petak bijak dalam
mengatasi masalah mencari hasil darab dan bahagi: Satu kajian tindakan.
Simposium Pendidikan di Peribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).

You might also like